Kristian Dan Yahudi Sekongkol Kepercayaan Tentang Wanita

>> Monday, October 10, 2011


ASSAMUALAIKUM, HELO SAYANG





KRISTIAN DAN YAHUDI SEKONGKOL KEPERCAYAAN TENTANG WANITA



Dalam tulisan yang lalu saya telah sebut tentang kaum Yahudi memandang hina terhadap kaum wanita dan melayan mereka seperti barang-barang dagangan yang boleh dijual beli atau dilelong sesuka hati mereka.



Bukan sahaja wanita biasa yang boleh mereka perjual belikan, malah anak-anak perempuan mereka yang belum mencapai usia dewasa juga boleh mereka jualkan kepada sesiapa sahaja berminat untuk membelinya.



Oleh sebab itulah pada masa dahulu, orang-orang Arab yang beragama Yahudi boleh berkahwin dengan seberapa ramai wanita yang mereka suka, tanpa halangan atau sekatan.



Bagi kaum Yahudi, wanita itu merupakan makhluk yang dilaknati Tuhan, kerana ia dipertalikan dengan Nabi Adam as dan Siti Hawa yang tersingkir dari syurga. Bagi kaum Yahudi, Hawa atau kaum wanitalah yang bertanggung jawab menyebabkan Adam as. tersingkir dari syurga dan terdampar ke dunia bersama-sma dengan anak-anak cucunya di kemudian hari.



Dalam kitab Taurat mereka terdapat ayat yang menyarankan bahawa orang-orang mulia di sisi Tuhan mereka adalah orang yang menjauhkan diri dari wanita.



Dalam peribahasa Yahudi terdapat sepotong ibarat yang bermaksud, “Seseorang dalam seribu orang lelaki memang ada terdapat seorang yang baik, tapi perempuan tidak pernah ada”.



Pandangan keji kaum Yahudi terhadap kaum wanita itu mereka sebar luas ke seluruh dunia, khususnya dunia Islam supaya kaum wanita tetap berada dalam kekejian dan kehinaan yang akhirnya akan melempar mereka ke neraka jahanam. Mereka pergunakan berbagai-bagai cara untuk menyebar pandangan dan sikap buruk mereka terhadap kaum wanita itu, terutama dengan menggalakkan manusia melakukan berbagai-bagai kemungkaran dan kemaksiatan dengan menggambarkannya sebagai sesuatu baik dan mulia.



Orang-orang Kristian berkongsi fahaman dengan kaum Yahudi, memandang hina terhadap kaum wanita. Malah agama Kristian atau Nasrani mempunyai pandangan yang berbeza-beza berhubung dengan pandangan hinanya terhadap wanita.

Kepada mereka wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu lelaki semata-mata.



Justeru itu kepada mereka perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu seperti najis yang mesti dijauhi.



Malah kepada mereka lelaki yang hidup membujang itu lebih mulia di sisi tuhan mereka daripada berkahwin.



Itulah sebabnya ada ketua-ketua agama mereka tidak berkahwin, kerana itu mereka tidak mempunyai keturunan.



Bagaimana jadinya kalau semua orang tidak berkahwin dan hidup membujang?



Akan sepilah dunia ini tanpa makhluk manusia.



Orang Kristian juga berkongsi kepercayaan dengan kaum Yahudi, iatu kaum wanita atau Hawalah yang bertanggungjawab melemparkan Adam atau manusia ke dunia.



Justeru itulah bila orang-orang barat memeluk Krsitian, mereka terus mewarisi sikap memandang buruk terhadap kaum wanita. Berabad-abad lamanya mereka memandang keji dan hina terhadap kaum wanita.



Keadaan seperti inilah yang berlaku di Britain. Nasib kaum wanita di Britain tidaklah lebih baik dari wanita-wanita di negara-negara Eropah yang lain. Hingga ke abad 17, kaum wanita di Britain tidak dianggap bermaruah dan tidak dihormati selayaknya sebagai manusia.



Tapi Islam menolak kepercayaan tersebut. Dalam surah Al-Baqarah ayat 36 Allah berfirman bahawa kedua-duanya, iaitu Adam dan Hawa sama-sama digelincirkan oleh syaitan, sehingga kedua-duanya disingkir dari dalam syurga.



Malah dalam Surah Thaha, ayat 115 Allah berfirman, “Dan sesungguhnya telah Kami ambil janji kepada Adam sebelumnya, maka lupalah dia dan tidaklah Kami dapati padanya keteguhan hati”.Thaha:115.



Dalam surah yang sama ayat 121, Allah berfirman, “Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupi dengan daun-daun [yang ada] di syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesastlah ia”. Thaha:121



Walau bagaimapun Allah menerima taubatnya, Allah berfirman, “Kemudian Tuhannya memilihnya, maka Dia terima taubatnya dan memberinya petunjuk”. Thaha:122.



Kemudian Allah memerintah mereka turun dari syurga, dengan firmanNya, “Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama.....”.Thaha:123.



Untuk mengikuti lebih lanjut tentang perkara ini sila rujuk buku “Kedudukan Wanita Dalam Islam” oleh Prof. Dr. HAMKA.



Demikianlah Islam tidak memandang hina terhadap kaum wanita, tidak meletakkan semua dosa manusia ke atas bahu wanita.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP