SIHIR VOODOO

>> Friday, October 7, 2011




SIHIR VOODOO




Setiap hari kita membaca atau mendengar berita jenayah berlaku di tanah air kita, rompak, samun, bunuh, tipu dan rogol. Jenayah-jenayah itu dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan dan juga para pendatang dari luar negara, yang masuk dengan sah atau haram.



Para penjenayah asing itu pula termasuklah orang-orang kulit hitam yang datang daripada berbagai-bagai negara dari seluruh dunia. Setiap kali saya mengetahui jenayah yang dilakukan oleh orang kulit hitam, terutama jenayah yang melibatkan pukau, saya akan teringatkan “Voodoo”. Tapi saya tidak mengatakan mereka menggunakan sihir voodoo, dan saya hanya teringatkan voodoo bila mengetahui jenayah itu dilakukan oleh “Awang Hitam”, kerana voodoo ini asalnya amalan orang kulit hitam.



Agama Voodoo


Voodoo adalah sejenis upara kepercayaan atau agama dalam bentuk sihir yang terdapat di kalangan masyarakat kulit hitan atau Negro di Hindian Barat, dan mungkin berasal daripada kawasan Afrika Barat.



Kemudian upacara berbentuk agama dalam voodoo itu telah dipergunakan untuk tujuan sihir, mungkin dengan tambahan-tambahan tertentu, untuk disesuaikan dengan keadaan, masa dan tempat.



Justeru itu sejak kebelakangan ini bila disebut atau melihat perkataan voodoo secara automatik mereka menganggapnya sebagai sejenis sihir hitam atau black magic yang bertujuan untuk membinasakan orang lain.



Justeru voodoo ialah sejenis sihir yang bukan berasal dari negara kita. Ia sejenis sihir yang keji, hina dan kejam. Ia berasal daripada Afrika, dan diamalkan oleh masyarakat kulit hitam.



Orang-orang Negro mengamalkan voodoo ke mana sahaja mereka pergi, hingga sampai ke Amerika Syarikat dan England sekali pun.



Perkataan voodoo itu berasal daripada perkataan “vudu”-Dahomean, iaitu sejenis semangat yang kuat dan berahsia yang tidak kelihatan, dan dipercayai dapat menganggu kehidupan manusia. Voodoo sejenis kepercayaan atau penyembahan kepada semangat yang tertentu.



Ada beberapa tujuan upacara voodoo mereka lakukan yang mungkin berbeza-beza antara satu sama lain, antara upacara voodoo kerana majlis kematian dan upcara voodoo kerana memuja syaitan untuk tujuan yang tertentu, atau untuk perawatan.



Antara penyakit-penyakit yang dirawat menggunakan voodoo ialah ketagihan dadah, dan penyakit-penyakit jiwa seperti tertekan, kesepian dan juga penyakit-penyakit lain. Tidaklah dapat dipastikan sejauh mana kesan rawatan secara voodoo itu.



Bomoh-bomoh voodoo juga membuat tangkal dan azimat untuk digunakan oleh mereka yang percaya kepadanya.



Voodoo bukan sahaja satu kepercayaan, tapi juga ia digunakan untuk memperlindungi diri dari ancaman-ancaman bencana, dan juga sebaliknya untuk membinasa atau memusnahkan orang lain, seperti sihir yang digunakan dalam masyarakat kita.



Acara voodoo melibat lebih daripada seorang. Seorang lelaki yang digelar paderi dan seorang wanita digelar paderiwati. Sang paderi dipanggil “houngnan” dan paderi wanita dalam ucapara voodoo itu dipanggil “mambo”.



Mula-mula “houngnan” akan bertanya keapda “mambo” soalan yang bermaksud, “Apakah kebenaran?”.



Berbogel


Sang “mambo” akan membuka penutup badannya, dan akhirnya mendedahkan semua anggota-anggota jantinanya untuk upacara itu.



Kemudian mereka terus menari, sambil wanita itu menanggalkan lagi kesemua enam lapis penutup pakainnya, dan akhirnya membogelkan sepenuhnya badannya.



Mereka menari berpasang-pasangan dengan lincah dalam ruang yang diterangkan oleh lilin-lilin yang dipasang di atas lantai. Semua gerak geri mereka dalam tarian itu menggambarkan perlakuan hubungan seks.



Paderi lelaki juga menari dengan membuat gerakan-gerakan seperti sedang melakukan persetubuhan, sambil menggesel-geselkan tubuhnya kepada sebahagian daripada penari-penari dalam upacara tersebut.



Salah daripda mereka yang sedang menari, iaitu “mambo”akan menyingkirkan diri dari kumpulan, dan menari sendirian dengan lebih rancak dan menggila-gila mengikut paluan gendang.



Pada suatu ketika mata mereka menjadi berputar-putar, kerana mereka dikuasai oleh syaitan yang panggil roh yang dikenali dengan nama “loas”.



Mereka percaya melalui syaitan “loas” itulah penari itu akan diberitahu untuk membuat seusuatu permintaan atau ramalan.



Kemudian “mambo” itu tidak sedarkan diri, dan dengan mulut berbuih lalu rebah ke lantai dalam kedaan bogel. Lelaki yang istimewa sahaja yang ada di majlis itu akan mencium kemaluannya.



Dalam upacara itu selain tari menari ia melibatkan paluan gendang, penggunaan pedang dan panji-panji



Upacara voodoo ini akan ditamatkan dengan acara menghantar persembahan kepada Dambalah, iaitu tuhan baik, dan Petro, tuhan jahat mengikut kepercayaan mereka.



Persembahan yang diberikan kepada tuhan-tuhan mereka itu berupa seekor haiwan pilihan, ia mungkin seekor babi, seekor kambing atau seekor anjing, dengan cara yang berbeza-beza.



Jika dipersembahkan itu seekor babi. Batu kemaluannya akan dikerat, dan darah yang keluar daripadanya mereka hirup. Jika ia seekor kambing, binatang itu dipukul dan ditetak hingga mati. Jika ia seekor anjing, kedua belah tinga dan ekor binatang itu dikerat terlebih dahulu hingga putus. Jika ianya sepasang ayam atau burung merpati, tulang sayap dan kakinya dipatahkan dahulu sedikit demi sedikit sebelum leher ayam itu dipulas hingga mati.



Selain daripada voodoo sebagai ritual biasa, ada upacara voodoo yang khusus untuk menjualkaan roh manusia kepada syaitan, seperti dilakukan di kalangan masyarakt Jawa, Indonesia yang membuat perjanjian dengan syaitan untuk memperolehi kekayaan. Untuk mendapatkan kekayaan dalam sesuatu tahun, mereka membuat perjanjian dengan syaitan, dengan bayaran roh, tapi bukan roh mereka, sebaliknya roh mana-mana anggota keluarga yang di sayangi, seperti roh anak atau isteri mereka.



Dengan itu, jika tidak ada pilihan, mereka terpaksa mengorbankan orang yang mereka kasihi itu untuk memenuhi maksud mereka yang tamak dan haloba itu.



Zombi


“Zombi” adalah suatu kepercayaan yang berkait dengan voodoo. Ahli-ahli sihirlah yang dipercayai bertanggungjawab meminta roh seseorang bertukar menjadi makhkuk “zombi” dengan cara-cara yang khusus. Penduduk-penduduk Haiti takutkan “zombi” dan takut dijadikan “zombi” oleh musuh-musuh mereka.



Caranya secara ringkas mengikut Dennis Wheatley berdasarkan kepercayaan mereka adalah seperti berikut. Pada suatu malam, seorang ahli sihir yang terlibat dalam upacara itu akan menunggang seekor kuda dengan berpaling ke belakang menuju ke rumah mangsanya. Bila sampai di hadapan rumah mangsa, dengan menggunakan kedua bibir mulutnya dia menghisap roh penghuni rumah menerusi rekahan pada pintu dan membawanya pergi bersama dengannya.



Mangsa dipercayai akan jatuh sakit dan akan menemui ajalnya beberapa jam kemudian. Kemudian pada malam berikutnya, dan selepas mayat ditanam, ahli sihir dan pembantunya akan segera pergi perkuburan tersebut, dan mereka tidak teragak-agak terus membongkar tanah perkuburan itu.



Ahli sihir lalu menyeru nama mayat. Mayat dikatakan sedar bila dia dibenarkan menyedut sedikit rohnya yang ada dalam gengaman tukang sihir itu, dan terpaksa menurut apa sahaja yang diperintah oleh ahli sihir itu, kerana rohnya dikatakan berada dalam gengamannya.



Kemudian dia dibawa ke tempat upacara voodoo dijalankan. Mayat yang dikatakan hidup itu diberikan sedikit obat yang ramuannya amat dirahsiakan, lalu bertukar menjadi sejenis makhluk hidup yang dipanggil “zombi”.



Adalah dipercayai zombi ini terpaksa mengikut perintah ahli-ahli sihir yang menguasainya itu, dan dapat bekerja kuat tanpa penat dan lelah, seperti bekerja di ladang-ladang ahli sihir ataupun menjalankan kerja-kerja pengkhianatan atau jahat yang diperintahkan kepadanya.



Dalam segi ini ia mempunyai persamaan dengan orang-orang Melayu yang memelihara hantu raya untuk membantu kerja-kerja mereka di kebun dan ladang, serta juga untuk tujuan pengkhianatan terahdap seseorang yang tidak dsukai.



Penipuan


Menurut para penyiasat manusia yang menjadi mangsa dan ditukar menjadi zombi itu sebenarnya tidak mati, tapi dia hanya disihir atau diberikan sejenis dadah yang memberhentikan jantungnya daripada berdenyut buat sementara waktu dan menyebabkan dia kelihatan seperti orang mati.



Adalah menjadi kebiasaan di negara yang bercuaca panas, mayat segera ditanam, dan selepas ditanam ahli sihir itu akan segera pergi ke kubur tersebut dan menggalinya untuk mengeluarkan mayat yang “dihidupkan” kembali secara jasmaniahnya, tapi tidak lagi fikirannya, kerana otaknya telah dirosakkan oleh ubat tukang sihir yang jahat itu, yang berjaya megubah seluruh peribadinya, daya berfikirnya dan mengubah daya ingatannya, lalu dipanggil zombi. Itulah hakikat zombi sebenarnya.



Biasanya upacara voodoo itu diadakan di kawasan di mana ketuanya, iaitu paderi lelaki tinggal.



Ini bukan voodoo, tapi sejenis bahan sihir juga.



Sihir voodoo berleluasa di Kepulauan Caribbean, Brazil dan di bahagian Selatan Amerika Syarikat, di mana Republik Haiti mengambil tempat yang utama.



Pada tahun 1908, seorang anak perempuan ketua negara, Celestina namanya seorang paderiwati yang berkuasa, telah melangsungkan perkahwinan dengan seekor kambing. Bila kambing itu mati, ia ditanam mengikut cara gereja Kristian.



Haiti ialah sebuah negara bergunung –ganang yang sebahagian besar penduduknya memeluk agama nenek moyang mereka, voodoo.



Kepercayaan Voodoo


Seperti juga dengan bangsa-bangsa dan agama-agama lain di dunia, mereka mempunyai tradisi-tradisi kepercayaan yang tersendiri, dan ada antaranya telah berjaya mempengaruhi sebilangan masyarakat manusia, khususnya di bahagian-bahagian tertentu di negara Amerika Syarikat dan Eropah.



Antara kepercayaan-kepercayaan itu ialah:



Memiliki seikat rambut seorang gadis merupakan azimat yang akan membawa tuah kepada pemiliknya.



Meletak penyapu melintang di muka pintu dapat mencegah kemasukan ahli sihir ke dalam rumah dan mencegahnya daripada melakukan kebinasan.



Ini hampir bersamaan dengan kepercayaan dalam masyarakat kita menyandarkan penyapu pada pintu boleh menghalangkan pencuri masuk ke dalam rumah di malam hari



Jika seseorang dikunjungi oleh seorang wanita pada pagi Isnin dan dia merupakan orang yang pertama berbuat demikian pada hari itu, maka ia memberi erti yang buruk, kerana dipercayai boleh membawa sial sepanjang minggu.



Seseorang dilarang meminjam dan memberi pinjam garam kerana dipercayai boleh membawa nasib yang buruk. Dalam masyarakat kita pula pantang membawa garam keluar rumah di waktu malam, nanti diburu oleh gajah.



Jangan sapu sampah keluar daripada rumah di waktu senja, kerana berbuat demikian bererti mambuang nasib sendiri. Dalam masyarakat kita pula pantang menyapu rumah di waktu malam kerana dipercayai oleh menyebabkan jadi papa kedana.



Pantang mengibas alas meja di waktu senja, kerana dipercayai boleh menyebabkan seorang ahli keluarga akan mati.



Mereka percaya dengan meletakkan gambar seseorang dalam keadaan terbalik kepala ke bawah boleh menyebabkan orang tersebut ditimpa kebinasaan.



Mereka percaya seikat rambut boleh membinasakan empunya rambut itu, iaitu dengan membakar sebahagian daripadanya dan membuang sebahagian lagi.



Demikian serba sedikit kepercayaan mengenai sihir voodoo.



Bukan Voodoo



Islam Melarang Sihir



Ingatlah walau apa nama pun yang diberikan kepada amalan sihir itu ia adalah dilarang oleh Islam. Namun begitu, nampaknya kian ramai umat Islam hari ini yang menggunakan sihir, terutama untuk mengkhianati orang lain kerana kerakusan nafsu dan tamak haloba.



Perbuatan khianat itu bermula dari satu titik hitam dalam lubuk hati manusia yang dibanjiri oleh kegilaan kepada kebendaan dan keseronokan hidup yang menyemarakkan perasaan tamak dan haloba yang tidak pernah kepuasaan hingga tergamak melakukan berbagai-bagai perbuatan yang keji, seperti sihir sekali pun.



Baginda Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan tentang bahaya kebendaan itu dengan sabda baginda:”Jika anak-anak Adam itu mendapat emas sebesar gunung Uhud, dia belum puas sebelum mendapat sebesar itu lagi. Dan kelak, tidak ada yang akan memenuhi perut putera-putera Adam itu, selain tanah”.



Ingatlah melakukan sihir, menggunakan hantu, jin dan syaitan perbuatan yang terlaknat di dunia, dan di Akhirat nati mereka akan kekal dalam neraka, kerana dengan menggunakan sihir itu mereka telah menganinya orang lain yang tidak mereka sukai, membinasakan orang yang mereka cemburi dan berdengki, memisahkan suami isteri, menimpakan berbagai-bagai penyakit dengan meminta bantuan hantu, jin atau syaitan yang dilaknat oleh Allah.



Pengamal ilmu sihir adalah termasuk dalam kalangan manusia yang murtad, justeru merupakan salah satu dosa besar yang menghalang manusia masuk syurga.



Baginda Rasulullah bersabda, “Jauhilah kamu tujuh perkara yang tergolong dosa besar. Beliau kemudian menyebutkannya di antaranya adalah sihir”.HR:Muslim.



Sabda Baginda s.a.w. lagi, “Tiga golongan tidak akan masuk syurga: Orang yang ketagih minuman keras, orang yang memutus tali kekeluargaan dan orang yang membenarkan sihir”.HR:Imam Ahmad.



Sabda Baginda s.a.w lagi, “Barangsiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berbuat syirik [seperti menyembah berhala]”.HR:Nasai.



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP