Malangnya Nasib Wanita-Wanita Ini

>> Sunday, October 2, 2011


ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG



MALANGNYA NASIB WANITA-WANITA INI



Seperti makhluk-makhluk yang lain juga, Allah jadikan mahluk manusia dengan berlawanan jenis, berpasang-pasasngan, iaitu lelaki dan perempuan yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Lelaki perlukan wanita, dan wanita pula memerlukan lelaki untuk melengkap dan menyempurnakan diri masing-masing.



Oleh itu wanita tidak boleh dipisahkan dari lelaki, dan sebaliknya pula lelaki tidak dapat dipisahkan dari wanita, sebagaimana bunga tidak dapat dipisahkan dari kumbang, atau irama tidak dapat dipisahkan dari lagu. Andainya dipisahkan, meranalan kumbang dan tempanglah lagu.



Walau pun wanita dan lelaki itu saling perlu memerlukan, seperti sayap seekor burung yang memerlukan kedua sayapnya untuk membolehkan dia terbang, tapi pada suatu ketika seluruh dunia tidak meletak wanita pada tempatnya yang wajar, memandang serung kepada wanita, malah kadang-kadang dilayan seperti haiwan yang tidak berakal fikiran sahaja.



Wanita Persi


Bangsa Persi lama, di bawah pemerintahan Mazda, yang mengakui dirinya sebagai pengganti Zaratustra, pada permulaan abad ke-6, seperti kebanyakan masyarakat manusia lama lainnya, melayan wanita sebagai objek pemuas nafsu seksual kaum lelaki sahaja. Oleh itu kaum lelaki Persi, sekarang Iran pada masa itu, boleh bertindak sewenang-wenangnya ke atas kaum wanita.



Sebagai alat pemuas nafsu, seorang lelaki boleh mengahwini seberapa banyak wanita yang mereka kehendaki, satu, sepuluh, lima puluh dan sebagainya tanpa halangan. Mampu atau tidak mampu mereka memberi kepuasaan kepada “isteri-isteri” mereka yang begitu ramai, itu adalah perkara lain.



Di samping itu pada masa itu mereka juga boleh menjadikan kaum wanita itu sebagai pelacur, menjual maruah wanita untuk mendapat keuntungan kepada lelaki yang dahaga dan gilakan seks. Dan ini merupakan salahsatu sumber pendapatan kepada kaum lelaki.



Sedangkan pada waktu itu, kerajaan Persi terletak di bawah pemerintahan raja-raja yang terkenal adil dan dijadikan contoh tauladan kepada neagra-negara lain di dunia.



Bagaimana keadilan mereka boleh terlepas pandang terhadap kezaliman-kezaliman yang dilakukan ke atas kaum wanita seperti itu amatlah malang.



Tapi ada sesetengah sejarahwan Iran cuba menafikan keadaan buruk yang dialamai oleh wanita Persi. Mereka mendakwa sepanjang sejarah Persia. Kaum wanitanya dilayan dengan baik, dan tidak ada sebarang kekejaman dilakukan terhadap kaum wanita mereka, malah kaum wanita berada dalam kedudukan yang mulia dan dihoramti sedpanjang masa di negara itu.



Wanita Yunani


Di kalangan bangsa Yunani dalam masa abad ke-5 hingga ke-4 SM, kaum wanita juga menerima nasib yang amat malang. Kaum lelaki meletak kaum wanita dalam kelas yang paling bawah, iaitu ke peringkat yang tidak berkelas.



Ahli Falsafah Socrates, guru ahli Falsafah Yunani, Plato yang mengatakan dia [Plato] berterima kasih kepada dewa-dewa kerana dilahirkan sebagai lelaki dan tidak sebagai perempuan



Kaum lelaki menjadikan isteri-isteri mereka bukan sahaja sebagai lubang pemuas nafsu, tapi juga dijadikan hamba dan abdi.



Kaum wanita Yunani masa itu tidak mempunyai hak untuk belajar atau menduduki bangku persekolahan. Ini bererti mereka telah dinafikan untuk mendapat hak untuk mendapat ilmu pengetahuan.



Masyarakat Yunani pada masa itu memandang wanita seperti najis yang busuk dan kotor, kerana itu sama sekali tidak layak hidup bersama-sama kaum lelaki.



Malah masyarkat Yunani pada masa itu menganggap wanita begitu kejinya, sebagai syaitan yang terkutuk.



Oleh itu kaum lelaki mengurung kaum wanita, termasuk isteri-isteri mereka di tingkat yang paling atas di rumah-rumah mereka yang bertingkat-tingkat tinggi.



Kaum wanita juga dilayan seperti barang-barang dagangan yang dilelong di pasar-pasar seperti kambing dan lembu.



Dengan itu bererti kemerdekaan kaum wanita sebagai manusia dan hamba Allah telah dirampas, dan kerana itu mereka tidak berhak langsung untuk mendapat warisan harta pusaka.



Wanita Dalam Lain-lain Agama



Bagaimana pula kedudukan wanita dalam agama-agama lain?



Dalam kaca mata sesetengah agama, kaum wanita dianggap seperti binatang ular.



Kitab suci agama mereka menegaskan bahawa kaum wanita itu hamba dan kanak-kanak lelaki pula tidak boleh memiliki harta.



Mengikut kitab suci mereka juga, wanita tidak boleh dibuat sahabat, kerana wanita adalah lubang buaya.



Kepada wanita-wanita Hindu pula, sehingga abad 17, mereka yang kematian suami dibakar hidup-hidup bersama dengan mayat suaminya.



[Lihat rencana yang berkaitan:Di mana Isteri Di Bakar Hidup-Hidup Bersama Mayat Suami]



Di samping itu ada juga masyarakat yang menjadikan kaum wanita mereka sebagai korban kepada Dewa-dewa untuk memohon restu keberkatan dan keredaannya, atau ketika memohon tuhan menurunkan hujan.



Ada pula kitab agama yang menegaskan kaum wanita dan binatang mesti ditekan dengan kekerasaan.



Wanita Hari ini



Hari ini perbuatan zalim terhadap kaum wanita itu menjadi amalan sesetengah lelaki yang tidak bermoral. Mereka menjual wanita yang mereka perangkap dalam rangkaian jenayah kekejaman, atau menjual mereka secara paksa dan ugutan.



Malah ada lelaki yang menjual wanita-wanita yang mereka kahwini sebagai isteri untuk mencari perbelanjaan dan kemewhan hidup



Di samping itu ada pula lelaki yang bernama bapak, menjual anak-anak gadis mereka, untuk mendapat hasil dan juga untuk melangsaikan hutang-hutang mereka untuk hidup mewah tapi malas berusaha.



Saya pernah berbincang dengan seorang pegawai tinggi polis di Kelantan pada suatu ketika dahulu [maaf namanya telah saya lupa buat waktu ini] dan dalam wawancara itu kami menyentuh soal pelacuran di negeri ini. Katanya, dia amat marah terhadap lelaki yang menjual isteri dan anak-anak perempuan mereka, kerana katanya perbuatan itu lebih buruk daripada menjual wanita-wanita yang tidak ada hubungan darah daging dengan mereka.



Katanya, perbuatan lelaki seperti itu lebih hina dan keji daripada haiwan. Pihak polis sentiasa memandang serius perbuatan seperti itu dan tidak pernah bertolak ansur atau memberi muka kepada lelaki yang dayus dan kejam itu.



Di tengah-tengah dunia yang amat gamat dengan kekejamaan, kekejian, kezaliman dan penghinaan terhadap kaum wanita itu, maka lahirlah agama Islam yang membela kaum wanita, mleletakkan mereka di tempatnya yang wajar sebagai manusia, dengan memperjuangkan segala prinsip-prinsip yang unggul dan utuh untuk kaum wanita di samping kaum lelaki. Dalam Islam hanya takwa yang membezakan mereka di sisi Allah SWT. Segala prinsip yang utuh dan mulia ini terpancar dengan jelas dalam kitab suci al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah saw. yang menjadi panduan kepada manusia untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat.



xxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP