Di mana Engkau Sayang?
>> Wednesday, October 19, 2011
ASSALAMUALAIKUM, HELO SAYANG
DI MANA ENGKAU SAYANG?
Wahai wanita yang lemah lembut,
Anda tentu sudah mengetahui bahawa sejarah dengan jelas membuktikan bahawa pada suatu ketika dunia menyangka, menganggap dan melayan begitu buruk terhadap kaum sejenis dengan anda.
Anda dijadikan seperti barang-barang dagangan, diperjual belikan, dan dijadikan seperti barang-barang mainan untuk menghiburkan kaum lelaki yang meletakkan dirinya lebih superior dari anda.
Wahai wanita yang cantik jelita,
Anda juga pasti menyedari bahawa pada suatu ketika kaum wanita diterima sebagai sesuatu yang keji dan hina, dan tidak layak untuk hidup, kerana itu sebaik-baik sahaja keluar dari perut ibu, anak perempuan yang malang itu terus dilempar ke dalam lubang yang telah digali terlebih dahulu, kemudian di ditimbus hidup-hidup sebelum lagi suara dan jeritan tangisan dapat didengar.
Wahai wanita yang dimulai,
Anda tentu menyedari di tengah-tengah kaum wanita diselimuti oleh kemelut hidup yang begitu durjananya itulah lahirnya satu agama yang mengangkat darjah wanita ke tingkat yang mulia dan wajar sebagai hamba-hamba Allah yang mempunyai hak yang sama rata dengan kaum lelaki di sisi Allah.
Anda tentu yakin bahawa itulah agama Islam yang dibawa oleh Pesuruh Allah, Muhammad s.a.w. Keadaan kaum wanita seperti itu tidak pernah dilihat oleh dunia dalam sejarah sebelumnya.
Wahai wanita yang disanjung-sanjung,
Anda tentu arif, bahawa segala prinsip-prinsip kemuliaan wanita itu terkandung dengan tegas dan nyata dalam kitab suci al-Quran dan juga Hadis-hadis Rasulullah saw. untuk memberi petunjuk kepada seluruh umat manusia demi kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Di dalam kedua-dua sumber itu terdapat berbagai-bagai kenyataan tentang wanita yang menjadi prinsip-prinsip asas dalam Islam serta mengangkat kaum wanita ke darjah yang tinggi dan mulia.
Wahai wanita tajuk mahkota,
Sebagai wanita anda tentu memahami bahawa dari pandangan Islam taraf lelaki dan wanita adalah sama dari segi kerohanian atau agamanya. Anda bersama-sama kaum lelaki berhak untuk mendapat ganjaran dari Allah di akhirat nanti terhdap segala amalan yang anda berdua lakukan semasa hidup di dunia ini.
Izinkanlah saya petik beberapa potong ayat al-Quran untuk menyegarkan kembali ingatan anda yang disayangi kepada firman-firman yang mulia itu.
Pertama, Allah berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 195, “Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beramal di antara kamu dari lelaki atau perempuan, setengah kamu dari yang lain”. Ali Immran:195
Kedua, Allah berfirman dalam Surah Al-Azhab, ayat 35, “Bahawa orang Muslimin lelaki peempuan, orang mukmin lelaki dan perempuan, orang yang taat lelaki dan perempuan, orang yang sabar lelaki dan perempuan, orang yang khusyuk lelaki dan perempuan, orang yang bersedekah lelaki dan perempuan, orang yang berpuasa lelaki dan perempuan, orang yang memelihara kehormatannya lelaki dan perempuan, orang yang banyak zikir kepada Allah lelaki dan perempuan, Allah menjadikan untuk mereka itu ampunan dan pahala yang besar”.Al-Ahzab:35
Ketiga, Allah berfirman dalam Surah An Nisa’, ayat 124, “Barangsiapa yang men gerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan, sedangkan ia orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk kie dalam syurga dan tidaklah mereka teraninya sedikit juga”.Annisa’;124.
Keempat, Allah berfirman dalam Surah An-Nahl, ayat 97, “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki atau perempuan, sedangkan ia beriman, niscaya Kami hidupkan ia dengan penghidupan yang baik, dan Kami balasi dia dengan pahala yang terlebih baik dari usaha yang telah mereka perbuat”.An-Nahli:97.
Menurut ahli-ahli tafsir ayat ini menunjukkan persamaan manusia di sisi Allah, baik dia lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan menerima risiko terhadap perbuatan-perbuatan mereka masing-masing; sesiapa yang berbuat baik akan menenerima pembalasan yang baik, dan sebaliknya sesiapa yang yang berbuat kejahatan, mereka akan mendapat pembalasan setempal degan apa yang mereka kerjakan, tanpa mengira mereka lelaki atau peremuan.
Kelima, Allah berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 1, “Wahai sekalian manusia, takutkah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu”.An-Nisa’:1.
Menurut ahli-ahli tafsir, ayat tersebut memberi erti lelaki dan perempuan adalah makhluk Allah yang dijadikan dari benda yang sama, iaitu Nabi Adam as. yang dijadikan dari tanah, justeru semua manusia adalah sama sahaja di sisi Allah SWT.
Keenam, Allah berfirman dalam Surah Mu’min, ayat 40, “Barangsiapa yang beramal salih baik lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman, maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga”.Mu’min:40
Di bidang kemsayrakatan pula, Islam membuka peluang belajar kepada wanita, mereka boleh memasuki berbagai-bagai bidang kemasyarakatan dalam berbagai-bagai cara kehidupan sejak kanak-kanak sasmapai ke akhir hayat mereka.
Dalam Islam martabat wanita itu kian meningkat dari masa ke masa, dari sejak kank-kanak sampai menjadi isteri, jadi ibu, jadi nenek, malah sampai lanjut usianya orang masih memerlukannya, malah orang bertambah cinta dan kasih kepadanya.
Kasihanilah orang-orang yang membuang ibu bapa mereka di tepi-tepi jalan, di surau dan masjid, di stesen bas dan keretapi atau di rumah orang-orang tua, kerana mereka tidak memahami hakikat ajaran Islam yang sebenarnya tentang kewajipan anak-anak terhadap ibu bapanya dan hak-hak ibu bapa terhadap mereka.
Di bidang hukum pula, Islam memberikan hak-hak yang mencukupi kepada kaum wanita untuk hidup dengan sewajarnya dari sejak mereka kecil sehingga mereka dewasa dan tua, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menganggu gugat hak-hak yang dibrikan kepada mereka itu, baik, ayah, suami dan sebagainya.
Wahai wanita yang dikasihi,
Di samping ayat-ayat al-Quran, Baginda Rasulullah s.a.w. juga banyak meninggalkanHadis-hadis mengenai kedudukan wanita yang mulia dalam Islam. Antara Hadis suci Baginda itu kita petik sebahagian kecil darinya di sini untuk dikongsikan bersama dengan anda yang dikasihi.
Pertama, Baginda Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik orang dari antara kamu ialah yang berbuat baik kepada isteri-isterinya dan anak-anak perempuannya”.HR:Al-Baihaqi dari sahabat Abu Hurairah r.a.
Kedua, kata St. ‘Aisyah r.a.: “Telah sampai bermacam-macam hadiah dari Raja Najasy kepada Rasulullah s.a.w. yang di dalamnya terdapat sebentuk cincin dari emas, Baginda lalu mengambil cincin itu dengan salah satu jarinya, kemudian beliau memanggil Umamah binti Abil ‘Ash [dari anak perempuan Baginda- Zainab-]lalu Baginda bersabda, “hiaskanlah ini hai anak perempuan !”. HR:Abu Daud.
Ketiga, diriwayatkan, bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w bersabda kepada St. Syifa’: “Tidakkah kamu mengajar anak perempuan ini menyongket, sebagaimana kamu mengajar dia menulis?”. HR:Abu Daud.
Keempat, Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik orang dari antara kamu itu, ialah yang berbuat baik kepada isterinya, dan aku adalah sebaik-baik orang antara kamu yang berlaku baik kepada isteriku. Tidak memuliakan akan orang-orang perempuan, melainkan orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan akan mereka itu, melainkan orang yang hina”. HR:Imam Ibnu ‘Asaakir.
Kelima, kata sh. Mu’awiyah bin Jahimah, bahawasanya Jahimah dating kepada Nabi s.a.w lalu bertanya, “Ya Rasulullah! Aku tidak ikut berperang, dan aku datang ini mengharap fatwa dari engkau”.
Sabda Baginda, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”.
Jahimah berkata, “Ya”.
Sabda Baginda, “Hendaklah kamu tetap padanya, kerana sesungguhnya syurga itu ada di bawah tapak kakinya”. HR: Ibnu Majah, An Nasaai & Al-Hakim.
Keenam, sabda Baginda s.a.w., “Sebesar-besar kewajipan atas seseorang manusia itu ialah kepada ibunya”. HR:Imam Al.
Keenam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap dosa diperlambat seksanya oleh Allah sampai besuk pada hari kiamat, kecuali dosa orang berbuat derhaka kedua orang tuanya, kerana Allah akan mempercepatkan seksaNya atas orang yang melakukannya pada waktu hidupnya/sebelum matinya”. HR:Al-Hakim & Al Ashbahany.
Demikianlah sekadar renungan untuk dikongsi dengan anda semua, khususnya kaum wanita. Semoga memberi manfaat jua.
Sekianlah wahai sayang,
Semoga kita semua kekal dan iman dan takwa dengan limpahan taufik dan hidayahNya.
Amin.
xxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment