Wajarkah Doktor Memberitahu Pesakit Ajalnya Telah Dekat? Tambahan pada 27Feb.2011
>> Wednesday, February 2, 2011
WAJARKAH Doktor Memberitahu Pesakit
Ajalnya Telah Dekat?
Kisahku 1
[Seorang wanita, masih muda. Doktor telah mengesahkan dia mengidap penyakit kanser payu dara. etika itu beliau dalam proses permulaan rawatan.
Kemudiannya dengan harapan untuk mendapat rawatan yang lebih sempurna beliau telah beralih kepada hospital pakar swasta yang sudah terkenal.
Setelah menjalani peperiksaan yang teliti memang terbukti kansernya telah berada di tahap yang genting. Doktor pakar yang merawatnya itu, selepas menjelaskan keadaan penyakitnya itu lalu dengan selamba berkata, “Puan tak ada harapan lagi. Dah sampai masanya kepada puan untuk membuat waksiat. Kami tak boleh apa-apa lagi......”.
Alangkah terkejutnya wanita tersebut mendengar kata-kata doktor itu. Macam mendengar halalintar di tengah hari buta yang panas terik. Kepalanya terasa berpusing, mukanya pucat, ditoreh tak berdarah. Lalu terhenyak di kerusi, membisu tanpa kata. Kata-kata doktor itu macam hukuman bunuh yang dijatuhkan oleh hakim kepada orang yang tertuduh di mahkamah.
Bila balik ke rumah penyakitnya menjadi bertambah parah. Keadaannya tambah tidak bermaya, hampir tidak dapat bangun lagi, maut sentiasa terbayang di birai matanya, dan akhirnya tidak lama kemudian beliau kembali kerahmatullah.
Adakah wajar doktor tersebut memberitahu demikian kepada pesakitnya?]
Kisahku 11
[Seorang wanita janda yang berusia kira-kira 40-an tahun. Dia sering merasa sakit di bahagian-bahagian tertentu dalam perutnya. Sejak beberapa bulan dia berulang alik ke hospital bila merasa sakit.
Setiap kali dia pergi dan setelah menjalani peperiksaan, doktor tidak menemui apa-apa penyakit yang luar biasa padanya, dan memberi beberapa jenis ubat, termasuk ubat penahan sakit.
Beberapa bulan kemudian, dia pergi ke hospital setelah merasa kesakitannya lebih serius dari biasa. Setelah menjalani peperiksan yang lebih teliti, doktor menyampaikan khabar duka. Dia didapati mengidap penyakit kanser pangkal rahim yang telah parah.
Beliau naik radang bila doktor terebut menegurnya kerana tidak segera datang menjalani peperiksaan awal-awal lagi dan menerima rawatan, sedang beliau telah berbulan-bulan menjalani peperiksaan di tempat yang sama. Kad rawatannya juga bukanlah sekeping tapi sudah tebal.
Doktor itu tanpa berfikir panjang lagi memberitahu mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana penyakitnya telah begitu parah. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhnya lagi, dan yang ada hanya ubat penahan sakit. Itu memberi erti dia tidak ada harapan lagi akan sembuh, dan hanya menunggu saat kematian yang segera akan tiba mengikut kata doktor.
Beliau ditempatkan dalam wad. Penjelasan doktor itu meningkatkan kebimbangan dan ketakutannya. Akhirnya beberapa hari kemudian beliau telah kembali kerahmatullah.
Demikian dua contoh daripada bebagai-bagai contoh yang dikemukakan untuk menjadi renungan bersama].
Persoalannya: Wajarkah Doktor Memberitahu Pesakit Dia Tidak Ada Harapan Lagi?
Mengikut Gilly Burn, seorang pakar palliative yang terkenal,beliau tidak bersetuju sama sekali para doktor atau juru rawat memeberitahu kepada pesakit bahawa mereka sudah tidak ada harapan dan tidak ada masa lagi.
Gilly Burn, ialah seorang pakar palliative daripada International Palliative Care Nurse Consultant, United Kingdom. Beliau berkata demikian dalam ceramah, The Future of Palliative Care Nursing & The Role of Nurses” di SM Kian Kod Shool, Sabah., baru-baru ini sebagaimana dilaporkan oleh Mari Chin dalam akhbar Daily Express.
Katanya, “Berbuat demikian adalah perbuatan yang keji. Adakah pendapat doktor atau juru rawat itu tepat? Sudah tentu tidak. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya”.
Beliau telah diminta mengulas ramalan doktor atau juru rawat terhadap pesakit-pesakit yang tenat, dengan memberitahu pesakit, mereka hanya mempunyai masa selama 3 atau 6 bulan sahaja lagi untuk hidup.
“Mengarut. Jangan sekali berkata demikian. Saya tidak percaya dengannya. Saya fikir berbuat demikian adalah salah. Para doktor dan juru rawat bukan Tuhan. Jangan cuba main-main jadi Tuhan. Tapi bukan semua doktor atau juru rawat seperti itu”.
“Bla pesakit bertanya, “Berapa lama saya boleh hidup?”, jawapan yang jujur ialah, “Saya tidak tahu. Kenapa tanya saya?”.Burn memberi nasihat.
Menurut beliau antara jawapan yang akan diberi oleh pesakit ialah dia ingin mengurus perkahwinan anak perempuannya, atau dia ingin melihat anak lelakinya masuk universiti.
Katanya ketika ditanya oleh seorang pesakit kanser di Sabah tentang berapa lama lagi dia boleh hdiup, beliau menjawab, “Secara ikhlas saya tidak tahu. Tapi bersedialah untuk menghadapi yang terburuk, dan berharap nntuk mendapat yang terbaik. Jika umur anda pendek, apakah perkara-perkara yang ingin anda lakukan?”.
Sebaliknya kata beliau para pesakit mungkin menemui ajalnya mengikut arahan doktor dengan mengira dan menanda hari-harinya di atas kalender.
“Jika doktor memberitahu seorang pesakit bahawa dia hanya mempunyai masa 3 bulan untuk hidup. Wahai tuhanku, setiap bulan mengandungi 31 atau 30 hari. Wahai, aku hanya mempunyai masa 90 hari untuk hidup. Wahai tuhanku, aku hanya mempunyai 87 hari sahaja lagi untuk hidup. Wahai tuhan, aku hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi. Jika pesakit itu mati, maka dia mati kerana kehilangan semangat untuk hidup”, kata Burn.
Daripada pengamamtan beliau, orang yang berjuang lebih baik daripada orang yang semata-mata berkata, “Wahai, aku hanya mempunyai 30 hari. Wahai aku hanya mempunyai ini, aku hanya mempunyai itu”.
Beliau menambah, “Jika anda seorang pejuang, anda akan berbuat yang lebih baik, dan sebahagian daripada pesakit kanser hanya mati 10 tahun kemudian kerana doktor tidak mengetahuinya".
Kisahku 111.
[Ada seorang wanita yang kami kenali. Pada waktu itu beliau berusia dalam lingkungan 30-an tahun. Pemeriksaan doktor menunjukkan dia mengidap penyakit jantung berlubang. Dan doktor memberitahu pada keluargnya yang terdekat, bahwa mereka menjangka usia wanita itu tidak panjang. Tapi bercanggah dengan pendapat doktor, dia terus hidup sampai ke usia 70-an tahun, dan mati bukan kerana penyakit jantung, tapi kerana penyakit lain.
Sebuah contoh lagi. Adik Allahyarahmah isteri saya [Asiah Yaacob-ya Allah limpahilah rahmatMu ke atasnya], seorang juru teknik kapalterbang. Pada suatu masa doktor mengesahkan beliau mengidap penyakit saluran jantung tersumbat. Atas nasihat doktor dia bersetuju untuk menjalani pembedahan pintasan jantung, kerana katanya, doktor bimbang kalau tidak dibedah beliau akan diserang “stroke”, dan menjadi lumpuh. Tapi beberapa jam sahaja selepas menjalani pembedahan pintasan jantung yang berjaya, entah kenapa, dia terus diserang “stroke”. Sehingga hari ini, sudah lebih dari 5 tahun berlalu, tapi beliau masih lagi dalam keadaan tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri].
Burn melahirkan rasa sedih bila ada orang berkata kepada pesakit, “Tidak ada apa-apa lagi yang dapat kami buat”.
[Nani [atas] seorang doktor. Tak ada kena mengena dengan tulisan ini. Boleh kita tanya pendapat beliau?].
Katanya tindakan itu tidak benar. Banyak yang dapat kita lakukan kepada pesakit hingga ke hujung hayatnya. Umpamanya kita dapat meringankan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit. Kita boleh mengelap kepalanya, kita boleh berada bersama mereka. Dan kita boleh berdoa bersama mereka sampai ke hujung hayat.
Kisahku IV
Hari ini seorang sahabat anaku Syaibani Zaini berkunjung ke rumah. Antara lain "K" memberitahu ibunya sakit teruk dan menjalani rawatan. Doktor telah memberitahu keluarganya ibunya tidak ada harapan lagi untuk hidup dengan kadar 30/70 sahaja lagi. Dia boleh meninggal bila-bila masa. Dia amat bimbang dan merasa amat sedih dengan berita tersebut. Namun begitu ibunya tidak dimaklumkan keadaannya yang genting itu.
Tapi malangnya, jiran-jiran dan orang-orang kampung yang berkunjung ke rumah "melawat" ibunya yang sakit itu secara terbuka memberitahu ibunya bahawa dia sedang menghidap penyakit yang amat merbahaya, tidak ada harapan lagi akan sembuh dan tak lama lagi akan mati..... Kata-kata ini menyebabkan ibunya merasa amat sedih dan selalu menangis.....ia semacam penjatuhan hukuman bunuh ke atas ibunya.......menambahkan kedukaan kepada ibunya.
Kata hatiku: mereka sepatutnya lebih bertimbang rasa dengan kata-kata mereka, berdoa untuk ibunya dan juga menasihatnya supaya bersabar dan banyak-banyak mengingati Allah S.W.T.

Katakau
[Sesungguhnya kataku jika doktor atau juru rawat itu seorang Islam dan pesakit juga seorang Islam dia boleh tolong mengajar yang berada dalam sakaratulmaut itu mengucap dua kalimah syahadah, iaitu ucapan yang akan menjamin pengurniaan syurga untuknya].
Demikianlah untuk renungan bersama.
Sila Klik:
-Bersantun Di Saat Genting
xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sehari Seulas Kata:
-“Kita memerlukan pakar dalam setiap bidang ilmu pengetahuan, iaitu mereka yang menjadikan perustakaan dan makmal-makmal sebagai tempat pertapaan dan mempercumakan hidup mereka untuk bidang-bidang ikhtisas mereka; bukan dengan semangat pengorbanan semata-mata, tapi dengan rasa lazat, persis seorang ahli ibadat yang menghadiahan rohnya kepada Tuhan dengan suka dan gembira”.As-Syahid Syed Qutb.
Xxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.
1 comments:
salam papa.. sejujurnya agak suka untuk seorang doktor untuk memberitahu seseorang pesakit bahawa jangka hidup nya sudah tidak lama. alhamdulillah, sepanjang pengalaman nani di unit rawatan rapi, banyak perkara nani telah jumpai. kita sedia maklum kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke ICU rata rata mempunyai prognosis yang tidak elok. apabila diterangkan dengan berhati hati kepada saudara yang terdekat, kebanyakan mereka menerima dengan hati yang tenang dan redha (bagi orang islam). kebanyakan sudah tidak sedarkan diri dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. kami tidak pernah memberitahu berapa lama pesakit itu boleh bertahan. apa yang selalu kami katakan adalah, banyakkan bersabar.. Semuanya adalah kuasa Allah swt.. peluang mungkin tipis tetapi banyak kemungkinan boleh berlaku kerana itu semua adalah diluar jangkaan kita sebagai manusia. bagi pesakit kanser, situasinya sangat berbeza.. nani selalu meletakkan diri nani berada di tempat pesakit itu.. jikalau kita yang terkena kanser, sudah pasti kite tidak akan bersemangat dan berputus asa untuk hidup jika doktor mengatakan jangka hidup kita sudah tidak lama. apa yang selalu dikatakan ialah, bersabarlah.. ini semua ialah ujian daripadaNya, kita cuba ape yang terbaik. kebiasaannya, doktor akan menerangkan secara teliti tentang kanser, rawatan yang disediakan dan kajian kajian yang dibuat berkaitan kanser.. tidak perlu berterus terang mengatakan puan ada 6bulan lagi untuk hidup.. sebaliknya terangkan bahawa, teori mengatakan seseorang pengidap kanser rahim peringkat akhir(sbg contoh) mungkin jangka hayat nya cuma ada 6 bulan (contoh).. tetapi ada kajian mengatakan bahawa rawatan sekian sekian boleh menolong mengurangkan sel barah merebak dengan lagi cepat.. bukan memberi harapan.. tetapi memberi semangat untuk pesakit terus hidup.. ahli keluarga perlu dipanggil untuk menerangkan keadaan pesakit.. pesakit juga digalakkan untuk melibatkan diri dengan persatuan kanser.. dalam keadaan begini banyak faktor yang perlu diambil kira.. dan ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan oleh seorang doktor.. mungkin pengalaman akan mematangkan cara pemberitahuan doktor terhadap pesakit.. dan nani sebagai seorang doktor sangat tidak bersetuju apabila ada doktor yang sangat berterus terang mengatakan jangka hayat tidak lama dan tidak apa yang boleh dibuat.. selalu kanlah meletakkan diri kita di tempat orang lain.. insyaallah, kita pasti akan dapat rasakan bagaimana sedihnya perasaan seseorang apabila diperkata demikian..
Post a Comment