Rahsia Seekor Katak?

>> Sunday, January 30, 2011




RAHSIA? Seekor Katak?




KODOK atau katak terdapat di seluruh tempat di dunia, kecuali di Antartica dan Kepulauan Oceanic. Kebanyakan kodok terdapat di tempat-tempat yang berair. Ia sejenis haiwan berdarah sejuk. Mengikut kajian terdapat lebih dari 5000 jenis kodok di seluruh dunia, kebanyakannya tinggal di kawasan hujan tropikal.

Tubuhnya pendek, tanpa ekor, dengan mata terbonjol keluar dan kebiasan kodok adalah suka melompat. Malah ia merupakan haiwan yang terhandal dalam bidang melompat dari kalangan haiwan “vetebrates”. Kodok boleh melumpat sejauh 2 meter, iaitu 50 kali ganda lebih pajang daripada ukuran tubuhnya hanya sepajang 5.5 meter sahaja.

Kodok juga suka melaung “aum” di waktu-waktu tertentu, terutama di musim hujan. Ada sesetengah kodok suara “aumnya” itu amat keras, hingga boleh didengar dengan jelas dalam jarak sejauh sebatu. Biasanya dalam musim hujan katak-katak ini akan “mengaum” secara berkumpulan beramai-ramai hinggakan suaranya kedengaran bergema sahut menyahut hingga sampai ke larut malam tanpa henti-henti.

Ada orang memanggilnya kodok, ada pula yang memnagil katak, ialah haiwan yang sama yang dipanggil" frog" dan "toad" dalam bahasa Inngeris, iaitu sejenis haiwan kecil yang suka melompat.

Saya pernah mengatakan, pada seekor katak atau kodok itu, jika kita analisakan, kita akan menemui rahisa-rahsia Allah yang tersembunyi di sebalik apa yang dapat kita lihat dengan mata kasar kita yang sering menipu kita, kerana ketidakmampuannya untuk melihat hakikat-hakikat sebenar yang tersembunyi daripada apa yang kelihatan. Itulah rahsia Allah, itulah Makrifatullah.

Ada sebuah dongeng yang populer dalam masyarakat kita di mana seorang putera raja telah disumpah menjadi seekor kodok, dan dia hanya boleh kembali menjadi manusia dengan pertolongan seorang putri raja.

Selain itu ada sebuah tempat yang termasyur di Indonesia bernama Tanjung Kodok, Lamungan di Jawa Timur. Tempat ini merupakan salah sebuah tempat berwisata yang populer di Indonesia dengan pesisir pantainya yang indah.

Keanihan Kodok

Allah Maha Kaya. Putaran hidupnya bermula dari telur, berubah menjadi berudu, menjadi anak kodok dan akhir menjadi kodok dewasa. Biasanya katak hidup di kawasan basah atau berair, tapi ada sesetengah katak yang boleh hidup di padang pasir yang kontang. Pada musim panas katak-katak itu akan menggorek lubang yang dalam, ada yang sampai dua meter ke dalam perut bumi untuk mencari kelembapan dan membolehlan mereka hiudp di situ selama beberapa bulan, hingga musim panas telah berlalu dan tiba masanya yang sesuai kepada mereka untuk keluar ke permukaan bumi.

Allah Maha Bijaksana. Mari kita lihat putaran sejarah hidup sejenis katak yang terdapat di Amerika Selatan. Biasanya katak berasal daripada telur yang bertukar menjadi berudu sebelum bertukar menjadi seekor katak. Yang ganjilnya anak berudu itu bila tumbuh dengan sepenuhnya akan menjadi anak berudu raksaksa sepanjang 26 sentimeter, tapi bila ia bertukar menjadi seekor katak, berudu raksaksa itu akan mengecut menjadi seekor anak katak yang kecil hanya sepanjang kira-kira 4 sm sahaja.

Ahli-ahli kaji hayat tidak dapat mempastikan bagaimana perubahan yang ajaib daripada seekor berudu raksaksa bertukar menjadi seekor anak kodok yang kecil, demikian juga ahli-ahli kaji hayat masih belum dapat mempastikan kenapa pula Allah jadikan anak berudu itu begitu besrnya dan kemudian mengecil untuk melahirkan seekor anak kodok?

Perkara ini amat luar biasa dan bercanggah dengan kebiasan yang berlaku, tapi ia memang benar dan masih menjadi rahsia Allah yang membuktikan bahawa Allah itu Maha Besar dan Maha Bijaksana.

Di Eropah ada sejenis kodok mempunyai sejarah putaran hidup yang berbeza dengan kodok-kodok yang biasa yang kita ketahui. Kalau kita perhatikan, kebanyakan kodok bertelur dan meninggalkan telur-telur tanpa memperdulikannya lagi sehingga telur-telur itu bertukar menjadi berudu dengan sendirinya. Tapi ada sejenis kodok di Eropah tidak demikian keadaannya. Allah jadikan ia berbeza dari kodok-kodok yang lain itu.

Bila sampai masa bertelur, kodok betina di Eropah akan mengeluarkan serangkai telur di atas tanah yang kering, kemudian kodok jantan akan datang dan membelit rangkaian telur-telur itu kepada kedua belah kaki belakangnya.

Untuk menetas, telur-telur kodok itu terpaksa dilembabkan. Tidak seperti telur ayam atau telur burung untuk menetaskanya perlu dihangatkan. Andainya pada masa itu udara kering, kodok lelaki itu tidak hilang akal, ia akan mencari kolan dan melompat ke dalamnya untuk memandikan telur-telur yang berbelit di kakinya itu. Tapi jika cuaca lembab kodok jantan tersebut itu akan keluar di malam hari untuk mendedahkannya kepada titisan embun-embun yang turun ke bumi yang akan memberi manfaat keapda telur-telur yang berbelit di kakinya itu.

Biasanya telur-telur kodok itu mengambil masa tiga minggu untuk menetas, dan bila masanya telah tiba, kodok jantan itu pergi ke kolam atau ke mana-mana tempat air bertakung untuk merendamkan telur-telur itu, kemudian telur-telur itu akan menetaskan berudu yang akan memggeliang-geliut berenang dari situ.

Siapa yang mengajar anak berudu yang baru menetas itu untuk berenang sebegitu rupa sesuai dengan tubuhnya yang lembut itu? Maha Besar Allah yang Maha Kaya.

Allah jadikan kodok di Surinam di Amerika Selatan lebih prihatin dalam menjaga anak-anak mereka. Di atas belakang kodok betina terdapat banyak kolam-kolam kecil yan keadaannya lembut seperti sepan. Bila kodok betina melahirkan telur, maka kodok jantan akan meletak dan menekan telur-telur itu masuk ke dalam kolam-kolam kecil yang terdapt begitu banyak di atas kulit di belakang kodok betina itu. Telur-telur itu mungkin berjumlah 200 biji atau lebih, dan setiap telur itu masing-masing mendapat kolam kecilnya yang tersendiri di atas belakang ibunya itu.

Seterusnya telur-telur itu menetas di dalam kolam-kolam kecil itu menjadi berudu, dan berudu-berudu itu terus hidup di situ selama kira-kira empat minggu dan bila tiba masanya ia akan menolak dirinya keluar dari kolam kecil itu sebagai seekor anak kodok yang kecil. Selama berada dalam kolam di atas belakang ibunya ia hidup dengan memakan kuning telur yang terdapat dalam telur itu yang begitu banyak bekalannnya untuk membolehkan ia hidup selama masa tersebut.

Kodok Sebagai Makanan

Sebenarnya kodok adalah merupakan sejenis sumber makanan kepada sebahagian daripada penduduk dunia. Justeru itu di sesetengah tempat kodok dijual di pasar-pasar kepada orang-orang ramai yang berminat untuk membelinya.

Kodok menjadi makanan yang populer di negara-negara China, Perancis, Filipina, di Greece Utara, dan di sebahagian besar di negara-negara di Amerika Selatan, terutama di Louisana.

Kodok-kodok ini boleh didapati di jual di pasar. Di pasaran tempatan, kodok-kodok yang telah dibunuh dan dibuang kulitnya meninggalkan dagingnya yang berwarna kemerah-merahan dicucuk dengan lidi untuk beberapa ekor secucuk dan dijual kepada pembeli yang berminat. Tapi ia bukan untuk orang Islam.


Kodok Dalam Bidang Perubatan

Pada masa-masa yang lalu, ada kaum yang menggunakan kodok untuk dijadikan ubat menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Ada di antara mereka menggunakan kodok sebagai jamu kuat untuk merangsangkan daya seks mereka dalam usaha untuk mengejar kepuasan yang lebih.

Baginda Rasulullah saw. melarang memakan kodok, kerana terbukti kodok mengandungi racun. Dalam sebuah riwayat menyerbut bahawa ada seorang tabib menyebut masalah kodok di sisi Nabi saw. tapi baginda melarang membunuh kodok.

Rasulullah saw. bersabda, maksdunya: “Sesungguhnya seorang tabib telah bercerita tentang kodok untuk dijadikan obat di hadapan Nabi saw., maka Nabi saw. melarang untuk membunuhnya”.HR:Ahmad.

Abu Hurairah meberitahu Nabi saw. melarang memakan segala jenis makanan yang berbahaya, seperti racun dan seumpamanya.HR:Abu Daud.

Ibnu Sina berpendapat memakan daging atau darah kodok boleh membahayakan kesihatan seseorang.

Dengan adanya larangan dari Rasulullah saw., bukan sahaja untuk memakannya, malah membunuhnya pun dilarang, maka tabib atau doktor-dokor Islam tidak lagi menjadikan kodok salah satu resipi dalam perubatan mereka.

Legenda Dan Mistik

Cerita-cerita mengenai kodok terdapat dalam seluruh bangsa di dunia, baik di timur mahu pun di barat.

Kaum Moche yang tinggal di Peru purba mengabadikan kodok dalam lukisan-lukisan mereka. Malah lebih jauh dipercayai mereka telah sesat kerana mengambil kodok sebagai tuhan sembahan mereka.

Di Panama ada sejenis kodok yang dipanggil kodok emas. Mengikut kepercayaan di kalangan penduduk-penduduk asli Peru sesiapa yang bertemu dengan kodok emas yang liar adalah menjadi pertanda bahawa mereka mempunyai nasib yang baik.

Kebanykan mereka percaya, jika kodok emas ini menemui ajalnya, ia akan bertukar menjadi azimat emas yang mereka panggil “huac”. Walau bagaimanapun pada hari ini kodok emas ini kian pupus di Panama.

Malah mengikut kajian mulai tahun 1950an bilangan kodok telah merosot dengan banyaknya di seluruh dunia. Dalam hal adalah dipercayai sebanyak 120 jenis kodok telah pupus dari muka bumi, termasuklah godok Emas di Costa Rica, kodok gastris di Australia. Antara sebab-sebabnya ialah kesempitan tempat tinggal kerana diceroboh oeh manusia, perubahana-perubahan cuaca, ancaman musuh-musuh dan juga diserang oleh bebagai-bagai jenis penyakit yang merbahaya.

Ada kepercayaan yang menakutkan mengenai kodok di kalangan orang-orang Melayu. Kaum wanita diperingatkan supaya berhati-hati dengan kodok, kerana mengikut kerpecayaan, amatlah merbahayanya jika kodok itu mengigit kemaluan mereka, sebab gigitan itu tidak akan dilepaskannya sehingga kedengaran bunyi guruh di langit.

Tapi sehingga kini kita pernah melihat atau mendengar ada wanita yang anunya pernah digigit kodok, dan kita juga belum mendengar, wanita-wanita dibawa menemui bomoh atau dibawa menemui doktor-doktor di hospital untuk menanggalkan kodok yang melekat di kemaluannya.

Tidak pula diketahui adakah sebarang kajian ilmiah pernah dibuat tentang kepercayaan yang bunyinya begitu bodoh?


Selain itu yang kita biasa dengar ialah kodok dipergunakan oleh bomoh-bomoh atau tukang-tukang sihir untuk menyihir dan menganiya orang. Dengan memperalatkan hamba Allah kodok yang tidak mengerti apa-apa itu mereka mengzalimi orang dengan pertolongan syaitan yang dilaknat, antaranya membuat mangsa ditimpa penyakit-penyakit tertentu, atau membuat pengantin lelaki terkuci mulutnya tidak mendapat manjwab lafaz nikah di majlis perkahwinan dengan tujuan untuk memalukannya dan berbabagi-bagai kezaliman lagi, termasuklah mengunci mulut peguam-peguam di mahkamah daripada bercakap dan berhujah.

Sedang Allah melarang hambanya berbaik dengan jin dan syaitan, apa lagi meminta pertolongannya, kerana perbuatan itu boleh menyesatkan mereka, serta merosakkan kemurniaan iman mereka.

Pada zaman saya kanak-kanak dahulu dan tinggal di Kg. Salor saya lihat ada pada pesawah yang menggunakan sejenis katak yang suka melompat sebagai umpan kail mereka.Mereka akan menangkap sejenis kodok, menyangkutnya pada mata kail yang dikat pada jurang dan diletak di atas permukaan air untuk menarik ikan menyambar dan menelannya. Batang kail berumpam kodok itu dipacakkan di batas-batas sawah atau di tebing-tebing sungai dan membiarkan kodok itu dalam keadaan hidup melompat ke sana ke mari sejauh tali dikendurkan. Lompatan katak itu akan menarik perhatian ikan-ikan yang agak besar, seperti ikan haruan supaya datang dan menyambar serta menelannya dengan mata-mata kailnya sekali yang akan tersangkut pada mulutnya nanti.

Kodok biasanya memakan serangga-serangga yang tidak disukai oleh manusia, kerana menganggu mereka, seperti nyamuk, lalat, semut dan kelkatu-kelkatu yang memburu cahaya pada waktu malam itu.

Demikian sedikit rahsia seekor kodok untuk renungan bersama dalam mencari rahsia Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.
xxxxxxxx

Sehari Sepatah Kata:

-Seekor kodok yang suka melompat lebih baik daripada seorang manusia yang suka melompat, kerana melompat adalah sifat semula jadi kodok bukannya sifat semuala jadi manusia.

-Sebuah ketawa merupakan sebatang dian yang menyala di dalam rumah.

-Bukan semua kebenaran mesti dimadahkan.

Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan ImanPaut. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP