Bolehkan Haiwan Lahirkan Anak Manusia?

>> Thursday, January 13, 2011




Bolehkah Haiwan Melahirkan Anak Manusia?


Oleh sebab terdapat segelintir bangsa manusia suka melakukan hubungan seks songsang melampau dengan haiwan, maka timbul pertanyaan bolehkah haiwan melahirkan anak manusia, atau sebaliknya manusia melahirkan anak haiwan?


[Lihat rencana "Manusia Berkasih Dengan Haiwan" Dalam Pondok Rahmat]


Pertanyaan seperti ini telah mucul sejak berabad-abad yang lampau lagi mengharu fikiran manusia. Memangnya ada manusia yang percaya haiwan boleh melahirkan anak manusia dan sebaliknya pula manusia boleh melahirkan anak haiwan?


Itulah sebabnya muncul berbagai-bagi dongeng seperti itu di seluruh dunia.


Dongeng


Dalam cerita wayang kulit, terdapat sebuah watak, separuh manusia dan separuh haiwan, iatiu Sang Hamuman Kera Putih. Ia amat gagah dan perkasa, anak kepada Maharaja Seri Rama.


Dalam dongeng-dongeng tanah air terdapat cerita mengenai ikan duyung yang bertubuh separuh manusia dan separuh ikan, iaitu sekerat pinngang ke bawah berbentuk ikan, dan sekerat pinggang ke atas berbentuk manusia. Rupanya dikatakan cantik dan menawan.


Dalam metology Greek terdapat sebuah cerita mengenai seorang wanita bernama Leda telah melahir seorang anak perempuan yang jelita, bernama Helen hasil hubungan seks dengan Dewa Zeus yang berupa seekor angsa jantan berwarna putih.


Selain itu masih banyak lagi makhluk-makhluk lain yang didakwa dilahirkan hasil hubungan seks antara manusia dan haiwan, seperti raksaksa-raksaksa yang dipanggil centaurs, fauns, minotaur, sphinx, ikan duyung atau puteri laut dan sebgainya,


Makhluk-makhluk itu digambarkan sebagai separuh manusia dan separuh binatang yang dipercayai dihasilkan oleh hubungan seks di antara makhluk manusia dan haiwan.


Centaurs, dalam dongeng Greek dikatakan berupakan separuh manusia dan separuh kuda tinggal di pergunungan Thessaly.


Faun dipercayai tuhan padang dan tuhan masyarakat haiwan. Kepercayaan ini terdapat di kalangan orang-orang Latin purba. Biasanya ia digambarkan sebagai manusia dengan kedua belah telinganya tegang cacang dan mempunyai sepasang tanduk yang kecil. Namun kadang-kadang faun digambarkan sebagai separuh manusia dan separuh kambing dan mempunyai ekor kambing.


Satyr sejenis Tuhan hutan orang-orang Greek dan Rum. Orang-orang Rum percaya Satyr mempunyai telinga dan ekor seperti kuda, tapi menurut dongeng Greek Satyr mempunyai telinga, ekor dan kaki seperti kambing.


Sphinx dalam dongeng Greek ialah sejenis raksaksa bersayap dengan kepala seorang wanita, dan tubuhnya seekor singa. Dalam dongeng itu Sphinx menyerang Thebes, membunuh sesiapa sahaja yang tidak dapat menjawab teka-teki yang dikemukakannya, sehingga Oedipus dapat menjawabnya.


Oedipus ialah putera Raja Louis dan isterinya Jocasta. Oedipus seorang yang tidak siuman, dia membunuh ayahnya sendiri dan berkahwin dengn ibu kandungnya, Jocasta.


Di Mesir purba Sphinx digambarkan seekor singa dalam keadaan duduk meniarap, berkepalakan seorang lelaki, atau biri-biri jantan atau burung helang.


Di Mesir ada sebuah patung besar Sphinx, iaitu Sphinx Khafire, panjangnya 73 sentimeter [240 kaki] yang terdapat hingga sekarang.


Duyung


Ikan duyung yang terkenal dengan nama julukan puteri laut juga terdapat dalam berbagai-bagai dongeng dunia. Seperti lumrahnya ia digambarkan bahagian atasnya berwajah manusia dan bahagian bawahnya berbentuk ikan.


Sejauh yang kita ketahui, dalam kepercayaan masyarakat Melayu, duyung itu bahagian atasnya berwajah seorang wanita, tapi dalam sesetengah masyarakat pula ada duyung yang berwajah seorang lelaki.


Justeru dalam dunia ini ada jenis duyung, iaitu duyung lelaki dan ada duyung perempuan. Kalau duyung itu perempuan sahaja, bagaimana duyung itu boleh beranak-pinak?


Duyung betina dengan wajahnya yang cantik itu dikatakan sering menggoda para nelayan yang bertemu dengan mereka.


Anak Bukan Manusia


Selain duyung kita pernah mendengar ada wanita-wanita yang melahirkan anak bukan manak anusia atau haiwan, tapi berupa sebiji telur, seperti ayam atau itik atau telur ular. Atau wanita yang melahirkan anak bersama dengan benda-benda lain yang tidak bernyawa, seperti batu, senjata dan sebagainya.


Cerita yang paling banyak mengenai kelahiran seperti itu di kalangan orang kita Melayu ialah melahirkan anak-anak yang tidak berwujud, iaitu anak-anak bunian yang tidak dapat dilihat rupanya.


Saya pernah bertemu dengan seorang wanita yang mendakwa mengandung seorang anak ghaib itu. Katanya dia telah mengandung selama sembilan bulan, dan bila masanya untuk bersalin, sampai, tiba-tiba perutnya menjadi kempis seperti baru lepas melahirkan anak.


Pada malamnya dia bermimpi diberitahu anaknya itu telah diambil oleh seorang raja perempuan yang termasyur dalam sejarah dan dijadikan anak angkat. Katanya anaknya itu dari masa ke masa balik ke rumah menemui beliau secara ghaib.


Saya telah lama tidak menemui wanita itu, dan tidaklah mengetahui perkembangannya yang terkini.


Suaminya pula memberitahu ketika berada dalam sebuah gua, dia melihat banyak barang-barang kemas di situ. Semuanya cantik-cantik belaka. Tapi ada suara melarang beliau mengambil barang-barang kemas itu, kerana semua harta itu katanya adalah menjadi hak milik anaknya yang ghaib itu nanti bila dia dewasa kelak. Anak itu sahaja yang boleh mengambilnya, katanya.


Wallahu’aklam.


Masih Ramai Yang Percaya


Masih ada ramai lagi orang-orang yang mempercayai bahawa hubungan seks antara manusia dengan haiwan boleh melahirkan turunan, baik di pihak manusia atau di pihak haiwan.


Mereka ini percaya hubungan seks antara seorang manusia lelaki dengan haiwan betina boleh menyebabkan haiwan betina itu bunting. Atau sebaliknya hubungan seks antara haiwan jantan dengan manusia perempuan boleh menyebabkan wanita itu mengandung dan melahirkan anak.


Bagaimana keadaan anak yang dilahirkan itu? Anak yang dilahirkan itu mungkin berbentuk manusia sepenuhnya, atau berbentuk haiwan sepenuhnya, ataupun separuh manusia dan separuh haiwan seperti tdigambarkan dalam berbagai-bagai dongeng di seluruh dunia..


Kalau haiwan itu seekor keldai, maka anak yang dilahirkan itu mungkin anak keldai, atau anak manusia, atau separuh keldai dan separuh lagi manusia, seperti ikan duyung?


Kepercayaan yang tidak berasas ini telah bertunjang lama dalam pemikiran manusia. Ia banyak terdapat dalam khurafat-khurafat, tahyul-tahyul, dongeng-dongeng, dan legenda-legenda di seluruh dunia, terutama di kalangan orang-orang Rum dan Greek.


Menurut kajian sains perkara itu tidak mungkin berlaku sama sekali, kerana kedua-duanya berbeza dari spesies yang berlainan, iaitu manusia dan haiwan


Namun begitu ada juga kadang-kadang manusia melahirkan anak yang luar biasanya wajahnya, seperti anak kembar berjeringkit, berkepala besar seperti gergasi, atau berwajah mirip haiwan, seperti gajah, namun ia bukanlah hasil dairpada persetubuhan antara manusia dengan haiwan, tapi ia merupakan kejadian luar biasa akibat keganjilan yang berlaku dalam proses semula jadi pembentukannya yang ditakdirkan Allah yang Maha Bijaksana.


Menurut ahli sains banyaknya manusia luar biasa yang dilahirkan pada zaman purba itu mungkin kerana ramai ibu-ibu mengandung pada zaman itu menggunakan dadah jenis thalidomide atau seumpamanya yang menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat, dan menimbulkan sangkaan di kalangan orang ramai yang percaya wanita-wanita itu telah melakukan hubungan seks dengan haiwan.


Kelahiran bayi-bayi cacat akibat dadah thalidomide dikesan dengan jelas mulai tahun 1962, terutama bayi yang dilahirkan dengan kedua belah tangan dan kakinya kudung dan mempunyai tunggulnya sahaja.


Menurut kajian sains adalah satu perkara mustahil manusia boleh melahirkan anak haiwan atau sebaliknya haiwan melahirkan anak manusia hasil dairpada hubungan seksual antara kedua jenis makhluk yang berbeza spesisnya itu.


Kejadian itu bertentangan dengan alam semula jadi, bertentangan dengan hakikat-hakikat sains yang diketahui, malah bertentangan dengan ketetapan dan undang-undang Allah S.W.T.


Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran, “Dan di antara binatang-binatang ternak itu, ada yang dijadikan untuk pengangkutan, dan ada yang untuk disembelih. Makanlah dari apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, kerana sesugguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.-Al-An’aam:142.


Ya haiwan-haiwan itu Allah jadikan untuk memenuhi keperluan manusia sebagai alat pengangkutan, menjalankan pekerjaan-pekerjaan tertentu dan juga untuk dimakan dagingnya, bukannya untuk dijadikan teman tidur dan tempat pemuas nafsu sebagaimana dirangsangkan oleh syaitan yang terkutuk untuk menyesatkan manusia. Kerana untuk tujuan berkelamin, Allah jadikan manusia berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, untuk mereka berkenal-kenalan dan berkasih mesra antara satu lain.


Bisik:Pondok Rahmat


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabh. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

2 comments:

salmah September 27, 2012 at 10:08 PM  

kenapa ada soalan bodoh.ini semua kerja allah. tapi tak mustahil kalau allah mahu jadikan.kerana dunia ini semakin citik fikiran.

salmah September 27, 2012 at 10:08 PM  

kenapa ada soalan bodoh.ini semua kerja allah. tapi tak mustahil kalau allah mahu jadikan.kerana dunia ini semakin citik fikiran.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP