Manusia Berkasih Dengan Haiwan?

>> Tuesday, January 25, 2011







MANUSIA Berkasih Dengan Haiwan?


KITA umat Islam diperintah supaya menyayangi haiwan. Ini bererti kita dikehendaki berlaku kasihan belas dan lemah lembut terhadap haiwan, dan tidak boleh sama sekali bersikap kasar dan kejam terhadap semua haiwan, kerana haiwan juga makhluk Allah yang perlu dikasihi dan dihormati.


Justeru kita ditegah menyeksa haiwan. Kita ditegah menzalimi haiwan. Mereka yang berani menyeksa haiwan, seperti mengurungnya tanpa diberi makan, hingga menyebabkan haiwan itu mati, samalah ertinya menempah neraka sebagaimana seorang wanita dilempar ke dalam neraka kerana mngurung seekor kucing hingga mati tanpa diberikan makanan kepadanya, Maksud Hadis Rasulullah S.A.W.


Tapi malangnya ada segelintir manusia bersikap berlebihan malah melampau dalam menjalin hubungan kasih sayang dengan haiwan. Mereka telah bertindak melampau dengan melakukan hubungan seks dengan haiwan-haiwan itu, baik manusia lelaki atau perempuan, baik haiwan betina atau haiwan jantan. Perhubungan seks dengan haiwan seperti itu merupakan perbuatan yang keji, hina, amat mengaibkan dan terkutuk.


Dalam Islam ia dianggap perbuatan zina yang termasuk dalam rangkaian kumpulan dosa-dosa besar.


Perbuatan terkutuk ini telah menarik perhatian setiap lapisan masyarakat manusia, baik ahli falsafah, ahli agama, ahli sains, penyair, pengarang dan orang-orang awam sejak berabad-abad lamanya untuk dijadikan topik perbincangan.


Kajian


Hasil-hsil kajian menunjukkan bahawa perbuatan terkutuk ini dilakukan di berbagai-bagai masa dan tempat di seluruh dunia


Dari kajian-kajian itu terbukti bahawa kaum lelaki lebih banyak melakukan hubungan seks dengan haiwan daripada kaum wanita.


Seorang sejarahwan Greek purba Herodotus [5 S.M] memberitahu tentang kaum wanita yang memuaskan nafsunya dengan kambing-kambing.


Francois Marie Arouet Voltaire, [1694-1778] seorang ahli falsafah dan sejarahwan Perancis pula berbicara tentang kaum wanita Mesir yang melakukan hubungan seks dengan kambing-kambing suci, dan kadang-kadang juga dengan sejenis kera besar yang dipanggil baboon.


Malah ada rekdo-rekod yang menunjukkan hubungan seks yang berlaku antara manusia dengan semua jenis haiwan yang ada di muka bumi ini.


Haiwan-haiwan itu bukan sahaja terdiri daripada kambing-kambing dan baboon, tapi juga biri-biri, anjing, kucing, kuda, burung-burung, haiwan merangkak, singa, chimpanzees dan juga dengan semua jenis haiwan ape yang dipanggil orang utan.


Haiwan-haiwan yang banyak menjadi wadah tempat manusia melepaskan nafsu lelaki yang rakus ialah anjing, lembu, kerbau, kuda, kambing, babi dan biri-biri.


Anjing-anjing


Namun begitu ramai juga kaum wanita yang merangsangkan haiwan-haiwan tertentu supaya bertindak memuaskan nafsu mereka yang terlaknat itu. Haiwan yang sering mendapat peluang berbuat demikan biasanya ialah anjing peliharaan.


Ada sesetengah gadis di negara-negara Eropah yang enggan berkahwin memelihara anjing-anjing yang khusus untuk dijadikan teman hidup, kekasih yang dibelai dan dirayu sebagai pemuas nafsu. Wanita-wanita itu mengambil anjing-anjing sebagai teman hidup dan teman berkongsi tempat tidur.


Seorang kawan saya yang boleh dipercayai, seorang pekedai runcit pernah memberitahu bahawa seorang jiran wanita di hadapan kedainya seorang andatu yang memelihara seekor anjing yang besar. Katanya anjing itu bukan sahaja dijadikan pengawal kedainya di waktu malam, tapi juga sebagai pemuas nafsunya.


Seorang kawan lagi, juga boleh dipercayai mendakwa dia sering melihat seorang lelaki di kampungnya melakukan hubungan seks dengan lembu betina peliharannya. Pada waktu tengah hari lelaki yang tidak mempunyai isteri itu membawa beberapa ekor lembunya mandi di sungai. Biasanya dalam cuaca seperti itu tidak ada orang yang turun mandi ke sungai. Setelah menenangkan lembu itu dalam sungai dan mempstikan tidak ada orang melihatnya, maka lelaki itupun segera melepaskan hajat nafsu syaitannya yang tidak tekrawal lagi itu.


Semasa saya kanak-kanak dahulu saya juga diberitahu tentang adanya sebuah tempat bernama Kubur Kuda. Mengikut ceritanya nama itu diberi sempena dengan seekor kuda jantan yang telah dkuburkan di situ. Kuda itu istimewanya dikaitkan dengan seorang wanita yang memuaskan nafsunya dengan haiwan tersebut setelah kuda itu ditambat pada sebatang pokok ataupun seumpamanya dan dirangsangkan oleh wanita itu. Tidaklah dapat dipatikan cerita itu benar atau hanya merupakan sebuah cerita khayalan semata-mata. Hanya penduduk-penduduk di situ sahaja mungkin mengetahuinya. Kg. Kubur Kuda itu masih ada sampai sekarang.


Bolehkah Manusia Membuntingkan Haiwan?


Menurut kajian yang pernah dijalankan mengenai hubungan antara manusia dan haiwan yang telah terjalin begitu lama sepanjang sejarah manusia, tapi terbukti hubungan terkutuk itu tidak pernah menghasilkan turunan berupa manusia atau haiwan.


Belum pernah kedengaran lagi, babi, anjing atau lembu betina yang melahirkan anak manusia kerana bersekedudukan dengan manusia, atau sebaliknya belum ada lagi manusia perempuan melahirkan anak anjing, anak babi atau anak kuda kerana mereka berzina dengan binatang-binatang jantan tersebut.


Justeru itu cerita-cerita mengenai manusia boleh menghamilkan anak haiwan atau haiwan pula boleh menghamilkan anak manusia merupakan cerita-cerita dongeng, legenda-legenda, dan cerita-cerita khayal yang tidak pernah dibuktikan kebenarannya, dan ia juga dinafikan oleh kajian sains.


[Lihat tulisan saya berjodol "Bolehkah Haiwan Lahirkan Anak Manusia?" dalam Blog Pondok Rahmat membicarakan lebih lanjut persoalan yang sama]


Akibat


Berzina dengan haiwan adalah perbuatan yang amat buruk dan keji lebih keji daripada haiwan itu sendiri yang tidak mempunyai akal dan fikiran untuk berfikir.


Perbuatan keji ini dikutuk oleh hampir semua agma dan perundangan yang dibuat oleh manusia. Pesalahnya dihukum berat.


Umpamanya dalam Old Testament mengenakan hukuman rejam dengan batu kepada mereka yang didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan haiwan.


Demikian dengan agama Kristian mengenakan hukuman yang sama. Dalam Zaman Pertengahan [Middle Ages] hukuman bunuh bukan direjam, tapi dibakar.


Ada beberapa peristiwa yang menarik berhubung dengan hukuman yang dijatuhkan kepada kedua-dua pesalah yang biasa dijatuhi hukuman bunuh. Pada tahun 1750 seorang lelaki, Jacques Farron telah dijatuhi hukum gantung sampai mati kerana didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan seekor keldai betina. Biasanya keldai itu akan menerima hukuman yang sama. Tapi dalam kes ini keldai tersebut telah dibebaskan dari hukuman bunuh kerana beberapa orang saksi, termasuk oang-orang kenamaan telah muncul mendakwa mereka telah mengenali keldai itu selama beberapa tahun dan percaya ianya seekor keldai betina yang baik dalam kontak sebagai seekor keldai. Justeru itu keldai tersebut telah dibebaskan dari hukuman, serentak dengan itu pengumuman telah dibuat bahawa telah terbukti bahawa keldai malang itu melakukan hubungan seks dengan manusia bukan atas dasar suka sama suka, tapi ia telah menjadi mngsa rogol Jacques Farron.


Tegasnya dalam kes perzinaan dengan haiwan ini, bukan sahaja manusia yang didapati bersalah dan menerima hukuman , tapi haiwan yang terlibat juga dijatuh hukuman bunuh bersama pasangannya.


Hukuman


Baginda Rasulullah SAW. bersabda, “Ada empat golongan manusia yang mendapat murka Allah”.


Abu Hurairah lalu bertanya, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’.


Lalu dijawab oleh baginda, “Kaum lelaki yang meniru-niru kaum perempuan, kaum perempuan yang meniru-niru kaum lelaki, orang-rang yang berzina dengan binatang dan orang-orang yang meliwat”.H:At-Tabarni & Al-Baihaqi.


Menurut Islam manusia yang amat rendah perilakunya itu hendaklah dihapuskan dengan jalan dijatuhkan hukuman bunuh.


Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW.,”Barang siapa menyetubuhi binatang, maka hendaklah kamu bunuh dia dan hendaklah kamu bunuh binatang itu bersama-sama”.


Walaupun hubungan seks dengan haiwan itu amat tipis untuk melahirkan turun manusia, tapi perbuatan terkutuk itu merosakkan kesucian hubungan seks yang gperlu dijaga dengan sebaik-baiknya sesuai dengan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini


Persetubuhan yang benar ialah persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita yang telah diikat oleh tali perkahwinan yang sah sebagai suami isteri dengan menggunakan anggota-anggota sulit msing-msing dan dalam waktu yang dihalalkan oleh agama. Tidak lain dari itu.


[Tambahan: Saya telah menulis secara ringkas mengenai hubungan seks antara manusia dengan haiwan dalam buku saya “Penyelewengan-penyelewengan Seks Dalam Islam”.]


xxxxxxxxxxxxx


Sehari Seulas Kata:

-“Allah mencintai orang yang cermat dalam meniliti soal-soal yang meragukan dan tidak membiarkan akalnya dikuasai oleh nafsunya”.Maksud Hadis.

-“Syurga itu bagi orang-orang yang sempat berkeinginan untuk mengerjakan dosa tetapi kemudian ingat bahawa mata-Ku ada di atas mereka dan kemudian mereka menahan diri”.Hadis Qudsi.


-“Allah mencintai orang yang cermat daam meniiti soal-soal yang meagukan dan tidak

membiarkan akalnya dikuasiai oleh nafsunya”.Maksud Hadis.

-“Syurga itu bagi orang-orang yang sempat berkeinginan untuk mengerjakan dosa tetapi kemudian ingat bahawa mataKu ada di atas mereka dan kemudian mereka menahan diri”.Hadis Qudsi.

Bisik Pondok Rahmat

Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP