Kursus Motivasi Minda Jati Pekerti Sk.Kebangsaan Kg.Tengah KK

>> Sunday, January 23, 2011

Sk.Kebangsaan Kg.Tengah KK.
Anjur Kursus “Motivasi Minda Jati Pekerti”



“Bahawasanya kami

Pengawas dan pustakawan

Ketua dan penolong ketua kelas

Sekolah kebangsaan Kampong Tengah

Berikrar dan berjanji

Akan menjalankan

Tugas kami

Dengan amanah,

Jujur dan berdedikasi

Demi kepentingan sekolah ini

Kami berjanji

Akan memberi

Kerjasama sepenuhnya

Kepada guru-guru kami

Kami juga berjanji

Akan mematuhi

Segala peraturan dan dan disiplin

Yang dikenakan ke atas kami

Dengan penuh

Rela dan tanggungjawab.

Kami juga berjanji

Akan menunjukkan dibcanya

Pekerti dan akhlak

Yang mulia

Sepanjang masa”.

Demikianlah bait-bait yang dibaca oleh cucu saya, Nik Muhammd Syafiq Zaini bin Safayi bila sampai ke hadapan rumah tengah hari semalam. Bila saya tanya, apa lagu yang dinyanyikannya itu? Katanya itulah di antara ikrar yang dibcanya ketika menghadiri kursus di sekolah tadi.

Sebenarnya cucu kami, Nik Muhammad Syafiq Zaini, 10 tahun telah mengikuti kurusus dalam “Kem Kepimpinan “Motivasi Minda Jati Pekerti” untuk Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Kelas Sesi 2011.

Program itu anjuran bersama Unit Disiplin dan Pengawas serta Pusat Sumber sekolah tersebut.

Nik Muhammad Syafiq Zaini adalah murid tahun 4 di Sekolah Kampung Tengah, Kuala Krai, Kelantan telah menghadari kursus tersebut selama 2 hari, iaitu pada hari Jumaat 21 hingga hari Sabtu 22 Januari 2011 yang diadakan di Dewan Sri Tengah sekolah tersebut.

Nik Muhammad Syafiq Zaini adalah salah seorang pengawas sekolah tersebut telah mengikuti jejak langkah kakaknya, Nik Nur Syafiqah Zaini yang juga seorang pengawas sekolah selama beberapa tahun sebelum melanjutkan pelajarannya ke Tingkatan Satu di MRSM Kota Putra, Besut, Trengganu. Sebelum itu Nik Muhammad Syafiq Zaini yang panggilan manjanya “Abang” adalah ketua kelas selama 3 tahun.

Seramai 131 orang pelajar telah mengikuti kem itu, terdiri daripada 55 orang pengawas, 40 orang pustakawan, dan seramai 36 oang ketua dan penolong. Ketua kelas.

Peserta-peserta telah didedahkan dengan peraturaan-peraturan sekolah di mana 67 tindakan-tindakan yang dinggap menjadi kesalahan di sekolah tersebut, iaitu 34 kesalahan yang dianggap kesalahan berat, 10 kesalahan sederhana dan 23 kessalahan yang dianggap ringan.

Antara kesalahan-kesalahan serius atau berat ialah:

-Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

-Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.

-Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan dan menghayalkan.

-Menyebabkan dan melakukan pergaduhan atau kekerasaan.

-Biadab terhadap guru, pengawas dan murid.ru

-Melakukan buli [pelancoan], penderaan atau paksaan terhadap murid-murid lain.

-Mencetak, menerit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakamaan dan multimedia.

-Mengintai murid lelaki dan perempuan.

-Merosakkan harta benda sekolah dan guru.

-Menganjur dan membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.

-Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

-Melakukan hubungan yang dicurigai.

Antara tindakan-tindakan yang diterjemahkan sebagai kesalahan-kesalahan ringan ialah menyimpan misai, janggut atau jambang; memakai barang kemas atau perhiasan atau solek kecuali jam; menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah dan lewat masuk kelas.

Demikianlah beberapa peraturan sekolah yang mesti dipatuihi oleh semua murid-murid demi kemajuan para pelajar dalam meraih kemajuan dalam bidang pendidikan jasmani dan ruhani yang amat penting itu demi kejayaan mereka di dunia dan akhirat.

Seperti kesalahan-kesalahan awam juga, setiap kesalahan yang dilakukan itu telah ditetapkan dengan hokuman-hukumannya masing.

Kesalahan berat hukumannya ialah dirotan di punggung dengan berlapik pakaian menggunakan rotan ringan.

Kesalahan sederhana hukumannya ialah dirotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan, maksima 3 kali sebatan.

Kesalahan ringan hukumannya diberi amaran dan kaunseling.

Acara penutupnya ialah penyampaian sijil untuk para murid yang menyertai kem tersebut.

Lihatlah kanak-kanak zaman sekarang, dalam usia beberapa tahun sashaja sudah didedahkan dengan kursus dan diberikan pula sijil penyertaan tamat kursus, tidak seperti kami dahulu walaupun berbelas-belas tahun menghabiskan masa di bangku persekolahan, tapi tak pernah didedahkan kepada sebarang kurusus apa lagi dikurniakan sijil.


xxxxxxxx

Sehari Seulas Kata

-"Engkau tidak dapat lagi bercampur dengan dunia tanpa terkotori olehnya, sebagaimana engkau tidak dapat menyelam dalam air tanpa menjadi basah". Makud Hadis.
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

Bisik Pondok Rahmat

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

1 comments:

zaimi March 21, 2011 at 10:28 PM  

lokasi sekolah ini di mana ya?
adakah di alamat pejabat pos kuala krai? ataupun di tengah tengah kampung tengah, jalan batu balai?
sekolah menengahnya di mana ye?

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP