Pesanan Untuk Muslimah Malaysia
>> Wednesday, January 5, 2011
PESANAN KEPADA SELURUH WANITA MUSLIM DI MALAYSIA
Daripada Syikh Saleh Kenali
KAMI peturunkan sepenuhnya amanat yang diberikan oleh Syikh Kenali ini untuk renungan seluruh umat Islam, baik lelaki ataupun perempuan, tanpa melakukan sebarang pindaan. Terserahlah kepada anda untuk menilainya. Anda mungkin dapat menerimanya dan mungkin juga tidak dapat menerimanya, anda mungkin bersetuju dan mngkin menolaknya. Terserahlah keapda penilaian anda.
Beginilah bunyi pesanan itu:
“Sesungguhnya saya merasa bertanggungjawab untuk menerangkan kepada seluruh wanita Malaysia akan segala pesanan Nabi Muhammad SAW setelah saya melihat kebanyakan wanita Malaysia menyeleweng daripda ajaran agama Islam. Semoga pesasnan ini dapat dipanjangkan pula dari seorang ke seorang yang lain.
1.“Sabda Rasulullah, mana-mana ibu yang kematian tiga orang anaknya, adalah mewajibkan masuk syurga. Ada seorang ibu bertanya, kalau dua? Jawab Nabi, masuk syurga. Tanya yang lain pula, kalau seorang? Jawab Nabi, pun masuk syurga. Tanya yang lain, bagaimana pula ibu yang tidak kematian anak? Jawab Nabi, aku yang akan memberi syafaat.
2.”Sabda Nabi, kebanyakan ahli-ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita, maka menangislah mereka dan bertanyalah seorang dari mereka, mengapa demikian? Adakah kerana berzina atau membunuh anak, atau kafir? Jawab Nabi, tidak, mereka ini terdiri daripada mereka yang tidak bersukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat kebaikan suami, tapi bila sahaja dapat sesuatu hal, kamu mengenepikan segala nikmat yang telah lalu.
3.”Sabda Rasulullah, sesungguhnya aku melihat pada Malam Mikraj, banyak wanita yang tergantung dengan rambutnya, setengahnya tergantung dengan lidahnya, dan setengahnya tergantung dengan teteknya, setengah terikat dengan kaki ke kepalanya dalam keadaan melentang dan terlangkup, setengahnya pula ada yang berkepala himar dan berbadan babi.
“Maka aku tanya Jibrail, siapakah ini, jawab Jibrail, mereka ini dari umat tuan hamba, maka menangsilah Rasulullah dan menangis wanita di masjid,
“Kemudian aku tanya Jibrail, mengapa mereka bergantung dengan tetek dan rambut? Jawab Jibrail, itu ialah kerana mereka membuka auratnya kepada lelaki ajnabi.
“Apakah sebab tergantung dengan lidah? Jawabnya, mereka itu mengumpat jiranya.
“Mengapa terikat dengan kepala? Jawabnya, mereka itu banyak membuat maksiat dan mengapa pula setengahnya berkepala himar dan berbadan babi? Jawabnya, kerana mereka itu tidak mandi junub [atau mandi junub tidak rata] keseluruh badannya.
“Kemudian seorang wanita bertanya Rasulullah, bagaimana cara untuk bertaubat? Jawab Rasululah, hendaklah bersedekah, tiba-tiba mereka memberi apa jua yang ada kepada Sayidina Bilal, kemudian Rasulullah menyuruh Bilal membahagikan harta itu kepada kawan-kawannya yang miskin, tiba-tiba seorang daripada wanita tidak membawa apa-apa, dia bertanya Rasulullah. Adakah boleh hamba bersedekah kepada suami hamba yang miskin? Jawab Rasulullah, boleh.
4.”Besabda Rasullah, keadaan wanita 10 kali ganda daripada lelaki ke dalam neraka, pada Hadis yang lain, seorang lelaki menguasai 50 orang wanita.
5.”Tuhan berfirman, wataku fitnah, takutlah kepada fitnah, satu daripada fitnah itu adalah wanita.
6”.Sabda Rasulullah, bahawa wanita adalah pembawa syaitan, pada Hadis yang lain, bila syaitan lemah untuk menipu lelaki, maka tidurlah syaitan di atas harabaan perempuan, menyuruh perempuan itu berjumpa lelaki untuk membuat fitnah. Misalnya disuruhnya perempuan itu bersalam dengan lelaki, kononnya untuk mengambil berkat pada hal itulah tali maksiat.
7.”Sabda Rasulullah, bahawa kaum wanita tidak diharuskan menziarahi kubur, dan pernah pula Rasulullah menghalau wanita yang mengiringi mayat ke kubur.
8.”Sabda Rasulullah, bahawa sembahayang wanita di rumahnya itu lebih baik daripada lelaki yang sembahayang dengan Nabi di masjid.
9.”Sabda Rasulullah, tidak harus wanita memakai inai, bau-bauan dan kain yang berwarna-warni dan tidur di rumah orang lain dalam idah suaminya.
10.”Sabda Rasulullah, wanita yang keluar dari rumahnya dengan keadaan berbau wangi, maka selamanya dia dalam keadaan zina.
11”Sabda Rasulullah, bauan bagi wanita ialah yang kurang wangi, tetapi terang warnanya sebaliknya bagi lelaki, kuat baunya dan tidak berwarna.
12.“Sabda Rasulullah, dua warna merah yang menggilakan wanita, pertama merah emas dan kedua merah zafran.
13.“Sabda Rasulullah, hendaklah kamu mengajar wanita akan Surah Nur, jangan mengajar menulis dan utamakan wanita supaya mempelajari jahit menjahit [kepandaian benang].
14.”Firman Tuhan, hendaklah menutup wanita kamu seluruh badannya dengan kain yang besar. Dengan demikian kuranglah iman wanita yang mendedahkan auratnya, dengan demikian pula menunjukkan Tuhan lebih sayang kepada wanita dari lelaki. Buah yang disayangi seseorang biasanya dibungkus.
15.”Sabda Rasulullah, jangan ditegah hamba perempuan Allah dari masjid Alah, tapi Hadis dari Siti Aisah, jika mengetahui Rasulullah apa yang dilakukan oleh wanita sekarang ini di masjid, tentulah Rasulullah melarangnya. Dengan demikan ulama memutuskan wanita tua diharuskan ke masjid, itu pun dengan pakaian yang sederhana.
16,”Sabda Rasulullah, akan dihilangkan rasa malu dari kaum wanita. Ternyata wanita sekarang ini sudah tidak ada malu silunya lagi, Lahaula Walaa Quwwata Ilaaa Billahil ‘Aliyil ‘Adhim.
17.”Sabda Rasulullah, dua puak umatku daripada ahli neraka, yang aku tidak melihatnya lagi sekarang [semasa Nabi hidup], iaitu wanita yang membuka kepalanya seperti engguh unta Basrah serta berpakaian mendedah aurat dan lelaki yang membawa tongkat seperti ekor lembu, memukul ia akan orang lain.
18.”Sabda Rasulullah, apabila seseorang wanita sembahayang lima waktunya, mengerjakan puasanya, memelihara akan maruahnya, dan taat ia akan suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga Tuhannya.
19.”Sebaik-baik mata’a dunya [isi dunia] ialah wanita yang soleh.
20.”Sabda Rasulullah, dikahwini wanita kerana empat perkara, kerana cantiknya, kerana hartanya, kerana keturunannya, dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat agamanya, kalau tidak celakalah engkau.
21.”Sabda Rasulullah, melaknatkan Allah akan wanita yang menyerupai lelaki.
22.”Sabda Rasulullah, wanita yang soleh umpama belerang merah.
“Demikianlah 22 Hadis dan ayat, untuk menungan puan-puan khususnya kaum wanita di Malaysia, terimalah Hadis ini sebagai pengajaran kepada kita dengan tulus ikhlas.
“Bersabarlah menerima ajaran Rasul ini sementara hidup di dunia, kalau sabar anda mengerjakannya, anda akan mendapat pahala di akhirat nanti. Berdoalah ke hadarat Allah, semoga kita sekalian akan mendapat hidayah dan taufiknya untuk mempelajari dan mengamalkan kehendak Hadis dan ayat ini. Amin Ya Rabbil ‘Aalamin.
23.”Sabda Rasulullah, wanita itu tiang negeri, kalau rosak wanita, rosaklah negeri dan kalau baik wanita baiklah negeri.
24.”Sabda Rasulullah, tidak berjaya sesuatu kaum, kalau kaum itu dikuasai oleh wanita”.
Hadiah Ikhlas dari:
Syikh Saleh Kenali,
Makah Al-Mukarammah.
Dicatat:Redhuan Ahmad
5hb.Jun 1975
Pesan Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment