Meniti Jejak Kejatuhan Yahudi [1]

>> Monday, February 7, 2011






MENITI JEJAK KEJATUHAN YAHUDI [1]


Pertanyaan?

Kenapa Yahudi memusuhi Islam? Apakah rahsia-rahsia kejayaan Yahudi? Kenapa Yahudi menjadi bangsa laknatullah? Adakah anda seorang Yahudi?

Inilah pertanyaan-pertanyaan yang sering bermain di dalam kepala setiap orang, khususnya orang-orang Islam dari sejak dahulu hingga sekarang, lebih-lebih lagi setelah melihat berbagai-bagai kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam, khususnya di bumi suci para ambia, Palestin

Adakah Yahudi akan terus kekal dan melakukan kekejaman dan kekersaan berterusan tanpa hingga? Apakah kesudahan yang akan berlaku terhadap kaum Yahudi yang makar itu?


ASAL Usul Yahudi?

Siapakah Yahudi?

Siapa yang mengatakan Yahudi itu satu suku kaum atau bangsa sahaja, maka pendapatnya itu tidak tepat, kerana apa yang dikatakan “Yahudi” itu bukan sahaja suatu etnik tapi sejenis agama, iaitu agama orang-orang Yahudi yang juga dipanggil Yahudi.

Ini berbeza dengan bangsa lain, agama mereka tidak dinamakan mengikut nama bangsa mereka. Itulah sebabnya tidak ada “agama Arab”. tidak “agama Melayu”, tidak ada “agama China”, tidak ada “agama British”, tidak ada “agama Sepanyol”, tidak ada “agama India” dan lain-lain bangsa, tapi yang ada ialah “agama Islam”, “agama Budha”, “agama Kristian” dan “agama Hindu”. Dan sebagainya.

Ini sudah jelas menunjukkan bagaimana fanatik dan perkaumannya orang-orang Yahudi, di mana agama mereka pun hanya untuk orang Yahudi sahaja. Agama Yahudi hanya untuk orang Yahudi sahaja. Tidak seperti agama Islam untuk seluruh makhluk Allah, tidak mengira apa etnik, bangsa dan jenis apa sekali pun. Jin yang ghaib pun ada yang beragama Islam.

Dari segi etnik pun sukar untuk memanggil Yahudi itu sebuah “masyarakat bangsa”, kerana tidak semua orang Yahudi menetap di bumi Palestine, bumi haram yang dirampasnya dari orang-orang Palestine berpuluh-puluh tahun yang lalu. Mereka tidak mempunyai tanahair seperti bangsa-bangsa lain di dunia. Orang Melayu ada tanah airnya negara Malaysia, orang Indonesia ada tanah airnya negara Indonesia, orang India ada negaranya India, orang Jepun ada tanah airnya negara Jepun, orang China atau tanah airnya negara China, orang Belanda ada tanah airnya Belanda dan seterusnya. Tapi orang Yahudi? Tidak ada.

Di Israel negara rampasan yang mereka tubuh pada tahun 1948 itupun pada permulaannya tidak ramai didiami oleh orang Yahudi, malah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bilangan orang-orang Arab. Walau pun sejak akhir-akhir ini keadaan telah berubah, bila mereka bertindak ganas meramapas, menghalau dan membunuh warga Palestine pemilik yang hak kepada negara itu.

Justeru itu yang dikatakan kaum Yahudi itu ialah suatu etnik yang merangkumi semua orang Yahudi di mana sahaja mereka berada, yang merangkumi semua fahaman mereka baik sekular, nasionalis atau yang menganut idelogi Zionis yang memang terkenal jahat dan ganas itu.

Mengikut sejarah pada umumnya bangsa Yahudi adalah keturunan daripada Nabi Allah Ibrahim a.s., iaitu bapa segala nabi. Keturunan Nabi Ibrahim a.s. pula berasal dari rumpum bangsa Semtic [Samiyyah], dan daripada keturunan Sam bin Nuh. Nabi Ibrahim lahir dan menetap di Ur, sebuah bandar di Babilon yang terletak di Lembah Mesopotamis, di Selatan Iraq, yang terletak antara Sungai Furat [Euphrates] dan Sungai Dajlah [Tigris].

Kemudian Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestine [pada masa itu dipanggil Kana`an untuk berdakwah, menyeru manusia ke jalan Allah S.W.T. Bila Palestine dilanda oleh kemarau panjang yang menyebabkan berlakunya kebuluran di kalangan penduduknya, maka Nabi Ibrahim a.s. berpindah ke Mesir.

Tapi selepas itu bila keadaan mengizinkan, Nabi Ibrahim a.s. kembali semula ke Palestine bersama dengan isteri pertamanya Sarah. Plasetine memang tidak dapat dilupakan oleh Baginda. Isteri keduanya Hajar bersama dengan puteranya Ismail a.s. di tinggalkanya di suatu tempat yang gersang iaitu Makkah. Nabi Ibrahim a.s. berkahwin dua kerana isterinya Sarah tidak mampu melahirkan keturunan untuknya, Peristiwa ini berlaku di sekitar tahun 2000 SM.

Setelah dewasa Nabi Ismail a.s.berkahwin dengan wanita suku Jurhum yang kemudiannya melahirkan beberapa suku pula. Salah satu suku yang terkenal ialah suku Arab Qurisy, di mana lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.

Sewaktu Nabi Ibrahim a.s. berusia 13 tahun, isteri pertama Nabi Ibrahim Sarah yang telah berusia itu mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Ishak, ayah kepada Nabi Ya`kub a.s.

Nabi Ya`kub putera Nabi Ishak a.s. ini mempunyai beberapa orang anak, dan salah seorang daripadanya bernama Yahuza. Daripada nama Yahuza inilah timbulnya panggilan Yahudi.

Nabi Ya`kub a.s. digelar Israel yang bererti “berjalan pada waktu malam”, kerana melarikan diri daripada saudaranya `Isy yang ingin membunuhnya kerana iri hati

Allah memanggil nama keturunan Nabi Ya’kub itu sebagai Bani Israel. Kerana itu nama Bani Israel inilah lebih tepat untuk dijadikan panggilan, kerana ia meliputi semua keturunan Nabi Ya’kub a.s. dan bukannya Yahudi sebagaimana mereka sendiri suka menggunakanya, kerana Yahudi hanya merujuk kepada keturunan Yahuza sahaja.

Tapi orang Yahudi enggan menerima hakikat bahawa Nabi Ismail dan Nabi Ishak adalah adik beradik berlainan ibu. Mereka tidak menerima kewujudan Nabi Ismail, kerana itu bagi Yahudi Nabi Ismail tidak wujud, dan tidak dicatat dalam susur galur sejarah keturunan kaum mereka.

Walau bagaimana pun nama Yahudi sebagai satu kaum hanya dikenali setelah kerajaan Nabi Sulaiman a.s. berpecah dua, iaitu kerajaan Israel yang berpusat di Judah yang terletak di Selatan Palestine dan satu lagi kerajaan Asbat atau Yahuza di Samaria, yang terletak di Utara Palestine. Perpecahan ini berlaku seputar tahun 920 SM.

Namun begitu mengikut satu sumber sejarah, kaum Yahudi yang ada pada hari ini dapat disusur galur berasal daripada suatu suku bernama Khazar [Ashkenaz], iaitu campuran keturunan puak Tartar dan Turki. Mereka tinggal di utara wilayah Caucasus, di Selatan Rusia. Mereka menjadi Yahudi pada abad 18 CE. Justeru itu sebahagian besar daripada orang Yahudi yang ada di dunia hari ini adalah berasal daripada suku tersebut. Kerana itu Palestine bukanlah sama sekali tanahair mereka yang sebenarnya sebagaimana mereka sentiasa mendabik dada mendakwanya.

Walau bagaimana pun pada umumnya, pada hari ini, orang-orang Yahudi itu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan yang utama, iaitu Kumpulan Yahudi Pembaharuan, Kumpulan Yahudi Liberal dan Kumpulan Yahudi Orthodox.

Kumpulan Yahudi Pembaharuan [Reformed Jews]. Sebahagian besar daripada anggotanya terdiri daripada kaum Yahudi dan kebanyakan mereka tinggal di Amerika Syarikat.

Kumpulan Yahudi ini memang terkenal dengan kelicikan mereka menipu daya manusia dalam usaha untuk menguasai mereka. Dan mereka juga sangat pintar dalam bidang subversif dan gerakan bawah tanah.

Kumpulan Yahudi Liberal [Liberal Jews]. Kumpulan ini hanya pada nama sahaja Yahudi, tapi mereka tidak mengikuti norma-norma agama Yahudi.

Kumpulan Yahudi ini sangat handal menguasai persekitaran dan pandai pula membentuk persekitaran mereka sendiri yang tidak terpengaruh dengan keadaan sekitar.

Kumpulan Yahudi Orthodos [Orthodox Jews]. Kumpulan Yahudi Orthodox ini disertai oleh sebilangan kecil kaum Yahudi, dan kebanyakan mereka terdapat hidup bertaburan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Walaupun bilangan mereka kecil sahaja, tapi mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam gerakan subversif atau gerakan bawah tanah. Dan mereka juga amat bijak menyusun strategik perjuangan mereka dengan tekad bersedia berkorban apa sahaja demi kepentingan Yahudi.



BERAPA Ramai Yahudi?

Ada pendapat yang berbeza-beza mengenai bilangan orang Yahudi yang ada di dunia ini.

Sebagai perbandingan. Jumlah penduduk dunia hari ini kira-kira seramai 6,899,200,000 orang yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan keturunan dengan berbagai-bagai loghat bahasa dan agama yang berbeza-beza. Jumlah penduduk dunia ini terus meningkat dari masa ke masa.

Ada orang berpendapat jumlah orang Yahudi di dunia hanya seramai 14 juta orang, tidak sampai separuh daripada bilangan umat Islam di seluruh dunia.

Daripada seramai 14 juta orang Yahudi itu seramai 7 juta orang daripada mereka merupakan warga Amerika Syarikat.

Sebahagian lagi pula, iaitu 5 juta orang tinggal di benua Asia, 2 juta orang tinggal di Eropah, dan kira-kira 100,000 orang lagi tinggal di sekitar Afrika.

Berdasarkan angka tunjuk di atas, dari segi nisbahnya membuktikan bahwa bagi 1 orang Yahudi bersamaan dengan 100 orang Islam.

Mengikut buku Atlas of The World`s Religions bilangan orang Yahudi ialah 15,050,000 orang sahaja.

Mengikut buku tersebut bilangan orang Islam ialah seramai 1,179,326,000 orang.

Sementera orang Kristian pula mengikut buku tersebut ialah seramai 965,993,000 orang sahaja. Mereka terdiri daripada berbagai-bagai mazhab yang bercanggah antara satu sama lain, termasuk mazhab yang menolak Jesus sebagai anak Tuhan.

Sebahagian besar penganut-penganut agama Kristian itu pula tidaklah benar-benar menghayati hidup Kristian, walaupun agama Kristian telah mereka pinda mengikut selera nafsu mereka. Mereka ini hanya mengamal hidup cara Krstian sekadar untuk mengekal taraf mereka sebagai pemeluk agama Kristian.

Tapi menurut buku Judaism oleh CM Pilkington bilangan orang Yahudi di seluruh dunia hanya 13 juta orang sahaja.

Mereka tinggal di merata-rata tempat sebagai berikut:

1. Amerika Syarikat 5,800,000 orang.

2. Israel seramai 5,300,000 orang.

3. Bekas negara Soviet Union 879,800 orang.

4. Perancis 650,000 orang.

5 Kanada 362,000 orang

6. Britain 362,000 orang

7. Brazil 250,000 orang

8. Argentina 240,000 orang

9. Hungary 100,000 orang

10. Australia 197,000 orang.

Sementara itu keseluruhan bangsa Arab ialah lebih kurang 300 juta yang terletak bertaburan di 21 buah negara umat Islam Arab. Jumlah mereka mengikut negara adalah sebagai berikut:

1 Mesir 70 juta orang

2. Sudan 35 juta orang

3 Maghribi 30 juta orang

4 Al Jazair 30 juta orang

5 Iraq 24 juta orang

6 Saudi Arabia 20 juta orang

7. Syria 17 juta orang

8. Yaman 16 juta orang

9. Tunisia 10 juta orang

10 Somalia 7 juta orang

11. Palestin 6 juta orang

12. Libya 6 juta orang

13. Jordan 5 juta orang

14. Lubnan 4 juta orang

15. Mauritania 3 juta orang

16. Oman 3 juta orang

17. Al Imarat 3 juta orang

18. Kuwait 2 juta orang

19. Qatar 1 juta orang

20. Bahrain 1 juta orang

21 Djibouti ½ juta orang

Walaupun jumlah Yahudi sedikit jika dibandingkan dengan jumlah umat Islam, tapi dari segi kekuatan, mereka lebih perkasa daripada umat Islam. Justeru itulah mereka dengan sewenang-wenangnya berani melanyak, mengganyang dan menghancurkan umat Islam, khususnya di bumi Palestine dan wilayah-wilayah sekitarnya.


YAHUDI Di Zaman Rasulullah s.a.w.

Sewaktu agama Islam dilahirkan, seluruh dunia diselubungi oleh kegelapam, kejahilan bermaharajalela, termasuk di kalangan bangsa Arab yang menjadi penyembah berhala-berhala dan patung-patung yang mereka ukir dengan tangan mereka sendiri untuk dijadikan objek sembahan. Itulah zaman jahiliah, walaupun mereka mungkin kaya dengan kebendaan dan ilmu pengetahuan.

Seperti biasa sambutan manusia adalah berbeza-beza, ada yang menerima dengan sebaik-baiknya, dan sebaliknya ada pula yang menolaknya mentah-mentah dan juga menentangnya habis-habisan. Antara mereka yang menentangnya ialah Bani Israel atau kaum Yahudi yang menghina nabi-nabi dan rasul-rasul mereka sebelumnya dan menyebabkan mereka berada dalam kesesatan.

Sewaktu agama Islam lahir, orang-orang Yahudi memang sedang menanti-nanti kelahiran seorang nabi atau rasul yang akan membawa agama baru. Mereka amat berharap nabi atau rasul baru itu akan memberi kemenangan kepada mereka dalam persengketaannya dengan umat Arab. Tapi bila nabi itu benar-benar lahir, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dari kalangan bangsa Arab, maka sebahagian besar daripada orang-orang Yahudi itu telah menolaknya. Justeru itu mereka terus menjadi kafir kerananya.

Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran, maksudnya:
“Dan setelah datang kepada mereka al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka , pada hal sebelumnya mereka biasa memohon [kedatangan Nabi] untuk mendapat kemenangan atas orang-orang, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allahlah atas orang-orang yang ingkar itu”.-Al-Baqarah:89.

Ada beberapa sebab kenapa orang-orang Yahudi menentang Rasulullah s.a.w., dan sekali gus bererti menentang Islam, yang juga bererti menentang Allah S.W.T.

Pertama kerana orang-orang Yahudi berharap nabi akhir yang akan datang itu diutus dari kalangan mereka dan untuk kaum mereka, dan bukanya dari bangsa lain dan untuk seluruh umat manusia. Justeru dengan itu dapatlah agama baru itu mrngangkatkan darjat mereka dan mengekalkan kekuasaan mereka ke atas umat manusia seluruhnya. Tapi rupa-rupanya nabi baru itu diutus oleh Allah daripada kalangan bangsa Arab, dan bukannya dari kalangan kaum Yahudi sebagaimana mereka harap-harapkan dan seperti yang dinyatakan oleh rahib-rahib mereka selama ini.

Kedua, orang-orang Yahudi tidak sukakan agama Islam, kerana agama Islam menyamaratakan seluruh umat manusia, tanpa megira bangsa, keturunan dan darjat, sedang menurut agama Yahudi bangsa Yahudi adalah bangsa yang unggul dan mulia,satu-satunya bangsa pilihan di dunia ini, walau pun mereka sebenarnya bangsa yang dikutuk oleh Allah untuk selama-lamanya.

Ketiga orang-orang Yahudi merasa dengki dan iri hati terhadap orang-orang Arab yang telerbih dahulu daripada mereka menerima dan memeluk agama Islam, sedangkan mereka telah lama menunggu-nunggu kedatangan agama baru itu dengan harapan aama baru ini dapat menewaskan bangsa Arab yang sekian lama berseteru dengan mereka. Justeru itu pada pendapat mereka, apa perlu lagi memeluk agama Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. itu?

Walaupun orang Yahudi menentang Islam, tapi di Madinah kaum Muslimin tetap melayan mereka dengan baik. Orang-orang Islam tidak membenci Yahudi kerana mereka Yahudi, tidak seperti orang Yahudi membenci orang Arab kerana mereka Arab, atau membenci orang Islam kerana mereka Islam. Justeru itu sebagai penduduk Madinah mereka diberikan hak yang serupa dengan hak yang dinikmati oleh penduduk-penduduk Islam. Demi keadilan untuk mengimbangi hak-hak yang mereka nikmati itu, mereka diwajibkan bekerjasama dengan kaum Muslimin dalam bidang ketenteraan untuk melindungi negara daripada ancaman dan serangan musuh-musuh yang sentiasa bersiap sedia untuk menghancurkan Islam. Mereka juga diwajibkan memberi sumbangan kebendaan kepada negara sebagaimana diajibkan ke atas kaum Muslimin juga.

Segala butir-butir ini terkandung dalam perjanian bersama yang dimeteraikan antara orang-orang Islam dan orang-orang Yahudi yang menjadi panduan kepada kedua-dua belah pihak dalam menjalani kehidupan bersama demi keharmonian dan keamanan negara.

Kebanyakan tokoh-tokoh Yahudi pada masa itu telah menjadi talam dua muka, manusia munafik. Di hadapan Baginda Rasulullah s.a.w. mereka mengaku mereka Islam dan menghormati Baginda, tapi di belakang Baginda, mereka mengutuk, mencerca dan mencaci Baginda malah menaburkan berbagai-bagai fitnah untuk memburuk-burukkan Baginda, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang mulia.

Salah seorang tokoh munafik Yahudi yang termasyur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul yang mengatur berbagai-bagai rancangan untuk membinasakan Baginda s.a.w.

Kedengkian orang-orang Yahudi terhadap Islam kian membakar bila mereka melihat agama Islam berkembang dengan cukup pesat dalam masa yang amat singkat selepas ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang berbangsa Arab yang dimusuhi oleh Yahudi. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada agama-agama yang diturunkan sebelumnya, seperti Masehi ataupun agama Yahudi. Agama Islam berkembang dengan pesat semasa hayat Baginda Rasulullah s.a.w. masih ada, terutama selepas Baginda berhijrah ke Madinah perkembangannya kitan bertambah pesat.

Orang-orang Yahudi yang benci dan dengkikan Islam itu secara teratur telah mengambil tindakan memusuhi dan memerangi Islam. Tindakan pertama yang mereka lakukan ialah melakukan perdebatan dengan orang Islam dengan tujuan mencetuskan keraguan dan kesangsian di kalangan umat Islam terhadap kesucian umat Islam. Dengan cara itu mereka berharap orang Islam akan segera meninggalkan Islam atau menjadi murtad.

Perkara ini telah diceritakan oleh Allah dalam kitab suci al-Quran, maksudnya:
“Kebanyakan dari ahli Kitab suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran [Nabi Muhammad SAW]. Al-Baqarah:109

Tapi tindakan mereka menghasut orang-orang Islam itu tidak berjaya. Orang Islam itu tidak ingin menjadi kafir kembali. Di samping itu Yahudi juga tidak berjaya untuk menghalang orang-orang yang ingin masuk agama Islam. Justeru itu agama Islam kian cepat tersebar luas

Justeru segala usaha mereka untuk memesongkan umat Islam itu tidak berjaya, maka orang-orang Yahudi pun menukar corak perjuangan untuk menghancurleburkan Islam supaya tidak bersisa lagi. Pada mula-mulanya mereka menyerahkan tugas jahat itu kepada orang-orang Arab Qurisy untuk melakukan kekejaman dan pembunuhan yang dirancangkan itu. Dengan itu bererti orang Arab membunuh Arab. Tapi Arab Quraisy tidak berjaya melakukannya, malah Alhamdulillah agama Islam terus berkembang dengan pesat, terutama selepas Baginda Rasulullah SAW berhijrah dan melibatkan diri dalam arus pergolakan itu, dan memegang tampuk kepimpinan dalam gerakan untuk membenteras musuh-musuh Islam itu.

Seperti biasa orang-orang Yahudi pada masa itu mempunyai berbagai-bagai kumplan yang dikenali sebagai “Bani”. Ada beberapa “bani” yang terkenal pada masa itu, di antaranya sebagai berikut.

Yahudi Bani Qainuqa’

Bani Qainuqa’ adalah kumpulan Yahudi yang paling kuat, dan pernah terlibat dalam perjanjian dengan kaum Muslimin. Namun begitu mereka adalah kumpulan Yahudi yang pertama sekali mengkhianati perjanjian dengan kaum Muslimin itu.

Kebencian dan kemarahan orang-orang Yahudi terhadap kaum Muslimin kian membara selepas kaum Muslimin mencapai kemenangan dalam Perang Badar. Kebencian Bani Qainuqa.’ terhadap Islam bertambah menyala dan melampau dalam kebenciannya terhadap Islam dan umat Islam.

Mereka bukan sahaja menolak Islam, tapi mengejek-ejek dan mempelekehkan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar itu. Kata mereka umat menang dalam Perang Badar itu kerana musuh yang berperang dengan mereka itu tidak tahu seluk-beluk peperangan, dan seterusnya menyindir sekiranya kaum Muslimin berperang dengan orang-orang Yahudi barulah mereka mengetahui siapakah musuh mereka yang sebenarnya.

Ini menyebabkan berlaku ketegangan antara orang-orang Yahudi dengan orang Islam. Keadaan menjadi bertambah buruk bila berlaku satu peristiwa yang memalukan ke atas seorang wanita Islam di Pasar Banu Qainuqa’ yang mengheret krisis itu ke kemuncaknya.

Dalam peristiwa tersebut seorang wanita Islam yang pergi ke pasar itu telah dimalukan oleh seorang lelaki Yahudi. Dalam peristiwa tersebut, seorang lelaki Yahudi dengan senghaja telah menyebabkan aurat wanita tersebut telah terdedah tanpa disedarinya. Ini menyebabkan Muslimah itu menjadi bahan ketawa mereka yang berada di pasar itu.

Seorang lelaki Muslim yang berkebetulan lalu di situ melihat peristiwa tersebut. Dia merasa amat jengkel dan marah, lalu mengejar lelaki Yahudi itu, dan tanpa berfikir panjang lalu membunuhnya yang menyebabkan Bani Qainuqa’ menjadi gempar. Mereka bertindak membunuh lelaki Muslim itu.

Baginda Rasulullah s.a.w. dan umat Islam tidak dapat menerima perbuatan Bani Qainuqa’ itu yang secara terang-terangan menunjukkan sikap permusuhan terhadap kaum Muslimin. Sebaliknya pula orang-orang Yahudi yang menyedari kesalahan perbuatan mereka telah melarikan diri dan berkubu di kampung mereka.

Namun begitu Baginda Rasulullah s.a.w. terus berusaha untuk megekalkan perjanjian itu dan mengingatkan kaum Yahudi tentang perjanjian damai yang telah mereka meteraikan. Baginda menyeru supaya segala persengketaan hendaklah segera dihentikan

Baginda juga memberi katadua kepada kaum Yahudi itu, jika mereka tidak berhenti menganggu orang Islam, mereka akan diserang, sebagaimana orang Islam menyerang kaum Quraisy.

Nasihat Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja tidak diendah oleh kaum Yahudi, malah sebaliknya diejek-ejek dan dipersenda-sendakan, kerana mereka memang berniat jahat kepada Islam dan umat Islam.

Ini membuktikan kaum Yahudi tidak akan berubah, kecuali dengan peperangan. Maka Baginda s.a.w. pun mengerah umat Islam supaya mengangkat senjata untuk menyerang perkampungan Yahudi Bani Qainuqa’ yang bongkak dan sombong itu. Lalu mereka menyerang dan mengepung perkampungan itu selama lima belas hari, lima belas malam, menyebabkan mereka terputus hubungan dengan dunia luar. Akhirnya kaum Yahudi Bani Qainuqa’ terpaksa mengangkat senjata menyerah kalah.

Walau bagaimana pun mereka tidak dibunuh, tapi dihalau keluar dari kota Madinah Mereka terpaksa berundur dan bertaburan di beberapa tempat, seperti di negeri Syam [Syria], dan juga di Adhri’at dan membuat penempatan dekat sempadan. Kebanyakan mereka yang tinggal di Syam telah binasa. Bilangan orang Yahudi yang melarikan diri itu dikatakan 1000 orang, sebahagian daripadanya menjadi tukang dan peniaga.

YAHUDI Bani al-Nadhir

Satu kumpulan Yahudi lagi ialah Bani al-Nadhir. Pada masa itu Bani al-Nadhir dipimpin oleh Ka’ab bin al-Ashraf. Kumpulan ini secara terbuka memusuhi Rasulullah s.a.w. dan sekali gus memusuhi umat Islam. Pemimpinnya Ka’ab, seorang penyair, yang menggunakan karya-karyanya untuk menyindir Rasulullah s.a.w. dan juga umat Islam. Tapi dia seorang pengecut. Bila umat Islam menang dalam Perang Badar, dia telah cabut lari ke Makah.

Di Makah Ka’ab telah menukar corak puisinya. Kalau di Madinah dia menghina Rasulullah s.a.w dan mencerca umat Islam, tapi di Makah dia menyeru orang-orang Quraisy supaya bangkit menentang orang-orang Islam untuk membela kekalahan mereka dalam Perang Badar dahulu, dan juga untuk membela pemimpin-pemimpin mereka yang terbunuh dalam peperangan tersebut. Dia juga mencipta puisi-puisi khayal yang beracun mengenai percintaannya yang dijalinkan dengan wanita-wanita Islam yang amat memalu dan mengaibkan umat Islam.

Namun, Ka’ab tidak dapat bertahan lama di Makah, dan terpaksa kembali semula ke Madinah. Dia telah mendapat ejekan dan sindiran hebat daripada penyair Hassan bin Thabit yang menyebabkan dia menjadi seorang yang tidak dikehendai di Madinah. Kerana karya-karya jahatnya itu, dia telah mencetuskan kemarahan umat Islam kepadanya, Akhirnya pada bulan Rabuiawal tahun ketiga Hijrah, dia telah mati dibunuh.

Kematian Ka’ab amat menggemparkan kaum Yanudi di Madinah. Pemimpin-pemimpin Yahudi di Madinah merasa bimbang tentang nasib mereka berpunca dari sikap mereka sendiri yang menentang Rasulullah s.a.w. dan Islam.

Pemimpin-pemimpin Yahudi secara beramai-ramai berpakat datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu tentang pembunuhan yang dilakukan ke atas ketua mereka Ka’ab, yang mereka dakwa dibunuh dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab-sebab yang jelas. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan mereka terhadap nasib orang-orang Yahudi di Madinah.

Mendengar aduan itu Baginda s.a.w. antara lain berkata, “Skiranya Ka’ab berdiam diri seperti orang lain yang tidak sukakan Islam, dia tidak dibunuh, tapi sebaliknya dia telah memfitnah aku dan mengecam aku melalui puisi-puisinya. Sesiapa sahaja yang berbuat demikian akan dibunuh”.

Dalam pertemuan itu Baginda s.a.w. mencadangkan supaya orang-orang Yahudi membuat perjanjian dengan Baginda s.a.w. untuk menjamin keharmonian hidup antara kedua belah pihak. Perjanjian itu ditandatangi di bawah pokok tamar di rumah Ramlah binyi al-Harith. Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada perjanjian yang dikenali dengan panggilan Sahifat al-Madinah atau Piagam ataupun Perlembagaan Madinah.

Salah satu butir penting dalam perjanjian itu ialah saling bantu membantu dari segi kewangan. Tapi bila orang Islam ditimpa musibah orang-orang Yahudi enggan menghulur bantuan. Malah mereka membuat rencana untuk membnuh Baginda s.a.w. yang datang menemui mereka untuk berunding mengenai bantuan itu. Mereka merancang untuk melempar batu yang besar ke atas kepala Baginda s.a.w. ketika Baginda s.a.w. berdiri di bawahnya bersama-sama sahabat-sahabat Abu Bakar, Umar dan Ali.

Tapi rancangan jahat mereka untuk membunuh Baginda Rasulullah s.a.w. tidak berjaya, kerana Baginda s.a.w. diberi amaran tentang ancaman bahaya ke atas nyawanya yang dirancangkan oleh orang-orang Yahudi itu. Baginda diperintah supaya secara senyap-senyap meninggalkan tempat tersebut sebelum daripada rancangan itu dijalankan. Si Yahudi yang membuat rancangan untuk membunuh Baginda s.a.w. itu ialah ‘Amru bin Jahash.

Berhubung dengan peristiwa itu, turunlah ayat al-Quran yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kenangkanlah nikmat Allah [yang telah dikurniakanNya] kepada kamu ketika kaum [kafir yang memusuhi kamu] hendak menghulurkan tanganya [untuk menyerang kamu], lalu Allah menahan tangan mereka daripada [menyerang] kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan kepada jualah [sesudah bertaqwa itu] hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri”.Al-Maidah:11.

Peristiwa itu telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam. Mereka berkumpul dan bertindak mengepung rumah-rumah dan kubu-kubu Yahudi Bani Nadhir. Orang-orang Islam mengepung orang-orang Yahudi itu selama lima belas hari, lima belas malam tanpa berganjak yang menimbulkan kesusahan besar kepada orang-orang Yahudi. Akhirnya mereka terpaksa menyerah kalah dan memohon kepada Baginda Rasulullah s.a.w. untuk meninggalkan kota Madinah. Mereka meninggalkan kota Madinah membawa barang-barang sekadar yang mampu dibawa oleh seekur unta. Namun begitu mereka tidak dizinkan membawa baju besi bersama mereka.

Setelah diizinkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. mereka pun keluar dari Madinah dan menetap di suatu tempat yang letaknya kira-kira 150 kilometer ke utara Madinah dan sebahagian lagi pergi ke Syam [Syria]. Antara mereka yang menetap di Kahibar ialah Huyai bin Akhtab, Sallam bin Abil-Huqaiq dan Kinanah bin Abi al-Huqayd, ketua-ketua dan para pembesar di Khaibar, yang bertukar menjadi sebuah perkampungan Yahudi.

Kebanyakan mereka terdiri dari kaum bangsawan dan kaya, justeru itu mereka dengan mudah dilantik menjadi ketua-ketua dan pembesar-pembesar di Khaibar.

Walau di mana pun mereka berada dan bila-bila masa pun, permusuhan mereka terhadap Islam dan kebencian mereka terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. tidak pernah padam hingga ke hari ini sekalipun. Pada tahun ke-5 Hijrah pemimpin-pemimpin Yahudi itu telah berjaya mengadakan pakatan besar dengan musuh-musuh Islam untuk melancarkan serangan ke atas umat Islam di Madinah. Seiring dengan itu mereka telah berjaya membentuk sebuah angkatan tentera yang besar yang terdiri dari 10,000 orang, termasuk juga musuh-musuh Islam yang berada di Makah, seperti orang-orang kafir Quraisy dan suku-suku Arab yang lain, seperti Ghatafan, Asad dan Sulayn. Mereka ditawar dengan ganjaran kurma Khaibar

Bila mendengar rancangan orang-orang kafir tersebut, maka orang-orang Islam di Madinah telah mengatur strategi untuk menumpaskan serangan itu. Mereka telah bergotong-royong sepenuh tenaga untuk menggali parit-parit yang besar di tempat-tempat yang strategik untuk menghalang kemaraan tentera-tentera pakatan musuh itu yang terkenal dengan panggilan Ahzab. Musuh-musuh Islam itu telah tiba di Madinah pada bulan Zulkaedah tahun ke-5 Hijrah dan mengepung kota itu kerana mereka tidak mampu melancarkan serangan kerana terhalang oleh parit-parit besar [al-Khandaq] yang lebih dahulu dibina oleh umat Islam itu.

Yahudi Bani Quraidzah

Puak-puak yang anti-Islam, seperti kaum Quraisy telah berjaya membentuk satu pakatan, yang disertai oleh berbagai-bagai kumpulan anti-Islam, untuk memerangi umat Islam di Madinah. Peperangan yang mereka lancarkan itu dikenali dengan nama “Ghazwatal-alAhzab” atau “Peperangan Kaum Bersekutu”. Ataupun “Perang Ahzab”. Mereka mengepung Kota Madinah di setiap penjuru menyebabkan perhubungan dengan dunia luar terputus. Tindakan ini menyebabkan orang-orang Islam menderita kelaparan, sehingga terpaksa mengikat batu ke perut untuk menahan lapar.

Keadaan menjadi tambah buruk kerana Yahudi Bani Quraidzah yang dibenarkan tinggal dalam Kota Madinah telah belot dan menjadi pengkhianat. Pemimpin mereka, Ka’ab bin Asad dan lain-lain lagi telah terpedaya dengan pujukan dan rayuan pemimpin Yahudi Bani Nadzir, Huai bin Akhtab lalu melarikan diri ke Khaibar untuk bekerjasama dengan orang-orang yang anti-Islam.

Kesulitan dan keperitan yang ditanggung oleh umat Islam dalam Perang Azhab itu telah digambar oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Alquran:
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hilir [tempat pertahanan] kamu, dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah [kerana gempar dan bingong] serta hati pun resah gelisah [kerana cemas takut] dan masing-masing kamu pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dasyat”. S. Ahzab:10-11.

Selama dua minggu lamanya orang-orang Yahudi dan sekutu-sekutunya itu mengepung Maditnah. Namun begitu mereka tidak berjaya menumpaskan umat Islam Madinah. Mereka semua terpaksa pulang ke negeri masing-masing dengan hampa dan tangan kosong. Yang tinggal ialah Yahudi Bani Quraidzah yang menetap di Madinah. Justeru mereka terpaksa berhadapan dengan umat Islam yang telah mereka khianati itu. Orang Islam telah bertindak balas mengepung perkampugan mereka, menyebabkan mereka terpaksa mengaku kalah dan menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w. Baginda lalu menyerahkan kepada Sa’ad bin Mu’adh untuk menjatuhkan hukuman.

Setelah mempertimbangkannya dengan teliti Sa’ad telah menjatuhkan hukuman mati ke atas pegkhianat-pengkhianat lelaki, sementara wanita dan kanak-kanak dijadikan tawanan perang. Pada masa itu Saad berada di atas usungan kerana keuzuran akibat kecederaan yang dihadapinya dalam Perang Ahzaab. Saad adalah seorang sahabat yang amat menghormati Baginda Rasulullah s.a.w. dan sering mendengar kutukan-kutukan orang-orang Yahudi yang ditujukan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. Tidak lama kemudian selepas menjatuhkan hukuman itu Saad pun menghembuskan nafasnya yang akhir.

Baginda Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Saad itu kerana setimpal dengan perbuatan mereka menjadi pegnkhianat.

Tapi adajuga sesetengah pihak menentang hukuman keras yang dikenakan ke atas kaum Yahudi itu. Namun begitu pihak yang menyokong hukuman itu berpendapat hukuman keras itu memang wajar dijalankan ke atas mereka, kerana mereka adalah kaum pengkhianat yang bekerjasama dengan musuh untuk mrmusnahkan negara di mana mereka tinggal bersama di dalamnya. Dan di samping itu andainya mereka diusir keluar dari Madinah, seperti Yahudi Bani al-Nadir, mereka mungkin menyerang kembali Madinah seperti yang pernah berlaku di masa-masa yang lalu.

Bilangan mereka yang menerima hukuman ialah antara 600 hingga 700 orang, termasuk pemimpin besar Bani Qurayzah, Ka’ab bin Asad dan pemimpin Yahudi Bani al-Nadir, Huyayy bin Akhtab. Peritiwa ini berlaku pada 5 Hijrah.

Yahudi Dan Perang Khaibar

Selepas Perang Ahzab selesai, orang-orang Islam membuat keputusan untuk menyerang orang-orang Yahudi di Wadi Qura, Fadak, Taima’ dan Khaibar kerana bimbang mereka akan melakukan serangan lagi ke atas Madinah. Kota Khaibar adalah merupakan kota yang menjadi benteng pertahanan kaum Yahudi yang paling kukuh, dan mempunyai penduduk yang paling ramai, dan ditambah lagi dengan pengugusi Yahudi Bani Nadhir yang melarikan diri dari Madinah, kerana mengkhianati umat Islam di kota itu.

Mula-mula orang-orang Islam mengepung kota Khaibar. Kemudian berlakulah pertempuran sengit selama enam hari enam malam. Pada malam ketujuh Sayyidina Umar Al-Khattab berjaya memberkas seorang Yahudi yang ingin melarikan diri dari kepungan itu. Dia berada dalam keadaan letih lesu. Dia telah dibebaskan selepas mendedahkan rahsia-rahsia kekuatan orang Yahudi.

Akhirnya Khaibar jatuh ke tangan umat Islam. Orang-orang bukan Islam minta berdamai untuk membolehkan mereka keluar dengan aman dari bumi Khaibar. Permintaan itu dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w. Maka dengan itu Khaibar telah jatuh sepenuhnya ke tangan umat Islam.

Dalam Perang Khaibar ini seramai lima belas orang Islam telah gugur sahid, manakala di pihak Yahudi pula seramai 93 orang telah terbunuh.

Selepas itu sebuah perjanjian telah dimeterai antara orang-orang Yahudi dan orang-orang Islam. Perjanjian yang penuh dengan toleransi. Salah satu butir penting dalam perjanjian itu ialah orang-orang Yahudi hendaklah menyimpan separuh daripada hasil tanam-tanaman dan buah-buahan mereka untuk orang-orang Islam.

Tujuan perjanjian itu dimeteraikan ialah untuk memberi peluang kepada umat Islam mengawasi gerak-geri orang-orang Yahudi supaya tidak sekali lagi cuba melakukan pengkhianatan di masa-masa akan datang.

Bila Khaibar dapat di tewaskan oleh orang Islam, maka penduduk-penduduk Falak pun ikut menyerah kalah kepada umat Islam. Sebuah perjanjian juga telah dimetraikan dengan mereka sebagaimana dilakukan oleh penduduk-penduduk Khaibar.

Selepas peperangan itu, orang-orang Yahudi dikatakan ramai memeluk Islam, termasuklah seroang wanita bangsawan mereka, Zainab binti al-Harith.

Zainab telah mengadakan satu jamuan khas untuk meraikan Baginda Rasulullah s,a,w dan tentera-tentera Islam yang menang dalam Perang Khaibar itu. Tapi Zainab telah mencampuri makanan itu dengan racun, menyebabkan seorang tentera Islam telah terbunuh. Tapi Baginda Rasulullah sa.w. terselamat kerana tulang daging itu memberitahu Baginda tentang racun yang terdapat dalam masakan tersebut. Ketika ditanya, Zainab memberitahu dia ingin mengujui tentang kerasulan Baginda s.a.w., kerana katanya kalau Baginda benar-benar seorang Rasul sudah tentu Allah menyelamatkannya. Mendengar jawapan itu Rasulullah s.a.w memaafkannya.

YAHUDI DI ZAMAN KHALIFAH RASHIDIN

Dalam zaman pemerintahan hulafaur Rashidin agama Islam telah berkembang luas hingga sampai ke Tanah Parsi [Iran] dan Rum. Kota Yahudi Khaibar telah jauh ketinggalan di belakang. Mengikut siasah Khalifah Sayyidina Umar Al-Khattab kedudukan seperti itu amatlah merbahaya. Kerana orang-orang Yahudi bila-bila masa sahaja boleh melakukan pengkhianatan dan menyerang orang-orang Islam dari dalam.

Menurut Khalifah Sayyidina Umar masanya telah tiba kepada umat Islam untuk melaksanakan wasiat Rasulullah s.a.w. bahawa di Semenanjung Arab tidak boleh berkumpul dua agama.

Sementelah pula orang-orang Yahudi di Khaibar telah membuat pasal dan menipu orang-orang Islam. Mereka telah melempar Ibnu Umar dari atas rumah yang menyebabkan tangannya tercedera.

Setelah mempertimbangkannya dengan teliti daripada berbagai-bagai sudut, maka Khalifah Sayyidina Umar pun membuat keputusan bahwa orang-orang Yahudi mestilah dikeluarkan dari Semenanjung Arab. Sebelum mereka berangkat menuju ke Sham, Khalifah Sayyidina Umar telah membayar ganti rugi harga tanah, rumah dan pohon-pohon kurma mereka.

Kiblat

Pada permulaanya, Kiblat atau hala umat Islam bersolat ke arah Kaabah. Ini bukanlah bererti umat Islam menyembah Kaabah, tapi ia hanya semata-mata sebagai lambang kepatuhan umat Islam kepada Allah. Lagi pun Kaabah itu adalah Baitullah, bangunan yang didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. lagi, dan menjadi kebanggaan kepada seluruh umat Arab.

Tapi ada segolongan umat Arab telah menyalahfahamkan tujuan Kaabah dijadikan kiblat untuk sembahayang itu dengan anggapan Islam mengagungkan Kaabah. Sedangkan ia sebenarnya sebagai lambang kepatuhan umat Islam kepada Allah S.W.T. sahaja. Untuk membetulkan kepincangan itu Allah telah memerintah supaya kiblat umat Islam ditukar ke arah baru, iaitu ke arah Baitul-Maqdis. Perakara ini berlaku selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, untuk Allah menguji keimanan umat Islam pada waktu itu.

Pada masa itu Baitul-Maqdis telah pun menjadi kiblat kaum Yahudi. Dengan penukaran kiblat umat Islam itu, maka orang-orang Yahdui mendapat bahan baru untuk mengejek-ngejek dan menyenda-nyenda umat Islam, dan menyakiti hati mereka. Antara lain kata orang Yahudi, “Umat Muhammad tidak mengikut agama kita, akan tetapi dia mengikut kiblat kita”.

Sindiran itu menyebabkan orang-orang Arab menjadi berat hati untuk berkiblat ke arah Baitul-Maqdis. Tapi demi kepatuhan kepada perintah Allah S.W.T. mereka mmatuhinya tanpa menghirau ejekan dan cacian orang-orang Yahudi. Semuanya dilakukan kerana mematuhi perintah Allah.

Selepas 6 bulan berlalu Allah S.W.T. memerintahkan pula supaya Kiblat umat Islam dikembalikan semula ke arah Ka’abah, di Masjidil-Haram.

Menurut riwayat ayat yang memerintah supaya Kiblat itu ditukar semula ke arah Masjidil-Haram turun ketika Rasulullah s.a.w. sedang mengimani sembahayang fardhu zohor di Masjid Bani Salamah. Pada waktu ayat itu turun, Bginda Rasulullah s.a.w. baru selesai sembahayang dua rakaat berkiblatkan ke arah Baitul-Maqdis, maka Baginda pun bersegera menukar arah Kiblat, dengan terus berpaling ke arah Kaabah untuk menyelesaikan dua rakaat sembahayang zohor lagi itu. Dan sudah tentu diikuti oleh para jemaah yang bersembahayang dengan Baginda s.a.w.

Namun begitu penukaran arah Kiblat itu tidak juga dapat menghentikan ejekan orang-orang Yahudi yang bertujuan untuk menyakiti hati umat Islam. Mereka terus melempar senda-sendaan, “Andai kata Muhammad terus berkiblat ke kiblat kita, kita harapkan dialah sahabat kita yang kita tunggu-tunggu selama ini”. Orang-orang Yahudi itu berharap dengan kata-kata tersebut umat Islam akan menukar semula kiblat mereka ke arah Baitul-Maqdis. Mereka berkata demikian bukan dengan tujuan yang ikhlas, tapi semata-mata untuk menganggu fikiran umat Islam dan meresahgelisahkan jiwa mereka semata-mata.

Tapi Allah mengaggalkan harapan kotor orang-orang Yahudi itu dengan firmanNya:
“Dan Kami sesungguhnya jika engkau bawakan kepada orang-orang [Yahudi dan Nasrani] yang telah diberikan kitab, akan segala keterangan [yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Ka’abah itu] mereka tidak akan menurut Kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut Kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan [yang telah diwahikan kepadamu], sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim”. Al-Baqarah:145.

Dari rangkaian peristiwa sejarah itu, nyatalah bahawa kaum Yahudi mulai membenci dan memusuhi umat Arab atau Islam sejak Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi Rasul untuk seluruh umat manusia. Sebenarnya mereka percaya syariat yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. memang benar dan mempunyai kekuataan yang mampu mengubah umat Arab menjadi bangsa yang kuat dan sukar ditewaskan. Maka mereka pun membuat berbagai rancangan dan komplot yang jahat untuk menghancurkan Islam dan seterusnya membunuh Baginda Rasulullah s.a.w.

Justeru itu sebahagian besar dari kaum munafiqun di masa-masa yang lalu adalah terdiri daripada tokoh-tokoh yang hati dan jiwanya telah dibaluti dengan kekotoran.

Kejayaan mereka menguasai bumi Palestin menyemarakkan lagi keganasan mereka untuk meneruskan gerakan menghancurkan umat Arab dan agama Islam. Malah Yahudilah yang menjadi dalang segala kejahatan, kekufuran dan huru-hara yang berlaku di Afrika, di Asia, di Eropah, malah di seluruh dunia.


YAHUDI Merosak Agama Allah


Sementara itu agama Islam yang suci yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. serta para Rasul yang terdahulu telah dirosak dan diselewengkan oleh rahib-rahib Yahudi yang dipanggil rabbi itu. Untuk membawa mereka ke jalan yang benar Allah mengirimkan kepada mereka nabi-nabi, tapi mereka tetap tidak berubah, nabi-nabi Allah itu bukan sahaja tidak mereka hiraukan, malah mereka memburunya untuk disembelih. Kitab-kitab yang Allah dikirimkan kepada mereka, mereka pinda dan mereka baiki supaya sesuai dengan nafsu mereka, Akhirnya Allah turunkan kitab suci al-Quran untuk panduan seluruh umat manusia menerusi Baginda Rasulullah s.a.w. Mereka bukan sahaja tidak dapat menerimanya, malah memindanya untuk merosakkan agama Islam.

Kesannya amat buruk kepada kedua-dua kerajaan Yahudi itu. Kemurkaan Allah telah menimpa. Allah melaknat mereka. Mereka telah dilanda oleh berbagai-bagai petaka dan musibah yang buruk, termasuk kerosakan moral yang amat teruk. Dalam keadaan yang kucar-kacir itulah Raja Nebuchanezzar Kaldia dari Babilion telah menyerang dan memusnahkan Jerusalem. Dalam serangan itu mereka telah berjaya menawan kira-kira seramai 50,000 orang Yahudi dan membawanya sebagai tawanan ke Babilon.

Semenjak itu kaum Yahudi tidak mempunyai tempat kediaman yang tetap, dan merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat, tanpa mempunyai negara sendiri. Keadaan ini merupakan balasan Allah ke atas mereka sebagai kaum yang bongkak, sombong, kejam dan zalim, yang sanggup membunuh Rasul-rasul Allah yang diutuskan kepada mereka. Justeru itu mereka bertebaran ke segenap pelosok bumi yang dapat mereka tuju, ke Eropah, ke Amerika, ke Rusia mencari tempat yang sesuai untuk dihuni sebagai manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T.

Bangsa Yahudi pada mula-mulanya adalah suatu bangsa yang mulia, disanjung, dihormati dan dimulai kerana perangainya yang mulia. Kerana itu mereka sentiasa dikurniai oleh Allah dengan Nubuwah dan Risalah Allah dalam masa yang begitu lama dan berpanjangan. Mereka adalah pewaris ajaran nenek moyang mereka, Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi Ya’kub a.s. yang menyebar kepercayaan mengtauhidkan Allah yang Maha Esa, dan tiada sekutu baginya.

Tapi bila kepercayaan mengtauhidkan Allah itu telah tertanggal dari mereka, maka Allah pun mencabut kemuliaan yang dikurniakan kepada mereka itu, dan seterusnya mengurniakan kemuliaan itu kepada kaum lain yang beriman dan mengtauhidkan Allah seperti mereka dahulu

Akhirnya mereka menjadi begitu bongkak, sombong, angkuh, lalim, dan lupakan diri, dan lalu merasa diri mereka suatu bangsa yang paling mulia dan paling unggul yang tidak ada taranya di dunia ini, yang diberi tauliah atau kuasa oleh Tuhan untuk memerintah, menguasai dan memperhambakan segala kaum dan bangsa-bangsa lain di dunia ini yang mereka anggap hina-dina seperti anjing buruk kepala. Merekalah Sya’bullah al-Mukhtar, iaitu bangsa pilihan Allah.

Mereka memandang bangsa Arab suatu bangsa yang keji dan hina. Di samping itu mereka juga tenggelam dalam lautan nafsu memburu harta dan kekayaan dunia, akibatnya hati mereka menjadi tertutup untuk menerima ajaran-ajaran agama yang tercicir dan membeku daripada kehdiupan mereka yang bergelumang dengan daki-daki kduniaan.

Sewaktu di Madinah, orang-orang Yahudi yang bongkak dan samseng ini tidak menghormati perjanjian damai yang mereka buat dengan kerajaan Islam Madinah, di bawah kepimpinan Baginda Rasulullah s.a.w. menyebabkan Baginda s.a.w. mengarahkan tentera-tentera Islam supaya memusnahkan perkampungan Yahudi, kerana melanggar perjanjian yang mereka metraikan dengan orang-orang Islam Madinah. Sikap degil dan sombong ini mereka warisi hingga ke hari ini menghiasi peribadi mereka.

Dengan kesombongan seperti itu mereka tidak kekuk-kekuk untuk bertindak melampau batas, dan sewenang-wenangnya mengikut nafsu-nafsi mereka, tanpa mengira salah betul, benar tidak, halal atau haram, baik atau buruk, berbuat sesuka hati mereka, termasuk menyakiti, menyeksa dan membunuh sesama manusia yang tidak seYahudi dengan mereka yang mereka layan dengan penuh kehinaan. Dalam hal ini mereka tidak segan-segan atau takut-takut untuk menyakiti dan membunuh para nabi mereka sendiri yang diutus oleh Allah S.W.T. untuk memimpin seluruh umat manusia.

Allah telah berulang-ulang kali memberi peringatan kepada orang-orang Yahudi yang disebut Bani Israel supaya kembali ke pangkal jalan yang benar, tapi mereka tidak pernah mengindahkannya, malah terus melawan arus menentang Allah.

Oleh itu tidaklah takjub kita, jika ada di kalangan masyarakat Islam yang menggelarkan orang yang berperangai buruk dan jahat, khususnya orang yang suka menipu dan memutarbelit orang dikatakan “ macam Yahudi”. Demikian juga dengan tahi judi, dikatakan “Yahudi”.

Malah selama ribuan tahun lamanya, kaum Yahudi dipandang hina dan dikutuk oleh orang-orang Eropah, dipinggirkan daripada pergaulan hidup mereka persis anjing buruk kepala sebagaimana penulis perincikan sedikit di bahagian akhir bab ini. Kerana terlalu bencinya mereka kepada kaum Yahudi, yang sememangnya layak dibenci, hinggakan kampung halaman orang-orang Yahudi dipanggil dengan nama yang khas ghetto untuk membezakannya dengan kampung halaman bangsa lain. Demikian juga di Sepanyol sebelum kedatangan Islam ke negara itu dan selepas umat Islam dihalau dari negara tersebut, orang-orang Yahudi dipandang jijik dan dilayan dengan penuh kehinaan.

Dalam Perang Dunia yang lalu warga-warga tempatan di negara-negara Eropah telah bertindak melepas geram terhadap orang-orang Yahudi yang mereka bencikan itu. Mereka memburu, menyeksa dan membunuh orang-orang Yahudi di mana sahaja mereka berpeluang melakukannya. Tapi bila Perang Dunia tamat orang-orang Yahudi membesar-besarkan peristiwa pembunuhan ke atas mereka itu sebagai “holocoust”, dengan memperbanyakkan bilangan mereka yang menjadi mangsa pembunuhan itu, walaupun sukar untuk mempercayainya bila menggunakan pemikiran yang logik. Tapi dunia, terutama orang-orang Eropah, seolah-olah dapat menerima holocoust yang tidak logik itu.

Agama Yahudi

Kepada orang-orang Yahudi tuhan mereka disebut “Yahwe” yang dianggap esa. Menurut kepercayaan orang-orang Yahudi Yahwe inilah yang mencipta dunia dan Yahwe inilah yang dipercayai telah menyelamatkan Bani Israel daripada penindasan yang kejam di bumi Mesir. Tuhan Yahwe inilah yang dipercayai menurunkan undang-undang Yahwe atau Torah [Taurat] kepada mereka. Malah Yahwe jugalah yang dipercayai memilih mereka menjadi cahaya kepada manusia seluruh alam.

Mengikut kepercayaan orang Yahudi, tuhan Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim a.s. bahawa Baginda dan keturunannya akan diberikan keberkatan sekiranya mereka terus kekal beriman kepada tuhan Yahwe. Kemudian, kata mereka, Nabi Ishak a.s. dan Nabi Yaakub a.s. membuat perjanjian yang serupa dengan tuhan Yahwe mereka

Mereka percaya tuhan Yahwe mereka telah memberi tanggungjawab dan tugas yang istimewa kepada bangsa Yahudi untuk mewujudkan masyarakat yang adil, saksama dan berkhidmat kepada tuhan Yahwe mereka.

Maka sebagai balasannya tuhan Yahwe akan mengurniakan kepada mereka kecintaan dan perlindungan Yahwe.

Menurut Maryam Jameelah kepercayaan atau akidah agama Yahudi dikenal dengan istilah “sheema” yang berbunyi seperti berikut, “Sheema yis roe! Adonoi elaheynu adonoi achud”. Yang bermaksud, “Dengarlah wahai Israel! Allah itu tuhan kita. Allah itu Maha Esa”.

“Sheema” kepada orang-orang Yahudi samalah dengan kalimah syahadah kepada orang-orang Islam. Sebagaimana orang-orang Islam yang saleh ingin mati dengan mengucap kalimah syahadah, begitu jugalah dengan orang-orang Yhudi yang saleh bercita-cita mati dengan kalimah sheema meniti di atas bibirnya.

Mengikut Maryam Jameelah penafsiran selanjutnya dari akidah Sheema adalah seperti berikut:”Anda pasti menyintai Allah, tuhan anda dengan seluruh hati anda, dengan seluruh jiwa anda dan dengan seluruh kekuatan anda. Dan ayat-ayat ini yang telah kuperintahkan hari ini kepada anda pastilah tersimpan dalam hati anda. Anda mesti ajarkan ayat-ayat ini dengan penuh didikasi kepada anak-anak anda, dan bacalah ayat-ayat ini sewaktu anda duduk di rumah, sewaktu anda dalam persafiran, sewaktu anda tidur dan sewaktu anda bangkit dari tidur. Anda mesti ikatkan ayat-ayat ini sebagai tanda di atas tangan anda dan sebagai kain lilit di antara dua mata anda. Anda mesti ukirkan ayat itu di atas tiang pintu rumah dan pintu-pintunya. –Deuteronomy 6:4-6

Tata akhlak orang Yahudi pula berdasar sepuluh rukum [ The Ten Commandments] yang dikenali dengan “Sepuluh Perintah Yahwe” tersebut dalam Exodos 10:1-17. Firman Alah: Orang Yahudi percaya Sepuluh Rukun ini dikurnikan oleh tuhan Yahwe kepada mereka melalu Nabi Musa a.s.

1]Aku Allah Tuhanmu yang telah mengeluarkan kamu dari bumi Mesir, iaitu keluar dari rumah pengabdian.

2]Kamu jangan mengambil tuhan-tuhan yang lain di samping Ku! Kamu jangan sekali-kali ciptakan untukKu berhala-hala dalam mana-mana bentuk kejadian-kejadian di atas langit atau kejadian-kejadian di bumi atau kejadian-kejadian dalam air di bawah bum. Kamu jangan sekali-kali tunduk atau menyembahkan berhala-berhala itu kerana Aku Allah Tuhanmu, Akulah tuhan yang cemburu, kerana itu aku hukumkan anak-anak kerana kesalahan ibu bapanya hingga tiga atau atau empat generasi dari keturunan yang bencikan daku, tatapi Akulah juga yang memperlihatkan rahmat kasihan belas ada ribuan generasi dari keturunan yang menyintaiku dan memtuhi ajaran-ajaranku.

3)Jangan sekali-kali kamu sebutkan nama Allah tuhanmu dengan sia-sia, kerana Allah tidak akan mengampunkan seseorang yang menyebut namanya dengan sia-sia.

4]Ingatlah bahawa hari Sabtu pastilah dijadikan haru suci [cuti], selama enam hari kamu harus berpenat dan melakukan seluruh kerja-kerja kamu, tetapi pada hari yang ketujuh, iaitu satu hari untuk berihat bagi menghormati Allah Tuhanmu, kamu tidak harus membuat sebarang kerja, baik oleh kamu, baik oleh anak-anak lelaki kamu, baik oleh anak-anak perempuan kamu, baik oleh abdi lelaki atau abdi perempuanmu, baik oleh binatang-binatang ternakanmu, dan baik oleh orang-orang lain yang ada dalam kawasan pintumu, kerana selama enam hari Allah ciptakan langit, lautan dan segala isinya dan Ia berihat pada hari yang ketujuh. Justru kerana itu Allah memberkati hari Sabtu dan menjadikannya hari suci.

5]Hormatilah ayah dan bonda kamu semoga kamu dapat hidup lama di bumi yang Allah Tuhanmu kurniakannya kepadamu.

6]Jangan sekali-kali kamu membunuh.

7]Jangan sekali-kali kamu berzina.

8]Jangan sekali-kali kamu mencuri.

9]Jangan sekali-kali bersaksi bohong terhadap jiranmu.

10]Jangan sekali-kali menaruh hati terhadap rumah jiranmu, jangan sekali-kali menaruh hati terhadap isteri jiranmu, atau khadamnya sama ada lelaki atau perempuan, begitu juga jangan sekali-kali menaruh hati kepada, lembunya, keldainya dan segala sesuatu yang dimiliki jiranmu.

Di samping itu ada lagi satu rukun tersebut dalam leviticus yang berbunyi, “Hendaklah engkau menyintai dirimu sendiri”.

Walau bagaimanapun Maryam Jameelah membuat kesimpulan, “Walau pun dari segi teori orang Yahudi mengaku percaya kepada Tuhan sebagai pencipta dan pemerintah alam dan manusia, namun dalam kitab suci mereka tuhan itu pada pokoknya menumpukan perhatiannya kepada umat Yahudi sahaja selaku “umat pilihan tuhan”. Memang benar orang Yahudi yang saleh berpegang bahawa pengutamaan tuhan terhadap Bani Israel itu bukanlah didasarkan di atas sebab-sebab perkauman, malah kerana umat Yahudi satu-satunya umat di antara seluruh umat dunia yang menerima perjanjian setia untuk mematuhi undang-undang ketuhanan yang diturunkan kepada Musa”.

“Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa umat Yahudi selalunya menganggap perjanjian setia itu hanya mengikatkan diri mereka sahaja. Umat Yahudi bukan sahaja gagal mendakwahkan kepercayaan mereka kepada orang lain, malah mereka tidak menyambut baik orang-orang yang ingin memeluk agama Yahudi.

Seterusnya beliau menjelaskan bahawa sejauh yang beliau ketahui dalam sejarah hanya ada dua peristiwa di mana orang-orang bukan keturunan Yahudi telah menganut agama Yahudi beramai-ramai; pertama berlaku di negeri Yaman beberapa abad sebelum lahirnya Nabi Muhammad s.a.w., dan kedua di zaman Kerajaan Khazar [Ashkenaz] di Rusia, iaitu sebuah kerajaan yang pendek usianya dari keturunan bangsa Tartar.

Katanya apabila ada jarang-jarang penganut yang memeluk agama Yahudi, maka tujuannya agak diragui. Pemelukan agama Yahudi oleh orang-orang yang bukan Yahudi itu selalunya berlaku kerana perkhawinan, kerana undang-undang Yahudi tidak membenarkan orang-orang Yahudi berkahwin dengan orang-orang yang bukan Yahudi. Penganut itu akan disoal oleh orang-orang Yahudi lain mengapa ia mahu memikul beban undang-undang mereka dan mahu menanggung segala pemburuan diskriminasi, tekanan dan lain-lain kesusahan yang selalunya menjadi nasib tanggungan umat Yahudi.

“Semangat nasionalisme dan perkauman Yahudi telah menjadikan agama itu sebuah agama yang sempit, picit dan hampir naza’ seperti hari ini, sikap yang demikian telah membatalkan pengakuan mereka terhadap tuhan pencipta dan pemerintah alam dan manusia, malah sikap demikian meleburkan seluruh aqidah tauhid”.


Ibadat Orang Yahudi

Setiap agama mempunyai cara-cara tertentu dalam menyembah tuhan mereka. Demikian dengan orang Yahudi yang juga mempunyai cara yang tertentu dalam menunai ibadat mereka.

Menurut Maryam Jameelah yang antara lainnya mengandungi sujud. Mereka juga bersuci sebelum sembahayang. Malah orang Yahudi memandang bersuci itu wajib selepas bersetubuh, keluar mani, haidh dan melahirkan anak.

Sekumpulan orang-orang Yahudi Samaritan yang tinggal di Nablus bersembahang seperti orang Islam sembahayang. Mereka sembahayang tiga kali sehari dan dalam ibadat sembahayang mereka mengandungi berdiri, ruku’ dan sujud. Mereka berzikir dan berdoa, dan sesetengah daripada zikir mereka itu dalam bahasa Arab dan serupa dengan zikir yang dibaca oleh orang Islam, seperti “La ilaha illallah, La Syarikalah, Allahu wahdahu, Insyallah dan Allahu Ali”..

Tapi Yahudi Samaritan ini telah disingkir dari ajaran pokok agama Yahudi sejak 2000 tahun yang lampau lagi. Mereka hanya menerima undang-undang Nabi Musa a.s. dan menolak yang lain, baik yang terkandung dalam Injil ataupun Talmud.

Dalam sembahayang orang Yahudi tidak ada sujud, kerana itu mereka selalu sembahayang dengan duduk di atas kerusi atau bangku.

Di gereja Yahudi yang orthodox yang berasal dari Eropah Timur ada yang sembahayang dengan membaca baca-bacaan tertentu, dan ada pula yang berjalan mundar-mandir di sayap gereja sambil berzikir dengan kawan-kawan mereka.

Seperti ajaran Islam juga ajaran Yahudi menganggap sembahayang jemaah itu lebih afdal daripada sembahayang sendirian. Seperti Islam juga kaum wanita Yahudi tidak diwajibkan sembahayang di gereja, pengasingan tempat ibadat orang lelaki dan wanita dalam gereja orthodox.

Orang Yahudi yang warak, memakai kopiah hitam yang kecil ketika sembahayang tanpa menanggalkan kasut yang mereka pakai.

Jawatan paderi telah dihapuskan dalam agama Yahudi. Sebenarnya gelaran Rabbi bukan bererti paderi tapi membawa maksud seorang sarjana, seorang alim atau seorang tok guru yang pakar dalam undang-undang syariat. Mereka mempunyai kedudukan dalam masyarakat Yahudi sebagaimana ulama mempunyai kedudukan dalam masyarakat Islam. Justeru itu merekalah yang mengetuai sembahayang di gereja. Jika Rabbi tidak ada mereka akan diganti oleh orang yang aqil yang tahu membaca doa sembahayang. Namun begitu seorang Yahudi boleh berdoa secara langsung kepada Allah.

Sembahayang jemaah atau minyom dalam agama Yahudi memerlukan sekurang-kurangnya sebelas orang dewasa atau lebih.

Selepas pemusnahan Haikal Sulaiman alat-alat musik telah diharamkan penggunaannya dalam upacara sembahayang di gereja Yahudi yang othodox, malah dianggapnya sebagai amalan jahiliah.

Para chazzan membaca kitab Taurat dan lain-lain doa sebagaimana qari Islam membaca kitab suci al-uran. Tapi bacaan orang Yahudi itu merupakan ratapan paling sedih dari satu bangsa yang berada dalam keadaan putus asa.

Walaupun bacaan dalam sembahayang orang Yahudi itu penuh dengan pujian terhadap Allah, tapi ia telah dimasukkan dengan unsur-unsur nasionalisme dan rasialisme yang boleh merosakkan sesuatu agama yang diwahyukan oleh Allah.

Demikianlah Maryam Jameelah yang yang menggambarkan sebahagian daripada siluk-biluk agama Yahudi.

Untuk melengkapkan fakta mengenai agama orang Yahudi patut juga dinyatakan seperti juga orang Islam, mereka menyunatkan anak lelaki mereka, biasanya ketika masih bayi lagi. Menurut kepercayaan mereka perbuatan itu adalah selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan tuhan Yahwe mereka.

Bila seorang kanak-kanak lelaki telah mencapai usia baligh, mereka diraikan dalam satu majlis yang dipanggil Bar Mitzvah sebagai kesyukuran kerana menjadi salah seorang anggota masyarakat Yahudi.

Bila berlaku sesuatu kematian, orang-orang Yahudi akan berkabung selama semingggu, dan sepanjang masa itu mereka akan membaca Kaddish.

Hari Sabtu Dalam Agama Yahudi

Kepada orang Yahudi, hari Sabtu atau Sabbat adalah hari agung kepada mereka, di mana pada hari itu mereka berihat daripada melakukan sebarang pekerjaan dan hari itu hari mereka beribadat. Hari Sabtu itu bermula pada waktu senja hari Jumaat hingga kepada senja hari Sabtu. Tegasnya ia merupakan hari agung kepada kepada orang-orang Yahudi sejak zaman Nabi Musa a.s. lagi.

Orang Yahudi melakukan berbagai-bagai acara keagamaan pada hari Sabtu yang mereka agungkan itu. Antara waktu hari Jumaat hingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin, minum wains dan makan roti yang tidak beragi-unlaven. Hari Sabtu juga mereka jadikan hari suci untuk membaca kitab-kitab suci mereka.

Pada hari Sabat itu mereka menghentikan semua aktiviti harian mereka. Pada hari itu mereka hanya boleh makan makanan-makanan tertentu sahaja. Mereka juga melakukan ibadah di Sinagoge pada hari Jumaat malam dan Sabtu pagi.

Ada beberapa tujuan orang Yahudi merayakan hari Sabat, iaitu pertama sebagai peringatan selesainya Allah mencipta alam semesta pada hari ketujuh; sebagai peringatan kepada pembebasan mereka daripada diperhambakan oleh bangsa Mesir.

Pada masa dahulu ada orang-orang Yahudi yang tinggal di sebuah negeri bernama Ailah yang terletak di tepi pantai, kebanyakan mereka menjadi nelayan. Mereka terlalu sibuk dengan bekerja menangkap ikan, hinggakan tidak ada masa langsung untuk beribadat kepada Allah.

Atas saranan Nabi Daud a.s. mereka telah bersepakat memilih hari Sabtu di mana mereka tidak akan bekerja dan hanya beribadat kepada Allah sepanjang hari itu. Sebagai ujian Allah telah memerintah mereka supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu. Tapi setiap hari Sabtu Allah kumpulkan dengan banyaknya ikan-ikan di laut berhampiran tempat mereka tinggal itu, sedangkan pada hari lain tidak ada ikan kelihatan begitu banyak seperti itu.

Justru nelayan-nelayan Yahudi yang tamak menganggap larangan menangkap ikan pada hari Sabtu sebagai satu kezaliman. Mereka yang haloba ini mencari akal untuk melanggar perintah Allah itu.

Mereka telah menggali sebuah kolam yang besar di daratan, dan menggali sebuah parit yang besar untuk mengalir air laut ke kolam itu. Ikan-ikan yang banyak itu msuk ke dalam parit itu dan menuju ke kolam, dan bila kolam itu telah penuh dengan ikan maka mereka pun menutup muara yang mereka gali itu supaya ikan-ikan itu tidak keluar menuju ke laut.

Setelah diberi peringatan oleh Allah supaya mereka tidak meneruskan perbuatan yang munkar itu, tapi mereka tidak mengendahkannya lalu Allah pun menukar mereka menjadi kera yang hina.

Allah berfirman dalam kitab suci al-Quran, “Maka setelah mereka berlaku sombong takbur [tidak mengambil indah] kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka, “Jadilah ‘kamu kera yang hina”.- A-A’raaf 165-166.


KITAB-kitab Suci Orang Yahudi

Orang-orang Yahudi mempunyai kitab suci mereka sendiri, untuk menggantikan kitab suci yang Allah kurniakan kepada mereka,

-Tanakh

Kitab Hebre dipangil Tanakh. Ia terdiri daripada 24 buah buku yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.

-Torah atau Taurat [Undang-undang].

Kitab Taurat ini telah dipinda oleh orang Yahudi selepas ketiadaan Nabi Musa.a.s. Mereka mendakwa kitab yang mereka pinda itu sebagai kitab yang benar yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.

-Nevi`inn [Para Nabi] dan

-Ketubim [Rulisan]

Talmud ialah kitab terjemahan serta ulasan Torah atau kitab Taurat yang dibuat oleh para rabbi dan cendikiawan undang-undang mereka. Termasuk dalam Talmud ialah Mishnah dan Hlakah, iaitu kod undang-undang masyarakat utama orang-orang Yahudi, dan Gemara, Midrash dan Aggadah yang mengandungi legenda dan kisah-kisah lama.

Ajaran kitab Talmud ini amat merbahaya kepada seluruh umat manusia. Syeikh Annuar Al-Jundi menegaskan dalam kitab Mahalah li Binai al Manahij As Salamiyah mengenai Talmud sebagimana diungkapkan oleh Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa sebgai berikut,”Pada hari ini, ajaran Talmud merupakan ajaran yang meruntuhkan umat dan ketamadunan manusia. Melalui kaedah ilmiah, ajaran ini menentang agama, akhlak dan moral. Sekaligus dengan itu, ajaran ini tuntutan dan kewajipan yang mesti dijalankan serta hukum-hukum [hudud] yang mesti dikenakan kepada pesalah, Di antara perkara yang paling merbahaya yang didapati daripada ajaran ini mewujudkan perancangan yang meruntuhkan dan membinasakan seperti Freemasonary, Zionisme dan protokol-protokol mereka”.

Kabbalah ialah kitab lama Yahudi yang mengandungi unsur-unsur mistik, serta menceritakan zat-zat tuhan Yahwe mereka.

MAKANAN Orang Yahudi

DAN makanan orang-orang Yahudi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dalam Torah, antaranya melarang memakan makanan bercampur antara susu dengan daging, serta melarang memakan daging babi.


TAURAT Versi Yahudi

TAURAT ialah salah sebuah daripada empat buah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. untuk orang-orang Yahudi. Tapi kitab Taurat yang ada sekarang sudah tidak asli lagi, kerana telah mereka ubahsuaikan.

Tiga buah kitab suci lagi ialah Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dan al-Quran diturunkan kepada pesuruhNya Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan bahawa Taurat yang ada hari ini bukan lagi Taurat yang asli, kerana banyak terdapat perubahan yang dilakukan oleh tangan manusia yang tidak diketahui siapakah mereka yang sebenarnya.

Kitab Taurat yang asli tidak lagi dapat ditemui sekarang, dan hakikat ini memang diakui oleh orang-orang Yahudi sendiri dan juga orang-orang Nasrani.

Nabi Musa as. setelah menerima kitab Taurat dari Allah telah memilih keturunan Levi untuk menjaga dan mengajarnya kepada Bani Israil yang lain. Mereka telah membuat sebanyak 13 salinan kitab Taurat itu dan diletak dalam “Tabut” untuk diserahkan kapda semua keturunan Israil. Pada masa itu kitab Taurat itu masih lagi keadaannya yang asli, tanpa sebarang pindaan.

Tapi dalam zaman pemerintahan Babylon kitab Taurat itu telah mereka ubah. Puak Ibraniun dan Samiriyyun telah bekerjasama mengubah kitab Taurat mengikut kehendak nafsu mereka. Ini berlaku sekitar tahun 586M di sebuah bandar Bable.

Caranya mereka telah sembunyikan sebahagian besar daripada kandungan Taurat yang asal itu, khususnya mengenai kedatangan seorang Rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam kitab Perjanjian Lama Yahudi terdapat cerita tentang kejadian kaum wanita yang dikatakan berasal daripada tulang rusuk kaum lelaki.

Dalam “Kejadian” Fasal 2, ayat 21 ada ayat yang bermaksud:
“Maka didatangkan Tuhan Allah kepada Adam itu tidur yang lelap. Lalu tertidurlah ia. Maka diambil Allah tulang ditutupkannya pula dengan daging. Maka daripada tulang yang telah dikeluarkanya dari dalam Adam itu diperbuat Tuhan seorang perempuan, lalu dibawaNya akan dia kepada Adam”.

Maksud ayat tersebut ialah Hawa dijadian oleh Tuhan dari tulang rusuk Nabi Adam a.s. yang dicabut ketika dia sedang tidur nyenyak, lalu diciptakan oleh Allah berupa seorang wanita, dan dijadikan isteri kepada Adam a.s.

Menurut Allahyarham Prof. Dr.HAMKA dalam Tafsir Al-Azharnya, sebenarnnya tidak ada Hadis yang benar-benar menyatakan Hawa diujudkan dari tulang rusuk Adam a,s,, yang ada adalah Hadis yang mengibaratkan kaum wanita itu keadaannya seperti tulang rusuk yang memerlukan layanan yang istimewa dari lelaki.

Kebanyakan orang Islam juga mempunyai kepercayaan yang sama tentang kejadian kaum wanita sebagaimana yang terdapat dalam kitab Taurat orang-orang Yahudi itu. Namun begitu, tidak mungkin mereka mengambilnya daripada kitab Taurat, kerana Baginda Rasulullah S.A.W. telah awal-awal lagi memberi amaran tentang kepalsuan Taurat yang telah diselewengkan oleh orang-orang Yahudi sebagaimana ditegaskan di atas.

Dalam kitab Taurat yang asal Allah menyebut tentang seorang Rasul baru bernama Ahmad akan diutus untuk seluruh umat manusia. Tapi ayat tersebut telah dihapus oleh rahib Yahudi, dan sebagai ganti mereka mengatakan Allah akan menurunkan Rasul terakhir untuk Bani Israil.

KITAB Injil

Kitab Injil yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s. juga telah mereka ubah. Mereka telah padamkan firman Allah mengenai Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul Allah yang terakhir. Malah akhirnya kaum Yahudi menolak sluruh kitab suci Injil.

Malah mereka juga telah memesongkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s., terutama mengenai ajaran Triniti yang telah berjaya menyesatkan umat Islam. Tokoh jahatYahudi yang memain peranan yang penting dalam jenayah kerohanian ini ialah serjana Paulus atau Saints Paul.

Jejak langkah jenayah yang dilakukan oleh sarjana Yahudi, Saints Paul itu telah diikuti oleh tokoh-tokoh Yahudi yang lain dengan berbagai-bagai teknik dan cara untuk memesongkan akidah umat manusia.


YAHUDI Memusuhi Islam

Seluruh dunia memang telah mengetahui bahawa Yahudi menyimpan permusuhan yang kental terhadap Islam dan umat Islam. Perseteruan Yahudi terhadap Islam itu memang telah lama bercambah dan membiak, iaitu bermula dengan kemunculan agama Islam yang Maha Suci, iaitu sejak Baginda Rasulullah S.A.W.diutuskan untuk membawa dan mengembangkan agama Islam kepada seluruh umat manusia untuk mentauhidkan Allah S.W.T.

Untuk mengetahui kebencian Yahudi terhadap Islam itu kita terpaksalah
menyusuri dan menguak sedikit tabir sejarah kaum Yahudi ketika mereka berada di Madinah. Sewaktu Baginda Rasulullah s.a.w. dan umat Islam berhijrah dari Makah ke Madinah sudah terdapat beberapa suku atau kaum yang tinggal di situ, seperti suku Arab Bani Aus, suku Bani Khazraj dan berbagai-bagai suku yang memeluk agama Yahudi. Mereka adalah keturunan daripada Nabi Ya’kub alaihis-salam yang telah berhijrah ke Madinah. Nabi Ya’kub adalah putera Nabi Ishak dan Nabi Ishak pula ptera Nabi Ibrahim.

Nabi Ya’kub a.s. seperti disinggung di atas tadi mempunyai dua belas orang putera, antaranya Nabi Yusuf a.s. dan Yahuda, putera yang kedua daripada dua belas orang adik beradik yang semuanya lelaki. Anak-anak Nabi Ya’kub a.s. ini berkembang biak dengan pantas, beranak pinak. Sementara itu Nabi Ya’kub pula diberikan nama timang-timangannya sebagai “Israil”, di mana perkataan “Il” dihujung kata perkataan “Israil” itu berasal dari bahasa Ibrani yang bermaksud “Allah”. Dengan perkataan “Israil” dikatakan bererti “Amir Pejuang Bersama Allah”. Bani Israil merupakan panggilan nama terhormat untuk mereka yang digunakan oleh Allah untuk menyeru nama mereka di dalam kitab suci al-Quran.

Daripada dua belas orang putera nabi Ya’kub itu, maka menjadi dua belas suku kaum Bani Israil, dan suku yang terbesar daripada suku-suku itu ialah suku daripada anak yang kedua iaitu Yahuda. Adalah dipercayaai daripada perkataan Yahuda inilah lama kelamaan bertukar menjadi nama Yahudi, iaitu Yahudi panggilan untuk diri mereka, Yahudi untuk agama mereka dan juga Yahudi untuk kaum mereka. Sedangkan panggilan yang tepat untuk merangkumi semua suku itu ialah kaum Bani Israil sebagai terdapat dalam kitab suci al-Quran.

Kepada kaum Bani Israil inilah Allah .S.W.T menurunkan kitab Taurat menerusi Nabi Musa a.s. Dalam kitab Taurat selain menyatakan rukun-rukun hidup, Allah juga memberi tahu awal-awal lagi akan kedatangan seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, iaitu saudara sepupu mereka dari Bani Ismail. Nabi yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka itu ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang telah berada di hadapan mata mereka,yang membawa agama yang mengtauhidkan Allah.

Tapi ketua-ketua agama mereka, rabbi-rabi dan ahbar-ahbar atau pendeta-pendeta mereka menipu orang-orang Yahudi dengan mengatakan Muhammad itu nabi palsu sebagaimana diperingatkan dalam Taurat. Mereka berbuat demikian demi menjaga kepentingan diri mereka dan kedudukan mereka yang istimewa dalam masyarakat. Justeru itu mereka takut untuk menyatakan kebenaran sebagaimana yang terdapat dalam kitab Taurat. Untuk mendapat habuan yang murah mereka sanggup berdusta.Di kalangan pengikut-pengikut mereka pula ada yang mengetahui kebenaran yang terdapat di dalam Taurat mengenai kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. mengakurnya, dan tidak membantah demi untuk menjaga hubungan baik dengan ketua-ketua mereka yang telah menipu daya mereka. Sedangkan ketua-ketua mereka itu tidak mampu untuk menghalang bencana kiranya Allah hendak menimpakan ke atas mereka. Maka beradalah mereka dalam kesesatan sepanjang zaman, dari dunia hingga Akhirat.

Tegasnya kebencian Yahudi terhadap Islam dan umat Islam itu adalah kerana keangkuhan, kesombongan dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah demi kepentingan nafsu mereka yang rendah dan hina dina, iaitu untuk mendapat penghormatan dan kemuliaan dunia yang hanya buat sementara belaka. Justeru itu rahib-rahib dan pendeta-pendeta Yahudi sanggup berbohong menipu daya aqidah bangsa mereka sendiri pula dengan menafikan kerasulan Baginda s.a.w., dan bangsa Yahudi pula rela menerima pembohongan itu demi kepentingan diri mereka, supaya hubungan mereka dengan para atasan dan pembesar-pembesar tidak terguggat. Dan akhirnya kaum Yahudi menjadi kaum yang bongkak, sombong dan jahat yang hidup dalam kesesatan menentang Allah S.W.T. lalu menjadi kaum yang terkutuk.

Kebencian dan kemarahan Yahudi terhadap Islam kian meningkat dan terserlah, bila agama Islam kian tersebar luas, terutama di kota Madinah, khususnya bila suku Aus dan suku Khazraj dengan rela hati meninggalkan agama nenek moyang mereka dan sebagai ganti menerima Islam, iaitu agama yang mentauhidkan AlLah S.W.T.

Seterusnya kebencian Yahudi kian meningkat bila agama Islam kian luas tersebarnya ke seluruh dunia, dan kebencian ini terus meningkat hingga ke hari ini tanpa hentinya.

Mereka telah, sedang dan akan melakukan berbagai-bagai usaha dan tindakan untuk menghalang perkembangan syiar Islam dari berkembang ke seluruh dunia walau pun mereka tahu tidak mampu melakukannya. Mereka sentiasa menjalin hubungan jahat dengan kaum, bangsa dan pemeluk-pemeluk agama lain, khususnya orang-orang Nasrani yang mempunyai agenda-agenda tertentu di negara-negara Arab yang masih kaya dengan sumber-sumber alam semula jadi.

Untuk menjayakan agenda jahat itu mereka lakukan dengan berbagai- bagai cara, baik secara sulit atau terang-terangan, baik secara lembut atau kekerasaan, secara pujuk atau gertak-gertakan, secara damai atau secara peperangan, malah apa sahaja cara halal kepada mereka asalkan tujuan dan maksud mereka mencapai kejayaan sebagimana diharap-harapkan. Inilah cara yang menjadi pilihan bangsa Yahudi yang terkutuk untuk mencapai impian kotor mereka, terutama di bumia Palestin dan negara-negara sekitarnya.

Inillah usaha-usaha Yahudi dan sekutu-sekutunya untuk meyanggahi Allah S.W.T.Mereka merosak syariah Allah dan memerangiNya. Mereka mengubah kitab suci mereka Taurat dan juga Injil, kitab suci orang-orang Nasrani yang menyebabkab mereka menjadi bertambah sesat barat. Kitab-kitab itu telah menjadi kitab ciptaan tangan manusia, dan bukanlah lagi merupakan kitab suci yang diturunkan Allah untuk panduan mereka.

Yahudi melancarkan berbagai-bagai progrem khusus untuk memusnahkan Islam dan umat Islam. Mereka berusaha berhabis-habisan untuk mencabutkan semangat Islam dari jiwa umat Islam serta menghapuskan keagongan Islam dan sebaliknya berusaha mencungkil dan menghidupkan sejarah keagongan sesuatu bangsa atau negara yang tertentu dalam zaman sebelum Islam.

Mereka kobarkan dan api-apikan semangat perkauman atau nasionalisme atau basiyah yang melampau di kalangan rakyat yang beragama Islam, yang menjerumuskan mereka ke dalam lautan perkauman di mana mereka tidak terikat sedikit pun dengan semangat ukhuwah Islamiah sebagaimana dituntut oleh Islam.

Usaha-usaha jahat ini memang berjaya dilakukan di kebanyakan negara-negara Islam di Timur Tengah, termasuk Iraq, Iran, Mesir, Sudan, Libya, Turki dan lain-lain negara.

Dalam hal ini, perjanjian demi perjanjian mereka metraikan dengan umat Islam, tapi perjanjian hanya tinggal perjanjian, kerana sudah menjadi tabiat Yahudi suka merobek-robekkan setiap perjanjian dan memijak-mijakkanya seperti sampah sarap sahaja.

Demikianlah secara umum sikap orang-orang Yahudi terhadap Islam dan umat Islam, dan juga terhadap dunia seluruhnya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lihat juga: Meniti Jejak Kejatuhan Yahudi [2]

-Meniti Jejak Kejatuhan Yahudi [3]

-Meniti Jejak Kejatuhan Yahudi [4]


Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman. Hulur Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

2 comments:

mazba75 February 9, 2011 at 3:03 AM  

Betulkah kenyataan: "Sewaktu nabi Ibrahim a.s. berusia 13 tahun, isteri pertama nabi Ibrahim Sarah yang telah berusia itu mengandung ..."
Jadi pada umur berapa nabi Ibrahim kahwin?

2. Fakta jumlah penduduk dunia tidak tepat malah jauh lari. Jumlah terkini ialah 6.89 billion = 6,890 juta. Jumlah penduduk Yahudi pula lebih kurang 13 juta sahaja atau kurang dari 0.2% penduduk dunia.

Harap perbetulkan statistik ini.

Pondok Rahmat February 10, 2011 at 12:11 AM  

Terimakasih di atas teguran anda.Ada beberapa kesalahan yang sedang diperbetulkan, termasuklah kesalahan taip, fakta-fakta lama dan sebagainya.Sekali lagi terima kasih.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP