One Step Beyond-Amaran Dari Alam Ghaib

>> Friday, February 11, 2011


ONE STEP BEYOND

Amaran Dari Alam Ghaib

Alam ghaib adalah alam yang tidak diselami oleh akal biasa manusia, alam ghaib alam yang tidak dapat diredah oleh kepandian manusia, kerana alam ghaib itu alam tersendiri yang diselimuti oleh misteri-misteri; alam yang berada di luar sempadan akal dan di luar sempadan sains, alam ghaib bukan berupa dan bukan berbentuk seperti alam jagat, tapi ia adalah ruang lingkup yang tidak terbatas dan tidak diketahui di mana pangkal dan hujungnya.

______________________________________________________


SEBUAH peristiwa yang telah berlaku diterakan di sini adalah merupakan contoh-contoh kecil daripada berbagai-bagai perisitwa yang bersumber dari alam ghaib yang sukar untuk dibuat pentafsirannya. Perisitiwa ini diceritakan melalui surat kepada majalah “Cinta Sejati”.


Amaran Dari Alam Ghaib


Beginilah bunyi warkah tersebut:


“Selagi hayatku, aku tidak akan melupakan kejadian yang berlaku ketika aku berusia enam belas tahun. Pada waktu itu, ibu dan aku tinggal besama-sama di sebuah rumah yang tidak begitu jauh dari gereja.


“Pada malam tersebut aku hendak pergi sembahayang di gereja bersama dengan teman lelakiku Rey, dan kami berdua sedang menunggu ibu, kerana katanya dia mahu pergi bersama-sama kami, Tapi nampaknya ibu masih berlengah-lengah, dan kerana waktu sembahayang hampir benar akan tiba aku menjadi gusar dibuatnya.


“Kamu berdua pergilah dahulu”. Ibu mengusulkan, “Ibu mahu menukar pakaian dan mengunci rumah. Ibu akan ikut di belakang beberapa minit kemudian”.


“Bila aku dan Rey tiba di gereja, sembahayang telah pun dimulai dan setiap orang sedang menyanyi. Bila nyanyian mazmoor itu selesai, kami pun duduk, dan dengan tiba-tiba aku diserang oleh amaran yang ngeri bahawa ibuku berada dalam keadaan yang amat merbahaya.


“Aku bingkas bangun dan berkata,”Saya mesti balik ke rumah, ada sesuatu hal yang tidak baik dengan ibu”.


“Bodohnya awak ni”, kata temanku Rey, lalu menarik aku duduk kembali di kerusi.”kita baru sahaja meninggalkan ibu beberapa minit yang lalu”.


“Aku pun duduk kembali, tapi aku tidak dapat bertenang menghadapai kebimbangan itu dan ketakutanku kian membesar, aku pun segera bigkas bangun dan berlari keluar gereja, kemudian berjalan menuju ke rumah. Rey mengekori dengan kebingongan”.


“Cepat! Kita mesti segera sampai”. Aku mendesak dengan panik, dan untuk sampai ke rumah dengan lebih pantas, kami memintas jalan. Rey menyuluh jalan dengan lampu picit yang selalu dibawanya, kerana bandar kecil kami tidak banyak mempunyai lampu jalan”.


“Bila sampai kira-kira 20 kaki dari rumah kami, Rey pun menyuluh ke pintu depan rumah dengan lampu picitnya itu, ibu berdiri tenang di situ mengunci pintu. Kemudian dalam bundaran cahaya lampu itu, kami melihat lembaga lelaki yang tinggi berdiri beberapa kaki sahaja di belakang ibu dengan sebatang kayu pemukul yang besar sedia terangkat untuk memukul kepala ibu”.


“Rey memekek dan aku menjerit, kerana terkejut ibu pun berpusing. Dan bila melihat lembaga yang asing itu, ibu pun turut menjerit. Kemudian lembaga itupun melemparkan kayu pemukul itu dan berlari dengn pantasnya. Ketiga-tiga kami tercegat memerhati kayu pemukul yang besar itu dengan ketakutan, kerana andainya kami sampai di situ terlewat seminit sahaja, sudah tentu kayu pemukul itu menghemap kepala ibuku”.


“Kami berulang-ulang kali bercakap mengenai kejadian itu dan menurut dugaanku, aku tidak akan tahu mengapa aku diserang ketakutan yang tiba-tiba itu. Tapi setiap kali aku memikirkan kejadian itu setiap kali aku bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi amaran kepadaku terlebih dahulu”.


Warkah dari


Puan W.C. Missounri.


xxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP