Hebatnya Wanita Ini?

>> Tuesday, February 15, 2011


HEBATNYA Wanita Ini?

BARU-baru ini menerusi media tersebar sebuah cerita yang berlaku di Berlin, Jerman tentang seorang lelaki yang meminta perlindungan polis kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang selalu meminta seks.


Lelaki itu berbangsa Turki, tapi warga Jerman memberitahu polis, bahawa dia telah bosan hidup dengan isterinya dan ingin bercerai kerana isterinya itu selalu meminta seks itu.


[Di atas bukan wanita dalam rencana ini- ia hanya hiasan-seorang wanita yang mendapat penghormatan dengan gelaran "Iron Woman"-Margaret Thatcher]


Katanya telah empat tahun lamanya setiap malam dia tidur sendirian di atas sofa rumahnya untuk berjauhan daripda isterinya yang selalu menuntut untuk mengadakan hubungan seks itu.


Mereka telah mendirikan perkahwinan selama 18 tahun dan dikurniakan dengan dua orang anak. Agaknya lelaki ini tidak lagi mempunyai kemampuan untuk melayan kehendak isterinya yang dahagakan seks, sedangkan bagi sesetengah lelaki perkara itulah yang dikehendaki daripada isteri mereka, kerana pada hari ini kebanyakan wanita yang bernama isteri itu didapati tidak lagi begitu mengambil kira tentang kehendak suaminya, kerana sibuk dengan berbagai-bagai urusan, terutama tugasnya di tempat kerja, yang menyebabkan dia keletihan.


Membaca kisah di atas membuka ingatan saya kepada peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1970-an yang lalu, sebagaimana diceritakan oleh seorang rakan penulis saya yang terkenal, Drs. Abdul Rahman Ahmadi. Pada masa itu kami bekerja di Syarikat Dian Sdn. Bhd. sebagai pengarang di Majalah Dian. Kami amat menghormati beliau dan menganggap beliau sebagai sebahagian daripada keluarga kami.


Cerita beliau lebih kurang begini. Pagi itu beliau baru balik dari Kg. Machang kerana ada urusan. Ketika menunggu teksi untuk datang ke Kota Bharu dia bertemu dengan seorang wanita yang berkebetulan juga sedang menunggu teksi untuk ke Kota Bharu.


Dalam pertemuan yang sekejap itu wanita tersebut menceritakan dia seorang peraih dalam pasar dan juga seorang penjual barang-barang secara berhutang. Dia pergi ke Machang kerana menagih hutang dengan seorang lelaki yang menjadi kakitangan kerajaan di sebuah pejabat di bandar Machang.

Katanya lelaki itu amat culas untuk membayar hutang. Sudah beberapa kali dia datang menuntut hutang, tapi dia tidak pernah membayarnya dengan alasan tidak ada duit dan berjanji untuk menyelesaikan semuanya pada bulan hadapan. Begitu selalunya.


Tapi kata wanita itu pada hari itu lelaki tersebut terpaksa menejlaskan semua hutangnya. Kelmarin baru terima gaji tak kan dah habis semua duit, katanya. Tapi cara dia menuntut hutang kali ini amat drastik.


Dengan membawa sebuah tukul besi dia mendekati lelaki itu yang sedang berdiri di hadapan mejanya. Dia memegang “konet” lelaki dari arah belakang sambil mengangkat tukulnya menjerit, “Mu nak bayar hutang aku atau tidak hari ini? Kalau mu tak nak bayar aku ketuk kepalamu dengan tukul ini?”. Sambil mengacu-acu tukul itu ke belakang kepala lelaki itu.

Lelaki itu yang memang telah menyedari kedatangan wanita itu tapi pura-pura tak nampak, malah sedang bersiap-siap untuk melarikan diri, tapi tak berkesempatan. Terkejut dengan tindakan wanita yang tidak pernah di duganya dan untuk mengelak dari kecuh yang memalukan dia pun terpaksa melunaskan semua hutangnya.


“Apa punya jantan tak malu? Pandai berhutang tapi tak pandai membayar. Penipu. Padan dengan mukanya”. Beritahu wanita itu dengan suara yang meninggi dan bangga kerana tektiknya menuntut hutang kali ini berhasil.


Sementara menunggu teksi mendpat penumpang seramai empat orang, sekarang baru ada dua orang, wanita itu terus bercerita lagi.


Katanya dia seorang janda, tinggal di Pasir Mas. Tanpa diminta dia terus menceritakan, sehingga hari itu sudah empat orang dia bersuami.


Suaminya yang pertama yang dikahwininya waktu muda sama muda dahulu telah meninggal dunia kerana sakit. Mereka mempunyai dua orang anak.


Kemudian dia kahwin untuk kali kedua. Sebelum berkahwin dia telah memberitahu kepada lelaki itu, bahwa dia seorang peraih, kalau keluar berniaga lewat petang baru balik, dan dia mengenali ramai orang, dan orang juga ramai mengenalinya, baik lelaki atau perempuan, kerana itu katanya tak bolehlah cemburu.


Sebelum kahwin lelaki itu berkata dia faham dan berjanji tidak akan cemburu melulu. Tapi tak sampai dua bulan kahwin, bila mengetahui ramai lelaki yang mengenalinya, suaminya itu mulai cemburu dan memarahinya.


“Tak boleh lewat balik kerja sedikit dia dah marah, dan menuduh macam-macam”. Akhirnya kerana tak tahan dia pun minta diceraikan, dan mereka pun berpisah.


Selepas itu katanya ada pula lelaki yang tergila-gila mengajak dia kahwin. Tiap-tiap hari dia menunggu di gerai tempat dia menjual memujuk rayu untuk kahwin.


Dia memberitahu lelaki itu, dia seorang wanita peraih yang selalu sibuk tidak dapat mengurus rumahtangga dengan baik, dan memerlukan bantuan, termasuk mengurus rumahtangga. Lelaki itu mengkau dia faham dan akan memberi kerjasama sepenhnya,

Tapi selepas kahwin, lelaki itu pelik sedikit, asik tertidur sahaja, selalu mengantuk. Nak bangun pagi memang payah, dibangunkan pun masih tertidur juga sambil duduk.Dia dah pergi kerja, suaminya masih belum bangun.


Tengah makan pun dia tidur di hadapan pinggan nasi. Lebih-lebih lagi di waktu malam, dia asik tidur sahaja, tidak ada apa kerja yang dapat dilakukannya, sebulan sekali pun “tak merasa”


Lelaki apa macam ni, katanya, dan akhirnya mereka bercerai juga dengan lelaki yang penidur itu.


Tidak lama selepas itu katanya dia kahwin lagi utuk kali keempatnya dengan seorang lelaki yang lebih muda sedikit daripadanya. Lelaki ini tidak ada perangai yang tak baik, semuanya dia suka dan perkenaan, Cuma ada satu perkara yang dia tidak dapat menyetujuinya.


Sebelum itu katanya dia telah menjelaskan dia seorang peraih dan selalu sibuk dan kadang-kadang badan terasa letih, tidak berdaya, dan mungkin tidak begitu mampu melayan seorang sumi. Lelaki itu kataya faham dan boleh bertolak ansur, jusetru itu mereka pun kahwin.


Tapi katanya, lakinya itu tak boleh bersentuh sedikit sahaja “dah nak”. Tak kira waktu, bersentuh sedikit sahaja adalah “kerjalah” dia. Mana boleh tahan tiap-tiap malam, kadang-kadang dua tiga kali semalam asalkan bersentuh sahaja, “naklah” dia, katanya di siang hari dia dah penat, kerja dari pagi sampai petang, lewat petang baru sampai di rumah, bagaimana nak layan suami seperti itu.


Katanya perkahwinan mereka tak tahan lama, dan akhirnya bercerai juga mereka.


Pada hari itu ada pula seorang lelaki selalu menunggu di gerainya, ajak kahwin, entah bagaimana pula perangainya selepas kahwin nanti tidaklah diketahui. Walau bagaimanapun pada hari itu dia masih belum buat keputusan untuk kahwin.


Demikianlah Pak Su Man menamatkan ceritanya dengan ketawa. “Hebat! Hebat” katanya.


Sekitar pada waktu itu juga tersebar sebuah cerita tentang seorang wanita pergi ke pejabat kadi menuntut cerai dari suaminya. Dia juga seorang penjual di atas pasar. Dia juga katanya tidak larat untuk melayan telatah suaminya. Setiap pagi, selepas dia bersiap-siap untuk turun ke rumah dengan pakaian yang rapih sedikit, suaminya pun mula buat perangai, merengek-rengek “minta” habuan. Mana boleh, dia dah bersiap-siap untuk turun rumah, lepas tu nak kena mandi pula, dan pakai pakaian sekali lagi, nanti lewat pula buka gerai? Kenapa tak “nak” pada waktu lain, tunggu pagi kita dah bersiap-siap untuk turun rumah?


Tidaklah dapat dipastikan bagaimana cerita itu berakhir, berceraikah mereka atau tidak.


Demikianlah untuk dijadikan iktibar kepada kita dalam menjalani hidup di dunia ini.


xxxxxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP