One Step Beyond-Nasihat Dari Orang Mati
>> Wednesday, February 9, 2011
ONE STEP BEYOND
Nasihat Dari Orang Mati
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alam ghaib adalah alam yang tidak diselami oleh akal biasa manusia, alam ghaib alam yang tidak dapat diredah oleh kepandian manusia, kerana alam ghaib itu alam tersendiri yang diselimuti oleh misteri-misteri; alam yang berada di luar sempadan akal dan di luar sempadan sains, alam ghaib bukan berupa dan bukan berbentuk seperti alam jagat, tapi ia adalah ruang lingkup yang tidak terbatas dan tidak diketahui di mana pangkal dan hujungnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebuah peristiwa yang telah berlaku diterakan di sini adalah merupakan contoh-contoh kecil daripada berbagai-bagai perisitwa yang bersumber dari alam ghaib yang sukar untuk dibuat pentafsirannya. Perisitiwa ini diceritakan melalui surat kepada majalah “Cinta Sejati”.
Warkah Dari Nebrasaka,
“Aku benci untuk mengakui bahawa suamiku seorang pemabuk. Setiap kali suamiku meninggalkan rumah, aku sentiasa mengetahi bahawa dia aka pergi ke mana-mana bar, dan tidak mengharapkannya balik ke rmah sebelum larut malam dan selalunya dia balik dengan mabuk-mabuk”.
“Itulah sebabnya aku merasa kaget bila pada suatu malam, tiga tahun yang lampau suamiku balik ke rumah dengan tidak mabuk selepas kira-kira satu jam dia meninggalkan rumah. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena, kerana suamikau memeriksa seluruh rumah dan mencari-cari dalam setiap kamar. Akhirnya suamiku bertanya, “Mana atah?”.
“Manalah saya tahu”, jawab aku acuh tak acuh, kerana memikirkan pertanyaannya itu janggal, kerana orang tuanya tingggal lebih dari seribu kilometer daripada rumah kami”.
“Jangan cuba mempermain-mankan aku”, herdiknya, “Aku tahu ayah ada di sini”.
“Aku pandang suamiku dengan kehairanan. “Saya tidak faham apa yang abang katakana”, jawabku. Saya tidak pernah melihat ayah sejak akhir sekali dia dating ke sini lebih dari setahun yang lalu”.
“Ini pelik”, katanya dengan dahi berkerut, “kerana baru sahaja bercakap-cakap dengan ayah di bar tadi. Aku fikir engkau suruh ayah pergi mencari aku”.
“Sejurus kemudian talipon pun berdering dan suamiku menjawab panggilan itu. Selepas meletak gagang talipon, dia menjadi pucat dan mengiggil, “Itu emak”, katanya “ayah telah meniggal dunia dua jam yang lepas”.
“Kemudian dia memberitahu apa yang telah berlaku padanya sebelum itu. Sebaik-baik sahaja dia memasuki bar, dia meminta minuman, ayah pun masuk dan duduk di atas sebuah bangku di hadapan suamiku. Kata suamiku ayah telah bercakap panjang dengannya dan merayunya supaya menghabiskan masa lebih banyak di rumah bersam-sama keluarga. Kata suamiku lagi ayah menegaskan bahawa hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan meneguk arak di kedai-kedai minuman”.
“Sekarang aku merasa bangga mengatakan aku mempunyai seorang suami yang tidak mabuk lagi, kerana selepas malam itu, dia tidak lagi menyentuh arak”.

Yang benar.
Puan J.M.Nebrasaka.
Puan J.M.Nebrasaka.
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment