NOSTALGIA BANGAWAN SOLO

>> Wednesday, January 2, 2013


Sila dengar lagu ni sambil baca...

NOSTALGIA BANGAWAN SOLO


Ketika bermobil di senja bersama-sama tamu yang dimulai dari Indonesia, tiba-tiba radio kereta kedengaran mengkumandangkan sebuah lagu dakwah yang berlatarkan muzik lagu China yang tidak saya tahu apa jodolnya. Tiba-tiba dalam lintasan fikiran saya terlintas lagu Bangawan Solo.


 Saya bertanya beliau tentang Bangawan Solo. Beliau segera memberi respon dengan memberitahu bahawa Bangawan itu ertinya sungai besar, dan Bangawan Solo katanya bermaksud  Sungai Solo.

Beliau secara ringkas menjelaskan Sungai Solo ini merupakan sebuah sungai yang terpanjang di Indonesia dan mengalir memanjang dari Jawa Tengah melintasi Jawa Timur, dan  merupakan ssebuah sungai yang mempunyai kecantikan yang semula jadinya yang tersendiri.


Solo pula sebuah bandar kecil yang dulunya terkenal dengan nama Surakarta, yang terletak di tengah-tengah Pulau Jawa, dan sejauh 65 km [40 batu] dari timur laut Yogyakarta.

Katanya di tebing kiri kanan sungai itu merupakan tanah yang subur untuk bercucuk tanam dan diusahakan oleh para petani di sepanjang sungai yang penuh dengan legenda itu.

Beliau juga menyebut nama penggubah lagu Bangawsan Solo itu, Gesang Martohartoho menggubahnya dengan mengguna sejenis alat muzik tradisional, iaitu serunai bambo atau buluh.

Menurut beliau lagu tersebut merupakan sebuah lagu rakyat di Indonesia, yang didendangkan oleh setiap orang, terutama di Solo.

Mengikut sejarahnya, pada mula-mulanya lagu itu didendangkan di majlis perjumpaan dan di majlis-majlis tertentu di sekitar bandar Surakarta pada masa itu hingga, menjadi sebuah lagu rakyat yang populer, dan kemudianya  lagu itu dipancarkan di curung-curung radio Indonesia.

Bangawan Solo didendang secara irama lagu keroncong tempatan ysng menggambarkan secara puitis dan nostalgia Sungai Solo yang dikelilingi oleh hutan-hutan belantara yang bermula berhampiran dengan Surakarta dan berhujungkan lautan.

Orang-orang Jepun yang menduduki Indonesia dalam Perang Dunia Kedua amat menyukai lagu itu, dan bila tamat perang, tentera-tentera Jepun membawa balik Bangawan Solo bersama mereka ke negara Jepun. Dan dipopulrekan di negara itu.

Lagu itu juga diterjemahkan ke bahasa Jepun dan dinyanyi oleh artis-artis Jepun yang terkenal, seperti Tashi Matsuda.

 
Kemudian lagu itu terus berkembang populer ke seluruh Asia, termasuk Malaysia, dan akhirnya ke seluruh dunia.

Dan saya adalah seorang daripada peminat lagu itu yang begitu ramai di seluruh dunia.

Sidi Ismail lalu mendendangkan dua baris lagu itu. “Bangawan Solo, riwayatmu ini...........”.

Belum sempat beliau meneruskan lagunya saya terus menyampuk, “Ya,ya, itulah lagunya”.

Dan kereta yang dipandu oleh anak saya, Arham Zaini terus meluncur ke distinasi yang dituju dan dalam waktu senja yang kian melabuhkan tirainya dalam usaha untuk mengejar waktu  Maghrib.

Sepanjang perjalanan singkat itu, saya cuba dengan susah payah mengingat seni kata Bangawan Solo yang telah lama pula tidak menjengah dalam ingtan saya dalam waktu-waktu yang begitu pentas berlalu.

“Bangawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi
Perhatian insani

Musim kemarau
Tak seberapa airnya
Di musim hujan air
Meluap sampai jauh

Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air mengalir sampai jauh
Akhirnya ke laut

Itu perahu
Riwayatmu dulu
Kaum pedagang selalu
Naik itu perahu”.

Demikianlah Bangawan Solo yang begitu nostagalia di waktu senja yang menutup hari siang yang memercik seribu kenangan indah yang mencucuk hati dengan kerinduan dan kenangan manis yang melanda pantai hati seorang insan yang kesepian.

 
Saya berharap pada suatu masa nanti, saya akan dapat menjejakkan kaki saya di bumi Solo untuk meninjau kebesaran Ilahi dan menikmati keindahan Bangawan Solo. Insya-Allah.


Sewakut kami sampai ke tempat yang dituju, kendengaran azan Maghrib mulai mengalun syahdu membelah kesibukan suasana kota di sekeliling.
Alhamdulillah.







0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP