KEHEBATAN MUHAMMAD S.A.W.

>> Monday, January 28, 2013




KEHEBATAN MUHAMMAD S.A.W.



1] KEUNGGULAN 
RASULULLAH S.A.W.


“DAN TIDAK KAMI UTUSKAN ENGKAU [WAHAI MUHAMMAD], MELAINKAN UNTUK MENJADI RAHMAT KEPADA SELURUH ALAM”


Nabi Muhammad S.A.W.adalah seorang yang berbudi luhur sebagaimana disanjung oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan sesungguhnya engkau Muhammad benar-benar mempunyai budi pekerti agung” al-Qalam: 4.

Sebab itu ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Nabi S.A.W., Siti Aisyah berkata, “Baginda berperangai dengan akhlak-akhlak yang diajar oleh al-Quran”.

Baginda S.A.W. adalah seorang yang sidiq, amanah, tabligh dan fatanah, iaitu sifat-sifat yang wajib dimiliki seorang nabi dan rasul. Sifat-sifat ini menjadi pakaian hidup Nabi S.A.W.sejak kecil lagi, sehingga mendapat gelaran “As-Sidiq, Al-Amin” [orang yang berkata benar lagi dipercayai].

Ketika orang-orang Quraisy berbalah mengenai siapakah yang berhak menempatkan Hajaratulaswad di Kaabah, Abu Amayah menyarankan bahawa hakimnya mestilah seorang lelaki yang mula-mula sekali memasuki pintu masjid dan pendapat ini dipersetujui oleh semua pihak.

Kemudian mereka nampak Muhammad S.A.W.ialah orang yang mula-mula memasuki pintu Syaibah di Masjidil Haram, lalu Baginda S.A.W. disambut oleh mereka dengan riang gembira seraya berkata, “Inilah dia Al-Amin orang yang kami tunggu. Kami sekalain rela terima keputusan darimu”.

Baginda S.A.W. adalah seorang yang hebat, menyebabkan orang jadi terpaku bila mereka berhadapan dengan Baginda S.A.W.

Abu Jahal yang bermaksud  untuk membunuh Nabi S.A.W.dengan meremukkan kepala Baginda S.A.W. dengan batu besar ketika Baginda S.A.W. sedang sujud, tiba-tiba membatalkan maksudnya dan kembali dengan ketakutan dengan air muka yang berubah sambil melemparkan batu itu. Kononnya ketika Abu Jahal  hendak membunuh Nabi S.A.W. itu dia ternampak seekor unta jantan hendak meragutnya.

Asid bin Hadir pergi ke Madinah hendak membunuh Nabi S.A.W. Tapi bila bertemu dengan Nabi S.A.W., Asid lalu tergaman berkata, “Demi Allah, ya Muhammad. Tidak aku takut kepada manusia. Tapi ketika aku melihatmu hilanglah akalku dan lemahlah yang  badanku. Selain dari itu, engkau tahu pula maksudku sedangkan tidak ada sesiapa pun yang mengetahuinya. Maka ketahuilah aku bahawa engkau adalah orang yang dipelihara oleh Tuhan, dan engkau dalam kebenaran”.

Sesudah itu Asid pun memeluk Islam.

Namun begitu Baginda S.A.W. adalah terkenal sebagai seorang yang pengasih dan penyayang. Baginda S.A.W. kasihkan sesiapa sahaja. Baik kanak-kanak atau orang tua. Baik kawan atau lawan. Baik manusia atau binatang. Baginda S.A.W. sering mempercepatkan sembahayangnya bila mendengar kanak-kanak menangis, agar ibunya yang sembahayang jemaah dengan Bagida S.A.W. . dapat segera menguruskan anak tersebut.

Menurut riwayat, ketika ibu susunya Halimatun Saadiah datang, Baginda S.A.W. membentangkan selindangnya sambil air matanya melilih.

Rasulullah S.A.W. jua seorang yang paling tawaduk, serta pemaaf terhadap sesiapa sahaja. Bginda pernah mencegah perbuatan seorang Arab dusun yang ingin mencium tangan Baginda S.A.W., kerana tidak ingin diperlakukan seperti orang-orang bukan Arab terhadap raja-raja mereka.

 Demikian secara ringkas sifat-sifat keagungan Rasulullah S.A.W. Seorang penulis terkenal, Prof Said Sabak menegaskan bahawa Muhammad S.A.W.  adalah:

Seorang  ahli ibadat yang tekun.

Seorang hakim yang adil.

Seorang ahli politik yang ulung.

Seorang penunjuk yang lurus.

Seorang ayah yang penyantun.

Seorang Maha Guru yang berbakti.

Seorang pahlawan yang penuh kegemilangan.

Seorang kawan yang patuh.

Seorang suami yang pandai mengambil hati.

Juga sebagai seorang nabi yang saleh yan g tidak ada tuluk bandingannya di kalangan seluruh umat manusia tentang kesempurnaannya.


11]MUHAMMAD S.A.W SEBAGAI IDOLA

Seterusnya marilah kita ikuti secebis lagi corat-coret mengenai kemuliaan peribadi Muhammad Raaulullah S.A.W. Suka diperingatkan rencana bahagian pertama [1] di atas ditulis oleh: Unknown

Apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, baik sahabat atau pun bukan, baik orandewasa atau kana ka-kanak, Baginda S.A.W. sentiasa murah dengan senyuman, dan kerap kali Baginda S.A.W.lah yang terlebih dahulu memberi salam sejahtera kepada mereka.

Baginda S.A.W. tidak berkeberatan untuk berjalan berganding bahu atau makan bersama-sama dengan yang susah dan miskin, kerana kepada Baginda S.A.W. semua manusia adalah sama.

Ketika berada di rumah, sebagai seorang suami, Baginda S.A.W. sendiri yang membaiki kasut Baginda S.A.W, menjahit pakaiannya, dan juga membantu isteri-isteri Baginda S.A.W. mengurus rumahtangga mereka.

Baginda S.A.W. suka menziarhi orang-orang sakit, menyampaikan takziah kepada mereka yang dilanda kemalangan dan kematian, mengiring jenazah hingga ke tanah perkuburan. Baginda S.A.W. melakukan semuanya itu dengan penuh keikhlasan tanpa memilih bulu, pangkat dan darjah.

Baginda S.A.W. sendiri yang memerah susu kambingnya. Baginda S.A.W. juga tidak segan-segan untuk makan bersama-sama dengan khadam atau pelayan.

Baginda S.A.W. melarang para sahabatnya berdiri untuk menghormatnya bila Baginda S.A.W.dia datang. Bila Baginda S.A.W. hadir di majlis-majlis yang dianjurkan oleh sahabat-sahabatnya, Baginda S.A.W. duduk di mana sahaja, tanpa memilih tempat, seolah-olah Baginda S.A.W. orang biasa sahaja.

Justeru itu para sahabat merasa Baginda S.A.W. hanya seorang pemimpin dan seorang sahabat mereka sahaja.

Baginda S.A.W. bercampur gaul dengan para sahabat dan bercakap-cakap dengan mereka. Baginda S.A.W. juga bersenda gurau dengan anak-anak mereka, dan sering merangkul anak-anak mereka dalam pangkuan Baginda S.A.W.

Pada suatu masa ada rombongan dari luar negara berkunjung untuk menghadap Baginda S.A.W., pada masa itu Baginda S.A.W. berada bersama-sama dengan para sahabat Baginda S.A.W. Rombongan luar negara itu tidak dapat mengenali Baginda S.A.W. kerana tidak dapat membezakan antara Baginda S.A.W. dengan para sahabat, kerana dari segi pakaian dan kedudukan semua mereka adalah sama sahaja, tanpa apa-apa perbezaan. Tidak serupa dengan pemesar-pembesar atau raja-raja di negara mereka ketika berada di majlis keramaian seperti itu.

Baginda S.A.W. menunai undangan siapa sahaja, tanpa memilih bulu, baik orang kaya atau miskin, atau pun hamba sahaya sekali pun Baginda S.A.W. akan berangkat menghadirinya.

Demikian juga Baginda S.A.W. tidak memilih bulu dalam menziarahi orang sakit, baik dekat atau pun jauh sampai keluar kota sekali pun Baginda S.A.W. tetap menzairahinya.

Pada suatu hari seorang Arab dusun datang mengunjungi Baginda. S.A.W. Orang Arab dusun itu ingin mencium tangan Baginda, tapi dicegah oleh Baginda, kerana Baginda tidak ingin diperlakukan oleh orang-orang bukan Arab terhadap pemerintah-pemerintah atau pun raja-raja mereka


Mahabah Baginda S.A.W. bukan sahaja terbatas kepada pengikut-pengikut mereka sahaja, tapi meliputi mereka yang terdiri daripada Ahli-ahli Kitab.

Jika ada di antara Ahli-ahli Kitab itu mengunjungi Baginda S.A.W, mereka akan disambut oleh Baginda S.A.W. dengan penuh kehormatan dan kemesraan.Malah Baginda S.A.W. pernah membentangkan jubah Baginda S.A.W. untuk dijadikan tempat duduk kepada orang-orang Nasrani penduduk Najram yang mengunjungi  Baginda S.A.W. itu.

Baginda S.A.W. juga selalu menziarahi Ahli-ahli Kitab yang sakit, dan tidak keberatan menghantar jenazah mereka yang mati ke tanah perkuburan.

Baginda S.A.W. lebih mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri. Andainya Baginda S.A.W. mengetahui seseorang berada dalam kesempitan dan memerlukan sesuatu, maka Baginda S.A.W. akan mendahului kepentingan orang itu daripada dirinya sendiri walaupun Baginda S.A.W. juga berada dalam stiwasi memerlukannya memerlukannya pada masa itu.

Peralatan tidurnya terdiri dari tikar yang kasar. Kalau pemimpin lain biasanya alasnya tilam tidurnya tebal dan empuk, dan kamar tidurnya pula terhampar dengan permaidani yang tebal, dihias indah dan dilayan oleh beberapa orang pelayan atau hamba sahaya, supaya dia dapat tidur dengan selesa dan nyanyak. Tapi tidak demikian dengan Rasulullah S.A.W. yang begitu bersahaja kehidupannya.

Baginda S.A.W. tidak pernah menyembah berhala walau pun sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Malah Baginda S.A.W. amat bencikan berhala, dan bencikan agama jahiliah anuti nenek moyangnya. Sebulan lamanya setiap tahun Baginda S.A.W. mengasingkan diri di Gua Hira’ memikirkan alam semesta, tentang khaliqnya, tentang mati, tentang kehidupan sesudah mati dan sebagainya lagi. Dan akhirnya Allah menurunkan wahyu kepadanya menerusi Malaiikat Jibrail a.s........

Demikianlah peribadi dan kemuliaan Rasulullah S.A.W. yang terulung tanpa tandingnya yang sepatutnya menjadi idola kepada seluruh umat manusia, bukanya mengambil para penyanyi, ahli-ahli sukan, ahli-ahli muzik, para pahlawan, ahli-ahi politik yang tidak bermoral, apa lagi yang kafir pula untuk dijadikan  idola yang disanjung dan dipuja.

111]
SALAWAT KE ATAS NABI

Salawat Allah ke atas Muhammad
Salawat salam dipohon lagi
Wahai Nabi, saslam atasmu
Wahai Rasul,salam bahagia
Wahai kekasih, salam bahagia
Salawat Allah diikuti pula
Bulan purnama menyinari kita
Hilang lenyap segala cahaya
Indah menawan tak pernah dilihat
Wajah gembira sepanjang hayat
Kaulah mata hari kaulah bulan
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah rahsia hidup mulia
Kaulah ubur menyuluh jiwa
Wahai kasihku wahai Muhammad
Wahai pengantin indah sejagat
Wahai Nabi dijulang puja
Wahai Imam dua Kiblat
Bahagialah orang pandang wajahmu
Wahai Penghulu keturunan mulia
Kolam airmu sejuk jernih
Kunjungan kami Hari Akhirat
Sepanjang malam unta berjalan
Tiada berhenti rindukan tuan
Engkau dipayung awam putih
Para Malaikat sama salawat
Allah mengetahui rahsia sulit
Dialah penyahut semua seruan
Wahai Tuhan rahmatilah kami
Dengan segala amalan saleh
Salawat Allah ke atas Muhammad
Sebanyak baris kertas ditulis
Ahmad Muhammad penunjuk jalan
Empunya wajah berseri menawan
Oh Tuhan! Cucuri rahmat ke atas Nabi, selamat berkat.

XXXXXXXXXX

IV]

8 SALAWAT YANG PALING ISTIMEWA


Bacaan Salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. itu memang banyak bilangannya, ada di antara Salawat itu telah menjadi kebiasan kita mengamalkannya, ada pula Selawat yang kita amalkan sekali sekala bila ada keperluan, dan ada juga Selawat yang tidak pernah dengar atau amalkannya.

Daripada begitu banyak Salawat itu, ada 8 Salawat yang amat istimewa, kerana menurut Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, kelantan Selawat-selawat itu datangnya dari Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri.

Beliau menegaskan demikian dalam siri ceramah agamanya mengenai  Selawat di Masjid Sungai Durian baru-baru ini. Beliau juga mengedar risalah-risalah percuma yang mengandungi huraian tentang Selawat dan lapan Selawat yang tersebut kepada para jemaah Masjid Sungai Durian yang mengikuti ceramah agama beliau pada beberapa hari yang lalu.

Kita petikkan risalah itu sepenuh untuk tatapan bersama.

Terimakasih, dan salam hormat kepada Ustaz Abdul Basit.








































SUMBANGAN UNTUK PONDOK SUNGAI DURIAN: "MADRASAH MUHAMMADIAH". NO AKAUN 553029-610334, Malayan Banking Berhad [MBB]













0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP