KEAJAIBAN MATA ANDA

>> Friday, January 18, 2013




KEAJAIBAN MATA ANDA


“Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati”.

Demikian maksud sebuah puisi tradisi yang dipanggil pantun. Apakah yang ada pada mata yang menjadi pengkalan tempat bermulanya sesebuah percintaan?


Malah bukan sahaja percintaan, banyak lagi perkara-perkara yang berlaku di dunia ini bermula dari mata. Baik perkara baik, lebih-lebih perkara yang buruk.


Kejadian rompok, samun, rogol, ragut, jenayah seksual bermula dari pandangan mata yang berjaya memukau dan merangsangkan nafsu empunya mata supaya melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk, keji dan hina.


Oleh itu berhati-hatilah dalam menggunakan mata. Jangan dibiarkan mata kita yang amat berharga itu menjadi pintu syaitan untuk menggoda nafsu melakukan perbuatan terkutuk dan jahat yang akan menjerumuskan kita ke arah penderitaan nanti.


Anngota Perasa Yang Penting

Mata mungkin merupakan sejenis anggota perasa [sense] yang paling penting, membolehkan kita melihat dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada dunia sekeliling.


Mata terletak  dalam tulang berbentuk soket dalam tenggkorak yang memberi perlindungan yang kukuh kepada mata. Kalau keadaan mata tersembol keluar tanpa rongga sudah tentu kedudukannya tidak begitu selamat di samping  tidak begitu cantik kelihatannya.


Sel Mata

Mengikut kajian pakar mata, dalam mata kita terdapat 126 juta sel yang peka cahaya dan 1.2 juta urat saraf seni yang menyambung mata kepada otak yang menjadi tempat kita berfikir.


Kedip

Mata kita tidaklah sentiasa berada dalam keadaan kaku atau tidak bergerak. Ia bergerak yang kita istilahkan sebagai berkedip atau berkelip dari waktu ke waktu.Mengikut kajian, pada umumnya manusia  mengkedipkan mata mereka sebanyak 15 kali dalam seminit.


Buta Warna

Alam maya ini penuh dengan warna warni. Ada anek warna di sekeliling kelalang kita.Kita menggunakan mata kita untuk melihat warna-warna itu. Antara warna-warna  yang sering terdapat kehidupan seharian kita, ialah putih, merah, hijau, kuning, biru, dan hitam. Mata kita juga yang melihat perbezaan warna-warna itu.


Menurut teorinya mata manusia dapat membezakan begitu banyak warna yang dilihatnya, bukan hanya  10 warna tapi 10 juta warna


Namun begitu ramai juga orang yang tidak dapat melihat atau membeza-bezakan warna yang mereka lihat itu. Orang ini dikatakan buta warna.


Mengikut kajian, kira-kira seorang dari 30 orang  adalah buta warna. Dan kebanyakan mereka pula terdiri dari kaum lelak


Amat Sensitif


Mata adalah anggota yang amat sensitif dalam memainkan peranannya yang mengkagumkan.

 
Alat fotograpi filem yang terbaik yang pernah direka oleh manusia sekalipun tidak dapat mengatasi kecekapan mata, di mana ianya 1,000 kali lebih baik daripada alat fotogarfi yang canggih ciptaan manusia itu.

Tajam
Oleh sebab mata mempunyai pandangan yang sensitif, maka ia mempunyai pengelihatan yang amat tajam yang mungkin dari dugaan kita.


Kerananya yang amat sensitif itu, mata manusia amat tajam pengelihatannya, ia dapat melihat api lilin dian yang menyala sejauh 1.6  km atau satu batu dalam kegelapan di tempat yang tidak terlindung, seperti di tengah-tengah sawah atau padang pasir.


Lebi Besar Ukurannya

Pada umumnya saiz mata manusia  berukuran 22 milimeter [mm], sementara isi padunya pula ialah 2.4 mililiter [ml].


Namun begitu pada umumnya, mata lelaki didapati kira-kira 0.5 mm lebih besar daripada mata wanita.


Itulah barangkali sebabnya mata wanita lebih menawan dari mata lelaki.


Kegunaan Air Mata

Mata manusia itu mempunyai air mata, dan air mata amat penting dan berguna untuk kesejahteraan mata, iaitu untuk melembab dan membersihkan mata.


Air Mata Dan Emosi

Mata kita dipengarui oleh emosi, dipengaruhi oleh perasaan yang kita alami, terutama dalam saat kesedihan atau kegembiraan.


Mata kita mengeluarkan air mata yang berlebihan bila kita digegarkan ledakan emosi yang kuat yang melanda perasasan kita. Sehingga kini masih belum diketahui kenapa ketika menangis keharuan mata kita mengeluarkan air mata yang berlebih dari biasa, kadang-kadang sampai membasahi pipi, dan menuruni dagu. Macam manik putus dari karangan?


Rod dan Cones

Dalam mata kita ada sel yang dipanggil Rod dan Kon yang sensitif kepada cahaya.  Sel-sel itu ada berjuta-juta banyaknya yang berfungsi mengambil image yang berbeza-beza antara keduanya. Rod mengamil image  warna hitam dan putih, sementara Cones pula mengambil image  warna-warna lain dari warna tersebut. 


Titik Buta

Dalam mata kita ada sebuah titik yang dikenali dengan nama “Titik Buta” atau Blind Spot, iaitu suatu ruang seni yang berbentuk bujur telur atau oval yang treletak di atas selaput jala mata atau retina  di mana saraf optik bersambung kepada mata. Di sini tidak ada Rod atau Cones, oleh itu pada titik ini mata tidak dapat melihat apa-apa.


Makan Lobak Merah

Doktor-doktor sering menasihatkan kita supaya bnyk makan lubak merah untuk mekesihan mata kita. Tapi tahukah apakah gunanya lobak itu pada mata kita?


Lobak merah mengandungi vitamin A yang berguna untuk menolong mata kita melihat dalam gelap.
Oleh itu kita hendak makan lobak merah dan juga sayur-sayuran yang lain demi kesihatan mata dan juga demi kesihatan anggota-anggota badan yang lain.


Mata Sebagai Saksi

Selain daripada mata berfungsi untuk melihat semasa kita hidup di dunia ini, mata juga mempunyai tanggungjawab yang khusus di Akhirat nanti ketika berada di hadapan Allah Rabbul alamin.


Di hadapan Allah S.W.T. di alam akhirat nanti, anggota-anggota kita seperti mata, dan telinga akan menjadi saksi penting kepada segala usaha yang pernah kita  lakukan semasa hidup di dunia ini.


Allah menggambarkan kisah anggota-anggota kita menjadi saksi di Akhirat nanti dalam firmanNya dalam kitab Suci al-Quran Surah Fushshilat sebagai berikut:


“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, telinga, mata  dan kulit mereka akan menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.


“Dan mereka berkata  kepada kulit mereka, “Mengapa kamu menjadi saksi tehadap kami?”. Kulit mereka menjawab, “Allah yang menjadikan segala sesuastu pandai berkata telah menjadikan kami pandai [pula]  berkata, dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nyalah  kamu dikembalikan”. Kamu sekali-kali tidak dapat  bersembunyi dari persaksian telinga, mata dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira bahwa bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.


“Dan yang demikian itu prasangkamu  yang telah kamu sangka terahdap Tuhanmu, prasangka yang telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi”. Fushshilat: 21-23.


Oleh itu awas dan telitilah dalam setiap perbuatan kita semasa hidup di dunia yang fana ini, supaya mata kita hanya menjadi saksi kepada segala perbuatan-perbuatan yang baik yang kita lakukan sepanjang hidup kita yang hanya singkat ini.

 






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP