Rebana Ubi Gegar Semangat Juang
>> Wednesday, January 9, 2013
Rebana adalah
salah sejenis alat muzik tradisional yang disukai oleh orang-orang Melayu khasnya
dan masyarakat di Nunsantara amnya. Sejauh yang diketahui ada berbagai-bagai
jenis rebana yang mempunyai berbagai-bagai rupa dan fungsinya.
Salah sejenis
rebana yang istimewa ialah rebana ubi, iaitu sejenis alat muzik dari jenis
paluan yang amat digemari oleh orang-orang Melayu Kelantan, khususnya pada
masa-masa yang lalu.
Rebana saiz
rebananya yang besar dan bunyinya yang kuat. Kenapa dipanggil rebana ubi, kenapa tidak dinamakan rebana pisang atau
rebana jagung? Ia memerlukan kajian yang khusus.
Perkataan rebana
berasal daripada perkataan Arab “Robbana” yang bererti “Tuhan kami”. Tapi tidak
jelas pertalian “rebana ubi” dengan perkataan “RabbanaTuhan kami”.
Rebana ubi amat populer di kalangan masyarakat tradisi di Pantai Timur, khususnya di Kelantan Darulnaim.
Rupa rebana ubi
ini dihias cantik, di mana di bahagian badan dan hadapan atau mukanya
didekorkan dengan corak-corak yang tertentu.
Bentuk bahagian
hadapan atau bahagian mukanya bulat, dan diperbuat daripada kulit kerbau jantan
yang dipasak dengan kayu pada badannya yang diperbuat daripada sebatang kayu
balak yang dipotong dalam ukuran yang tertentu dan dilubangkan untuk
mengeluarkan bunyi bila dipalu.
Kadang-kadang sesebuah
rebana itu besarnya satu hingga dua pemeluk orang-orang dewasa atau dua kaki besar garis pusatnya.
Pada bahagian
hadapan atau mukanya yang diperbuat daripada belulang kerbau inilah yang dipalu
dengan menggunakan tangan atau pemalunya yang khas seperti pemalu gong. Hanya
orang-orang yang kuat tapak tangannya sahaja yang mampu memalunya dengan
tangan, kalau tidak hati-hati ia boleh membuat tangan pecah-pecah.
Gambar Hiasan:Datok Hj Wan Hashim, bekas EXCO Kerajaan Kelantan memalu gong merasmikan Pesta Rebana Antarabangsa
Pemalunya pula diperbuat daripada sebatang kayu pendek kira-kira sekaki panjang, dan di bahagian hujungnya dibalut dengan kain atau getah segerap.
Bila rebana itu
dipalu, sudah tentu ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, “degun-degun.....” yang
akan bergema begitu jauh, terutama jika dipalu pada waktu malam.
Setiap buah
rebana ubi dipalu oleh dua orang sambil berdiri, di sebelah kanan dan kirinya.
Pemalu yang di sebelah kanan, perlu menggunakan tangannya yang sebelah kiri
untuk memalu rebana ubi.
Dalam setiap buah
pasukan mempunyai enam buah rebana ubi, dan seramai dua belas orang pemain atau
pemalu.
Biasanya di
majlis-majlis keramaian yang bukan pertandingan, sesiapa sahaja dibenarkan
memalukan rebana-rebana itu, termasuk juga kanak-kanak. Justeru mereka yang
berniat untuk turut memalu rebana mestilah membawa pemalunya bersama untuk
kemudahannya memalu tanpa meminjam daripada orang lain.
Biasaya di majlis
kermaian pesta rebana terbuka, kita tidak tahu atau kenal siapa pemalunya yang asal, kerana siapa sahaja
yang datang dan berhajat untuk memalunya dibenarkan tanpa perlu meminta
kebenaran dari sesiapa pun, jika ada peluang kosong yang biasanaya dipalu
secara bergiir-gilir.
Pada masa-masa
yang lalu, majlis-majlis perkahwinan atau majlis-majlis kermaian akan diserikan
dengan permaianan rebana ubi di samping pancak silat yang khusus.
Selain daripada
majlis kahwin, majlis kenduri, bersunat dan selepas selesai musim menuai padi
juga disambut dengan permainan rebana ubi.
Di samping itu
biasa juga diadakan pertandingan rebana ubi yang dinilai dari segi kecantikan
hiasan rupanya dan juga dari bunyi dan paluan rebana-rebana itu.
Seperti biasa di
majlis-majlis keramaian lelaki dan perempuan, khususnya dari kalangan muda-mudi
mereka akan mengambil peluang untuk bertemu, berkenalan dan beramah mesra.
Dan seperti biasa
juga di majlis-majlis seperti itu mudah tercetus perseteruan antara satu sama
lain kerana sebab-sebab yang kecil sahaja pun.
Kerajaan negeri
Kelantan Darulnaim dalam usaha untuk mempopulerkan kebudayaan tradisi pernah
menganjurkan pertandigan rebana peringkat kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa.
Sebagaimana
alat-alat muzik tradisional yang lain juga ia dipalu dengan irama yang
berbeza-beza oleh pemalu-pemalunya yang khas supaya enak didengar dengan alunan
bunyi yang tingkah meningkah.
Biasanya pada
masa-masa yang lalu pesta rebana ubi diadakan selepas musim menuai atau
mengetam padi yang dimulakan daripada petang sampai ke larut malam, malah
kadang-kadang sampai menjelang waktu subuh.
Saya tidak suka
mendengar paluan rebana ubi dari jarak yang dekat kerana bunyinya yang kuat
itu. Namun saya suka memerhati pemalu-pemalunya yang begitu bersungguh-sungguh
ketika memalu rebana, sampai berpeluh-rejuh, menitis dari muka dan sekujur
badannya. Tapi saya suka mendengar paluannya dari jarak yang jauh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Gambar Hiasa:Rebana Ubi sedang dipalu
Pada zaman kanak-kanak dan di awal remaja dahulu saya sering menghadiri pesta-pesta rebana yang diadakan di kampung Salor, di atas tanah sawah padi yang diadakan selepas musim mengetam. Kampung Salor pada suatu ketika dulu pernah menjadi lubuk penyebar seni budaya Kelantan.
Pada masa-masa
dahulu kebanyakan orang-orang tua suka memakai kain sarung, kerana itu ketika
memalu rebana ubi mereka terpakasa bercawat, iaitu bercawat kotel, takut kain pelikat
yang dipakainya terukai mengelunsur jatuh ketika dia asyik memalu rebana.
Ketika memalu
rebana, pemalunya tidak memalunya secara pasif tanpa bergerak, malah seluruh
badannya terpaksa berhingguk-hingguk mengikut kemahuannya yang penuh
bersemangat memalu rebana.
Ketika ada
kesempatan cubalah ke majlis-majlis rebana, dan cubalah perhatikan bagaimana
kesungguhan pemalu-pemalunya yang memalukan dengan seluruh perasaan dan gerak
badannya, dan akhirnya cubalah palu sendiri.
Saya terkenang
satu kisah yang lucu tapi serius berhubung dengan rebana ubi yang diceritakan
oleh seorang budayan dan penulis veteran yang terkenal, Allahyaraham Pak Su Hat.
Semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya.
Katanya ketika
MAHA yang pertama kali diadakan dahulu di Kuala Lumpur, berbagai-bagai pasukan budaya
dari Kelantan telah dijemput ikut serta mempersembahkan seni mereka di majlis
tersebut bersama-sama dengan pasukan negeri-negeri lain dari seluruh Tanah
Melayu.
Kemudian pada
tahun 2010 dan 2012 yang lalu kerajaan Malaysia juga menganjurkan pameran
MAHA-Malaysia Agricluture, Horticulture And Agrotourism yang diertikan dalam
bahasa Melayunya “Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan” Malaysia.
Ikut serta dalam
rombongan budaya dari Kelantan dulu itu ialah pasukan rebana ubi yang membawa
rebana-rebananya sekali untuk persembahan
pada majlis pembukaan MAHA itu.
Setelah majlis perasmian
selesai, hari sudah jauh malam, dan semua pertunjukan dan permainan dihentikan,
dan peserta-pesertanya di benarkan berihat dan kembali ke tempat tinggal
masing-masing.
Tapi ada
sekumpulan perserta bukan dari Kelantan yang juga membawa sejenis alat bunyian
yang agak deras bunyinya ketika dipalu, meneruskan permaiannya memalu
gendang-gendang mereka. Ini menganggu orang-orang lain yang hendak berihat dan
tidur yang letaknya tidak berapa jauh dari situ.
Orang-orang
Kelantan yang hendak berihat juga merasa terganggu, lalu beberapa orang
daripada mereka menemui pasukan tersebut dan dengan baik meminta mereka
berhenti memalu gendang kerana menganggu orang-orang lain yang hendak tidur.
Tapi larangan itu
tidak diendahkan oleh pasukan tersebut. Dengan bangganya mereka terus juga
memalukan gendang-gendang mereka memperdulikan larangan tersebut.
Merasa tidak puas
hati dengan tindakan itu, anggota pasukan rebana ubi Kelantan keluar dan pergi
ke tempat pasukannya meninggalkan rebana mereka yang letaknya tidak jauh dari
situ lalu memalu rebana ubi mereka dengan sekuat hati, menenggelamkan bunyi
paluan gendang pasukan tadi.
Pasukan Kelantan
tidak henti-henti memalukan buat beberapa waktu, mengejutkan bukan sahaja
pasukan yang enggan berhenti itu, tapi juga menganggu seluruh anggota-anggota
rombongan dan juga orang-orang lain yang ingin berihat.
Setelah pasukan
yang enggan berhenti memalu gendang itu berhenti pun, pasukan rebana Kelantan itu terus juga
memalu rebana ubi mereka untuk memberi pengajaran kepada mereka yang sombong. Bayangkanlah
bagaimana bunyinya rebana ubi yang dipalu sekehdak hati itu?
Akhirnya pehak
penganjur terpkasa datang meminta maaf dan meminta supaya pasukan rebana ubi
Kelantan segera berhenti memalu rebana
mereka.
Dengan itu
barulah keadaan menjadi tenang semula bila pasukan rebana ubi Kelantan berhenti memalu
rebana mereka atas permintaan penganjurnya yang faham tujuan pasukan rebana ubi Kelantan berbuat
demikian adalah untuk memberi pengajaran.
Demikianlah
rebana ubi yang bunyi paluannya seperti genderang perang mengajak bersiap sedia
untuk mara ke garis hadapan dalam medan perjuangan. Ia mengeggarkan semangat
kampung dan penduduknya untuk bersatu, dan bersama-sama bangkit dengan kekuatan
yang ampuh dan dengan kemeriahan dalam menempa tapak-tapak perjuangan dalam
segenap bidang kehidupan.
Bunyinya “degun-degun”
seolah-olah berseru:
“Bangkitlah! Bangkitlah
Maralah
Mari kita
berjuang
Dengan semangat
waja
Berkobar-kobar
Mara ke garis
hadapan
Menempuh
segala rintangan
0 comments:
Post a Comment