BUMI YANG KITA SAYANGI DAN CINTAI

>> Monday, January 14, 2013




INILAH BUMI YANG KITA SAYANGI


Di antara Bumi an Dunia
Dalam penggunaan bahasa biasa bila disebut dunia ia juga bererti bumi, sedangkan pada hakikatnya ia berbeza pengertiannya. Bumi [earth] ialah di mana kita hidup atau tempat kita tinggal atau tanah air kita. Tapi dunia [world]  bererti jagat atau alam luas yang meliputi segala isi dan segala kehidupannya.

Bila dikatakan anak peribumi, maksudnya penduduk asal sesebuah bumi atau negeri di mana mereka lahir dan tinggal, tapi bila disebut anak dunia atau anak alam, ia bukan lagi bererti anak peribumi, tapi anak manusia sejagat, sealam raya. Bila dikatakan bumi Malaysia ertinya tanah air Malaysia tapi bila dikatakan dunia Malaysia, ia meliputi bumi Malaysia dan kehidupannya sekali,  seperti diatakan dunia Arab, dunia Eropah dan sebagainya.

Demikian juga bila disebut sejarah kejadian bumi bererti sejarah planet tempat kita tinggal, tapi bila disebut sejarah dunia, maka ia bererti sejarah kehidupan jagat atau alam raya yang luas ini, bukannya sejarah bumi lagi.

Manuisa mati dikatakan meninggal dunia, tidak dikatakan meninggal bumi, kerana yang ditinggalkan oleh si mati bukan sahaja bumi tanah airnya, tapi meliputi seluruh jagat dan kehidupan ini, termasuk bumi-buminya. Demikian juga orang mati yang ditanam dikatakan “dikebumikan” bukan  “dikeduniakan”, kerana ia ditanam dan dikambus dalam bumi atau tanah, bukannya dikambus dalam dunia.

Apakah Bumi

Sudah tentu anda selalu berfikir tentang dunia dan kehidupannya, kerana ia lebih dekat dan bererti kepada anda sebagai makhluk yang berfikiran. Tapi adakah anda juga pernah berfikir tentang bumi tempat kita tinggal ini? Berapakah usianya, apakah kandungannya, dan sebagainya?

Samada anda pernah bertanya atau tidak, samada anda ingin tahu atau tidak, kajian sains telah merungkaikan beberapa jawapan mengenai keadaan bumi kita ini dan telah mendedahkan sebahagian daripada jawapan-jawapan yang mungkin ingin kita ketahui hakikatnya yang sebenar.

Mengikut sains bumi kita itu terletak dalam satu susunan alam yang mereka namakan Sistem Solar atau Keluarga Mata Hari, di mana dalam Sistem Solar  ini terdapat 9 buah planet, dan salah sebuah daripada planet-planet itu ialah bumi yang kita huni ini. Bumi merupakan planet yang kelima terbesar daripada sembilan planet itu.

Lain-lain planet lagi itu ialah dinamakan Mercury, Venus, Marikh, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto. Ini adalah plante-planet yang diketahui setakat hari ini, dan tidak ada siapa yang mengetahui, pada masa-masa akan datang, dalam pencariannya, sains akan menemui lain-lain planet lagi yang terdapat  dalam Sistem Solar yang masih lagi belum diitemui lagi hingga ke hari ini.

Mengikut kajian sains, planet bumi kita adalah satu-satunya planet yang mengandungi banyak oksijan dan air yang penting sebagai sumber semua kehidupan.

Bumi kita ini terletak dalam satu ruang yang amat luas dan tidak terduga. Namun begitu, ia bukannya satu-satunya benda yang terdapat dalam ruang yang amat luas tidak berhujung dan bertepi itu.

Dongaklah kepala ke langit di waktu malam, anda akan melihat jutaan bintang-bintang bertaburan dan berkelap-kelip di angkasa yang tidak dapat diduga berapa jumlahnya yang sebenar. Bintang-bintang itu ada yang kecil, ada yang besar, ada yang sebesar bumi, dan ada yang jauh lebih besar lagi dan yang terang cahayanya dan juga yang malap.

Bagaimana pula perasaaan anda ketika merenung bintang-gemintang yang bergayutan di dada langit biru di malam yang sepi itu?

Di siang hari, kita hanya nampak sebuah mata hari yang sentiasa menyinarkan cahayanya yang menjadi sumber kepada kehidupan kita. Tapi sebenarnya mata hari bukan satu, malah ada jutaan mata hari di langit yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Ada yang sebear bumi kita, malah ada yang lebih besar dari bumi kita.

Justeru itu, jika kita bandingkan bumi  dengan alam cekerawala ciptaan Allah begitu besar ini, maka bumi kita ini tidak bererti apa-apa, ia hanya ibarat sebutir habuk yang seni bertaburan di celah-celah debu-debu angkasa, berputar-putar di sekeliling mata hari, sebagaimana habuk-habuk seni yang berselerakan dalam udara di sekeliling kelalang kita.

Dua Komponan

Pada umumnya, bumi tempat kita tinggal ini mengandungi dua komponan, iaitu lautan dan daratan, iaitu satu dalam keadaan basah dan satu dalam keadaan kering. Yang kering itu daratan dan yang basah itu sungai dan lautan.

Walau bagaimana pun lautan lebih luas dari daratan, iaitu dengan kadar daratan seluas 29.2 peratus sementara lautan pula seluas 70.8 peratus.

Menurut kajian sains, kira-kira 250 juta tahun yang lampau, seluruh muka bumi ini hanya merupakan sebuah kesatuan daratan yang luas terbentang yang diistilahkan sebagai Pangaea”, keadaannya  tidak seperti ini berada dalam keadaan berpecah-pecah antara daratan. Tapi kemudiannya, kira-kira 50 juta tahun selepas itu, maka berlaku perubahan di mana sebuah daratan yang luas itu telah berpecah-pecah kepada beberapa bahagian, melahirkan benua-benua dan pulau-pulau yang dipisahkan oleh air, iaitu lautan.

Keadaan ini tidak statis, perubahan itu terus menerus berlaku hingga alam ini berada dalam kedaannya seperti sekarang ini. Malah perubahan ini dipercayai akan terus berlangsung dari masa ke masa, di mana mengikut sains dalam masa kira-kira 150 juta akan datang akan berlaku lagi perubahan besar pada daratan itu, iaitu perpecahan. Pada masa itu, diramalkan benua Afrika akan terpecah dua, dan bahagian yang terbesar akan hanyut ke uatara dan akan bersambung dengan Eropah, Antartika akan bersambung dengan Australia sementara California akan mengancaikan Alaska.

Tapi adakah sisa-sisa umur dunia ini akan menjadi sepanjang itu lagi? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Bumi mengandungi mass sebanyak 5,854 billion-billion tan. Isipadunya  1,083,218,915,000 cu km atau 259,877,796,843 cu batu.

Menurut kiraan sains jika anda mengorek sebuah lubang di bumi ini sedalam 1m atau 39 inci seminit anda akan mengambil masa selama 24 tahun untuk menembusi permukaan bumi di sebelah pihak lagi.

Kalau diibaratkan bumi ini sebesar sebiji telur ayam, maka lubang yang pernah digali manusia sejak ribuan tahun yang lalu hingga sekarang, belum pun berjaya menembusi kulit telur itu lagi.

Lombong emas yang paling dalam pernah dikorek ialah sedalam 4.2 km atau 2.6 batu. Maka dengan itu, ererti  masih begitu jauh lagi untuk sampai ke dasar perut bumi.

Justeru itu pakar-pakar geologi yang pernah menggali lubang sedalam  12 km atau 7.5 batu dalam perut bumi, maka sudah tentu  masih jauh lagi untuk sampai ke dasar perut bumi.

Garispusat di Equator ialah 12, 756 km atau 7926 batu. Lilitan di Equator pula ialah  40,075 km. atau 24,901 batu.

Jika anda memandu sebuah kereta dari bandar A yang terletak dalam satu  kawasan  di Equator selaju 100 km sejam atau 62 batu sejam, tanpa henti anda akan mengambil masa selama 16 jam, 45 minit untuk sampai setangkup ke bandar yang sama.

Garispusat khutub ialah 12,713 km. ata 7, 899 batu, sementara lilitannya pula ialah 39,942 km atau 24, 819 batu.

Jika anda memandu kereta mengeliling dunia dari sebuah tempat di Khutub Utara melewati Khutub Selatan anda akan sampai ke bandar yang sama di Khutub Utara lebih cepat 80 minit daripada perjalanan di Equator, kerana keadaan bumi tidak berbentuk sfera atau bulat yang mutlak.

Jarak bumi dari mata hari ialah 150 milion km tu 93 milion batu.

Masa yang diambil oleh bumi untuk selesai satu pusingan ialah 23 jam,  15 minit yang dikenali dengan sehari, iaitu gelap dan terang atau malam dan siangnya

Masa yang diambil bumi untuk selesai satu pusingan mengelilingi mata hari ialah  365 hari, 6 jam, 9 minit, 9.5 detik. Itulah setahun namanya, merangkumi hari, minggu dan bulan-bulannya.

Mengikut Usia Para Nabi

Bagaimana pula tentang umur bumi ini dengan sejarah kemanusiaannya?

Menurut kajian sains umur dunia yang kita duduki sekrang ini ialah 4.6 bilion tahun, satu usia yang terlalu-lalu amat panjang untuk diperbandingkan dengan usia seorang insan, sejak lahir hingga ke matinya,

Menurut kiraan ahli-ahli sejarah Islam, usia dunia dari sejak Nabi Adam a.s. hingga sekarang, tahun 1434 Hijriah ialah 7859 tahun.

Pembahagian tarikh-tarikh itu menurut urutan usia para Nabi-nabi adalah sebagai berikut:

Pertama, dari Zaman Nabi Adam sampai berlakunya taufan Nabi Nuh a.s. ialah 2, 242 tahun.

Kedua, dari Zaman Taufan Nabi Nuh a.s. sehingga zaman Nabi Ibrahim a.s. ialah 1, 082 tahun.

Ketiga, dari zaman Nabi Ibrahim a.s. hingga ke zaman Nabi Musa a.s. ialah 1, 716 tahun.

Keempat, dari zaman Nabi Musa a,s, hingga ke zaman Bani Isa a.s. ialah 1, 716 tahun.

Kelima, dari zaman Nabi Isa a.s. sehingga zaman lahirnya Junjungan Kita Nabi Muhammad s.a.w. ialah 571 tahun.

Keenam, dari tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah ialah 1, 434 tahun.

Demikianlah secebis kisah mengeni bumi yang kita tinggali ini yang akan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran yang dikatakan kiamat oleh agama Islam.

Pengakhiraan Bumi

Ilmu sains percaya kiamat atau kemusnahan bumi dan seluruh alam dunia ini akan berlaku pada suatu masa nanti dengan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan lagi.

Antara sebab-sebab itu kata mereka, kerana cairnya tonggkol-tonggkol  air batu di Khutub Utara dan Khutub Selatan yang menyebabkan dunia menjadi terbalik kerana ketidaan perimbangan, atau pun seluruh muka bumi ini ditenggelami oleh air yang cair daripada tonggkol-tonggkol air-air batu itu.

Ia juga mungkin berlaku kerana padamnya cahaya mata hari, sedangkan mata hari itu sumber kepada semua kehidupan.

Dan kehancuran bumi juga boleh berlaku kerana  peperangn-peperangan antara bangsa yang melibatkan penggunaan alat-alat persenjatan yang maha canggih yang akan menghancurkan seluruh dunia dan isi-isinya.

Dan ada berbagai-bagai faktor lagi yang menurut ramalan sainc boleh menjadi punca kepada kehancuran dunia yang dikatakan kiamat itu.

Walau bagaimana pun kita orang Muslim wajib percaya kiamat itu pasti berlaku, padang masyar itu memang benar, syurga dan neraka itu benar yang seiring dengan berlakunya hari kiamat nanti.

Allah berfirman,
“Dan mereka beriman kepada [al-Quran] yang ditrunkan kepadamu [Muhammad] dan [kitab-kitab] yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yakin akan adanya Akhirat”. Al-Baqarah: 4.

Dalam Surah Al-Qari’ah [Hari Kiamat] Allah berfirman:
”Hari Kiamat, apakah Hari Kiamat itu? Tahukah kamu apakah Hari Kiamat itu? Pada masa itu manusia seperti kupu-kupu yang berterbangan? dan gunung-gunung seperti bulu-bulu yang dihambur-hamburkan”. Al-Qari’ah: 1a-5


Demikian sedikit kisah-kisah mengenai bumi yang dapat kami pungut untuk dinikmati bersama, dan semoga memberi manfaaat.













0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP