Yang Berkuasa Dan Yang Maha Berkuasa
>> Tuesday, January 22, 2013
Bila disebut kuasa atau “power”, kita selalu teringat kepada orang-orang yang berkuasa dalam negeri atau negara.
Orang yang berkuasa itu mungkin Perdana Menteri, Menteri-menteri, Menteri
Besar, Wakil-wakil rakyat ataupun ketua-ketua jabatan.
Atau kita mungkin teringatkan orang-orang tengah yang berkuasa menjadi orang perantara seseorang dengan pihak berkuasa untuk mencapai sesuatu maksud yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang biasa. Orang tengah yang kita gelar kabel inilah yang menjadi kuasa ghaib untuk menentukan kejayaannya.

Atau lebih jauh lagi, kita mungkin teringatkan jana kuasa atau “generating
plant” yang membekalkan kemudahan elektrik kepada sesebuah bandar atau di sesuatu
tempat, atau membekalkan tenaga kuasa kepada sesebuah kilang perusahaan untuk
membolehkannya beroperasi dengan sewajarnya.
Itu semua adalah kuasa-kuasa yang terdapat di dunia nyata ini, dunia jasadi
yang tidak kekal dan musnah ini. Yang datang silih berganti, dan akhirnya akan ghaib
dan tenggelam buat selama-lamamnya dalam timbunan masa yang berlalu.
Kita sering lupa bahawa di samping kuasa-kuasa itu ada lagi suatu kuasa
yang Maha Berkuasa, iaitu Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya di mana
segala kuasa itu pun terletak di bawah tadbiranNya.
Allah yang Maha Berkuasa itu bukan dari alam fizikal kita, Ia tidak dapat
dikunjungi seperti kita menemui seserang atau ketua-ketua jabatan untuk
menyampaikan maksud yang tersirat di hati kita.
Ia mempunyai cara yang khusus untuk menyampaikan sebarang hasrat kepadaNya,
iaitu cara yang amat simpel menerusi DOA. Doa adalah merupakan janakuasa yang
amat besar dan bertenaga yang mempunyai kemampuan canggih yang tidak terduga.
Doa inilah kabelnya jika anda ingin menganggapnya sebagai kabel untuk
menghubungkan anda dengan Allah Maha Berkuasa.
Ia mempunyai kuasa yang tidak terbatas, tidak seperti jana kuasa atau jentera motor anda. Ia mempunyai kuasa yang
tidak dapat diukur atau disukat atau pun dikira sebagaimana anda menyukat atau
mengira janakuasa elektrik.
Setiap hari kita memerlukan kuasa untuk menyempurnakan urusan kehidupan
kita, terutama kuasa untuk membekalkan kita dengan tenaga bagi membolehkan kita
menjalankan sesuatu kerja dan kuasa untuk mendapat cahaya untuk menerangi kegelapan
atau bila malam menjelang.
Bila gelap atau malam tiba, kita memetik swic lampu untuk menerangi rumah
atau kamar kita, dan dalam masa sekelip mata sahaja cahaya lampu yang terang pun
melimpah dalam rumah atau kamar kita untuk membolehkan kita melihat, dan
seterusnya melakukan sesuatu yang diperlukan.
Tapi malangnya dalam simpang siur kehidupan seharian ini kita terlupa untuk
menyalakan lampu dalam kamar hati kita yang sentiasa memerlukan cahaya untuk
memandu kehidupannya.
Tidak dapat tidak. Mungin dalam kamar hati kita ada sudut-sudut yang
diselubungi oleh kegelapan kerana sebab-sebab yang tertentu, seperti kesihatan yang
merosot, kekecewaan, kehampaan dan sebagainya.
Ataupun lebih merbahaya lagi andainya seluruh hati itu diselubungi oleh
kegelapan. Menjadi hitam dan kelam, kerana kita senantiasa menjalani kehidupan dalam
kegelapan dengan melakukan berbagai-bagai dosa yang kecil dan dosa yang besar
yang menyebabkan hati kita menjadi tertutup atau terhijab dan seterusnya berada
di dalam kegelapan.
Sudah tentu, sudut-sudut hati yang gelap ini dapat diterangi dengan cahaya
yang datang dari ibadat serta doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah S.W.T.,
yang Maha Berkuasa.
Kuasa doa ini sangat ampuh dan tidak terbatas seperti anda menggunakan jana
kuasa elektrik yang terdedah kepada berbagai-bagai kerosakan yang bakal menimpa
segala alat-alat elektrik dan atau perkakas-perkakas mekanilaknya
seperti yang pernah kita alami.
Ia hanya tergantung kepada kesediaan kita untuk berdoa, memohon kepadaNya,
serta bertaukal kepada Allah dan bersabar. Ia berkesan untuk menghadapi segala
problam hidup, baik kecil ataupun besar dan di mana-mana sahaja serta bila-bila
masa sahaja. Tidak ada yang lebih berkesan dari itu.
Ada orang-orang yang berusaha keras siang dan malam untuk meraih kejayaan
dalam bisnesnya. Begitu banyak masa, tenaga dan harta benda telah
dikorbankannya untuk mencapai kejayaan yang amat diharap-harapkan kejayaannya
itu. Tapi bila hampir di puncak kejayaan, rancangannya telah tergelincir,
menuju kehancuran. Perkara yang tidak diharap dan diduga sama sekali.
Pada saat-saat hampir ke puncak jaya itu, segala-galanya telah berubah
menjadi tidak keruan. Pegawai-pegawai yang menjadi harapannya telah bertukar
menjadi pengkhianat, pembelot. Mereka menipu, mencuri hingga businesnya menjadi
rosak. Jatuh tersadai.
Bank-bank dan syarikat pinjaman yang memberi kredit kepadanya telah
mendesak supaya hutang mereka dibayar dengan segera lebih cepat dari biasa,
kalau tidak tindakan undang-undang akan diambil kerana gagal membayar hutang
sedangkan perniagaannya telah mundur begitu jauh tidak seperti pada
permulaannya.
Seperti biasalah dalam keadaan seperti itu, tidak ada siapa yang bersedia
membantu atau menolong. Semua kawan-kawan bisnes meminggirkan diri dari mereka.
Apa hendak buat? Sudah habis ikhtiar. Renung punya renung, mereka mengambil
keputusan yang drastik untuk mengubah cara dan hala kehidupan mereka selama ini
yang jauh dari Allah.
Mereka mencari Allah. Mereka berusaha mendekati Allah. Hari ini kepada
mereka masjid lebih penting daripada padang golf, sedangkan kalau dulu padang golf
lebih penting dari masjid.
Kalau dulu tidur lebih baik dari solat subuh, tapi hari ini solat subuh di
masjid lebih baik daripada tilam-tilam yang empok.
Guru-guru dan ustaz-ustaz di masjid selalu menasihatkan supaya umat Islam
sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dan petunjuk, ke jalan yang
benar dan lurus.
Maka mereka pun berdoa dan tidak jemu berdoa dan berdoa, memohon keampunan
dan petunjuk. “Wahai Tuhanku, tunjuklah kami jalan yang benar. Tunjukalah kami jalan
untuk mengatasi problam yang kami hadapi ini, wahai Allah, kasihanlah
kami..........”.
Akhirnya dengan izin Allah yang Maha Berkuasa maka datanglah bantuan dan
pertolongan dari sumber-sember yang tidak duga sama sekali. Berbagai-bagai bentuk pertolongan dan bantuan
berguguran di atas meja.
Itulah kuasa Allah yang mendengar doa-doa hamba-hambaNya yang bermohon
kepadaNya.
Justeru berdoalah setiap masa, waktu dan tempat, baik di kala senang atau di
kala susah, doa kita sentiasa didengar oleh Allah yang Maha Berkuasa dan Maha
Bijaksana.
Doa itu senjata yang ampuh untuk segala problam yang dihadapi oleh hamba-hambaNya
di setiap waktu dan tempat. Bertaukallah kepada Allah untuk menyelsaikan segala
problam yang anda hadapai. Jangan putus asa dan kecewa.
Bagaimana Doa Berfungsi
Untuk menjelaskan bagaimana doa itu berfungsi, saya suka mengunggkapkan
kembali apa yang dikatakan oleh guru saya yang dikasihi, Ustaz Yusof Zaky Yacob
[smoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] dengan katanya:
“Doa adalah tali perhubungan yang murni di antara
hamba dengan Allah Pencipta. Doa memcerminkan rasa khudhu’ dan keabdian yang
hakiki terhadap Tuhan, kerana itu doa pernah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w.
sebagai “Jiwa Ibadat” dalam sabdanya, “Doa itu otak ibadat”..
“Doa ialah
dialog hamba dengan Tuhannya, dengan perantaran doa manusia mencurahkan
harapan-harapan dan permohonan, mengemukakan pujian dan sanjungan kepada
Khaliqnya. Dan pancaran dari doa melahirkan ketenangan, keyakinan dan ketabahan
yang menakjubkan.
“Firman Allah, “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku
sambut doamu itu. Sesungguhnya orang-orang yang merasa angkuh untuk beribadat
kepadaKu akanKu masukkannya ke dalam neraka dengan keadaan yang hina”.
Dan kata beliau lagi, “Doa adalah penawar jiwa, ia
boleh mengurangkan kesan-kesan penderitaan batin dan memberi kekuatan baru
untuk terus berjuang. Seseorang yang memanjatkan doanya kepada Allah akan
menjadi begitu tenang apabila ia yakin kepada jaminan Allah bahawa setiap doanya
dikabui dengan cara-cara yang dipilih oleh Allah.
“Firman Allah, “Apabila hamba-hambaKu bertanya
tentang diriKu, katakanlah bahawa Aku amat hampir kepada mereka. Aku siap sedia
menyahuti doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu”.-Al-Baqarah: 186.
Justeru Berdoalah!
Atau kita mungkin teringatkan orang-orang tengah yang berkuasa menjadi
orang perantara seseorang dengan pihak berkuasa untuk mencapai sesuatu maksud
yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang biasa. Orang tengah yang kita gelar
kabel inilah yang menjadi kuasa ghaib untuk menentukan kejayaannnya.
Atau lebih jauh lagi, kita mungkin teringatkan jana kuasa atau “generating
plant” yang membekalkan kemudahan elektrik kepada sesebuah bandar atau di sesuatu
tempat, atau membekalkan tenaga kuasa kepada sesebuah kilang perusahaan untuk
membolehkankannya beroperasi dengan sewajarnya.

0 comments:
Post a Comment