BILA ORANG RAMAI KELUAR HUKUM

>> Thursday, January 17, 2013



BILA ORANG RAMAI KELUAR  HUKUM……


Sejak kebelakangan ini telah timbul berbagai-bagai isu agama, dan timbul pula berbagai-bagai pendapat dan ulasannya dalam berbagai-bagai bentuk, corak dan wadah.

Pembicara-pembicara itu pula dari berbagai-bagai kalangan, golongan dan peringkat. Kita menyambut baik andainya pembicara-pembicara dan pengulas-pengulas itu terdiri dari cerdik pandai dan ulama' yang jujur dan tidak berkepentingan.

Namun yang ramai mengulas dan menulis ialah orang-orang awam yang cetek atau tidak mempunyai pengetahuan tentang agama membuat hukum-hukum dan fatwa-fatwa tidak rasmi melalui face-facebok, blog-blog dan akahbar-akhbar.

Maka lahirlah ramai ulamak blog dan facebook yang berbicara tentang sesuatu hukum yang amat spesifik yang hanya layak dibicarakan oleh ulama'-ulama' sahaja

Bila orang-orang awam yang tidak berilmu atau jahil berbicara tentang agama dibimbangi akan menambahkan keceliruan dan kekalutam, malah menambahkan kesesatan di kalangan orang ramai.

Sebenarnya kita orang awam yang jahil ini dilarang berbicara mengenai persoalan-persolan agama yang khusus yang di luar daripada kemampuan ilmu kita untuk berbuat demikian.

Peringatan Imam Ghazali

Imam Ghazali pernah memberi peringatan agar orang-orang  awam tidak berlagak seperti ulama' dan menyedari dirinya mempunyai ilmu agama yang sangat terbatas itu.

Dr.Mustafa Zahari telah menukil pendapat Imam Ghazali yang terdapat dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin II, halaman 34 sebagai berikut:



Dan ayat itu telah dialihbahasakan oleh A.Ma’ruf Asrori & Zakky Gfufron sebagai berikut:

“Dan sesungguhnya hak orang-orang awam itu cukuplah mereka beriman sahaja, menjadi Muslimin dan melakukan ibadah serta berusaha dan membiarkan sahaja ilmu itu sebagai milik bagi ulama'. Bahawa orang-orang awam itu sekiranya mereka berzina dan mencuri, mungkin ada baiknya baginya daripada turut membahas suatu ilmu, kerana barangsiapa  yang ikut serta membahas suatu ilmu tentang Allah dan tentang agama tanpa pengetahuan mendalam, maka ia akan tergelincir dalam kekafiran dengan tanpa disedarinya, sama sahaja halnya dengan orang yang pergi ke tengah lautan sedang ia tidak tahu bagaimana cara berenang”.

Mengulas pendapat Imam Ghazali itu, Dr.Mustafa Zahri menegaskan, Imam Ghazali memberi peringatan kepada orang-orang awam, kerana menurut Imam Ghazali  melakukan perbuatan dosa seperti melakukan zina atau mencuri apabila ia bertaubat, maka Allah akan mengampuni dosanya, tapi kalau dia membahas masalah-masalah ilmu tentang Tuhan, ia mungkin tergelincir dalam kemusyrikan dengan atau tanpa disedarinya.

Katanya kalau perkara itu berlaku, dia tidak akan mendapat keampunan dari Allah.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun orang-orang yang menyekutukannNya, dan Allah akan mengampuni dosa-dosa selain itu”. An-Nisaa’: 48.

Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa   ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang sangat jahat”. Al-Haj: 3.

“Dan di antara manusia ada yang membantah tentang [keesaan] Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan”. Luqman:20.


Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP