Bila Hati Digenangi Cinta
>> Saturday, January 12, 2013
BILA HATI DIGENAGI CINTA?
Semalam saya pergi ke sebuah pasar minggu hari Jumaat mencari sedikit
keperluan. Daripada ratusan orang di pasar minggu itu, kadang-kadang di
sesetengah bahgiannya berasak-asak dengan pengunjung, di situ saya terpandang sepasang anak muda dengan telatah mereka.
Kedua-dua berpimpin tangan dalam pun dalam keadaan berasak-asak. Sang
wanita nampakya enggan melepas dripada memegang tangan sang lelaki yang berada
di hadapan. Tertarik-tarik wanita itu nampaknya di celah-celah orang ramai.
Yang wanitanya berpakian cantik sepadan dengan lawanya, tapi yang lelakinya
biasa sahaja, tapi masih tampan.
Nampaknya pasangan ini baru sahaja kahwin, ingin selalu berdampingan,
enggan berpisah, keindahan malam pengantin masih membara dalam hati, auranya masih
mewangi.
Alangkah indahnya dunia ini. Semuanya kelihatan riang di mata orang yang
sedasng dilamun cinta. Kita ketika muda-muda dahulu pun, ketika baru kahwin dan
dibakar api cinta, mungkin begitu juga perilakunya, mengharapkan setiap saat
merupakan malam pengantin.
Tapi pernahkah kita berfikir apakah cinta itu?
Adakah cinta itu sekadar tidak ingin berpisah dan sentiasa ingin
bersama-sama?
Sebenarnya ada berbagai-bagai
jawapan kepada pertanyaan tersebut. Beratus-ratus, malah mungkin beribu pengertian
telah dibuat dan akan dibuat tentang cinta yang berbeza-beza antara satu sama
lain?
Saya petik di sini beberapa kata berlian tentang cinta untuk sekadar menungan.
Terserahlah kepada anda untuk menyuntingnya atau membuangnya, dan menyetujuinya
atau tidak.
Tidak berdasar kesenangan syahwat manusia.
Cinta mempunyai
tujuan-tujuan syariah,
Dan kaedah-kaedah dan serta pokok-pokok yang jelas,
Tidak seperti pemahaman dewasa ini yang sarat dengan
kebohongan.
Cinta tidak untuk bersenang-senang secara jasmaniah,
Namun harus memakai metod-metod yang penuh kedamaian
Untuk menuju bertemunya dua hati dan dua jiwa,
Tidak sekadar bertemunya dua jasmaniah.
Syariat telah memberi batasan dan kriteria bagaimana
harus bercumbu rayu
Dan dikukuhkan oleh budaya masyarakat
Serta dasar-dasar agama”.
-Muhammad ‘Abduh Maghaawari Ahmad.
Every night would kiss and play,
If with me you’d fondly stray,
Over the hills and far away”.
-John Gay , penyair British
Tapi dalam perkahwinan dia terjaga”.
Alexander Pope
Secepat kacang Awang Kenik tumbuh,
Mencapai langit dalam satu malam”.
-W.M.Thackeray
masih juga dicintai”
-Helen Rowland
adalah perlu kepada kehidupan cinta,
persis daun-daun perlu kepada kehidupan pokok.
Jika ia dibenteras sepenuhnya,
Maka akan musnahlah cinta itu pada akar-akarnya”.
-Nathanie Hawthorne”.
Adalah sebuah gobok yang usang,
Tapi sebuah gobok yang kaya dengan cinta
Adalah sebuah istana untuk jiwa”.
-Robert G. Ingersoll.
Di dalam peperangan ia bererti pertempuran
Dan dalam percintaan ia bererti penyerahan”.
-Anon
Tapi hutang terus menerus berjalan buat selama-lamanya”
-Anon
Persis sebuah prolog yang amat lucu
Kepada sebuah drama yang amat membosankan”.
-W.Conghere
Tapi tidak tahan dalam debu selju kebekuan perasaan”.
- Sir Walter Scott
-George Elliot
bulan Disember ketika mereka berkahwin,
Gadis adalah bulan Mei ketika mereka perawan,
tapi langit akan berubah ketika mereka jadi isteri”.
-Shakespeare
Buat karak pergi ke kali,
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati”.
-Pantun
0 comments:
Post a Comment