Wahai Wanita Terlalu Chepatnya Engkau Berubah?

>> Saturday, April 30, 2011




WAHAI WANITA TERLALU CEPATNYA ENGKAU BERUBAH??

Asal kejadian wanita itu memang cantik. Letak reka bentuk seseorang wanita itu memang dicipta Allah begitu rupa, penuh dengan keindahan dan kesenian, hingga menimbulkan berbagai-bagai imaginasi dan inspirasi yang menerawang angkasa.


Tapi dalam menilai keindahan dan kecantikan wanita itu anda hendaklah memisahkannya daripada tarikan nafsu syahwat yang mempunyai cermin mata yang khusus dalam menilai wanita yang menjadi punca berlakunya berbagai-bagai keonaran di muka bumi ini sejak dahulu hingga sekarang.


Ahli-ahli seni, para pelukis, para penulis dan penyair sering mengabadikan keindahan wanita itu dalam karya-karya mereka dengan gambaran-gambaran yang menggetarkan perasaan.


Walau bagaiamana pun, dalam masa ribuan tahun yang telah berlalu itu, wanita telah banyak mengalami berbagai-bagai macam perubahan, sebagaimana berlakunya perubahan pada batu-batu yang terdedah kepada landaan cuaca-cuaca alam yang sering berubah-ubah.


Perubahan-perubahan


Kaum lelaki sering menganggap wanita sebagai kaum yang lemah. Oleh sebab itu mereka perlu diberikan perlindungan sepanjang masa, baik di dalam rumah, mahupun di luar rumah.


Sifat-sifat mereka yang semula jadi memang menunjukkan kelemahan-kelemahan kewanitaan, seperti bentuk-bentuk fizikal mereka yang tidak sesuai untuk menjalan kerja-kerja berat seperti kaum lelaki. Di tambah lagi dengan gerak geri mereka yang lemah lembut, kebolehan mereka melahirkan anak dan seterusnya menjadi ibu, dan juga sifat mereka yang mudah terharu dan mengalirkan air mata, semuanya membuktikan kelemahan wanita.


Oleh itu kaum lelaki sering melupakan kekuatan-kekuatan yang tersembuyi di sebalik kelemahan-kelemahan kaum wanita itu, dan leka dengan anggapan kaum wanita sebagai kaum yang lemah.


Tapi penemuan-penemuan terbaru yang dibuat oleh ahli-ahli jiwa mengenai wanita akan menjadi tamparan yang hebat kepada lelaki yang dibuai oleh anggapan seperti itu, malah mereka mungkin akan terkejut besar bila mengetahui hasil-hasil penemuan itu.


Menurut penyiasatan-penyiasatan ahli-ahli ilmu jiwa, kaum wanita sekarang tidak lagi suka meratap dan menangis seperti dahulu walaupun mereka dilanda oleh berbagai-bagai kekcewaan hidup yang berat. Malah sebagai kaum yang berpengaruh sekarang, mereka tidak perlu lagi mengalirkan air mata atau pun merajuk dengan hati yang sebal seperti di masa-masa yang lalu, sebab mereka telah mengalami perubahan-perubahan besar dari segi mental dan fizikalnya.


Justeru itu penggunaan air mata sebagai senjata yang lumrah kepada kaum wanita telah jauh merosot, dan tidak lama lagi akan hapus penggunaannya. Mereka tidak lagi menganggap mereka sebagai kaum yang lemah. Perjuangan mereka untuk mencapai persamaan hak dengan kaum lelaki membuktikan hal ini. Lebih-lebih lagi sistem pendidikan dan pemerintahan moden sekarang memberi hak yang sama rata kepada kaum wanita hampir dalam semua bidang. Pemberian hak yang sama rata ini terus meluas dalam segenap segi yang sememangnya dituntut oleh kaum wanita yang telah menceburkan diri dalam semua lapangan. Hari ini mungkin tidak ada lagi lapangan yang tidak diceburi oleh wanita.


Tapi malangnya, menurut penyiasatan ahli-ahli jiwa itu kemajuan-kemajuan otak yang dicapai oleh kaum wanita itu telah menimbulkan kesan-kesan yang tidak menyenangkan kaum lelaki. Kerana serentak dengan daya pemikiran mereka yang meningkat tinggi itu, nila-nilai kewanitaan mereka yang penting lahir dan batin telah merosot.


Dari segi lahiriah, bentuk-bentuk kaki mereka yang cantik itu telah bertambah besar. Umpamanya di Amerika Syarikat, satu masa dahulu, contoh-contoh kasut yang dipakai oleh peragawati-peragawati untuk pameran umum ialah berukuran 4 B sahaja, tapi kemudiannya pada satu ketika ukurannnya telah menjadi 71/2 B.


Perubahan-perubahan yang lebih mengejutkan lagi ialah wanita-wanita di semua negara kapitalis telah bertambah dingin. Penyiasatan-penyisatan yang pernah diakukan di Universiti Rutgers, New Brunswick menunjukkan bahawa sukatan suhu yang ebrej badan wanita telah menurun sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Dan sejauh mana lagi ia akan menurun tidaklah dapat dipastikan lagi sekarang.


Selain daripada mengalami perubahan-perubahan pada kaki dan suhu badan, seluruh bahagian badan wanita itu juga telah bertambah besar daripada masa yang sudah-sudah. Pada masa-masa yang lalu, pelajar-pelajar wanita di kolej-kolej Amerika Syarikat ebrej tingginya ialah 5 kaki 3 inci, satu ukuran ang cantik. Tapi beberapa tahun kemudiannya, wanita-wanita Amerika Syarikat telah bertambah tinggi sebanyak 11/2 kaki.


Perubahan-perubahan jasmani yang pantas ini juga terus berlanjutan akan menyebabkan suatu masa nanti kaum wanita menjadi begitu besar, seperti semacam binatang purba-dinosaurs. Sedangkan kaum lelaki tidak bertambah besar seperti itu. Cubalah anda gunakan imajinasi anda untuk menggambarkan pemandangan seorang lelaki yang kerdil berdiri di sisi seorang wanita yang berpuluh-puluh kali ganda lebih besar daripadanya.



Susuk-susuk tubuh badan wanita pada masa akan datang tidak lagi seindah sekarang dengan badan yang kemas dan padat berisi, dengan lurah-lurah dan liku-liku yang menggiurkan lelaki, mereka mempunyai dada yang bidang, dan daging punggung yang padat berisi, tapi akibat perubahan fizikal itu bentuk tubuh mereka menjadi luntur dan kendur, kerana 5 pound daripada kepadatan daging mereka telah hilang dalam deked-deked yang lalu. Sunguh pun bentuk pinggul mereka kecil, tapi otot-otot pada lengan mereka bertambah besar.


Rambut mereka juga lebih cepat beruban, kerana tekanan-tekanan yang ditimbulkan oleh perubahan-perubahan jasmani itu. Maka dengan itu, mungkin bererti peruntukan-peruntukan untuk alat solek mereka akan berambah lagi untuk membeli bahan penghitam rambut yang masa itu mungkin menjadi dagangan yang sangat laris, sebab lumrahnya sukar sekali kepada mana-mana wanita untuk menujukkan sebarang tanda-tanda mereka telah berumur.


Faktor-faktor ini menimbulkan kebimbangan dan keharuan kepada lelaki yang berfikir, kerana dengan itu kata mereka keunggulan mereka sebagai kaum lelaki sedang menghadapi cabaran yang berat, dan yang mencabarnya ialah kaum wanita sendiri yang selama ini mereka anggap lemah.


Jadi Idaman


Namun begitu, sekarang wantia-wanita masih tetap menjadi idaman kaum lelaki sebagai teman hdup, sebagai isteri dan sebagai ibu yang akan menyambung zuriat mereka pada masa-masa akan datang, kerana padangan kaum lelaki masih lagi belum berubah, masih mesra, ramah tamah dan romantis. Mereka masih lagi belum dianggap sebagai seteru yang akan mencabar kaum lelaki dalam segenap bidang, malah masih dianggap sebagai kaum yang perlu diperlindungi.


Malah sebahagian besar daripada kaum lelaki sekarang masih belum menyedari perubahan-perubahan drastik yang telah sekian lama dialami oleh kaum wanita itu.


Tegasnya apa pun yang berlaku, walau apa pun perubahan, selagi wanita bernama wanita, dengan segala sifat kewanitaanya, maka dia tetap dikasihi, dia tetap dicintai.


Yang putih pun cantik, yang hitam pun cantik, yang gemuk pun cantik, yang kurus pun cantik, malah OKU pun cantik, kerana nilai kecantikan itu merupakan anugerah semula jadi dari Allah kepada hamba-hambanya.


Yang hitam, cantik kerana kehitamannya, yang hitam manis pun cantik, kerana kehitamanisannya; yang putih pun cantik, kerana keputihannya, yang putih melepak pun cantik kerana keputihan melepaknya, yang merah pun cantik, kerana kemerahannya, yang kurus pun cantik, kerana kekurusannya, dan yang gemuk pun cantik, kerana kegemukkannya, yang rendah pun cantik, kerana kerendahannya, dan yang tinggi pun cantik, kerana ketinggiannya, dan yang lampai pun cantik, kerana kelampaiannya. Pendeknya semuanya cantik.


Itulah sebabnya kita lihat, pasangan suami isteri itu ada bermacam-macam bentuk, jenis dan warna, lebih-lebih lagi kerana kecantikan itu, Allah jadikan sesuatu yang bersifat subjektif.


Seorang guru sufiah yang terkenal, guru kepada guru-guru sebahagian dari kita, Junaid Al-Baghdadi ketika ditanya orang pendapatnya tentang kata-kata sesetengah orang yang berpendapat wanita itu “tali syaitan” yang kerjanya memperdayakan manusia, beliau menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata,”Biarlah orang mengatakan wanita itu tali syaitan yang memperdayakan manusia. Adapun bagiku kecantikan wanita adalah tali Tuhan buat memperteguh iman dan kepercayaanku kepada Tuhan”.


Mengulas pendapat Junaid itu, Buya HAMKA berkata “Bagi Junaid rupanya kecantikan wanita adalah salah satu cabang keindahan, anugerah Ilahi. Sama juga dengan keindahan kembang yang mekar, indah dilihat, tetapi jangan diganggu. Jangan diserumpunkan rasa keindahan dan seni dengan syahwat hawa nafsu”.


Demikianlah sekadar renungan. Wallahu'aklam.


xxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP