Mencari Ulama Akhirat?
>> Sunday, April 10, 2011
MENCARI ULAMA AKHIRAT?
Setiap umat Islam adalah bertanggungjawab menghapus maksiat. Kita umat Islam mempunyai tiga cara untuk menentang maksiat itu.Pertama dengan menggunakan tangan, kedua menggunakan lidah dan ketiga menggunakan hati, iaitu selemah-lemah iman. Maksud Hadis.
Cerdik pandai Islam atau para ulamanya mempunyai peranan yang penting dalam hal ini. Peranan mereka amat diperlukan sejak dahulu hingga sekarang, terutama sekali jika berbangkit sesuatu yang bersangkutan dengan kepentingan umat Islam yang memerlukan mereka membuka mulut untuk menyatakan pendapat mereka.
Walau bagaimanapun dari sejak dahulu hingga sekarang pada umumnya para ulama terbahagi kepada dua golongan, golongan pertama ulama yang tidak berani menyatakan kebenaran, walaupun sudah terang dan nyata dari segi hukum hakamnya, kerana itu mereka mengambil sikap berdiam diri demi menjaga kepentingan diri sendiri sendiri.
Kedua ulama yang tegas dan berani, ulama-ulama ini berani menyatakan pendapatnya, yang benar dikatakanya benar, dan yang salah dikatakan salah, walaupun terpaksa berkorban diri demi menegak keadilan Ilahi. Ulama-ulama seperti ini biasanya terdedah kepada penahanan, penurunan pangkat, terdedah kepada penjara dan dihukum jika pendapat mereka itu walaupun benar, tapi bertentangan dengan kepentingan pihak berkuasa.
Mengikut Buya HAMKA ulama-ulama yang berani kerana benar adalah terdiri dari golongan ulama yang salih, “Ulama yang berani mengatakan yang benar, walaupun dunia menjadi lawannya. Ulama yang berani menegakkan yang hak walaupun lehernya akan putus. Perangainya lain benar. Dia laksana orang yang sombong apabila berhadap dengan penguasa dunia. Tetapi dia sangat merendahkan diri apabila berhadapan dengan orang yang lemah”.
Menurut beliau ulama-ulama yang berani seperti ini tidak payah untuk dikenali. Bila kita duduk di hadapannya, maka sinar matanya akan menembusi mata kita, sehingga kita menerima segala sesuatu dengan hati reda. Kita merasa tenteram melihat mulutnya yang kumat-kamit menyebut nama Tuhan. Bila kita berpisah dengannya, ia meninggalkan bekas yang mendalam pada jiwa kita, hingga tercetus keinginan kita untuk mencontohi jejak langkah mereka.
Kata Buya HAMKA, ulama seperti ini tidak mempunyai pangkat, kerana pangkatnya kerana takwanya.
Kadang-kadang ulama seperti ini hanya tinggal di sebuah surau yang sederhana, tapi sebaik sahaja kita berada di majlis beliau, hati kita segera diliputi oleh ketenangan.
Mengikut Buya HAMKA, sinar Ilahi yang memancar pada wajah ulama sejati ini sangatlah mempengaruhi hati kita, walaupun mereka tidak mengeluarkan fatwa.
Justeru itu tegas beliau, “Apabila dia masuk ke dalam satu kampung, maka selama beliau dalam kampung itu, sinar beliau meliputi buminya, tanaman menjadi subur, padi menjadi, jagung mengupih”.
[Celahan:
Justeru bila ada khenduri-khendara, majlis akikah, tahlil dan doa selamat, beliau-beliaulah yang dicari orang untuk dijadikan “syikh” majlis, kerana ada barakahnya, ada nur Ilahi dalam gerak gerinya.
Ulama ini jika beliau “membelah mulut” seseorang bayi, nanti anak itu akan diberitahu kelak oleh oragtuanya, “itulah tok guru yang membelah mulut kamu dahulu”, kerana terasa barakahnya berpanjangan kepada anak itu, dan si anak akan terus mengingati tok guru itu di sepanjang hayatnya, walaupun beliau sudah tidak ada lagi. Ulama seperti ini akan menjadi buruan ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata untuk “membelah mulut” bayi mereka. Barakahnya yang dirindui.]
Kata Buya HAMKA bila ulama ini berdiam diri, maka diamnya itu menjadi pengajaran. Berebut-rebutlah orang mengundangnya untuk memberi pengajaran dan tabligh.
[Celahan:
"Saya masih menyimpan sebuah kaset ceramah bapak HAMKA yang pernah diberikan oleh seorang kawan kepada saya kira-kira 30 tahun yang lalu. Saya masih mengingati nada suara beliau ketika berbicara walaupun tidak diberitahu. Sebenarnya dua keping kaset ceramah beliau yang diberikan kepada saya, tapi sekeping lagi masih belum dapat dikesan
Saya juga ada menyimpan beberapa keping gambar beliau ketika beliau membuat kunjungan ke Kelantan kira-kira setengah abad yang lalu sebagai kenangan]
Kata bapak HAMKA bila beliau naik ke rumah seseorang, berpuluh-puluh tahun orang masih mengingatinya, orang-orang tua akan menceritakan kepada cucu-cucunya bahawa ulama tersebut pernah naik ke rumah mereka dan membawa barakah kepada mereka.
[Celahan:
"Saya masih ingat lagi pertemuan saya dengan bapa HAMKA hampir setengah abad yang lalu, di rumah Allahyraham Dato’ Yususf Zaky di Kg. Paya Peranma. Saya masih ingat dia memakai kain sibai, dan saya mash ingat di kerusi mana beliau duduk dan di mana pula kerusi itu terletak dalam rumah itu pada hari tersebut. Berapa ramai pemimpin-pemimpin yang berkunjung ke rmah tersebut sebelum dan selepas bapa HAMKA itu tapi tidak pernah saya mengingatnya sebagaimana saya mengingati kunjungi bapa HAMKA pada hari itu. ]
Ulama seperti ini kata Buya HAMKA, lebih suka naik ke gubuk daripada ke istana. Beliau mencintai kaumnya, sebab itu kaumnya mencintai beliau.
Ulama-ulama seperti inilah mengikut Buya HAMKA ialah ulama pewaris Nabi. "Bagi mereka di antara dunia dengan akhirat adalah kesatuan yang tidak berbelah bahagi. Beliau tidak mengenal pemisahan agama dengan masyarakat. Semua orang beliau pandang anaknya. Walaupun seorang “intelek” terdidik Barat, yang tidak mengerti agama, kalau datang waktu sembahayang disuruhnya sembahayang juga, sehingga orang itu tunduk dan pergi mengambil wuduk”.
Kalau bertemu gadis moden di tengah jalan, ulama itu berkata, “Tutup rambutmu anakku. Aurat”. Mereka pun menutupnya walaupun dengan sapu tangan
[Celahan:
"Ada guru-guru agama, bila beliau membaca kitab fatwa, orang yang mendengarnya tersenyum sumbing, malah mencemoh dan mengejek di belakangnya, kerana beliau cakap tak serupa bikin, menegur kaum wanita tidak menutup aurat, terbuka di sana terdedah di sini, tapi keluarganya sendiri dibiarkan terdedah dan terkoyak, tidak pula diapa-apakannya, malah dibiarkanya berkelana sekeliling desa; dilarangnya orang menonton tv, dan memang di rumah beliau tak ada kaca tv, tapi setiap hari beliau bercongak di kedai kopi menonton tv.- mana wibawanya.]
Menurut Buya HAMKA ulama-ulama ini , “Tidak membuka mulutnya kecuali hanya untuk dua perkara. Pertama untuk zikir, hubungannya dengan Allah. Kedua untuk wa’azh [peringatan] hubungan dengan makhluk. Kalau dia berdiam diri, tak ubahnya beliau dengan sebuah mercu-suar di tengah pulau. Dia diam tetapi memberi petunjuk kepada bahtera yang lalu lintas”.
[Celahan
"Tapi sebahagian daripada ulama bukan diam seperti menara di tengah laut, diam-diam memberi petunjuk ke mana kapal harus menuju, tapi diam mereka diam membisu seperti tikus jatuh ke kembung padi, mencuri untuk mengenyangkan perut sendiri. Jadilah ulama bisu yang telah mati rasa atau mematikan rasa supaya tidak dihalau keluar dari kembung padi-".
[Kerana mengamal sikap membisu inilah menyebabkan kian merosotnya pandangan masyarakat terhadap ulama. Pandangan ini dipersetujui pula oleh Datuk Md. Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan kini pensyarah Syariah di Universiti Islam Antarabansa [UIA]. Berhubung dengan hal ini, beliau dilaporkan memberitahu wartawam Rusnizam Mahat. Kata beliau:
[“Saya bersetuju, sebab itu sesetengah masyarakat Islam merasa mereka tidak perlu menghormati para ulama seperti ini. Tetapi bukan semua kerana hanya segelintir ulama tidak memainkan peranan yang sepatutnya, iaitu menyatakan kebenaran dan menegur kemungkaran.
[Maknanya ulama kena berani menyatakan kebenaran tanpa mengira fahaman politik. Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Ulama yang berwibawa tidak boleh terikat dengan fahaman politik.
[“Antara kebenaran dan kebatilan tidak ada kompromi. Jadi kalau ulama dapat memainkan peranan begini, mereka akan dihormati dan disegani masyarakat, kalau tidak mereka akan dipinggirkan kerana masyarakat merasa kecewa dan hampa. Kalau ulama dipinggirkan dan masyarakat tidak merujuk kepada ulama, mereka hendak berpegang kepada siapa lagi”.]
Maka benarlah sebagaimana kata Buya HAMKA bilangan ulama-ulama yang salih seperti ini telah bertambah kurang dari masa ke masa, dan yang tinggal hanya bekas-bekas mereka yang terdapat di surau-suau dan masjid-masjid.
Orang-orang yang muncul kemudiannya bergelar ulama juga, tapi kata beliau, belum tentu lagi seperti ulama terdahulu. Matanya tidak lagi mempunyai cahaya seperti chaya pada mata ulama yang terdahulu.
“Tambah dilihat tambah keraguan, benarkah ini ulama ataukah ini orang kebanyakan? Yang sama-sama berlari dengan orang mencari kedudukan? Yang tidak yakin lagi akan curahan cahaya dari langit, lalu mengemis memohon cahaya dari bumi!”.
“Pada hal cahaya langit sudah nyata hilang dari wajahnya atau belum pernah menyinggung hatinya, sedang cahaya bumi yang dicarinya belum pula tentu dapat”.
Buya HAMKA lalu membuat kesimpulan, “Tidak ada yang singgah ke dalam hati orang, walaupun apa yang dikatakannya. Sebab dia berkata bukan dari hati. Keahliannya dalam hukum Fiqhi dapat dipergunaknnya untuk merin gan-ringan hukum agama. Asal dia beramal, orang telah berprasangka bahawa dia “riyak”. Asal dia bercakap, orang pun teah berbisik, “Dia bohong”.
[Celahan:
"Demikianlah berlaku ke atas sesetengah ulama hari ini, bila dia membuka mulut sahaja untuk bercakap orang lalu mencercanya, mencelanya, mengejek hujahnya, kerana sikapnya tidak membetulkan yang benar, memprsalahkan yang tidak betul. Lalu kata-katanya menjadi pertikaian orang, menjadi bahan- bahan sendaan dan ejek-ejekan yang mengaibkan. Masya-Allah.
Alangkah malangnya nasib ulama-ulama seperti ini. Di dunia tiak bertempat, di akhirat belum tahu lagi.]
Dalam menghadapi suasana yang kalut seperti itu, timbulnya berbagai-bagai fitnah, sementara ulama-ulama dan cerdik pandai Islam membisu dan membatu maka Datok [masa di Kelantan dahulu masyarakat mengenalinya sebagai Ustaz Hashim, terutama kepada orang ramai yang sering mengikuti kuliah-kuliah beliau], beliau menegskan:
“Umat Islam mestilah mengambil sikap dan pendirian kembali kepada hukum Islam, ajaran dan syariat Islam. InsyaAllah, kalau kita kembali semula kepada ajaran Islam, kita boleh selesai kan masalah ini dan kita tidak akan terperangkap.
Akhir sekali saya menyeru masyarakat Islam mendalami Islam secara syumul dan menentukan hukum dan tindak tanduk kita dengan merujuk kepada al-Quran dan Hadis atau dengan kata-kata lain merujuk syariat Islam. InsyaAllah kita selamat dunia dan akhirat”.
Lihat juga: Bertemu HAMKA dalam Sinaran
xxxxxxxxx
Pondok Rahmat:
Pautkan Imam.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoi.
0 comments:
Post a Comment