Tugas Pemimpin Dalam Pembangunan Islam

>> Friday, April 8, 2011



TUGAS PEMIMPIN dalam PEMBANGUNAN ISLAM

“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata,”Wahai ayahku! Ambillah ia sebagai pekerja [kita], kerana sesungguhnya yang paling baik untuk kau ambil bekerja ialah orang yang kuat dan dapat pula dipercaya”. Al-Qasas:26.


Menurut Datok Dr. Siddiq Fadil [dari Jabatan Persuratan Melayu UKM– 1991] dalam nota ringkasnya dalam perbincangan mengenai persoalan di atas berpendapat tradisi kepegawaian dalam konteks pentadbiran moden mulai dikenali oleh masyarakat kita pada tahun 1910, iaitu apabila pemerintah kolonial Inggeris memperkenalkan sejenis skim perkhidmatan awam yang dinamakan “Higher Subordinate Class dengan tujuan untuk “……training boys of good family to fit them for high and responsible appointments in the Government service”.[F.M.S. Annual Report 1935, halaman 132-134].


Mengenai skim perkhidmatan tersebut yang hanya menampung para lulusan sekolah-sekolah Inggeris beliau menegaskan telah berjaya, “melahirkan kelas menengah pentadbir Melayu dengan gaya hidup, cara berfikir dan budaya keinggerisan. Golongan yang kadang-kadang disebut oleh pegawai-pegawai atasan [Inggeris] mereka sebagai ‘donkeys workers” itu telah dibentuk dan diorientasikan sedemikian rupa untuk memainkan peranan sebagai agen pembaratan dalam masyarakat Melayu-Islam […… an educated higher class among the Malays who would be of service to and be able to influence the Malay masses].


Demikianlah tradisi kepegawaian kita di zaman kolonial yang pada praktiknya lebih berupa alat penjajah dari pemberi khidmat kepada umat.


Kemerdekaan seharusnya dapat merubah wajah, fungsi dan falsafah perkhidmatan awam sebagai agen pelaksana aspirasi kemerdekaan. Sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh negarawan pejuang kemerdekaan Indonesia, Muhammad Natsir bahawa kemerdekaan “…. adalah untuk kemerdekaan Islam, agar kaedah-kaedah Islam dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kesempurnaan kaum Muslimin serta segenap ciptaan Allah”.[Deliar Noer, 1973, halaman 260-261].


Demikianlan erti kemerdekaan sebagaimana yang diaspirasikan oleh umat Islam iaitu kemerdekaan untuk pembangunan Islam. Bagaimanapun pencapaian objektif ini akan banyak bergantung kepada kualiti kepimpinan umat [termasuk kalangan pegawai-pegawai tinggi]-kefahaman dan penghayatan mereka terahdap konsep dan falsafah kepimpinan Islam.


Menurut beliau kepimpinan seharusnya ditanggapi sebagai suatu taklif, bukan tashrif [beban, bukan kebesaran]. Apa yang harus dirasakan oleh pemimpin Islam ialah beratnya amanah kepimpinan itu, bukan “glamour” dan gemerlapnya. Kepimpinan menurut perspektif Islam bukan sekadar “interpersonal process], tidak hanya bersifat duniawi-manusiawi, tetapi lebih dari itu ia adalah amanah Tuhan [Divine Trust].


“Matlamatnya pula”, kata beliau “bukan sekadar untuk mencapai “organizational goal” tetapi juga untuk merealisasikan objektif-objektif dan nilai-nilai keagamaan seperti keadilan, keikhlasan, kasih-sayang, kemanusiaan dan sebagainya”


Mengikut beliau di sepanjang zaman penjajahan yang berabad-abad itu umat kita telah menderitai pelbagai rupa kekejaman dan penindasan. Mereka terlantar dan terbiar walaupun anak-anak mereka ada yang menjadi pegawai tadbir di kota-kota besar. Zaman kekecewaan terhadap elit kacang lupakan kulit itu seharusnya telah lama berlalu.


Justeru itu katanya, “Sekarang adalah zaman menebus masa lalu itu, menebus kekecewaan dengan pembelaan dan pengembalian hak-hak [umat] yang ternafi sekian lama. Golongan pentadbir seharusnya mengisafi hakikat bahawa terangkatnya status dan martabat diri mereka adalah berkat keringat umat, maka sudah seharusnya mereka kembali kepada umat”.


Seterusnya beliau menegaskan, “Sesungguhnya harapan untuk mendapatkan pembelaan hanya mungkin dipenuhi oleh kepimpinan dan pentadbiran yang benar-benar komited dan berdedikasi, kualiti kepimpinan dan pentadbiran yang mencapai tahap exselen, tahap kecemerlangan yang biasanya diertikan sebagai “…….a high degree or the highest degree of good qualities”. Tetapi kecemerlangan yang diharapkan bukan “exselen” menurut ukuran Barat-sekular”


Seterusnya beliau menerangkan, “Kecemerlangan yang diharapkan adalah kecemerlangan dalam perspektif Islam, kecemerlangan yang berhasil dari penghayatan nilai-nilai keteladaan peribadi mithali yang telah mendapat pengiktirafan samawi kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang dicirian oleh keungulan peribadi [khuluqin ‘azim], kepimpinan Talut yang dicirikan oleh kelebikan ilmu dan dan kekuatan fizikal [bastatan fi ‘l-‘ilmi wa ‘l-jismi], keperguruan Musa [a.s.] yang dicirikan oleh watak al-gawiyyu ‘l-amin [kuat dan amanah] dan kepengurusan Yusuf [a.s] yang dicirikan oleh sifat hafizan ‘alim [daya kawa dan ketrampilan].


Menurut beliau dari tinjauan terhadap cirri-ciri, gaya dan cara kepimpinan peribadi-peribadi mithali itu dapat dirumuakan seperangkat nilai, etika dan kualiti kepimpinan yang Islamik terdiri daripada beberapa factor.


Beliau memperincikan faktor-faktor itu sebagai berikut:


a.Kekuatan ‘aqidah.


b.Kemampuan fizikal.


c.Keunggulan peribadi.


d.Keluasaan ilmu dan kekuatan daya fakir.


e.Keberanian.


f.Kesetiaan.


g.Keterbukaan.


Beliau menutup kata-katanyanya untuk dijadikan renungan kita semua dengan mengabadikan madah pusaka H.Agoes Salim bahawa “memimpin itu menderita”.


xxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP