Tangan Bawa Rahmat
>> Thursday, April 21, 2011
“TANGANbawaRAHMAT”
Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad, 22 Rabiulakhir 1432 bersamaan dengan 27 Mac 2011, di ibu negara Kuala Lumpur.
A dan keluarganya sudah dua hari berkampung di sebuah hospital menemani anak perempuannya yang dimasukkan ke wad kerana diserang penyakit. Hospital itu adalah salah sebuah daripada beberapa buah hospital yang istimewa di bandar raya ini.
Anak perempuannya itu pelajar tingkatan satu, dengan tak semena-mena jatuh sakit. Dia sedang menunggu pemerikasaan lanjut untuk mengesan penyakit yang menimapnya itu. Pemerikasaan yang dijalankan kelmarin tidak dapat mengesan apa-apa kelainan fizikal yang terdapat pada anaknya itu.
Malam itu A sedang menunggu kedatangan seseorang yang berjanji untuk datang untuk melihat anak perempuannya yang sakit itu. Orang yang ditunggu itu hendak datang secara sukarela bila secara tidak dirancang mengetahui anaknya itu ditimpa penyakit.
Jam sudah hampir pukul 11.00 malam. Orang yang ditunggu-tunggu masih juga belum sampai. Dalam ternanti-nanti itu tiba-tiba dia mendengar seseorang memberi salam dari arah pintu bilik wad yang sengaja dibukakan itu.
Seorang lelaki yang telah berusia dan berjanggut putih dan kelihatan smat dan “bersih” bersama-sama dengan beberapa orang lelaki muncul. Pastilah orang itulah yang sedang ditunggunya.
Salam dijawab dan mereka bersalaman penuh kemesraan walaupun mereka tidak pernah bertemu dan tidak pernah kenal mengenal antara satu sama lain. Begitulah persuadaran Islam.
Setelah bercakap sedikit sebanyak adab orang baru bertemu, maka topik pun beralih kepada tujuan asal kedatangan mereka, iaitu tentang anaknya yang sakit dan sedang terlantar di atas katil di sebelahnya itu.
“Saya rasa anak tuan ini umurnya tiga belas tahun,” tiba-tiba kata buya itu. Dan kata-kata itu memang benar pula, lalu diyakan oleh A.
A dan keluarganya sedang menunggu anak gadisnya yang telah dua hari dimasukkan ke wad hospital itu kerana diserang penyakit secara mengejut ketika berada di sekolah.
Anak itu tiba-tiba terjatuh dalam kelas dalam masa belajar. Waktu itu dia berdiri bila sebelah badannya dari aras pinggang terus ke kaki kirinya terasa amat lenguh untuk melegakannya. Tiba-tiba dia terjatuh. Selepas itu kakinya tidak terasa apa-apa lagi, dah kebas. Dia tidak dapat bangun, apa lagi untuk berjalan sebagaimana biasa.
Ibunya yang berada di rumah dipanggil untuk mengambil anaknya yang tiba-tiba diserang penyakit tersebut. Dia dirujuk kepada sebuah klinik swasta di kawasan perumahan tempat mereka tinggal.
Setelah menjalankan pemeriksaan doktor itu dia dapat mengesan apa-apa penyakit, lalu menyarankan anak itu dibawa ke hospital pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Lalu anak itu pun dibawa ke sebuah hospital pakar di mana dia sudah dua hari berada di situ.
Doktor di hospital tersebut telah menjalankan pemeriksaan yang teliti dan mengesahkan kaki kiri anaknya memang telah kebas dan dia tidak mampu untuk berdiri dan berjalan.
Kemudian anak itu terus dijalankan pemeriksaan dengan lebih teliti lagi, temasuklah di skan dengan MRRI. Tapi doktor tidak dapat mengesan apa-apa penyakit padanya, urat sarafnya pun baik.
Namun begitu pehak hospital meminta anak itu ditahan dalam wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang untuk rawatan selanjutnya.
Oleh sebab tidak mampu untuk berjalan, maka hendak pergi ke tandas pun dia terpaksa diusung oleh ayah dan ibunya. Hal ini sudah tentu amat membimbangkan mereka.
Sementara menunggu selama lima hari itu, pada malam hari yang keiga itulah buya itu datang ke wad di mana anaknya itu ditempatkan.
Buya itu mengetahui tentang perisitiwa yang menimpa anak itu secara tidak sengaja daripada salah seorang keluarga mereka, dan lalu tergerak hatinya untuk datang menjenguk dan memberi pertolongan.
Maklumat yang disampaikan kepada A, buya itu seorang yang ahli dalam perubatan Islam, datang dari sebuah negara jiran yang mampu merawat penyakit-penyakit mistri. Dan difahamkan beliau hanya menolong secara sukarela tanpa mengenakan apa-apa bayaran.
Beberapa hari sebelum itu dia telah merawat beberapa orang pesakit dan berjaya menyembuhkannya. Salah seorang lelaki yang dirawatnya itu telah sepuluh tahun lebih tidak dapat berjalan kerana lumpuh. Selepas menjamah kaki pesakit itu, dengan tiba-tiba sahaja dia dapat bangun dan berdiri, malah berjalan tanpa menggunakan tongkat atau apa-apa sokongan lagi.
Menurut buya itu pada ibu kaki seseorang itu tersembunyi rahsia besar tentang diri seseorang. Di situlah katanya terletak kunci, untuk membuka atau menutup. Bila kunci itu tertutup orang itu akan ditimpa penyakit dan bila dibuka penyakitnya akan segera keluar dan insya-Allah orang itu akan sembuh,
[Untuk mengetahui rahsia ibu kaki klik:[Ibu Kaki,Hati-hati Wahai Sayang]
Katanya beliau tidak mengurut pesakit, tapi sekadar menjamah ibu kakinya untuk membuka kunci supaya penyakitnya keluar. Itu sahaja yang dilakukannya. Dengan izin Allah penyakit akan keluar dan pesakit akan sembuh.
Dan itulah yang dilakukannya kepada anak A yang terlantar di atas katil itu. Setelah menjamah sedikit kakinya, sambil mulut berkumat-kamit membaca sesuatu, beliau terus meminta anak itu bangun, berdiri dan berjalan
Pada mula-mulanya anak itu menjwab dia tidak boleh berbuat demikian, dan enggan berdiri.
Tapi buya itu merangsangkannya supaya berdiri dengan membantunya. Amat mengejutkan kedua orang tuanya bila melihat anaknya tiba-tiba dapat berdiri, sedangkan sebelumnya dia tidak dapat berbuat demikian.
“Cuba jalan pergi dekat ibu dan cium tangannya”. Kata buya itu. Pada mula-mulanya anak itu mengatakan dia tidak boleh dan enggan berjalan. Tapi bila dirangsang oleh buya itu dia pun berjalan ke arah ibunya dan mencium tangan ibunya itu.
Selepas itu dia juga mampu berjalan menemui ayahnya dan mencium tangan ayahnya seperti dia belum sakit dahulu. Alangkah gembiranya mereka. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya.
Ketika buya itu hendak beredar dari situ dan berjalan keluar bilik menuju ke lif, dia mengajak anak itu ikut mengiringkannya ke pintu lif dengan berjalan sendiri di atas kedua kakinya tanpa dibantu. Dia tidak merasa kebas lagi.
Buya itu menolak sebarang bayaran. Sebelum berpisah di pintu lif, buya dan A, ayah kepada gadis yang menerima ujian Allah itu berpeluk-pelukan, kerana merasa begitu terharu, air mata keduanya mengalir.
Hanya baru sekejap bertemu, dan sudah terpaksa berpisah.”Perjalanan saya masih jauh, tuan”.Kata buya itu, “Tolong doakan saya supaya dapat menolong lebih ramai orang lagi”
Keduanya berpisah. Tiba-tiba menyelinap di dalam hati A perasaan besarnya kekuasaan Allah yang mengurniakan kepada siapa sahaja hikmahnya sebagaimana dikurniakannya kepada buya tersebut.
Bagaimana kejadian ini hendaklah dijelaskan?Kebanykan para doktor yang menggunakan akal dan logik tidak akan mempercayainya?
Hanya pengalaman akan mengajar manusia.
Yang pastinya:Tidak ada siapa yang boleh mengubah ketetapan Allah. Tidak ada sesiapa boleh menghalang rahmat kebajikan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada seseorang, demikian juga tidak ada sesiapa yang boleh menghalang bencana yang telah ditakdirkan Allah ke atas hambaNya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa.
A bersyukur kepada Allah kerana pengurniaan rahmatNya itu. Anaknya telah sembuh dengan izin Allah menerusi tangan buya itu yang membawa rahmat. Sentuhan tangan buya itu macam lampu ajaib, dengan sekelip mata telah berjaya menyembuhkan penyakit anaknya itu yang amat membimbangkan mereka.
Semuanya tak diduga. Itulah, “kun” kata Allah, maka jadilah apa yang dikehendakiNya. Allahu Akbar!
Amin.
xxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment