UMNO dan Kerakyatan

>> Thursday, April 28, 2011





UMNO dan KERAKYATAN

Bila Jepun tewas dalam Perang Dunia Ke-2, Brtish kembali ke Tanah Melayu dan menubuhkan Kerajaan Malayan Union. Bersama dengan Malayan Union itu dijalanlankan dasar pintu terbuka untuk menjadi rakyat negara ini yang dikenali dengan nama Jos Soli pada tahun 1946.


Joli Soli berasal dari bahasa Latin yang membawa erti hak untuk kawasan atau kewarganegraan hak lahir, yang bermakna kerakyataan itu diberikan kepada siapa sahaja berdasarkan tempat kelahiranya, tanpa mengira keturunan dan bangsa.


Jos Soli ini telah diperkenalkan oleh British sejak tahun 1945 sewaktu Tanah Melayu diletakkan di bawah Malayan Union dan dilaksanakan pada tahun 1946 dengan memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang datang ke negara ini.


Dasar Jos Soli ini menentang Hak Istimewa Orang Melayu, menyamaratakan hak kerakyataan, menurunkan kekuasaan dan kewibawaan Sultan, dan tidak menghormati Hak Orang Melayu.


Satu faktor lagi yang tidak boleh dilupakan ialah penjajah British menjalankan dasar Jos Soli ini kerana mereka ingin membalas dendam terhadap orang-orang Melayu yang memberi sokongan kepada Jepun dalam Perang Dunia Ke-2 itu.


Oleh sebab itu Malayan Union dan Jos Soli telah ditolak dan dibantah keras oleh orang-orang Melayu dengan bersatu padu dan bangkit membuat bantahan secara besar-besaran.


Ekoran daripada itulah berbagai-bagai pertubuhan politik telah muncul, dan salah satu daripadanya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, ringkasnya UMNO pada 11 Mei, 1946 di Johor.


Seterusnya penjajah British telah membatalkan Malaya Union bersama dengan Jos Solinya dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948, setelah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan Kerajaan British yang diwakili oleh Sir Edward Gent pada 21 Januari 1948 di King House.


UMNO dalam persidangan agongnya di Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Mei 1950 telah membuat beberapa ketetatapan mengenai kerakyataan dan meminta semua negeri-negeri Melayu meluluskan undang-undang yang serupa mengenai kerakyatan negara ini.


Ketetapan dalam bahasa Inggerisnya:












xxxxxxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih,Sekalung Harmoni.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP