Musuh Tok Janggut

>> Monday, April 25, 2011


MUSUH TOK JANGGUT

Pada tahun 1915 negeri Kelantan terletak di bawah naungan British. Rakyat Kelantan pada masa itu hidup dalam kesukaran kerana harga barang, terutama makanan naik melambung akibat bahana Perang Dunia Pertama.

Dalam keadaan rakyat dihimpit oleh kesukaran hidup itu, Kerajaan British, menerusi Ketua Jajahan Pasir Puteh, Cik Latif telah mengenakan cukai bukan sahaja ke atas tanah, tapi juga cukai tanam-tanaman, seperti sayur-sayuran.

Penduduk-penduduk Pasir Puteh merasa tertekan dan amat tidak puas hati dengan tindakan Cik Latif itu, lalu mereka membentuk satu pakatan untuk memberontak, salah seorang daripada mereka yang terliabt dalam pakatan itu ialah Tok Janggut, yang bertugas sebagai panglima perang.

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Hassan bin Penghulu Mat Munas, dan digelar Tok Janggut kerana mempunyai janggut yang panjang sampai ke dada.

Akibatnya berlaku peperangan dengan penjajah British yang mendapat bantuan kententeraaan daripada Gabenor Singapura pada masa itu. Tok Janggut telah terkorban dalam peperangan yang berlaku di Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915.

Jenazah beliau dikebumikan di Pasir Pekan setelah dgantung di Padang Merdeka [Padang Bank] untuk tontonan ramai.

Perisitiwa Musuh Tok Janggut ini mendapat liputan yang luas daripada akhbar yang diterbitkan pada masa itu. Saya ada menyimpan sebahagian daripada salinan liputan tersebut yang kini telah mengalami kerosakan, kerana ditelan masa yang telah berlalu ,selama kira-kira 40 tahun. Saya pernah menterjemah bahan ini tapi tak pernah selesai hingga sekarang.








Bisik Pondok Rahmat:

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP