Untuk Apa Anda Mencari Teman Hidup?
>> Tuesday, April 12, 2011
UNTUK APA ANDA MENCARI TEMAN HIDUP?
Apakah yang dimaksudkan dengan mencari pasangan hidup?
Untuk apa anda mencari pasangan hidup?
Mencari pasangan hidup atau mencari teman hidup bererti mencari seseorang untuk hidup di samping anda dalam satu ikatan perkahwinan yang sah.
Kalau anda lelaki anda mencari wanita untuk dijadikan pasangan hidup, dan sebaliknya andainya anda seorang wanita, anda mencari seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Dan untuk bersama sebagai pasangan itu pula anda mesti diikat dengan sebuah perkahwinan yang sah dari segi agama.
Tanpa ikatan agama anda tidak boleh mengambil seseorang untuk dijadikan teman hidup anda. Haram dan berdosa.
Demikian juga jika anda seorang lelaki anda tidak boleh mengambil lelaki sejenis dengan anda untuk dijadikan teman hidup. Itu kerja songsang. Homoseks.
Demikian jugalah, jika anda seorang wanita, anda tidak boleh mengambil seorang wanita lain untuk dijadikan teman hidup anda. Haram. Itu pun perbuatan songsang. Lesbian namanya.
Yang betul dan halalnya lelaki mengambil teman hidupnya dari kalangan wanita, dan sebaliknya wanita pula mengambil teman hidupnya dari kalangan manusia lelaki.
Dan yang dijadikan teman hidup pula mestinya antara manusia sesama manusia, bukannya antara manusia dan haiwan seperti yang berlaku di kalangan tertentu yang mengambil haiwan untuk dijadikan teman hidup. Sebenrnya bukan teman hidup, tapi teman tidur untuk memuaskan nafsu seks yang songsang juga.
Sebenarnya apa tujuan seseorang mencari teman hidup? Kenapa anda, baik anda seorang wanita atau seorang lelaki bersusah payah mencari teman hidup, kadang-kadang bukan satu, tapi dua, tiga dan empat di kalangan sesetengah lelaki?
Ada berbagai-bagai jawapan yang berbeza terhadap pertanyaan tersebut, dan jawapan mungkin pula tidak serasi dengan kehendak agama anda.
Kerana berbezanya jawapan itulah menyebabkan berbezanya dalam pemilihan teman hidup, suami atau isteri, mengikut selera masing-masing, malah kadang-kadang mengikut nafsu-nafsi masing-masing.
Di sebalik berbagai-bagai jawapan yang diberikan itu, ada beberapa faktor yang menyebabkan anda mencari teman hidup baik anda seorang lelaki atau wanita.
Benar atau tidak jawapan-jawapan itu, terserahlah kepada anda untuk menentukanya. Perhatikanlah:
Jika anda seorang lelaki anda mencari seorang wanita untuk dijadikan tman hidup ialah kerana:
0Anda ingin mencari seorang permaisuri untuk rumahtangga anda.
0Anda ingin mencari seorang teman untuk anda.
0Anda ingin mencari seorang kekasih untuk diri anda.
0Anda ingin mencari seorang teman tidur yang halal untuk anda.
0Anda ingin mencari besan kepada ibu bapa anda.
0Anda ingin mencari seorang menantu kepada ibu bapa anda.
0Anda ingin mencari cucu kepada ibu bapa anda.
0Anda ingin mencari cicit untuk datok nenek anda.
0Anda ingin mencari seorang kakak untuk adik-adik anda.
0Anda ingin mencari seorang adik perempuan untuk kakak atau abang anda.
0Anda ingin mencari keluarga untuk kaum keluarga anda.
0Anda ingin mencari ibu untuk anak-anak anda.
0Anda ingin mencari seorang jiran untuk tetangga-tetangga anda.
Andainya pula anda seorang wanita, anda mencari seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup ialah kerana:
0Anda ingin mencari seorang Raja untuk rumahtangga anda.
0Anda ingin mencari seorang teman untuk anda.
0Anda ingin mencari seorang kekasih untuk diri anda.
0Anda ingin mencari seorang teman tidur yang halal untuk anda.
0Anda ingin mencari seorang menantu kepada ibu bapa anda.
0Anda ingin mencari cucu untuk orang tua anda.
0Anda ingin mencari cicit untuk datok nenek anda.
0Anda ingin mencari seorang abang untuk adik-adik anda.
0Anda ingin mencari seorang adik lelaki untuk kakak atau abang anda.
0Anda ingin mencari keluarga untuk kaum keluarga anda.
0Anda ingin mencari besan untuk orang tua anda.
0Anda ingin mencari ayah untuk anak-anak anda.
0Anda ingin mencari jiran untuk tetangga-tetangga anda.
Di samping itu ada pula mereka yang mencari teman hidup untuk glamour, kerana dia ingin menumpang glamour teman hidupnya itu. Tumpang berbangga dengannya. Lalu mereka mencari tokoh-tokoh selibriti untuk memenuhi seleranya.
Anda sudah tentu menyedari akibat mengejar glamour. Tak payahlah saya ceritakan. Cuma saya ingin katakan, glamour semata tidak menjadi ikatan yang kukuh dan berkekalan kepada ikatan pekahwinan seseorang. Lama kelamaan ia akan terburai juga bila selibriti telah pudar, ataupun dipadamkan oleh berbagai-bagai karenah yang dimiliki oleh empunya selibriti.
Satu lagi, dari sejak dahulu hingga sekarang di samping mencari teman hidup mereka juga mencari pangkat, harta dan kekayaan seseorang, hingga menenggelamkan tujuan asal dan suci mereka mencari pasangan hidup.
Biasanya tujuan seperti ini juga boleh membawa kebinasan kepada sesebuah ikatan perkahwinan. Perhatikanlah berapa banyak perkahwinan seperti ini telah berantakan, hancur dan musnah. Kekayaan tidak boleh membawa kebahagian kepada sesiapa pun, tidak kepada anda, terutama dalam jangka masa yang berpanjangan.
Sebagai panduan saya hanya memetik sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. tentang hala tuju untuk mencari pasangan hidup yang diberkati oleh Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya, maka perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya, kecuali kehinaan. Sesiapa yang menghawininya kerana hartanya, pekahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya, kecuali kemiskinan. Sesiapa yang menghawininya kerana keturunannya, perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya, kecuali hina dina. Dan siapa yang menghawini perempuan kerana dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya”. HR:Abu Nuaim.
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment