Mencari Cahaya Hidup

>> Sunday, April 24, 2011




Mencari Cahaya Hidup


CAHAYA adalah salah satu unsur yang paling penting kepada kehidupan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan, malah kepada segala jenis benda-benda yang ada di dalam alam maya ini. Kehidupan makhuk-makhluk itu adalah bergantung kepda cahaya, terutama kepada cahaya matahari; cahayalah juga yang menyebabkan mata manusia atau binatang boleh melihat, kerana dalam mata ada lensa yang hanya dapat melihat dengan pertolongan cahaya.


Oleh sebab cahaya itu terlalu lumrah dalam kehidupan kita, ada di mana-mana, siang hari melimpah dengan cahaya, malam hari diterangi cahaya, malah cahaya ada di mana-mana, di langit dan di bumi, di seluruh alam ini, dan oleh kerana cahaya itu terlalu banyak dalam kehidupan kita, menyebabkan kita sering terlupa tentang kewujudan dan kepentingan cahaya itu kepada kita. Satu-satunya yang mungkin mengingatkan kita kepada kepentingan cahaya ialah bila lampu di rumah kita padam di malam hari yang kelam yang akan membuat kita menjadi resah dan gelisah duduk dalam kegelapan.


Sudah beribu-ribu tahun lamanya manusia cuba mencari hakikat cahaya dan membentuk berbagai-bagai pendapat yang berlainan. Sesetengah mengatakan cahaya terjadi daripada zaharah, ada pula yang mengatakan cahaya terajadi daripada rangkaian gelombnag-gelombang dan berbagai-bagai teori lagi, tapi di sana ada dua buah teori yang terkenal, pertama disebut “Teori Gelumbang” yang mengatakan cahaya itu seakan-akan gelombang yang sifatnya sama dengan gelombang-gelombang lain, seperti gelombang bunyi dan sebagainyadan satu lagi dinamakan “Teori Quantun” atau “Teori Kegiatan Atom”.


Menurut “Teori Quantun” cahaya adalah terjadi daripada zaharah yang seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Menurut penyiasatan lain pula, cahaya bukanlah hanya terjadi daripada zaharah dan bukanlah pula hanya terjadi dari gelombang, malah cahaya adalah terjadi daripada beberapa kumpulan tenaga seni akibat gelombang-gelombang besi berani atau magnet yang berada dalam alam ini. Tegasnya cahaya adalah sekumpulan tenaga yang berada di sekeliling alam.


Dalam tahun 1666, Isaac Newton telah melakukan percubaan untuk mencari hubungan antara cahaya dengan warna-warna yang kelihatan pada benda-benda, iaitu dengan membiarkan cahaya mata hari masuk menerusi lubang yang kecil di sebuah dinding dan di muka lubang ini ditahan sebuah gelas yang besar berbentuk prisma atau prisme, maka cahaya yang terpancar dari gelas prisma itu merupakan sekumpulan warna-warna yang yang terdiri dari warna merah, jingga, kuning, hijau, biru tua dan ungu muda, disebabkan oleh undang-undng lenturan atau biasan yang dipunyai oleh cahaya.


Oleh itu jelaslah segala warna yang kelihatan pada benda adalah disebabkan oleh cahaya matahari, umpamanya warna merah dan biru yang kelihatan pada langit adalah disebabkan cahaya matahari yang berberai waktu menimpa habuk-habuk benda, tapi bukanlah pula maknanya kalau tidak tidak ada cahaya, maka alat-alat penangkapan warna dalam mata tidak dapat melihat warna-warna, kerana mata yang tertutup rapat dapat juga melihat warna-warna dengan jalan khayalan ataupun menekankan kelopak mata kuat-kuat ataupun dengan jalan memukul dengan kuat mana-mana bahagian kepala.


Oleh sebab alam tidak selalunya terang benderang dan cerah menyebabkan adanya pertukaran antara malam dan siang, maka manusia cuba mereka berbabagai-bagai jenis alat untuk mendapat cahaya. Pada mula-mulanya manusia hanya tahu membakar kayu api, membakar lilin dan suluh. Menggunakan minyak dan gas untuk melihat dan akhirnya barulah tahu menggunakan cahaya elektrik.


Ahli sains yang mula-mula sekali menemui cara-cara untuk mendapat cahaya dari elektrik ialah Thomas Edison. Cahaya tenaga elektrik ini terjadi dari elektron-elektron yang digerak atau dicetuskan dengan menggunakan bahan bakar, seperti arang batu atau minyak, juga dengan menggunakan tenaga wap atau tenaga air terjun. Tenaga elektrik ini dialirkan melalui wayar-wayar dan disukat dengan volt.


Dalam perkembangan kepandaian menggunakan cahaya dari tenaga elektrik ini, ahli-ahli sains mula-mula dapat mereka lampu elektrik biasa, kemudian dalam peringkat kedua barulah mereka berjaya merekakan lampur floresen. Perbezaan yang besar antara kedua lampu ini ialah dalam cara mengeluarkan cahaya.


Pemancaran chahaya di dalam lampu elektrik adalah dicetuskan melalui simpulan wayar-wayar halus atau bebenang yang diperbuat dari logam kemudian dipanaskan oleh tenaga elektrik hingga menyala putih mengeluarkan cahaya, sedangkan pemancaran cahaya dalam lampu floresen adalah dicetuskan oleh tenaga elektron yang menembusi gas air raksa atau merkuri yang berada dalam tiub lampu menyebabkan lahir cahaya seni di belakang unggu atau cahaya ultraviolet yang membakar kimia-kimia yang menutupi tiub-tiub lampu yang di sebelah dalam. Lampu floresen terang cahayanya dengan hanya menggunakan sedikit tenaga kepanasan.


Selain daripada usaha mengeluarkan cahaya daripada tenaga elektrik ahli-ahli sains merekakan berbagai-bagai jenis alat lagi yang tak kurang pentingnya seperti kamera, projektor wayang gambar, mekriskop dan berbagai-bagai jenis alat lagi yang semuanya tidak dapat digunakan melainkan dengan pertolongan cahaya.


Tiap-tiap suatu benda yang bergerak mesti mempunyai kederasan yang tertentu, demikian jugalah cahaya. Pengetahuan tentang kederasan cahaya itu amatlah penting kepada ahli-ahli sains, ilmu bintang dan ahli-ahli ilmu fizika. Sesudah sekian lamanya ahli-ahli sains itu melakukan penyiasatan menyukat kederasnsaan perjalanan cahaya, mereka dapati cahaya itu mempunyai kedersaan kira-kira 186,300 batu dalam satu detik waktu melalui ruang kosong dan kedersaan itu kian kurang bila melalui benda-benda yang padat.


Jika cahaya menimpa sesuatu benda, beberapa kejadian mesti berlaku menurut masing-masing keadaan atau unsur-unsur kejadian benda-benda itu. Umpamanya jika cahaya menimpa benda-benda membayang [transparent] ia akan melulusi benda itu, dan jika cahaya menimpa yang legap atau tidak membayang [opaque], maka ia akan diresapi oleh benda itu dan satu bayang akan lahir di belakangnya, tapi jika dibuat exprimen dengan halus, nescaya akan didapati di dalam bayang itu ada jua mempunyai cahaya melentur atau membias. Ini dapat dilihat dengan jelas bila kita memerhatikan sebatang sudu yang berada dalam sebuah gelas yang berisi air, yang mana jika dipandang dari sebelah luar gelas, sudu itu kelihatan “bengkok” atau “putus” disebabkan kedudukan cahaya telah berubah membias waktu melalui air itu.



Menurut pendapat sains hampir semua benda, baik yang bersifat melulusi mahupun yang membidas adalah sedikit sebanyak meresapi cahaya matahari yang menimpanya.


Beberapa kesimpulasn dapat diambil tentang sifat-sifat umum yang dipunyai oleh cahaya:


-Cahaya mempunyai kecederasaan yang sama dalam ruang kosong, dan kederasaan akan berubah kurang bila melalui benda-benda yang padat.


-Cahaya mempunyai sifat melentur iaitu suatu sifat yang dipunyai oleh segala jenis gelombang.


-Cahaya boleh diresapi oleh hampir seluruh benda yang ditimpanya.


-Cahaya boleh melakukan bidasan bila menimpa benda-benda yang tidak licin dan kasap.


-Cahaya boleh melulusi sesetengah benda yang ditimpanya.


Dalam dunia ini ada dua jenis cahaya yang penting, salah satu daripadanya ialah cahaya matahari yang datangnya daripada planet matahari. Sebenarnya tenaga cahaya matahari itu amat kuat, tapi kerana jarak bumi dengan matahari jauh, iaitu kira-kira 93,000,000 batu, dan cahaya itu terpaksa melalui beberapa lapisan udara, maka cahaya itu menjadi lemah. Dan sejensi cahaya lagi yang tenaga kekuataannya barangkali tidak pernah terduga oleh manusia ialah cahaya kosmik yang berada di ruang angkasa lepas. Cahaya kosmik ini sampai juga ke bumi, tetapi kekuataannya telah kurang kerana dalam perjalanannya dari ruang angkasa lepas gelombang cahaya kosmik itu berlaga dengan atom benda-benda yang berada dalam udara di permukaan bumi, menyebabkan tenaga cahaya kosmik itu pecah berderai dan hanya saki baki pecahan habuknya sahaja yang sampai ke bumi. Jikalau kekuatan kedua tenaga cahaya kosmik dan cahaya matahari samapi ke bumi dengan kekuataan aslinya, maka segala benda-benda dalam alam ini mungkin jadi cair dan lebur.


Sesungguhnya ilmu pengetahuan manusia telah berkembang dengan pesat sekali. Berabagai-bagai kejayaan dirongkai dan diperolehi, termasuk sekelumit ilmu tentang cahaya sebagai dibentangkan di atas..


Tapi dari mana benda-benda itu mendapat bekalan cahaya? Dari mana mereka mendapat cahaya? Tidak ada suatu benda pun di dunia ini yang terjadi dengan sendiri secara kebetulan? Kerana di belakang semuanya itu, malah seluruh alam ini yang nampak dan tak nampak terdapat suatu kekuasaan yang Maha Agong dan Maha Bijaksana yang mengatur seluruh alam ini! Itulah Allah! Allah itulah yang menjadi sumber segala cahaya.


Malah Allahlah yang menjadikan semua cahaya, maka dengan itu Allah yang membekal semua cahaya kepada semua makhluknya, baik di langit atau di bumi, yang dapat dilihat dan juga yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Allahlah yang membekalkan cahayaNya kepada matahari, bulan dan bintang-bintang yang bergayutan di dada langit.


Tanpa pengurniaan cahaya itu dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa menjadikan manusia malang, kerana terpaksa hidup dalam alam yang gelap gelita tanpa cahaya. Andainya Allah padamkan cahaya matahari itu apakah yang dapat dibuat oleh manusia dalam kegelapan tanpa sinaran cahaya dari Ilahi?


[Lihat Juga: Nur Ilahi]


xxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Suntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP