Di sebalik Perkahwinan Di Dua Benua
>> Tuesday, April 26, 2011
Di sebalik PERKAHWINAN Di DUA BENUA
Di Indonesia
Di Indonsia perkahwinan Kris Diyanti dengan dengan Raul Lemos, seorang usahawan telah menjadi gempar di seluruh negara itu, dan tempiasnya juga telah dibawa ke Malaysia.
Kris Dayanti, seorang penyanyi yang terkenal, berusia 36 tahun, dilahirkan pada 24 Mac 1975 di Malang, Jawa Timur. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Raul Lemos, 46-an tahun pada 20 Mac 2011. Tapi yang menjadi berita yang menggemparkan itu ialah kerana pada bulan April, Kris Dayanti mengumumkan dia telah mengandung 4 bulan, sedangkan mereka baru sebulan mendirikan perkahwinan,
Beliau secara terbuka mengaku sebelum berkahwin beliau telah melakukan kesilapan besar dengan suaminya itu yang mengakibatkan beliau mengandung.
Mereka dilaporkan tinggal bersama sebelum bernikah, baik ketika Kris Dayanti pergi ke Timor Leste atau ketika Raul Lemos pergi ke Indonesia.
Sebelum itu Kris Dayanti telah mendirikan perkahwinan dengan Anang Hermansyah dan Raul Lemos pula telah berkawhin dengan Silvalay Noor Athalia. Kris Dayanti telah bercerai dengan suaminya Anang, sementara Raul Lemos telah bercerai dengan isterinya Athalia.
Dengan suaminya Anang Hermansyah, iaitu seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit, Kris Dayanti telah dikurniakan dengan dua orang anak, seorang perempuan dan seorang anak lelaki iaitu Titania Aurelia Hermansyah dan Azriel Hermansyah.
Percerian itu dikatakan berpunca daripada kehadiran orang yang ketiga dalam hidup Kris Dayanti, iaitu suaminya sekarang, Raul Lemos.
Perkahwinan mereka ialah antara janda dan duda. Mereka bernikah pada 20 Mac 2011 di Masjid Sahid Nurul Iman.
Sebenarnya sebelum berkahwin lagi pun kedua-dua pasangan yang sedang berkasih itu telah menimbulkan kegemparan, kerana mereka tidak segan-segan berkucup di khalayak ramai di hadapan keluarga meddia Indonesia. Foto-foto mereka berkucup itu telah tersebar dengan luas pada tahun 2010.
Gelagak itu telah dikecam oleh masyarakat Indonesia kerana bercanggah dengan Islam, dan kegemparan meletus lagi bila Kris Dayanti memberitahu dia telah mengandung empat bulan sedangkan mereka baru sebulan berkahwin.
Perkahwinan Dari Britain
Sudah bertahun-tahun cerita mengenai perkahwinan Putera William dengan kekasihnya Kate Meddelton telah menjadi berita yang menarik bukan sahaja di Britain tapi juga di seluruh dunia yang terpukau dengan perkahwinan itu.
Perkahwinan ini menarik perhatian kerana William adalah bakal pewaris takhta kerajaan British selepas bapanya Charles
Putera William ialah putera kepada Charles Prince of Wale dan Diana Princes of Wales, cucu tertua kepada Raja England, Ratu Elizabeth II dan Prince Philip, Duke of Edinberg. Putera William pewaris takhta kedua selepas bapanya Charles.
Putera William akan melangsungkan perkahwinan dengan teman lamanya sejak di universiti, iaitu Kate Middeeton.
Sebagai kerabat diraja yang akan mewarisi singgahsana takhta kerajaan Britain acara perkahwinan mereka telah diatur dengan begitu rupa sekali.
Mengikut jadualnya pada 29 April 2011 pengantin diraja itu akan memunculkan diri mereka di balkoni Istana Buckingham dan akan berkucup di khalayak ramai, iaitu selepas mereka disahkan sebagai suami isteri.
Keluarga pengantin perempuan antara lain akan disertai oleh ayah Kate Michael dan ibunya Carole Middleton, sementara di pihak pengantin lelaki pula di antara yang hadir ialah, Ratu Elizabeth dan Putera Philip.
Di Malaysia
Membaca kedua cerita perkahwinan itu mengingatkan saya kepada beberapa peristiwa perkahwinan, antaranya kisah perkahwinan saya sendiri dan lain-lain perkahwinan serta sebuah kisah perkahwinan lucu yang saya angkatkan di sini untuk dikongsi bersama.
Kisah perkahwinan ini cerita agak lama. Pada suatu masa di sebuah kampung di pinggir bandar ada seorang pemuda yang pandir. Kerjanya menganggur. Masa itu dia masih ada ibu dan bapa. Walaupun pandir, tapi dia tidaklah terlalu bodoh, pakaiannya tidaklah comot sangat, dan baunya tidaklah hapak dan busuk. Hanya percakapannya sahaja tak menentu arah.
Hari-hari kerjanya merayap sekeliling kampung. Kalau ada seorang suruh buat kerja, dia buat, tak kira kerja apa. Panjat pokok kelapakah, cuci rumahkah, dia tak pilih kerja. Upahnya pun tak dikiranya. Tak beri upah pun tak apa, asalkan berikan dia makan.
Pada sautu hari, seorang keluarganya datang menemuinya meminta dia kahwin. Bakal pengantin perempuan sudah disediakan. Cantik dan jangak, anak orang kaya di kampung sebelah. Rumah batu gelugup besar di tepi jalan. Siapa tak kenal dengan orang kaya itu?
Mula-mula si Pandir [bukan nama sebenar] menolak, kerana katanya bagaimana nak kahwin, dia tak ada kerja, siapa nak beri makan isterinya nanti?
Itu tak penting, kata orang itu, asalkan dia bersedia untuk kahwin cukuplah. Bakal mertuanya seorang jutawan, tak perlu bekerja, dia tanggung semuanya.
Setelah digaya dan digaya, dipujuk dan dipujuk, maka akhirnya dia pun bersetuju untuk kahwin dengan anak orang kaya itu. Kedua ibu bapanya pun yang tak kurang juga pandirnya, tidak membantah, setidak-tidaknya anaknya Pandir ada juga isteri dan boleh tinggal di rumah besar mentuanya nanti. Ada kereta besar.
Dipendekkan cerita, pada suatu malam Pandir pun dinikahkanlah dengan gadis cantik yang tidak pernah dilihat dan dikenalinya itu. Selepas kahwin dia disuruh tinggal bersama mentuanya di rumah besar dua tingkat itu.
Tapi setiap malam dia hanya di suruh tidur sendirian di sebuah bilik tingkah bawah rumah itu. Sementara isterinya tidur di sebuah bilik lain di tingkat atas. Mereka tidur berasingan.
Kerana dia Pandir, dia pun tidak begitu tahu tentang soal nikah kahwin. Pada sangkanya begitulah cara hidup suami isteri untuk beberapa bulan yang pertama sebelum boleh tidur bersama.
Tapi makan dan minumnya ditanggung beres. Cuma dia tidak dibenar pergi ke mana-mana sendirian.
Pada suatu malam rumahnya ramai didatangi orang. Pandir diberitahu isterinya hendak beranak. Namun dia tidak dibenar menemui isterinya. Alasannya tak baik orang lelaki tengok orang perempuan beranak.
Dia pun masuk ke dalam biliknya dan duduk sendirian. Dia duduk di kerusi di depan tingkap yang terbuka, memandang keluar. Tidak lama kemdian dia mendegar suara bayi menangis, isterinya telah melahirkan anak.
Dia tidak juga bergerak. Dia membilang-bilang dengan jarinya, bermula dari jari kelingking dan berhenti di ibu jari.
“Eh!Eh!”, katanya sendirian, “baru lama ini kahwin dah dapat...dia tidur di bilik atas dan aku tdur di bilik ni, pun beranak juga..eh,eh pelik juga”.
Rupa-rupanya Pandir membilang masa perkahwinan, baru masuk lima bulan, dan dia telah dapat anak.
Dia tidak faham, dia sebenarnya jadi Pak Sanggup untuk menyelamatkan air muka keluarga kaya itu daripada malu, kerana anak gadis mereka telah dirosakkan oleh pemuda yang tidak bertanggugn jawab.
Sekurang-kurangnya anak yang dilahirkan itu boleh dibinkan si Pandir yang menjadi bapanya, kerana dia suami yang sah kepada gadis itu.
Si Pandir masih belum tahu, sebulan dua lagi, dia akan dikecek, diperdaya supaya mencerikan isterinya itu.
Pandir, hai Pandir!
Berapa ramai lagi orang-orang kita yang bersedia menjadi pandir dan dipandirkan oleh orang-orang atasan dan berada?
Diharap tak ada lagi. Sekian untuk sekadar renungan.
xxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment