Anda Ingin Wajah Yang Cerah
>> Sunday, February 26, 2012
KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU
ANDA INGINKAN WAJAH YANG CERAH?
Ada sesetengah orang walaupun bentuk mukanya cantik, dan dimakeupakn, tapi masih kelihatan suram, atau gelap tanpa sinar, kerana berbagai-bagai sebab, antaranya kerana terkena suluhan cahaya matahari.
Muka yang gelap suram, sudah tentu tidak dapat dikategorikan sebagai muka yang menarik.
Nenek moyang kita dahulu ada meninggalkan berbagai-bagai petua untuk menghilangkan kesuraman muka supaya kelihatan cerah berseri dengan menggunakan bahan-bahan asli.
Bedak Asli
Bahan-bahan yang diperlulan untuk mengamalkan petua ini ialah segenggam beras, sedikit ibu kunyit dan sedikit daun cermai.
Beras hendaklah direndam dalam air semalaman, kemudian toskan. Campur beras dengan daun cermai dan ibu kunyit, lalu diutumbuk atau digiling hingga menjadi bedak.
Sapukan bedak itu ke seluruh, muka iaitu setelah muka dicuci terlebih dahulu dengan air suam. Biarkan semalaman.
Pagi besok cuci muka juga dengan air suam sampai bersih. Insyallah jika petua ini diamalkan muka akan menjadi bertambah cerah, bersih, tidak berjerawat dan tidak juga berminyak.
Telur
Dalam hal ini telur digunakan untuk mengatasi muka yang berminyak.
Bahan yang diperlukan ialah sebiji putih telur, sebaik-baiknya telur ayam kampung dan sebiji limau nipis.
Masukkan putih telur itu ke dalam sebuah mangkuk, perahkan air limau nipis ke dalam telur itu, kemudian kacau hingga rata.
Sapukan bahan tersebut ke seluruh muka, pada waktu malam sebelum tidur, iaitu setelah muka itu dibersih terlebih dahulu, dan biarkan semalaman.
Pagi besok cucilah muka hingga bersih.
Cara ini juga dapat menghilangkan kesan hangus cahaya matahari di muka.
Cuka
Cuka boleh menghilangkan rasa sakit atau perit pada muka akibat terkena suluhan cahaya matahari.
Sapukan cuka pada tempat yang dibakar cahaya matahari itu. Ia boleh menghilangkan rasa perit kepanasan dan membuat anda merasa sejuk di tempat yang terbakar itu.
-----------------------------------------------Pohon kunyit yang banyak khasiat
Timun juga boleh digunakan untuk merawat muka akibat dek terbakar oleh cahaya matahari.
Bahan yang diperlukan ialah sebiji timun dan sedikit susu lembu hidup.
Ptotong timun nipis-nipis berapa potongan mengikut keperluan, dan rendamkan dalam susu lembu selama lima hingga enam jam.
Kemudian tampalkan potongan timun itu pada muka di tempat yang terbakar kena cahaya matahari itu.
Namun begitu, dari segi keruhanian pula ada sebab-sebab yang menjadi muka suram dan gelap, antaraya kerana amalan-amalan dosa dan maksiat yang sering dilakukan telah menutup pintu hati dan bertanggungjawab menggelapkan wajah seseorang Islam. Perkara ini pun tidak boleh diabaikan, malah cahaya keimanan itu hendaklah sentiasa dipupuk supaya sentiasa cemerlang dan gemilang.
xxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.
Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment