Kenapa Mukanya Berseri-seri?
>> Thursday, February 23, 2012
KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU
KENAPA MUKANYA BERSERI-SERI?
Wajahnya cantik, bentuk mukanya menawan, kulitnya licin, tapi tidak kelihatan berseri, seperti bulan kesiangan hari. Sebaliknya ada pula orang yang wjahanya tidak begitu cantik, tapi kelihatan bercaya dan berseri-seri.
Apakah rahsia yang menjadi amalannya? Datok nenek dahulu kita ada meninggalkan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mendapat muka yang berseri.
Namun begitu ada perbezaan antara wajah yang berseri dengan cahaya keimanan dengan wajah yang berseri kerana usaha-ussaha lahiriah semata. Anda boleh lihat perbezaan ini dengan jelas seri pada wajah orang kafir atau orang yang tidak bemoral dengan seri pada wajah orang Islam yang beriman
Daun Gelanggang
Ambil segenggam pucuk gelanggang besar, bersihkan kemudian masukkan ke dalam sebuah mangkuk. Curahkan sedikit air bersih sekadar yang perlu ke dalamnya.
Ramas-ramaskan daun gelanggang dengan air tersebut, lalu disapu ke seluruh muka. Biarkan kira-kira selama 10 minit, lepas itu bilas muka dengan air biasa.
Cara ini bukan sahaja menaikkan seri muka, tapi juga dapat menghilangkan panau.
Kunyit
Bahan-bahan yang diperlukan sedikit kunyit hidup, dan sedikit bedak sejuk.
Tumbuk kunyit sampai hancur, perah airnya ke dalam sebuah mangkuk yang telah diisikan dengan bedak sejuk sekadar yang perlu.
Gaul-gaulkan keduanya hingga rata, kemudian sapukan pada seluruh muka sebelum masuk tidur pada waktu malam.Kalau mahu boleh juga disapukan ke seluruh badan.
Biarkan semalaman, dan pagi besok cucilah muka atau badan hingga bersih.
Cara ini di samping dapat menaikkan seri muka, ia juga boleh melembutkan kulit muka anda.
Amalkan selalu, insyallah akan mendapat hasilnya.
Bunga Mawar
Bunga mawar sejenis bunga yang berbau lembut dan wangi, rupanya cantik dan dijadikan lambang cinta dan kasih sayang oleh manusia di seluruh dunia.
Bunga mawar yang wangi ini boleh digunakan untuk mengekalkan seri wajah seseorang, dan mnghalangnya daripada cepat dipengaruhi oleh kelarutan usia.
Caranya ialah dengan membiasakan diri memakan bunga mawar. Amalkan memakan sekuntum bunga mawar seminggu sekali untuk selama 40 minggu berturut-turut.
-------Wajahnya semanis mawar yang sedang berkembang menghiasi taman hati tercinta
Untuk tujuan itu sekuntum bunga mawar yang baru hendak berkembang, di mana kelopaknya masih belum terbuka habis, tanpa mengira warnanya, hendaklah dimakan pada waktu pagi.
Selepas 40 minggu mengamalkan petua ini, insyallah wajah anda akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri.
Telur
Telur memang mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan juga perawatan tradisional
A]
Sebiji telur ayam diperlukan, sebaik-baiknya telur ayam kampung. Pecahkan ke dalam sebuah mangkuk, dan pukul hingga rata.
Sapukan telur itu ke seluruh muka sebelum masuk tidur pada waktu malam. Biarkan semalaman. Pagi besok cucilah muka hingga bersih.
Amalkan petua ini sekali seminggu, ataupun dua minggu sekali untuk mendapat hasilnya.
B]
Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebiji putih telur ayam, sebaik-baiknya telur ayam kampung, dan sedikit tepung sagu atau jagung dan sebiji timun yang sederhana besarnya.
Pukul putih telur hingga kembang dalam sebuah mangkuk, dan campurkan dengan tepung sagu atau jagung, kacau hingga rata. Timun hendaklah diparuk dan disimpan dalam peti sejuk selama satu jam.
Kemudian sapukan adunan tersebut ke seluruh muka dan juga leher, sebaik-baiknya pada waktu malam sebelum masuk tidur.
Bila sudah disapu, lalu baring, dan pejamkan mata anda berihat, sementara menunggu sapuan itu kering. Bila terasa kering dan menerik, cucilah muka dengan air yang bersih.
Selepas itu sapukan pula muka anda dengan timun parut yang telah disimpan dalam peti sejuk itu.
Kemudian cucilah muka dengan air yang bersih.
Amalkan petua ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mendapat hasilnya.
Daun Petai
Ambil segenggam daun petai belalang, lurut dari pangkal tangkalnya dan masukkan ke dalam sebuah mangkok yang telah diisi dengan air secukupnya. Rendamkan ia semalaman.
Bagi besok gunakan air tersebut untuk mencuci muka.
Tapak Tangan
Tapak tangan kita juga boleh digunakan untuk menyegar atau menyerikan muka.
Caranya setiap kali bangun tidur pada waktu pagi, usapkan kedua belah tapak tangan anda ke seluruh muka, dari bawah naik ketas sambil membaca salawat kepada Nabi SAW.
Amalkan setiap hari insyallah dalam masa jangka panjang ia akan menimbulkan kesan.
Halia Dan Madu
Bahan-bahan yang diperlukan satu inci halia, dan satu sudu besar madu asli.
Halia hendakah ditumbuk, lalu diperah airnya ke dalam sebuah bekas, dan ditapis ke dalam sebuah gelas, masukkan madu dan kacau hingga rata. Minum di waktu pagi.
Cara ini juga dapat menghilangkan pucat muka.
xxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.
Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment