Kembara Maulid Rasul
>> Wednesday, February 8, 2012
KEMBARA MAULID RASUL
Sebagai umat Islam kami turut bersama-sama gembira menyambut Maulid Rasul, atau Hari Keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. sebagaimana dilakukan oleh umat Islam di di seluruh dunia dari sejak dahulu hingga sekarang. Rakan-rakan kami daripada luar negara, turut bersama berkongsi merayakan hari yang gembira itu.
Sahabat-sahabat kami dari luar negara itu, antaranya dari Indonesia, Turki, Afrika Selatan dan Switerland dengan gembira datang berkumpul bersama kami di negeru Selangor untuk tujuan yang mulia merayakan sambutan hari keputeraan Junjungan yang Mulia itu, antaranya mendengar sirah Rasulullah S.A.W., bersalawat ke atas Baginda S.A.W., mendengar kasidah-kasidah yang memuji-muji Baginda S.A.W. yang sinarnya membawa rahmat ke seluruh alam.
Dalam sirah itu membawa kami kepada lebih hampir kepada Rasulullah S.A.W., megenali Baginda S.A.W. dengan lebih dekat, akhlaknya, pergaulannya yang terpuji, ibadahnya, rupa parasnya, di mana segala sifat-sifat Baginda yang mulia itu wajib dijadikan azam oleh seluruh umat Islam untuk mengikuti dan mencontohinya yang akan membawa mereka kepada kebahagian dunia dan akhirat.
Di samping itu kami juga turut mengadakan lawatan beramai-ramai ke rumah-rumah sebahagian daripada sahabat-sahabat kami yang sempat dikinjungi di beberapa tempat di sekitar negeri Selangor, serta melafazkan salawat dan doa, semoga berbahagia di dunia dan juga di akhirat.
Semua ini meneguhkan lagi pertautan dengan Baginda S.AW., menyemarakkan lagi rasa mahabah, rasa silaturahim, di samping mengembangkan ketenagan dan kegembiraan di hati nurani kami yang tidak dapat kami gambarkan, sebagaimana tidak mampunya kami untuk menggambarkan keindahan suasana alam semula jadi di pesisir pantai yang damai yang bermandikan cahaya bulan yang terpancar lembut di langit biru dalam kerlipan ribuan bintang-bintang dan dikelubungi hembusan bayu malam yang lembut dan damai.
Sesungguhnya kami merasakan perayakan hari Keputeraan Baginda S.A.W. itu amat besar ertinya kepada seluruh umat Islam. Namu begitu, ianya tidak akan memberi apa-apa manfaat atau faedah, andainya perarakan-perakan dan penyediaan makan minum yang kita anjurkan itu tidak berjaya memberi ap-apa kesan atau bekas di hati kita. Maka dengan itu rugilah kita, kerana membiarkan peluang-peluang keemasan yang kita miliki berlalu begitu sahaja, sebagaimana berterbangnnya abu-abu di atas tunggul yang dihembus oleh angin kencang.
Mengikut cucu sulung kami beberapa hari menjelang sambutan Maulid itu diadakan, dia telah bermimpi dikunjungi oleh neneknya, Allahyarhmah, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] antara lain memberi ingatan supaya semua anak cucunya yang tinggal di ibu negara menyertai majlis yang mulia itu.
Sedangkan si kafir yang memusuhi Baginda S.A.W., Abu Lahab pun mendapat manfaat daripadanya sebagaimana terdapat dalam sebuah Hadis al-Bukhari yang bermaksud, Abu Lahab telah direngankan seksanya pada setiap hari Isnin kerana membebaskan hambanya Tsuwaibah yang memberitahu kepadanya tentang kelahiran Nabi Besar S.A.W.
Allah berfirman, “Dan tiadalah Kami [Allah] mengutus kamu [wahai Muhammad], melainkan untuk [menjadi] rahmat bagi semesta alam”.Al-Anbiya: 107.
xxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Ramat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmioni.
0 comments:
Post a Comment