Mencuci Muka Dengan Buah-buahan

>> Sunday, February 12, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



MENCUCI MUKA DENGAN BUAH-BUAHAN



Ada berbagai-berbagai cara dan bahan yang digunakan untuk mencuci muka, secara moden dan secara tradisional. Buah-buahan adalah merupakan sebahagian daripada bahan-bahan tradisional yang digunakan sebagai bahan pencuci muka.



Betik



Sebiji buah betik masak yang sederhana besarnya. Kupas kulitnya. Ambil kira-kira isi betik yang masak itu, lalu dihancurkan dengan ditumbuk atau dikisar.


Muka yang bersih, berhias dengan bibir yang mesra, alangkah indahnya di hati suami tercinta



Lumur atau sapukan betik hancur itu ke seluruh muka, dan biarkan selama kira-kira 10 minit. Kemudian cuci muka dengan air suam hingga bersih.



Buah betik masak sebagai bahan pencuci muka sesuai untuk semua jenis muka.



Nenas



Sebiji buah betik masak, kupas kulitnya, potong nipis-nipis dalam bentuk melintang. Ambil sekadar yang perlu.



Tampalkan potongan nenas itu pada muka dan biarkan kira-kira selama 10 minit.



Kemudian cuci muka dengan air sejuk hingga bersih.



Tembikai



Sebiji tembikai atau timun cina, ambil kulitnya, iaitu selepas isinya diambil untuk dimakan. Potong kulit timun itu mengikut cara yang sesuai dan sebaik-baiknya.



Gosok-gosokkan bahagian dalamnya ke seluruh muka, kemudian cuci muka dengan air yang bersih.



Tembikai sebagai pencuci muka, sesuai untuk muka jenis kering.



Demikianlah tembikai, selain daripada isinya boleh dimakan, kulitnya juga berguna untuk menjaga kesihatan.



Limau Nipis



Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebiji limau nipis dan sebiji telur ayam, sebaik-baiknya telur ayam kampung.



Limau nipis dipotong, diperah airnya ke dalam telur ayam yang telah dikocak atau dipukul, kacau-kacaukan kedua-duanya hingga rata.



Untuk dijadikan “musk”, lumurkan bahan tersebut ke seluruh muka secara nipis. Biarkan ia kering, kemudian ulangi lagi sebanyak empat atau lima kali. Biarkan ia kering.



Telur yang banyak khasiat, berguna juga untuk menjaga kecantikan



Selepas itu cucikan muka dengan air suam, kemudian bilas dengan air sejuk.



Cara ini sesuai dengan mka yang berminyak.



Ibu Kunyit



Bahan yang diperlukan setongkol ibu kunyit, dan sebiji telur ayam, sebaik-baiknya telur ayam kampung, ambil yang kuningnya sahaja.



Parut atau tumbuk ibu kunyit hingga hancur, campurkan dengan kuning telur di dalam sebuah mangkok, gaulkan kedua-duanya hingga rata.



Kemudian sapukan bahan itu ke seluruh bahagian muka pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan ia semalaman, dan keesokan paginya cucilah muka dengan air sejuk hingga bersih.



Bagi wanita yang bersuami, sewajarnya memberitahu suaminya terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan tersebut, supaya tidak menganggu keinginan malam suaminya.



Timun



Yang diperlukan ialah sebuah timun atau mentimun muda yang sederhana besarnya. Timun itu hendaklah diparut.



Lumurkan parutan itu ke seluruh muka pada waktu malam sebelum masuk tidur. Biarkan ia semalaman.



Pagi keesokan harinya, cucilah muka hingga bersih.



Madu



Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebiji kuning telur, sebaik-baiknya telur ayam kampung, dan sesudu teh madu. Campurkan keduanya, dan pukul hingga rata,



Bersihkan muka, kemudian sapukan dengan bahan tersebut ke seluruh muka, dan biarkan ia kering.



Kemudian cucui muka denga kain kapas yang dicelup ke dalam air suam. Bila bersih, keringkan muka dengan kertas tisu atau menggunakan tuala yang lembut.



Amalkan dua kali seminggu untuk memperolehi hasil yang memuaskan. InsyaAllah.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP