Rahsia Kecantikan Di Hujung Jari Anda

>> Thursday, February 9, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU


RAHSIA KECANTIKAN DI HUJUNG JARI ANDA




“Setiap wanita hendaklah sentiasa ingat, bahawa kecantikan yang mereka miliki itu merupakan kurniaan Allah dan bukanlah merupakan anugerah yang kekal abadi di sepanjang hayat seseorang, kerana ia pasti akan luntur ditelan usia yang sentiasa berlalu hari demi hari, sebagaimana runtuhnya tebing-tebing sungai dihakis oleh air yang sentiasa mengalir deras menuju ke hilir”.



Walaupun semua wanita kelihatan cantik dan menawan, tapi degri kecantikan itu tidaklah sama antara satu bangsa dengan satu bangsa, demikian juga di antara seorang dengan seorang wanita, kerana setiap bangsa dan setiap orang mempunyai keunikan masing-masing yang tersendiri.



Adakah anda ingin jadi secantik Wirdana?



Demikian juga dengan citarasa kecantikan yang dimiliki oleh seseorang lelaki berbeza antara seorang dengan seorang; kerana itu ada wanita yang tidak diperkenan di mata seorang lelaki, tapi sebaliknya ia amat digemari dan dipuja oleh lelaki yang lain.



Itulah rahsia kebijaksanaan Allah dalam penciptaan Nya. Mata sahaja sama bulat, tapi pandangannya berbeza. Rambut sahaja sama hitam, tapi hati tidaklah serupa. Masing-masing ada pilihan yang tersendiri.



Walau bagaimana pun kecantikan itu amatlah berharga, khususnya kepada kaum wanita yang menjadi paksi kehidupan ini, di mana kebiasannya kaum lelaki sanggup berkorban kerananya, berkorban untuk orang yang dikasihi sebagai kekasih atau isteri tersayang.



Walaupun setiap wanita mempunyai daya penarik masing-masing, seperti bunga-bungi yang berkembang semerbak mewangi menarik berbagai-bagai jenis serangga untuk menikmati kemanisan dan keharumannya yang semerbak mewangi.



Setiap wanita hendaklah sentiasa ingat, bahawa kecantikan yang mereka miliki itu merupakan kurniaan Allah dan bukanlah anugerah yang kekal abadi di sepanjang hayat seseorang, kerana ia pasti akan luntur ditelan usia yang sentiasa berlalu hari demi hari, sebagaimana runtuhnya tebing-tebing sungai dihakis oleh air yang sentiasa mengalir deras ke hilir.



Namun begitu, jika mereka rajin berusaha, kelunturan wajah itu akan dapat diperlahankan walaupun masa terus berjalan, walaupun tidak dapat dicegah sepenuhnya, sedangkan perubahan itu merupakan hakikat kejadian Allah untuk menuju kesempurnaan yang abadi.



Hanya yang akan kekal dan abadi ialah kecantikan dalaman, keindahan keruhanian, keimanan, ketakwaan yang akan terus berada pada diri seseorang dari dunia hingga ke akhirat. Justeru itu di samping mementingkan kecantikan lahir, kita wajib mementingkan keindahan keruhanian mengikut garis-garis yang telah ditentukan oleh syariat untuk menjamin kebahgian hidup kita di dunia dan akhirat.



Walau bagaimana pun setiap wanita perlu menjaga kecantikan lahiriahnya, supaya sentiasa dipandang cantik oleh suami yang tercinta, supaya hati suami anda sentiasa berdetak setiap kali dia melihat wajah isterinya yang sentiasa menjadi kenangan dan ingatan. Bercinta di dunia, bercanda di akhirat.



Itulah perlunya anda menjaga kecantikan anda untuk mengikat hati suami anda supaya berkekalan dan tidak tersilau matanya dengan pandangan-pandangan yang tidak wajar di dunia luar sana.



Di samping cara-cara moden yang banyak terdapat sejak ke belakangan ini untuk menjaga kecantikan kaum wanita, ada juga ilmu-ilmu yang digali dan perlu digali daripada warisan perbendaharan nenek moyang kita sejak zaman berzaman mengenai kejelitaan wanita.



Rahsia-rahsia tradisional ini dapat melahirkan cita rasa yang mempesonakan di bidang kecantikan, baik mengenai seni tatarias dan juga seni jaga badan untuk menjaga kejelitaan, tegasnya untuk awet muda yang merupakan sebahagian kecil daripada gedung pusaka warisan nenek moyang kita yang amat berharga itu.



----------------------------------------------------------------------Atau secantik Ogy?



Segala bahan yang digunakan untuk menjaga kejelitaan itu merupakan bahan-bahan tradisional yang mudah diperolehi dalam kehidupan seharian kita, tanpa menimbulkan keraguan tentang halal atau haramnya, seperti yang sering berlaku terhadap bahan-bahan kecantikan yang terdapat di pasaran hari ini.



Kebanyakan bahan-bahan itu merupakan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan masakan yang kita gunakan di dapur setiap hari, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah ratus dan sebagainya yang semuanya mudah diperolehi dan tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar.



Tegasnya rahsia kecantikan itu hanya terdapat di hujung jari anda, tinggal lagi anda rajin atau tidak untuk menggunakan jari-jemari anda yang cantik itu untuk berusaha membongkar rahsia-rahsia kekayaan asli dan menikmati sepenuhnya rahmat Allah yang terdapat di mana-mana sahaja itu.



Seseorang wanita yang dianugerahkan dengan kejelitaan sejak dilahirkan ke dunia, haruslah bersyukur dengan anugerah itu, dan di samping itu ianya perlu dijaga supaya permata kejeitaan itu tidak mudah luntur warnanya sebelum tiba ketikanya yang wajar, dan tempoh kejelitaan itu dapat diperlanjutkan dengan ilmu warisan nenek moyang kita itu.



Galilah rahsia-rahsia tersebut di mana-mana sahaja, dan insya-Allah kami juga akan berusaha mengemukakan sebahagian kecil daripadanya untuk dikongsi bersama, semoga memberi manfaat jua kepada kita semua.



Namun begitu kecantikan dalaman, keindahan keruhanian yang tidak ternilai harganya itu perlu sentiasa dijaga, kerana kecantikan lahiriah sahaja yang tidak digandingi dengan keindahan keruhanian tidak akan memberi apa-apa makna, dan hanya akan hancur berkecaian di sisi masa yang terus berjalan sehingga dijemput Allah S.W.T. ke pangkuan Nya.



Sampai ketemu lagi.Insya-Allah.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP