Aduhai!Mukanya Licin Macam Telur Dikupas

>> Wednesday, February 15, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



ADUHAI! MUKANYA MACAM TELUR DIKUPAS



Orang-orang tua kita dahulu, jika melihat muka seorang yang cantik dan halus licin, mereka akan berkata, “Mukanya licin, macam telur dikupas”.



Anda tentu pernah melihat telur masak rebus yang telah dibuang atau dikupas kulitnya, bagaimana gebu dan licinnya telur itu kelihatan. Licin dan cantik di mata suami.



Untuk mendapat muka yang licin seperti telur dikupas mesti diusahakan, dan ia tidak diperolehi begitu sahaja, kerana wajah kita sering terdedah kepada alam sekitar dan mungkin terpengaruh dengannya sebagaimana alam sekitar terpengaruh dengan cuaca.



Ini ada beberapa petua untuk memperolehi kulit muka yang licin secara tradisional yang boleh dicuba oleh wanita, khususnya mereka yang mempunyai suami atau berhasrat untuk mendirikan rumahtangga.



Tomato



Sebiji tomato [terung masam] yang cukup masak, dibelah dua.



Gosok-gosok bahagian dalam belahan tomato itu secara perlahan-lahan ke seluruh bahagian muka anda, mulai dari dagu dan naik ke atas. Kemudian gosok-gosokkan juga di bahagian leher anda.



Biarkan selama kira-kira 15 minit, kemudian bersihkan muka anda,



Amalkan selalu, insyallah kulit muka anda akan menjadi licin seperti terlur dikupas.



Ubi Kentang



Ubi kentang baik untuk melicinkan muka yang menggerutu ataupun bertompok-tompok hitam.

Kentang selain berguna sebagai makanan, juga berkhasiat untuk menjaga kecantikan.



Anda memerlukan sebiji ubi kentang, kupas kulitnya dan diparut. Kemudian lumur atau sapukan parutan kentang ke seluruh muka anda, baik weaktu malam ataupun siang, sebagaimana anda menggunakan bedak sejuk.



Biarkan selama kira-kira 150 minit, kemudian dicuci hingga bersih.



Amalkan selalu insyallah berjaya.



Tepung Sagu



Anda memerlukan 2 sudu teh tepung sagu, letakkan ke dalam sebuah mangkuk, masukkan ke dalamnya sedikit air panas, dan hancurkan.



Kemudian sapukan adunan itu ke muka anda, setiap malam, sebelum masuk tidur, dan biarkan semalaman.



Pada keesokan pagi muka hendaklah dibersihkan.



Bawang Merah



Cara ini memerlukan 5 ulas bawang merah dan sedikit madu.



Kupas kulit bawang merah, tumbuk sampai hancur, kemudian masukkan ke dalam sebuah bekas, dan campurkan dengan madu lebah secukupnya. Pukul kedua-dua bahan tersebut menjadi sebati sebagai satu adunan.



Sapukan adunan itu ke seluruh muka anda pada waktu malam, sebelum masuk tidur,dan cucilah muka pada pagi keesokan harinya.



Sebaik-baiknya anda melakukanya selama 7 malam berturut-turut pada setiap kali anda mengamalkannya petua ini.



Limau Nipis



Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 biji limau nipis yang matang dan banyak airnya dan sedikit tepung beras.



Masukkan tepung beras ke dalam sebuah mangkuk, potong limau nipis dan perahlah air limau itu ke dalam tepung gandum tadi.



Kacau-kacaukan kedua-dua adunan itu hingga rata, dan sapukan ke seluruh muka pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan semalaman, dan pagi keesokan harinya cucilah muka dengan air suam, kemudian dibilas dengan air biasa yang bersih.



Sekiranya terdapat luka-luka pada muka anda, ini boleh menyebabkan anda merasa pedih bila terkena air limau nipis.



Lobak Merah



Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebatang lobak merah, satu sudu tepung jagung, dan satu biji telur merah, sebaik-baiknya air kampung.



Parut lobak merah, letak dalam sebuah mangkuk, masukkan satu sudu tepun jagung tadi, dan masukkan sebiji telur merah tadi. Adun atau kacau semua bahan hingga sebati atau rata.



Kemudian sapukan adunan itu ke bahagian tertentu pada muka, iaitu bahagian yang diperlukan, dan biarkan kira-kira selama 15 minit.



Kemudian bersihkan muka dengan air, dan seterusnya lapkan muka hingga kering.



Amalkan selalu, insyallah muka anda akan menjadi licin, dan segala garis-garis kematangan juga akan hilang.



Jambu Batu



Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebiji jamu batu [jambu biji/jambu butir banyak] yang masih muda dan sedikit kemenyan.



Asahkan jambu itu pada canai atau alat-alat lain yang berkerasak, kemudian asahkan kemenyam di dalamnya untuk memperolehi adunan yang pekat.



Kemudian sapukan adunan itu ke seluruh muka anda, dan birakan kira-kira selama 15 minit, selepas itu hendaklah dicuci dengan bersih.



Di samping melicin kulit muka, ia juga dapat menghilangkan jerawat pada muka.



Amalkan selalu, insallah, berjaya.



Limau Kasturi



Bahan-bahan yang diperlukan ialah beberapa biji limau kasturi masak dan sebatang timun.



Potong limau kasturi dan perahkan airnya ke dalam sebuah mangkuk, timun hendaklah ditumbuk hancur dan letak dalam bekas yang berasingan.



Mula-mula sapukan air limau kasturi kepada seluruh muka, biarkan selam kira-kira 5 minit, kemudian sapukan timun yang ditumbuk itu di atas sapuan air limau itu.



Biarkan selama kira-kira 15 minit, kemudian cuci muka hingga bersih.



Tapi hati-hatilah, kiranya pada muka anda terdapat luka-luka, ia boleh menyebabkannya merasa pedih atau sakit bila terkena air limau kasturi.



Halia



Halia juga berguna untuk melicinkan kulit muka. Caranya ialah dengan menjadikan halia muda sebagai sebahagian daripada bahan ulaman anda, ketika anda makan nasi, seperti memakan ulam-ulaman yang lain juga.



Biasakanlah memakannya, selain daripada melicinkan kulit muka anda, ulam halia juga dapat menjadikan muka gebu, dan mencegah daripada dinaiki jerawat.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



2 comments:

ummi July 30, 2015 at 7:05 AM  

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik sekali. Tips Kulit Gebu

Aisyah Ghazi January 13, 2016 at 11:08 AM  

Pengisian yang menarik. Boleh lah try ni nnti. Mungkin cara2 tradisional lg berkesan dri produk2 di luar sne. Anyways, jemput datang tgk blog i untuk tips dan info kekal cantik dan slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi! ( boleh ubah) <<<

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP