Etiket Seorang Gadis Di Rumah Tangga
>> Monday, February 20, 2012
ETIKET SEORANG GADIS DI RUMAH TANGGA
Anda seorang wanita. Masih belum kahwin, belum berumah tangga, dan masih suci, maka ertinya anda seorang gadis lahir dan batinnya.
Ada di antara anda masih bersekolah, masih menutut, dan ada di antaranya masih tinggal bersama keluarga, dan sebaliknya ada pula yang tinggal bersama-sama kawan-kawan di rumah-rumah sewa atau di asrama-asrama.
Ada di antara anda telah bekerja, tapi masih tinggal bersama ayah dan bonda, dan ada juga yang menyewa dan tinggal bersama dengan kawan-kawaan kerana tempat tinggal keluarga anda jauh daripada tempat anda mencari rezeki, seperti di ibu negara, sedangkan ibu bapa anda berada di Kelantan.
Walau bagaiamanpun, baik sebagai seorang gadis yang sedang belajar atau sedang bekerja, baik tinggal berjauhan dengan ibu bapa, dan lebih-lebih lagi tinggal bersama-sama mereka, sepatutnya telah menerima pengajaran dan pendidikan yang cukup bukan sahaja sebagai seorang gadis yang akan menjadi seorang wanita nanti, tapi juga yang pentingnya sebagai seorang hamba Allah.
Orang tua anda sebagai orang yang bertanggungjawab sudah tentu mengsuh dan mendidik anda supaya menjadi seorang anak yang menghromati mereka sebagai ibu bapa, dan mendengar dengan hormat segala nasihat-nasihat mereka yang berguna.
Mereka juga sudah tentu mendidik anda menghoramti oang-orang yang lebih tua, datok nenek anda, abang dan kakak anda, malah menghormati sesiapa sahaja dengan sewajarnya, serta melayan dengan baik dan mesra orang yang lebih muda, adik-adik dan anak-anak saudara anda sebagai seorang yang berbudi bahasa.
Hasil dari didikan orang tua anda yang bijaksana, anda adalah seorang gadis yang mempunyai pemikiran yang luas, yang terbuka, sentiasa bersedia menerima pendapat-pendapat dan buah fikiran orang lain yang berguna demi untuk memajukan diri anda menjadi seorang manusia yang beriman dan bertakwa, menjadi seorang Muslimah dalam erti kata yang sebenarnya.
Anda sentiasa bersedia untuk mempertingkatkan diri anda sebagai seorang Msulimah, baik dari lahir dan batinnya dengan proses pembelajaran dan pemahaman dan melaksanakannya demi mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan anda sejajar dengan peningkatan usia anda yang dari masa ke masa.
Anda adalah seorang anak gadis yang sentiasa menjaga nama baik anda dan sekali gus menjaga nama baik kedua orang tua anda dan juga keluarga anda seluruhnya. Anda tidak rela nama baik mereka terconteng akibat perbuatan-perbuatan anda yang tidak bermoral, melakukan kerja-kerja yang tidak beradab sopan, dan melanggar batas-batas sosila, apa lagi melanggar perintah-perintah agama.
Kerana itu anda adalah termasuk seorang anak gadis yang suci yang tidak terpedaya oleh bisik-bisikan syaitan untuk melakukan kerja-kerja terkutuk yang tidak bermoral yang boleh meruntuhkan seluruh mertabat anda dan keluarga anda yang dipandang tinggi dan mulia sebagai manusia beradab dan beragama.
Justeru itu anda mengelak daripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan anda ke dalam lubuk petaka yang boleh mengaibkan dan merosakkan seluruh kehidupan anda dan keluarga anda, malah merosakkan keimanan anda, seperti terlibat dalam aktiviti-aktiviti maksiat, dadah, sosial bebas dan sebagainya.
Sebaiknya ayah dan ibu anda bukan sahaja memberi pendidikan formal di sekolah, tapi juga mengajar anda dengan perkara-perkara penting berhubung dengan urusan ruahtangga, sebagai bekalan kepada anda suatu masa nanti di kala mana anda menjadi seorang isteri dan ibu.
Sebagai seorang wanita, anda sudah tentu tahu ilmu urusan rumahtanga, masak memasak, menjaga anak, melayan suami dan seumpamanya yang kelak akan berguna kepada anda bila anda mendirikan rumahtangga anda sendiri nanti.
Belajar ilmu memasak bukanlah ilmu kuno pada zaman moden ini. Malah ilmu yang mesti dipelajari oleh setiap wanita, tanpa mengira pangkat dan darjat, walaupun mereka mempunyai babu dan jungus yang akan mengurus rumahtangga mereka.
Janganlah anda lupa bahawa, kepada seorang lelaki yang bernama suami, masakan yang paling sedap kepadanya ialah masakan dari air tangan isterinya sendiri, di samping ibunya yang dicintai. Justeru walaupun anda mempunyai bibik, sekali sekali anda perlu juga masuk ke dapur sendiri untuk menyediakan sarapan kepada suami dari hasil tangan anda sendiri untuk dijadikan kenangan-kenangan manis nanti.
Tapi andainya anda tidak diajar oleh orang tua anda dan anda pula tidak ingin belajar, bagaiamana anda hendak melakukannya nanti?
Sebagai seorang gadis Islam anda telah dididik dan diajar tentang amalan-amalan yang sunat dan wajib, kerana itu anda selalu tekun menunaikan solat, baik solat wajib atau solat sunat dan sentiasa berusaha mempertingkatkannya. Solat itu tiang agama, kalau ditinggalkanya, dengan apa iman dan agama hendak ditegakkan?
Selain daripada solat, anda juga berpuasa, bukan sahaja puasa wajib di bulan Ramadan, tapi juga puasa-puasa sunat demi mencari keredaan Allah SWT.
Demikianlah yang ditunjukajarkan oleh kedua orang tua anda yang beriman dan bertakwa yang sentiasa berusaha untuk berada bersama-sama dengan keluarga mereka di rumah sebanyak mana yang mungkin walaupun terlau sibuk dengan urusan-urusan mereka sendiri.
Sewaktu berada di rumah, walau bagaimana sibuk sekali pun, anda hendaklah sentiasa memabca kitab suci al-Quran, meneyediakan masa yang khusus untuk membaca al-Quran, dan cuba menghafal dan memahami al-Quran yang amat besar gunanya itu.
Malah bukan sahaja kepada kaum ibu, tapi semua orang Islam mestilah rajin membaca al-Quran, di mana sahaja mereka berada, khususnya di rumah sendiri.
Membaca al-Quran itu bukan sahaja dikurniakan pahala oleh Allah, malah juga memberi banyak faedah kepada pembaca-pembacanya, baik dari segi ruhani atau jasmaninya, seperti dapat menenanangkan perasaan dan jiwa, menghilangkan stres dan menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit lahir dan batin.
Selain memabca al-Quran, anda juga sudah tentu dilatih dan didorong membaca sejarah wanita-wantia Islam yang termasyur, untuk difahami dan dicontohi peribadi mereka yang mulia itu, termasuk segala usaha mereka memberi sumbangan kepada agama Islam.
Anda juga arif dalam memilih teman dan kawan. Anda sedar bukan semua orang yang anda kenali dan boleh diharap dan dijadikan kawan setia. Malah ada di antara mereka yang tidak boleh dibawa ke rumah, apa lagi dibawa masuk ke dalam rumah. Kedua-dua orang tua anda tentu arif dalam perkara ini dan mengajar anda mengenainya.
Anda hendaklah mematuhi nasihat kedua orang tua anda jika mereka memberi wejengan kepada anda supaya tidak berkawan dan membawa balik ke rumah kawan yang memang tidak baik akhlaknya, kerana kejahatan dan keburukan itu amat cepat berkembang pengaruhnya dengan tipu daya syaitan.
Kalau kita berkawan dengan orang yang tidak baik, yang rosak akhlaknya adalah dibimbangi kita akan terpengruh dengan kebejatan mereka. Perkara ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW. dengan sabdanya yang bermaksud, “Perumpamaan teman yang jahat itu seperti tukang besi. Tukang besi boleh membakar rumahmu, pakaianmu atau kamu dapati daripadanya bau yang busuk”.
Orang-orang tua kita pula berkata, “Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit”.
Ada wanita yang kehilangan harta bendanya yang berharga, kerana membawa balik ke rumah kawannya yang disangka baik, kemudiannya menjadi pencuri dan mencuri harta bendanya.
Ada wanita yang kehilangan suami yang tercinta, kerana merelakan kawannya yang disangka baik keluar masuk ke rumahnya tanpa sekatan yang telah tergamak menggoda suaminya.
Ada wanita yang asalnya hidup aman dan harmoni di samping suami, tapi kemudiannya bersengketa dengan suaminya dan menjadikan rumah tangga mereka medan persengketaan, kerana termakan hasutan temannya yang sering dibiarkan masuk ke rumah dan membuat berbagai-bagai rupa fitnah dan hasutan untuk mencetuskan kebencian antara dia dan suaminya.
Ada wanita yang kehilangan harta benda, maruah dan harga diri di bawah pengaruh sihir yang dikenakan oleh kawannya yang disangka baik yang sering masuk keluar rumahnya.
Oleh itu berhati-hatilah untuk mengajak kawan-kawan bertandang atau masuk ke rumah anda, terutama ketika keluarga anda tidak ada di rumah bersama dengan anda, kerana ia boleh menimbulkan fitnah, terutama mereka yang sudah terkenal dengan keburukan dan kemerosotan akhlaknya.
Demikianlah beberapa perkara penting yang telah ditunjukajar oleh kedua orang tua anda kepada anda untuk dijadikan bekalan hidup sebagai seorang Muslimah demi meraih kebahagian dunia dan akhirat yang kekal dan abadi.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mereka tidak akan melupakan semuanya itu dalam menyuntik pelajaran dan pendidikan kepada anda secara formal dan tidak formal yang akan membentuk anda menjadi seorang manusia berperibadi Muslim.
Sungguh malang sekali, andainya sebagai ibu bapa mereka melupakan niai-nilai keruhanain dalam memberi pendidikan kepada anda, dan mereka hanya mementingkan pendidikan akademik semata-mata untuk melayakkan anda mendapat kerja dan jawatan yang tinggi di belakang hari nanti.
Sedangkan ketinggian dunia ini semuanya akan ranap dan runtuh dan tidak berharga bila tiba masanya nanti bila mana anda terpaksa kembali ke sisi Allah, dan yang akan terus kekal dan abadi hanya kekayaan dan ketinggian keruhanian yang akan menuruti bersama anda ke dunia yang kekal dan abadi itu.
Kita mencari dunia dengan mengejar akhirat, bukan meninggal akhirat mencari dunia.
xxxxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.
Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment