Menggebu Dan Menerik Muka

>> Tuesday, February 21, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



MENGGEBU DAN MENERIK MUKA



Bila terpandang wajah seorang wanita yang gebu dan terik, tanpa kendur dan kedut-kedut, sebagai seorang wanita anda tentu tertanya- tanya apakah rahsianya, kerana bukan semua wanita memiliki ciri-ciri muka seperti itu?



Keadaan muka yang gebu dan terik adalah sebahagian daripada ciri-ciri muka seorang wanita yang cantik dan menawan.



Ini sudah tentu ada rahsia-rahsia yang menjadi amalan untuk memiliki muka seperti itu, dan orang-orang tua kita juga tidak ketinggalan memilikinya. Kita buka di sini sedikit sekadar yang mampu untuk dikongsi bersama.



MENGGEBU MUKA



Timun



Untuk tujuan ini sebiji timun diperlukan. Hiris atau potong timun itu nipi-nipis, kemudian gosok-gosokkan ke seluruh muka dengan hirisan timun itu, terutama pada kedua belah pipi.



Biarkan seketika sehingga getah timun itu kering, lalu dipotong lagi sekeping, dan sapu sekali lagi ke muka. Ulangkan sebanyak tiga kali.



Kemudian bersihkan muka dengan air.



Buatkan selalu sebagai satu amalan, insyallah muka akan kelihatan gebu dan licin.



Di samping itu ia juga dapat menghilangkan bintik-bintik yang mungkin terdapat pada muka.



Serbuk Teh



Bahan yang diperlukan ialah dua sudu besar serbuk teh. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk, tuangkan air panas yang sedang mendidih ke dalamnya.



Kemudian letakkkan muka kepada wap yang sedang terbang naik dari mangkuk teh itu.



Anda Impikan Wajah Seindah Ini. Gambar hanya hiasan.



Sementara itu urutlah muka perlahan-lahan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan secara berpusar-pusar dari pipi terus ke telinga. Urut pula dahi menghala ke tepi rambut, dan urut leher menghala ke dagu dan terus ke bawah mulut.



Susu Lembu



Bahan yang diperlukan ialah susu lembu segar secukupnya, dan sebiji timun.



Masukkan susu lembu ke dalam sebuah mangkok. Timun diparut, lalu diperah airnya ke dalam susu lembu itu, kacau-kacu hingga rata dan jerangkan hingga mendidih di atas api yang kecil. Angkat dan sejukkan.



Sapukan bahan tersebut pada seluruh muka pada waktu malam sebelum masuk tidur, dan biarkan semalamam. Pagi besok cucilah muka hingga bersih.



MENERIK MUKA



Ini ada beberapa petua lama yang boleh dicuba untuk menerikkan muka, supaya tidak lekas berkerut atau berkedut.



Telur



Sebiji telur ayam, sebaik-baiiknya telur ayam kampung. Pecahkan dan masukkan isinya ke dalam sebuah mangkok, lalu dipukul sampai sebati.



Kemudian sapukan telur itu ke seluruh muka setelah mata ditutup terlebih dahulu dengan kain kedap udara.



Biarkan kira-kira selama 15 minit, dalam keadaan anda berbaring dan rihat. Selepas itu bersihkan muka dengan air suam.



Amalkan selalu, insyallah muka akan menjadi terik dan menawan.



Kanji



Bahan-bahan yang diperlukan ialah setengah cawan kanji dan sedikit kayu manis. Sedikit perahan air limau nipis.



Masukkan kanji ke dalam sebuah periuk, dan masukkan air secukupnya, lalu dimasak, sambil mengacau-bgacaunya supaya tidak jadi bertongkol. Bila kanji itu masak dan pekat sedikit, angkat dan sejukkan dalam sebuah bekas.



Asahkan kayu manis dengan sedikit air yang bersih, kemudian masukkan air asahan itu ke dalam kanji tadi dan kacau-kacaukan hingga rata.



Sapukan bahan tersebut ke seluruh muka. Biarkan selama kira-kira 15 minit, lalu bersihkan muka dengan air yang telah dicampurkan dengan sedikit air limau nipis.



Cara ini bukan sahaja dapat menerikkan kulit muka, tapi juga boleh melicin dan melemubtkan muka seperti beledu, di samping itu ia juga dapat menghapuskan garis-garis kematangan yang baru muncul di wajah.



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.


Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP