Islam Dan Perdamaian Dunia

>> Tuesday, March 6, 2012


ISLAM DAN PERDAMAIAN DUNIA

Kita hidup dalam zaman revolusi yang terbesar, dan serentak itu juga, kita berada pada titik yang paling gawat dalam sejarah kemanusiaan. Di dalam bidang sains dan teknologi, kejayaan-kejayaan yang pesat telah pun dicapai, begitu pesatnya, sehingga kebijaksanaan manusia telah mengatasi bahagian-bahagian asasi mereka sendiri, iaitu masa, ruang dan kesahajaan. Malah, dengan adanya kemajuan fikiran di bidang sains, maka konsep kita mengenai kebijkasanaan itu pun sedang mengalami perubahan. Teori nisbi menyarankan cara yang baru memandang alam semesta.



Sains telah membolehkan manusia menguasai termonuklear, dan juteru itu meningkatkan lagi kemungkinan perang nuklear, dan jika ia dilepaskan, akan mengakibatkan pupusnya umat manusia dari planet ini. Sesungguhnya ia mengandungi problem yang serius, iaitu begaimanakah caranya untuk mencegah bencana besar yang tidak tergambarkan itu.



Sebenarnya, kekuasaan manusia terhadap alam semula jadi telah memberikan rasa keunggulan mengatasi kekuatan-kekuatan yang terkandung di sekitarnya, tapi kekuasaan itu tidak membolehkan manusia cukup maju dari segi moralnya dan juga jiwanya untuk menguasai momok sains dan teknologi. Tanpa penerangan jiwa dalam batinnya, manusia dapat menimpakan bencana pada diri mereka sendiri dengan bom haidrojan ciptaannya itu. Sejarah memberitahukan kepada kita, bahawa kuasa tanpa pandangan jauh ke depan cenderung untuk merosakkan akhlak manusia, dan membuat mereka menjadi bengis dan kejam.



Dua ideologi raksaksa, Rusia dan Amerika, sedang berperang dingin dalam bidang ideologi untuk menakluk fikiran umat manusia, lelaki dan wanita di seluruh dunia. Dengan cara ini mereka berpendapat mereka boleh menawan antara satu sama lain tanpa kekerasaan fizikal, atau mengambil jalan perang nuklear, yang akan menyebabkan kedua-duanya, baik kalah atau menang, tida akan hidup.



Kebanyakan orang yang cintakan perdamaian, yang berfikiran muhibah, baik di Timur mahupun di Barat, kepada mereka situasi ini, penuh dengan ancaman-ancaman bahaya. Orang-orang seperti ini berjuang dengan nekad untuk mencari suatu jalan penyelesaian yang dapat menjamin perdamaian yang utuh dan abadi di dunia, dan mebuat sains dan teknologi sebagai jalan-jalan untuk melanjutkan kebahagiaan dan kemakmuran, dan bukannya membuat kedua-duanya sebagai alat-alat pembinasaan.



Pertarunagan Timur Dan Barat



Dilemma simpel yang dihadapi oleh kedua-dua blok itu adalah sebagai berikut. Blok yang mendasarkan falsafahnya di atas fahaman sosialis yang atheis atau tidak bertuhan menyentak daripada pengikut-pengikutnya asas-asas moral yang amat penting pada seluruh hidup dan kebenaran. Justeru itu ia tidak dapat memberi sesuatu asas kepada persatuan antarabangsa, untuk perdamaian dan persefahaman, kerana ia gagal memenuhi hasrat batin manusia untuk mencapai kepuasaan rohani.



Berhubung dengan blok Barat pula, kita bertemu dengan pertarungan yang sengit dalam agama Kristian. Untuk kemajuan kebendaan dan kemakmuran, agama Krsitian bergantung sepenuhnya kepada sains, teknologi dan lojik. Kepercayaan dalam agama Kristian berdasarkan dogma dan tahayul. Justeru itu ia bercanggah dengan sains dan lojik, dan andainya dunia Barat berpegang secara mutlak kepada prinsip agama itu, maka mereka terpaksa menolak kemajuan sains, dan menyebabkan kemunduran umum dalam bidang kebendaan.



Sebenarnya, sebarang ideologi atau falsafah, atau konsep yang berdasarkan atheis [tidak bertuhan] ataupun prinsip-prinsip ploytheistic [kepercayaan lebih dari satu Tuhan] tidak dapat memberi satu asas kepada penyatuan dunia.



Dalam masa-masa ketegangan dan kehampaan yang hebat ini, apakah yang dapat ditawarkan oleh dunia Islam kepada kemanusiaan, dalam usaha mencari asas-asas kerohanian yang dapat menjamin penyatuan bangsa-bangsa, perdamaian dan persefahaman internasional?



Dunia Islam baru sahaja dapat membebaskan dirinya dalam bidang politik daripada beban-beban tindasan penjajahan Kristian yang kejam, dan sebahagian yang tertentu darinya pula masih lagi berjuang untuk melontarkan beban perhambaan yang berat itu. Dalam bidang sains dan teknologi, negara-negara Islam jauh terkebelakang daripada negara-negara yang paling maju di dunia. Dari segi jasmaniah dan kebendaan, hanya sedikit sahaja yang dapat dilakukan oleh kita, umat Islam untuk merengankan penderitaan dunia, demikian juga kita tidak dapat menekankan sebarang pengaruh di bidang ketenteraan dalam kejadian perang nuklear dunia.



Perjuangan Islam



Islam sebagai sebuah gerakan budaya telah mencapai pandangan yang dinamik terhadap alam semesta, dan menolak pandangan usang yang statik. Sebagai sebuah sistem penyatuan emosi, Islam mengakui hak individu seperti ini, tapi menolak pertalian darah sebagai asas penyatuan manusia. Perbezaan suku, bangsa dan geografi hanya diterima untuk memudahkan keterangan semata-mata, dan tidak ada kepercayaan atau keunggulan yang diberikan kepadanya.



Menurut Islam, asas semua kehidupan adalah kerohanian, justeru itu kebudayaan Islam menemui dasar penyatuan dunia dalam prinsip tauhid [keesaan Tuhan]. Tauhid sebagai idea yang bertindak, bererti penyatuan, kebebasaan, persamaan dan perpaduan. Tanggapan seperti ini adalah merupakan kesetiaan kreatif yang segar, tanpa sebarang upacara untuk terus menghidupkannya, dan senafas itu juga memungkinkan manusia untuk membebaskan dirinya daripada kerahibaan-kerahibaan.



Islam sebagai sebuah pemerintah merupakan satu-satunya jalan untuk membuat prinsip itu yang merupakan satu faktor yang bernafas dalam kehidupan intelek dan emosi kemanusiaan. Ia menuntut ketaatan kepada Allah semata-mata. Ketaatan kepada Allah itu asas pokok kepada semua kehidupan dan kebenaran. Faktor yang abadi ni menampilkan dirinya dalam bermacam-macam dan berubah-ubah. Ia mestilah megandungi prinsip-prinsip yang abadi untuk mengatur kehidupan bersama atau kolektifnya, kerana keabadian itu memberikan kepada kita tapak yang teguh dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah.



Di dalam al-Quran, konsep kerajaan tidak timbul sama sekali, kerana al-Quran membayangkan pembentukan sebuah masyarkat manusia yang unggul, di mana tidak ada pemerintah atau yang dipeintah.



Menurut ideologi Islam, kedaulatan seluruh alam semesta adalah kepunyaan Allah, dan Allah tidak pernah menyerahkan kuasa kedaulatannya kepada sesiapapun. Justeru itu tidak ada sebarang negara dalam alam semesta ini yang berdaulat. Demikian juga tidak ada seorang manusia pun yang berdaulat. Hanya Allah pemerintah segala-galanya, dan kita semua wajib patuh kepada segala perintah-perintahNya itu. Kedaulatan Allah di atas segala-galanya itu bukanlah abstrak semata-mata, tapi sesuatu yang nyata dan hidup di kalangan kaum Muslimin.



Definisi negara, ialah sebuah pertubuhan manusia yang tertentu dalam mana keunggulan-keunggulan tertinggi akan dicapai dalam amalan yang sebenarnya. Negara yang diwujudkan sejajar dengan ideologi Islam tidak boleh dipanggil teokrasi [sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang dipercayai undang-undang Tuhan-P]. Teokrasi adalah konsep agama Kristian, yang dicipta oleh padri-padri; menurut pengertiannya, Tuhan telah menyerahkan kuasa-kuasa kedaultanNya kepada mereka. Oleh itu perintah mereka adalah perintah Tuhan. Inilah dikenali sebagai kebenaran Ilahi, yang didakwa oleh pemerintah-pemerintah Kristian.



Teokrasi Ajaran Kristian



Islam datang untuk menghapuskan konsep teokrai. Kitab Suci al-Quran memberi keutamaan kepada individu dan masyarakat, dan tidak begitu banyak mengutamakan negara.



Masyarakat Islam itu bertanggungjawab memberikan peluang-peluang yang sama rata, dan melindungi percambahan kemampuan manusia serta kepentingan hidup setiap anggota masyarakatnya. Sistem demokrasi Barat adalah bertentangan dengan Islam dan ideologinya. Asas sistem demokrasi Barat ialah undi-undi yang majoriti dan dalam hal ini majoriti itu tidak pernah salah. Satu-satunya ukuran ialah jika 51 menetapkan sesuatu, maka 49 lagi mesti mengikutnya, kerana itu, tidak ada, umpamanya, kebenaran atau kesalahan yang mutlak.



Islam memberikan prinsip dan ukuran yang abadi dalam memutuskan benar atau salah, dan ianya tidak dibiarkan kepada undi-undi majoriti. Benar itu tetap benar dengan sendirinya, kerana nilai-nilainya yang hakiki, dan dalam hal yang seperti ini, ia tidak boleh direndahkan darjahnya ataupun diberikan kepada undi-undi majoriti, kalau tidak ia akan melorongkan ke arah perselisihan dan pertumpahan darah yang berlarut-larutan. Dakwaan majoriti tidak pernah salah itu bukanlah dilahirkan oleh sejarah dunia. Bila Muhammad SAW [manusia revolusioner] mengisytiarkan kebenaran, dia ditentang oleh seluruh penduduk, dan hanya segelintir golongan minoriti sahaja yang menyokongnya.



Prinsip-prinsip dan ukuran-ukuran yang abadi ini memberikan garis-garis batas di mana rangka perlembagaan yang ideal dapat dibina.



Dalam sebuah negara Islam, tidak ada dua ideologi yang bertentangan- hanya satu parti dan satu golongan; ini mempastikan keharmonian yang mutlak dalam sistem sosial.



Inilah garis-garis dan ciri-ciri penting sebuah ideologi Islam:



1]Wahyu Ilahi adalah penting untuk panduan kepada kebijaksanaan manusia.



2]Wahyu Ilahi memberikan kepada kita prinsip-prinsip yang abadi untuk mewujudkan sebuah bentuk sosial yang wajar dan benar.



3]Undang-udang yang khusus dipanggil undang-undang Ilahi; adalah nilai yang berkekalan dan kebenaran yang abadi.



4]Prinsip-prisnip yang utuh dan tidak dapat diubah-ubah ini hanya boleh didapati dalam Kitab Suci Al-Quraan.



5]Seluruh manusia mestilah hidup di bawah satu sistem sosial dan ekonomi.



6]Keagungan bidang sistem ini ialah:


a]Untuk mengawal kepentingan hidup dan mempastikan peluang-peluang yang sama rata untuk berkembangnya kemampuan yang tersembunyi pada setiap individu dalam masyarakat.



b]Semua alam semula jadi dan sumber kekayaan alam mestilah diletak di bawah milik bersama masyarakat untuk memberikan segala perkhidmatan-perkhidmatan sosial kepada setiap anggota masyarakat



7]Setiap individu dalam masyarakat sosial seperti ini mestilah diberikan didikan dan latihan otak dan jiwa; adalah menjadi tanggungjawab individu pula untuk bekerja bagi meninggikan dan memajukan anggota-anggota masyarakat yang lain, dan tidak mencari sebarang hadiah kebendaan.



Hanya ideologi Islam sahaja yang dapat memberi asas-asas yang sebenarnya kepada penyatuan umat manusia, dan serentak itu juga membolehkan kita membentuk sebuah persekutuan semua negara-negara di seluruh dunia, di mana perselisihan dan persaingan antara bangsa dapat dihapuskan buat selama-lamanya, dan dengan itu menghapuskan lingkaran syaitan dalam kehidupan kita.



[Rencana ini dialihbahasakan daripada tulisan Zafar Iqbal Qureshi dan pernah disiarkan buat, pertama kalinya dalam Majalah Al-Islam-1980]



xxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.



Hulurkan Sejambak Mahaba.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP