Isteri Mengandung, Suami Pun Mengandung

>> Wednesday, March 28, 2012


ISTERI MENGANDUNG, SUAMI PUN MENGANDUNG?


Seorang lelaki yang baru beberapa bulan mendirikan ruamahtangga, memberitahu kawannya sejak hari-hari kebelakangan ini entah kenapa dia teringin dan suka sangat makanan-makanan yang masam-masam.



Menitik air liurnya bila melihat buah-buah ysmg masam, seperti mempelam muda, buah belimbing masam dan sebagainya.



“Awak buntingkah?” Tanya kawanya bersenda gurau.



“Begitulah”, jawabnya “macam orang mengandung.”,



Setelah berhenti bersejenak, lalu menyambung semula, “Mengikut emak saya, itulah tanda awal isteri saya telah mengandung”.



Dia ketawa, dan kawannya juga turut ketawa.



Beberapa hari kemudian ketika bertemu di kantin pejabat, lelaki itu memberitahu kepada kawannya tadi bahawa isterinya memang telah mengandung. Pemeriksaan doktor mengesahkannya



Perkara seperti ini, isteri mengandung, suami pun “mengandung” bukanlah perkara luar biasa. Ia bukan sahaja berlaku dalam masyarkat kita, tapi juga terjadi kalangan bangsa-bangsa lain di dunia.



Bila isteri mengandung, gejala-gejala mengandung itu mungkin akan dirasai oleh suaminya, bukan sahaja dengan selera makan, mengidam, tapi juga dengan tanda-tanda megandung yang lain, seperti merasa mula-mula dan loya-loya di wkatu pagi.



Biasanya yang sering berlaku ialah sewaktu mendapat anak sulung, di mana suami akan mengalami gejala-gejala mengandung, bila isterinya mulai mengandung.



Tapi keadaan ini tidaklah berlanjutan lama, dan dalam masa beberapa waktu sahaja gejala-gejala mengandung yang dialami oleh suami itu akan terus menghilang..



Anda mungkin bertanya, benarkah bila isteri mengandung, suami pun akan terlebih dahulu merasa mengandung?



Apa Sebab?



Saya teringat dahulu, saya pernah megutip sebuah laporan pendek dari luar negara untuk siaran media tempatan mengenai kajian yang dibuat mengenai perkara tersebut.



Menurut laporan tersebut, seorang doktor jiwa, W.H.Tretuman daripada Universiti Bringham, England membuat kajian tentang perkara tersebut.



Dalam kajian tersebut, beliau telah membuat penyiasatan terhadap 327 orang suami yang isteri mereka sedang mengandung.



Menurut beliau, kebanyakan suami-suami tersebut mengalami gejala-gejala mengandung, iaitu kesakitan-kesakitan ringan, seperti sakit perut, dan merasa mual-mual seperti wanita yang mengandung.



Menurut beliau lagi, sebahagian besar daripada mereka juga merasa sakit gigi.



Apakah sebabnya?



Menurut Dr. W.H. Trethuman yakin, gejala-gejala yang dirasa oleh para suami itu adalah berpunca daripada perasaan berdosa dan perasaan ketegangan yang mereka tanggung terhadap isteri-isteri mereka yang sedang mengandung itu.

"Kak Long" dan orang yang dikasihi di hari kebahagian mereka baru-baru ini. Foto hanya sekadar hiasan.



Gangguan-gangguan perasaan dan jiwa itulah yang menjadi punca kepada suami mengandung bila isterinya mulai mengandung.



Walau bagaimanapun beliau yakin penyakit mengandung yang ditanggung oleh suami itu tidak sampai membahayakan keselamatan mereka.



Oleh itu para suami yang ikut mengandung bila isterinya mengandung boleh terus releks, senyum dan ketawa.



Tunggulah kelahiran anak anda dengan selesa.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman.

Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

1 comments:

Unknown July 24, 2014 at 9:14 PM  

saya ada semua tanda kehamilan,tapi bila check tidak pula positif . sudah 1bulan saya rasa begini . boleh bagi jawapan untuk masalah saya?

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP