Menghilang Bintik-bintik Hitam Pada Muka

>> Wednesday, March 21, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



MENGHILANG BINTtIK-BINTIK HITAM PADA MUKA



Bahagian-bahagian tertentu pada muka kita mungkin diserang oleh bintik-bintik hitam yang akan mencacatkan keindahan muka seseorang. Bahagian-bahagian tertentu pada muka yang biasa menjadi mangsa serangan ialah hidung, pipi, dahi dan bahagian dagu.



Walau bagaimanapun, orang-orang tua kita ada meninggalkan beberapa petua ynag boleh dicuba untuk menghapuskan bintik-bintik hitam itu.



Telur



Ambil sebiji putih telur ayam, sebaik-baiknya ayam kampung. Ambil kapas atau tisu lembut, sapukan kepada putih telur.



Lekapkan kapas atau tisu yang bertelur itu pada bintik-bintik hitam pada muka, biarkan hingga tisu atau kapas itu kering.



Apabila kering, tarik atau tanggalkan tisu atau kapas itu secara perlahan-lahan daripada muka.



Kemudian sapukan muka dengan air biasa.



Pucuk Jambu



Ambil pucuk jambu batu atau jambu butir banyak sekadar yang perlu, kemudian tumbuk pucuk itu hingga lumat.



Sapukan bahan tersebut kepada bahagian muka yang berbintik-bintik hitam itu.



Biarkan sehingga ia kering, kemudian basuhkan muka hingga bersih.



Selain daripada pucuk, buah jambu yang masih putik atau muda boleh diguna. Ambil sebiji putik jambu. kupas kulitnya, dan ditumbuk sampai hancur.



Kemudian sapukan bahan tersebut ke bahagian muka yang berbintik-bintik hitam itu, dan biarkan selama 15 minit, lepas itu bersihkan.



Timun



Ambil sebiji timun sayur [timun batang] yang masih segar, parut dan ambil airnya.



Sapukan perahan air timun itu ke bahagian muka yang berbintik-bintik hitam, di waktu malam sebelum tidur.



Biarkan semalaman, dan pagi besok bersihkan muka dengan air suam.



Paru-paru Unta



Jika ada kemudahan, ambil sedikit paru-paru unta, bakar, kemudian sapukan ke bintik-bintik hitam pada muka.



Biarkan selama 15 minit, kemudian bersihkan muka dengan air bersih.



Lobak Merah



Ambil sebatang lobak merah seperlunya, tumbuk hingga hancur.



Sapukan bahan tersebut kepada bintik-bintik hitam pada muka, biarkan selama 5 minit.



Sebelum itu muka hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.



Kemudian bersihkan muka dengan air yang bersih.



Madu



Bahan-bahan yang diperlukan ialah satu sudu besar madu asli, sebiji kuning telur ayam, sebaik-baiknya telur ayam kampung, dan sebatang kunyit sepanjang kira-kira 2 inci.



Tumbuk kunyit hingga hancur, perah dan ambil airnya. Campur air kunyit, dengan telur dan madu. Kacau-kacaukan hingga rata.



Kemudian sapukan bahan tersebut ke muka yang berbintik-bintik hitam, dan kalau mahu ke bahagian leher, pada waktu malam sebelum masuk tidur.



Biarkan semalaman, dan pagi keesokannya bersihkan muka dengan air suam.



Amalkan petua ini dua kali seminggu, insyallah ia bukan sahaja dapat menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka, tapi juga dapat menerikkan muka.



Biji Tembikai



Ambil satu setengah sudu besar biji tembikai [timun cina] yang masih basah, tumbuk sampai lumat.



Sapukan bahan tersebut ke muka yang berbintik-bintik hitam itu pada waktu malam sebelum tidur.



Biarkan semalaman, dan pagi keesokannya bersihkanlah muka.



Daun Sirih



Ambil sehelai daun sirih yang segar, upal dengan kedua belah tapak tangan yang bersih hingga hancur dan berair.



Sapukan air daun sirih itu ke bintik-bintik hitam pada muka pada waktu malam, sebelum tidur.



Biarkan semalaman, dan pagi besok cucuilah muka hingga bersih.



Bintik-bintik Merah



Selain daripada diserang bintik-bintik hitam, muka juga mungkin diserang oleh bintik-bintik berwarna merah.



Bintik-bintik merah boleh diatasi dengan sedikit minyak kayu kapur dan campurkan dengan sedikit minyak kelapa asli. Kacau keduanya hingga sebati.



Kemudian sapukan bahan tersebut ke seluruh muka yang berbintik-bintik merah itu sebelum tidur pada waktu malam.



Biarkan semalaman, dan pagi keesokannya bersihkan muka.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:


Pautkan Iman.


Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP