Kalau Muka Naik Jerawat

>> Saturday, March 24, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



KALAU MUKA NAIK JERAWAT



Jerawat adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh muka, terutama di kalangan anak-anak muda remaja, lelaki dan perempuan.



Untuk menghpaus jerawat, orang-orang tua kita ada meninggalkan beberapa petuanya, antaranya sebagaimana berikut.



Walau bagaimana pun anda perlu berhati-hati dengan jerawat, kalau anda merasa ragu-ragu tentang penggunaanya, tinggalkan sahaja petua ini,cari cara yang anda fikir lebih baik.



Ubi Kentang



Ambil sebiji ubi kentang yang elok,kupas kulitnya,dan hiris kentang itu nipis-nipis.



Kemudian tampalkan hirisan kentang itu pada bahagian muka yang berjerawat itu, sesudah muka dibersihkan terlebih dahulu.



Biarkan seketika, sehingga kentang itu berubah warna, menjadi kering dan berwarna keabu-abuan, tanggalkan kentang itu dari muka.



Kemudian bersihkan muka.



Teh



Ambil serbuk teh dua sudu besaar, masukkan ke dalam sebuah mangkuk, tuangkan air panas yang sedang mendidih ke dalamnya.



Letakkan muka pada wap teh yang panas yang naik dari mangkuk itu.



Daun Inai



Ambil segenggam daun inai, giling dengan sedkit beras, sekadar yang perlu, sampai lumat.



Kemudian gentel bahan tersebut, sebesar ibu jari setiap satu, dan jemurkan ke panas mata hari hingga kering.



Bila hendak menggunakannya, ambil satu atau dua biji bedak itu, peras air limau ke atasnya, dan kacau hinggga rata.



Kemudian sapukan bahan tersebut ke muka yang dinaiki jerawat itu, sebak-baikiya dengan menggunakan hirisan ubi kentang., tanpa menggunakan hujung jari.



Daun Sirih



Ambil empat helai daun sirih yang segar, dan sedikit beras.



Tumbuk kedua-dua bahan itu hingga lumat, kemudian campurkan dengan air sejuk yang bersih.



Selepas itu sapukan bahan tersebut ke jerawat batu pada muka pada waktu malam sebelm tidur.



Pagi keesokan harinya cucikan muka hingga bersih.



Gagang Sirih



Ambil gagang atau tangkai daun sirih secukiupnya. Tumbuhkan separuh lumat.


Kemudian tampalkan bahan tersebut pada jerawat batu di muka, pada waktu malam sebelum tidur.



Keesokan harinya bersihkan muka.



Lengkuas Ubat Panau



Selain daripada jerawat, kadang-kadang muka juga kerana kurang penjagaan, dinaiki oleh panau yang akan menganggu keindahan muka seseorang.



Mengikut petua orang-orang tua kita, panau boleh dihapuskan dengan menggunakan lengkuas dan bedak seju.



Ambil lengkuas sepanjang dua ruas jari telunjuk, lalu diparut halus-halus, kemudian campurkan dengan tiga sudu besar air suam, dan bedak sejuk secukupnya. dalam sebuah mangkuk, lalu dikacau hingga rata.



Kemudian sapukan bahan tersebut ke bahagian muka yang berpanau itu pada waktu malam sebelum tidur.



Pagi keesokan harinya, bersihkan muka. Andainya jika ada peluang, boleh juga disapu pada waktu pagi, untuk suri-suri rumah yang tidak bekerja.



Kalau Muka Dianiki Jerawat



JAUHI makanan yang banyak mengandungi minyak, seperti roti celup tepung yang digoreng.



JAUHI makanan yang banyak lemak, kalau makan daging atau ayam hendaklah dipilih yang kurang berlemak.



KURANGKAN memakan kek atau kueh-kueh yang manis berlemak, seperti kek-kek yang mengandung magerin.



KURANGKAN, memakan makanan-makanan yang merangsang, seperti makanan-makanan yang pedas-pedas.


JANGAN kutis atau cubit jerawat di muka dengan kuku atau hujung jari.



BANYAKKAN memakan sayur-sayuran segar setiap hari.



BANYAKKAN memakan buah-buahan yang segar setiap hari.



HIDUP dengan teratur setiap hari, menunai ibadat, mendapat cukup tidur dan rihat setiap hari.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.


Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP