Makanan Yg.Buruk Namanya

>> Monday, March 26, 2012


MAKANAN YANG BURUK NAMANYA?



Tahi Itik, Tahi Musang, Tahi Hidung, Tahi Burung, dan apa lagi yang akan diberi nama?



Kita biasa mendengar nama orang dan juga nama-nama tempat yang ganjil bunyinya, dan sedap didedngar, tapi buruk maknanya. Ada orang Islam yang namanya bermakna “daging busuk”, dan “daging berulat”. Bagi tempat pula ada dinamakan “Lubuk Tahi Ayam”, “Lubuk Hantu”, dan sebagainya.



Ada sesetengah orang bila menyedari nama-nama mereka buruk ertinya, lalu bertindak mengganti namanya dengan nama yang baru yang lebih sesuai dan bagus ertinya. Demikian juga dengan nama-nama kampung, pendudduk-penduduknya akan menukar nama yang buruk itu kepada nama baru yang jauh lebih baik dan bermakna dan lebih sedap kdengaran.



Dalam hal ini sudah tentu proses penukaran nama tempat lebih mudah dibuat dengan nama yang baru, tidak seperti penukaran nama manusia, kerana ia melibatkan banyak perkara, seperti surat beranak, kad pengenalan,dokumen-dokumen lain jika ada dan sebagainya.



Jangan kita lupa pula, selain daripada nama manusia, ada juga makanan-makanan tertentu, seperti kueh-mueh mempunyai nama bukan sahaja buruk kedengarannya. tapi juga menjijikkan kedengarannya.



Tahi Itik



Di negeri Cik Siti Wan Kembang, ada sejenis kueh tradisional yang dinamakan “Tahi Itik”, kerana rupanya seakan-akan tahi intik. Tapi makanan ini sebenarnya diperbuat daripada beberapa jenis yang diadun dan dimasak, seperti putih tekur itik, santan kelapa, gula pasir, tepung pulut dan tepuang beras atau beras jemah.



Kueh ini sebenanrnya enak dimakan, terutama sebagai pencuci mulut atau makan petang. Biasa juga ia dihidangkan untuk para tetamu di majlis khusus, seperti majlis pertunangan yang terbatas kehadirannya.



Ia juga kadang-kadang dipanggil dengan nama yang sopan, “Kueh Telur Putih”.



Tahi Musang



Ada sejenis makanan lagi dikenali dengan panggilan tahi musang. Rupanya hitam, lembek dan rasanya masam manis.



Ia bukan seperti kopi tahi musang dari Indonesia yang benar-benar diperbuat dari tahi musang, tapi tahi musang dari Kelantan ini diperbuat dripada campuran buah-buahan yang berbiji-biji, dan bergula.


Rasanya masam manis, dan ia digemari oleh kanak-kanak memakannya, dan mungkin ibu-ibu yang mengandung.



Saya tidak pasti samada tahi musang ini ada tidak di negeri-negeri lain di Malaysia.



Saya sedang mencari resepinya bagaimana tahi musang ini diproses.



Tahi Hidung



Di negeri Kelantan “asam boi” lebih terkenal dengan panggilan “masam masin”, kerana rasanya “masam bercampur masin”.



Selepas makannya, sedap untuk minum air kosong.



Walau bagaimana pun panggilan namanya yang terlebih populer ialah “tahi hidung”. Mungkin kerana rupanya dan rasanya masin, macam tahi hidung yang dipercayai masin.



Pergi ke kedai dan cari “tahi hidung”, anda akan diberi dengan :masam masim” atau “asam boi”.



Tahi Burung



Sehari dua yang selepas, saya lihat cucu saya sedang memakan benda yang berbiji-boji halus yang terdapat dalam sebuah botol plastik kecil yang baru dibelinya. Sesudah habis dimakan botol kecil itu diberikannya kepada saya untuk dibuang.



Kerana ingin tahu apa yang dimakannya, saya pun memerhati tulisan yang tertera pada botol. Saya tersenyum. Apa yang tertulis di botol itu.



“Bird Shit Candy”, yang bermaksud, “gula-gula tahi burung”, atau lebih dikenali dengan panggilan “coklat tahi burung”, barangkali disesuaikan dengan bentuknya, kecil-kecil, halus-halus dan seperti tahi-tahi burung.



Saya rasa, ia mungkin adalah sejenis makanan yang terbaru terdapat di pasaran di negara kita, khususnya untuk kanak-kanak.



Saya tertanya-tanya apakah pada masa akan datang keluar lagi makanan-makanan, khususnya makanan kanak-kanak yang diberikan nama semepna nama tahi, seperti “tahi lucing”. “tahi kuda”, “tahi lembu”, “tahi anjing” dan “tahi babi”?.



Dan seterusnya saya tertanya-tanya “Apa ada pada nama”?



Saya juga terkenang pada suatu masa yang lalu. Ada seorang wanita di sebuah kampung memulakan usahanya membuat makanan dari tepung gandum yang digoreng dengan diberi bentuk yang khusus, kecil-kecil, keras dan bergula.



Ada seorang pembeli wanita, melihat kueh-kueh itu, membalik-baliknya, lalu bertanya kepada penjualnya siapa membuat kueh itu, kemudian membuat komen, “Tidak ada kueh lainkah nak buat,kueh ini macam xxxxx orang jantan”., katanya sambil ketawa.



Bila kata-kata itu diberitahu kepada pembuat kueh itu kemudiannya, maka meradanglah dia. Dia pun tergesa-gesa pergi ke rumah wanita itu, lalu menyerangnya dengan berbagai-abagai kata pedas, carut-mencarut dan maki hamun.



Walau bagaimana pun ia hanya berakhir di situ sahaja, tapi menjadi riuh-rendah sekampung.



Pada akhirnbya, saya juga suka memperingatkan, ketika memberi nama anak atau cucu, berhati-hatilah, pilihlah nama yang baik, sedap disebut, baik maknanya, kerana tridak jarang nama-nama yang diberi itu memberi pengaruh kepada tuan empunya nama, dan difahamkan di akhirat nanti, dengan nama-nama tersebut itu jugalah kita akan dipanggil, sebagaimana nama tersebut disebut ketika membaca Talqin di tanah perkuburan.



xxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok rahmat:



Patukan Iman.



Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih. Sekalun g Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP