Hari Yang Cending
>> Friday, March 30, 2012
HARI YANG CENDING
Malam tadi, keluarga kami, terutama cucu-cucu tidak ingin makan nasi untuk makan malam. Mereka hendak makan roti hotdog. Saya pun ikut sama tak mahu makan nasi. Tapi saya tidak suka makan hotdog.
Roti Canai
Sebagi gantinya saya meminta dibelikan sekeping atau dua keping roti canai dari salah sebuah kedai makan yang kami minati di Bandar KK ini.
Tapi malam tadi, kedai makan itu entah kenapa ditutup, tidak berniaga. Maka penjual roti canai pun ikut cuti bersama.
Untuk menyelesaikan masalah, kami beli roti canai segera dari sebuah kedai runcit berhampiran rumah kami diSD. Dalam satu bungkus terdapat lima keping roti canai yang disejukkan dalam peti sejuk.
Pada pembungkus plastiknya tertampal sekeping kertas kecil yang bertulis nama pengusahanya, alamat dan nombor telefonnya sekali yang terletak di kampong M.
Dua keping roti canai itu kami goring. Sebiji untuk saya dan sebiji lagi untuk seorang cucu lelaki yang ingin ikut makan.
Saya cubit sedikit roti canai itu, dan setelah mencicahnya dengan “brown sugar”, gula yang saya gemari, saya pun menyuapkannya ke mulut.
Dalam mulut, roti canai itu bukan sahaja keras, tapi juga rasanya jua telah berubah rasa, menjadi masam.
Setelah memakan dua cubit, saya pun berhenti makan, kerana curiga mungkin roti canai itu telah rosak, habis tempuh, menyebabkannya basi.
Bila pembungkus plastiknya diperiksa, tidak pula dicatat tarikh lupusnya. Tapi bila roti itu diperiksa dengan teliti, sekeping demi sekeping ternyata tiga keping roti yang baki lagi memang telah dinaiki kulat atau cendawan.
Roti canai itu memang telah lupus tempohnya, menyebabkan ia rosak. Maka roti-roti canai itu terpaksa dibuang ke dalam bangkul sampah,
“Tak patut, lagu ni atok, roti canai basi pun jual juga”, komen cucu saya masih paling kecil, yang petah bercakap.
Nasi Goring
Sebagai gantinya untuk makan malam, malam itu saya minta dibeli nasi goring dari sebuah gerai yang juga kami minati. Kalau kami hendak makan nasi goring di KK ini, di gerai itulah, kami biasa membelinya. Ia sesuai dengan selera kami.
Tapi malam itu, gerai tersebut juga ditutup. Tidak ada nasi goring di situ. Kerana itu terpaksa membeli nasi goring di kedai makan lain yang tidak berapa jauh dari situ.
Seperti biasa, penggoring nasi goring itu diberitahu, kami tidak mahu nasi goring yang pedas, jangan bubuh lada, dan juga udang sedikit pun.
Oleh sebab, gerai nasi goring yang populer itu ditutup, maka ramailah orang yang menumpu ke kedai makan itu untuk menikmati nasi goringnya.
Bila sampai ke rumah, bungkusan nasi goring itu pun dibuka, masih meruap panas, baunya pun boleh tahan mencucuk hidup dan membuka selera.
Saya menjemput nasi itu dengan tangan, dan menyuapkannya ke mulut, suapa yang pertama.
Saya tergaman, tapi tanpa kata, mengonyah-gonyahnya, kemudian menelannya.
Saya suap semulut lagi, tapi kali ini saya tidak terus menggonyahnya dan tidak juga menelannya.Tapi meluah nasi itu keluar dari mulut saya ke dalam tapak tangan, dan lalu bangun berdiri dan membuangnya ke dalam bangkul sampah.
“Keanapa?”, Tanya anak saya kehariranan.
“Terlalu pedas!”. Jawab saya. Nasib baik saya tidak tercekek tadi.
Anak saya meminta bungkusasn nasi goring itu merasanya. Setelah memakannya semulut, dia pun mengakui nasi goring itu memang pedas, dan dia pun tidak mampu untuk memakannya.
Pada pendapat kami ada dua faktor yang menyebabkan nasi goring itu pedas, walaupun telah diberitahu, kami hendak nasi goring yang tidak pedas.
Pertama mungkin kerana penggoring nasi terlalu sibuk kerana pelanggan terlalu ramai, menyebabkan dia tidak dapat menginggati pesanan kami, atau kedua kerana dia tidak mendengarnya dengan betul apa yang diberitahukan kepadanya.
Jadi apa yang saya hendak makan malam ini?
Saya kena makan malam, kerana kalau tidak perut saya mungkin meragam kerana kekosongan.
Biskut
Sebagai jalan mudah, saya memilih untuk memakan biskut tawar atau ““creamcr acker” yang direndam dengan air gula. Ini adalah salah satu makanan ringkas yang menjadi pilihan saya, di samping roti dadar yang dibuat sendiri.
Bila mengetahui saya hendak buat biskut rendam air gula, cucu saya yang paling kecil pun memberitahu dia pun minta dibuat sama,
Saya pun menjerangkan sedikit air dalam cerek, dan mengatur beberapa keping bisuk dalam dua buah pinggan. Satu pinggang untuk saya dan satu pinggan lagi untuk cucu.
Kemudian saya taburkan sedikit gula di atas biskut-biskut itu. Bila air mendidih, saya pun curah air panas itu ke atas bisukut tersebut untuk menjadikannya lembut dan manis.
Bila agak sejuk, cucu saya pun meminta bahagiannya, dia pun memang suka makan biskut rendam air panas bergula seperti itu.
Setelah menyuapnya ke mulut dengan sudu, dia pun memekek kecil, “Kenapa ni atok, tak sedaplah?”.
“Kenapa tak sedap?”, Tanya saya.
“Tak sedaplah atok, Masin. Cuba atok rasa”. Katanya mengunjukkan pinggan biskutnya kepada saya.
“Kenapa masin? Atok bubuh gula tadi?”, Kata saya, lalu mengambil pinggan itu dari tangannya dan menyudu biskut dengan sudu dan menyuapnya ke mulut.
“Masyallah!”, seru saya, “memang masin, Atok tersalah tadi. Atok bubuh gram, bukan gula’.
Rupa-rupanya saya tersalah ambil. Di atas meja makan, ada dua botol yang sama jenis dan besarnya, sebuah berisi garam dan sebuah berisi gula. Dan yang saya ambi ialah yang berisi garam. Kedua-duanya terletak berdekatan.
Saya juga meletakkan kedua-duanya di situ selepas menggunanya petang tadi.
“Maaflah, “kata saya, “nanti atok buat lain”.
Saya ketawa, dan semua yang ada dalam rumah pun ketawa.
“Hari yang cending”, kata saya, “semua dibuat tak kena”.
Sekian.
xxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.
Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment