Kenapa Lelaki Tergoda Dengan Wanita

>> Monday, April 2, 2012


KENAPA LELAKI TERGODA DENGAN WANITA?



Apakah rahsianya lelaki tertarik kepada wanita? Apakah yang ada pada wanita yang menyebabkan lelaki tergoda dengan wanita?



Jika anda sudah berumah tangga, anda sudah tentu mengetahui apakah faktor yang menyebabkan anda sebagai seorang lelaki tertarik hati dengan wanita yang menjadi isteri anda sekarang, atau jika ada seorang wanita, anda tentu mengetahui apakah faktor yang menyebabkan anda tertarik kepada lelaki yang menjadi suami anda sekarang?



Dalam akhbar Metro, keluaran Ahad 2012, terpapar sebuah tulisan yang secara tidak langsung memberi sedikit jawapan kepada persoalan apakha yang menarik hati lelaki kepada wanita?



Sebenarnya tulisan tersebut mengenai pengalaman, beberapa orang artis wanita yang comel hampir menjadi mangsa seksual lelaki yang kemaruk seks. Seramai lima orang artis telah diwawancara yang mengaku bahawa mereka hampir pernah menjadi mangsa tersebut yang pemangsa-pemangsanya terdiri daripada orang-orang kenamaan [VIP], pengarah, penerbit dan promoter konsert.



Sekumpulan penulis rencana itu yang diberi jodol “Idam Artis um, Kena Bijak Tepis Offer”, membuka tirai tulisannya itu dengan kata-kata, “Pantang melihat ada artis baru memiliki pakej lengkap sebagai wanita idaman, segelintir orang kenamaan [VIP], pengarah, penerbit dan promoter konsert berlumba-lumba menjerat artis terbabit.....”



Artis-artis cum yang diwawancarakan ialah artis Neelofa, 23, Hanez Suraya, 27, Nas Adila, 26, Fiza Elite 31 dan Ani Mayuni 33. Dan para penulisnya pula terdiri daripada Hadzlan Hassan, Riadz Radzi, Shakilawati Abd Rahman, Rudy Imran Shamsuddin dan Shamran Sarahan.



Seterusnya dijelaskan bagaimana jerat-jerat itu dipasang oleh pemangsa untuk memerangkap mansanya dengan kata-kata, “dengan pelbagai umpan seperti kemewahan dan kejayaan segera dalam industri seni tanah air”.



Setersunya diterangkan lelaki bagaiamankah yang suka mencari wanita-wanita yang comel untuk dijadikan habuan seks mereka dengan kata-kata, “Dasar lelaki hidung belang, mereka tidak mampu menahan naluri seks luar biasa sebaik menyedari kehadiran artis baru..”



Dan dijelaskan lagi wanita yang menjadi buruan itu ialah wanita yang “berwajah cantik, kulit putih gebu dan badan menggiurkan, sekali gus giat pasang jerat”.



Yang menjadi pendorong kepada lelaki untuk tertarik kepada wanita ialah nafsu seksual. Nafsu ini merupakan naluri yang Allah ciptakan memang baik, jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tapi akan menjadi hina jika disalahgunakan.



Nafsu itu pula pandai memilih, dan menjadi pilihan mereka ialah wanita yang cantik wajahnya, berkulit putih gebu dan juga mempunyai bentuk badan yang menggiur atau memberahikan.



Wanita-wanita yang memiliki ciri-ciri seperti itu bukan sahaja artis, malah wanita-wanita bukan artis pun akan menjadi buruan lelaki, khususnya lelaki hidung belang.



Anda pun tentu tahu kenapa wanita yang dari kalangan artis yang suka dijadikan mangsa, pertama kerana kemunculan mereka mudah dikesan melalui berbagai-bagai media massa, dan juga kerana penampilan mereka yang cukup istimewa.



Mana lelaki yang tidak terpesona?



Berbagai-bagai Selera?



Di samping itu, lelaki juga mempunyai berbagai-bagai selera seks yang ganjil untuk memenuhi impian seksual mereka terhadap wanita, selain daripada ciri-ciri lumrah, seperti cantik dan memiliki fizikal yang menggiurkan.



Antara ciri-ciri seksual yang ganjil yang dimiliki oleh kaum lelaki terhdap wanita sebagaimana diterangkan oleh ahi-ahli jiwa adalah banyak, dan kita utarakan sebahagian daripadanya di sini untuk dikongsikan bersama.



-Biasanya lelaki sukakan wanita yang berwajah riang dan gembira, tapi sebaliknya ada lelaki yang tergoda melihat wanita yang mempunyai wajah yang muram durja dan sedih, seperti yang dilanda duka nestapa.



-Biasanya lelaki sukakan wanita yang berwajah manis, tapi sebaliknya ada pula lelaki yang tergoda melihat wanita yang berwajah masam macam orang dilanda kekecewaan.



-Biasanya lelaki sukakan wanita yang matanya galak dan berkaca-kaca kemeriahan seperti bintang timur, namun begitu ada pula lelaki yang tergoda melihat wanita yang matanya kuyu, lesu macam orang mengantuk



-Biasanya lelaki sukakan wanita yang riang dan lincah yang memancarkan kegembiraan, tapi sebaliknya ada pula lelaki yang tergoda melihat wanita yang pendiam dan kaku seperti setongkol batu.



-Biasanya lelaki terpesona dengan wanita yang bersuara lembut dan merdu, tapi sebaliknya ada pula lelaki yang tergoda dengan wanita yang suaranya kasar dan keras.



-Biasanya lelaki terepsona dengan wanita yang lemah lembut dan gemulai, tapi sebaliknya ada pula lelaki yang terangsang dengan wanita yang kuat dan sasa tubunya, seperti “iron women”.



-Biasanya lelaki tergoda dengan melihat tubuh badan seeorang wang wanita, cantik atau seksi dan sebagainya, tapi sebaliknya ada pula lelaki yang tidak tertarik kepada batang tubuh wanita yang menjadi impian lelaki itu tapi tergoda dengan benda-benda sampingan yang terdapat seseorang wanita,



Kepada lelaki ini mereka lebih tergoda bila melihat pakaian, kasut atau perhiasan yang dipakai oleh seseorang wanita. Kepada lelaki seperti ini, benda-benda tersebut lebih mempesonakan mereka daripada tabah tubuh wanita itu sendiri.



-Ada lelaki yang tergoda melihat wanita yang memakai tudung atau telekungt, berwarna merah atau hitam, kuning dan sebagainya daripda diri wanita itu sendiri.



-Ada lelaki yang tertarik dan tergoda bila melihat wanita yang berpakaian warna putih, lebih daripada badan tibuh wanita itu sendiri.



-Ada lelaki yang tergoda melihat wanita yang berpakaian spot, seperti pemain bola sepak, tenis, bedminton dan sebagainya daripada diri wanita itu sendiri.



-Ada lelaki yang tergoda melihat wanita yang berpakaian seperti lelaki, berbaju T dan berseluar jin, daripada batang tubuh wanita itu sendiri.



-Ada lelaki tergoda bila melihat sanggul-sanggul tertentu yang tertenggek di atas kepala seseorang wanita, atau ketika melihat wanita yang rambutnya dilepas terburai dan berterbangan ditiup angin daripada diri wanita itu sendiri.



-Ada lelaki yang tercetus nafsu seksualnya bila melihat coli wanita, dan dia lebih sukakan coli-coli wanita daripada wanita itu sendiri, kerana itu dia sanggup mencuri coli-coli wanita untuk memuaskan nafsunya.



Kenapa berlaku demikian? Kenapa begitu peliknya nafsu lelaki dalam soal seksual ini?



Jawapannya ialah pengaruh jiwanya yang berputik sejak dia masih kecil dan membawa kesan yang begitu mendalam pada diri seseorang lelaki.



Inilah yang dimaksudkan oleh ahli jiwa yang terkenal, Dr.Wilhelem Stekel bila beliau menegaskan, “Semua keganjilan-keganjilan yang dimiliki lelaki itu adalah berpunca dari satu-satu peristiwa sewaktu mereka masih kecil yang kemudiannya terus hidup subur bertunjang di hati mereka”.



Demikian sekadar renungan.



xxxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat:



Pautkan Iman.


Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP