Memiliki Rambut Berkilat

>> Monday, April 30, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



RAMBUT BERKILAT



Memiliki rambut yang hitam dan lebat adalah menjadi impian kepada setiap wanita yang inginkan kecantikan untuk kelihatan menawan di mata suami tercinta.



Dan rambut hitam dan lebat itu akan lebih bertambah menawan kiranya berkilat- hitam berkilat.



Di antara rambut hitam yang tidak berkilat dengan rambut hitam yang berkilat sudah tentu kelihatan berbeza, sebagaimana motokar yang bercat biasa dengan motokar yang bercat metalik.



Sudah tentu yang bercat metalik kelihatan lebih menarik, maka demikian jugalah dengan rambuat yang berhitam berkilat.



Di sini ada beberapa cara peninggalan nenek moyan kita dahulu cara-cara untuk mengkilatkan rambut supaya kelihatan lebih menawan dan mempesonakan.



Di bawah ini ada beberapa cara untuk mengkilat rambut untuk dikongsi bersama.



Bunga raya putih



-Santan


Bahan yang diperlukan ialah santan pekat setengah cawan dan sebiji limau nipis yang besar.



Masukkan santan ke dalam sebuah mangkuk, perahkan air limau nipis itu ke dalamnya. Dan kacau-kacaukan sehingga rata.



Sapukan santan itu ke rambut dan kulit kepala, sambil mengurut-ngurutnya.



Kemudian biarkan ia selama 20 minit, dan selepas itu rambut dan kepala hendaklah dibersihkan,



Petua ini jika rajin diusahakan, ia bukan sahaja dapat mengkilatkan rambut, tapi juga dapat menyuburkan rambut.



-Daun-daun Bunga



Bahan-bahan yang diperlukan ialah beberapa helai daun bunga cina, beberapa helai daun bunga raya, beberapa batang daun lidah buaya dan sebiji limau nipis..



Masukkan daun-daun itu ke dalam sebuah mangkuk yang telah diisikan dengan air suam secukupnya. Ramas-ramaskan daun-daun itu hingga berbuih.



Kemudian perahkan sebiji limau nipis itu ke dalamnya, kacau-kacaukan hingga rata.



Tapiskan air itu ke dalam sebuah bekas lain, dan gunakanlah air itu untuk membasahkan rambut dan kepala sambil mengurut-ngurutnya.



Bunga raya merah



-Daun Inai



Ambil daun hinai semangkuk besar daun, dan empat sudu besar serbuk teh yang telah direndam dengan air panas yang sedang mendidih. Kemudian gilingkan kedua-dua bahan itu hingga menjadi sebati.



Lumurkan bahan itu ke kepala, kemudian bungkuskan kepala denan kain yang bersih selama tigga hingga empat jam atau pun sebaik-baiknya semalaman.



Kemudian buangkan bahan-bahan tersebut dari kepala dan cucilah kepala dan rambut hingga bersih.



Petua ini bukan sahaja dapat membuat rambut menjadi hitam, tapi juga membuat rambut menjadi lembut dan berwarna kemerah-merahan.



Di samping itu ia juga dapat menguatkan akar rambut, justeru dapat mencegah rambut daripada gugur.


-Mencantkkan Rambut



Bahan yang diperlukan ialah sebiji telur, sebaik-baiknya telur ayam kampung, ambil yang kuningnya sahaja.



Pukul kuning telur sampai hancur. Kemudian sapukan telur kning itu ke seluruh rambut dan kepala setelah dibasuh terlebih dahulu dengan air suam.


-------------------------------------------------------------------------------------Lidah buaya



Kemudian bungkus kepala dengan tuala yang telah dilembabkan terlebih dahulu dengan air suam.



Biarkan begitu selama setengah jam, kemudian cucilah rambut hingga bersih.



Kemudian lapkan rambut dan kepala hingga kering sebelum disikat.



Sekarang anda telah memiliki rambaut yang lebat dan hitam berkilat!



Bayangkanlah bagaimana rambut anda yang lebat dan hitam berkilat itu terurai di atas bantal di kamar tidur menunggu ketibaan suami anda........



End.pr.pr.pr.pr.Prx

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP