Doa Dua Orang Tok Guru
>> Wednesday, May 2, 2012
DOA DUA ORANG TOK GURU
Siapa tidak pernah berdoa? Orang-orang yang tidak pernah berdoa, bererti orang tidak pernah mempunyai sebarang hajat atau kepentingan yang hendak dipohonkan kepada Allah S.W.T untuk dikabulkan.
Atau pun dia seorang yang terlalu bongkak dan sombong, serta merasa dirinya tidak perlu berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mendapat hajatnya.
Sedangkan dalam Islam doa itu merupakah sebahagian daripada ibadat, apa lagi Allah yang Maha Pemurah telah berjanji untuk menunaikan doa hamba-hambaNya yang berdoa kepadaNya.
Allah berfirman:
”Berdoalah kamu kepadaKu, necaya Aku perkenankan bagi kamu”.al-Mu’min:60.
Dan Rasulullah S.A.W. bersabda, Allah berfirman:
“Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepadaKu maka Aku akan mengampuni segala dosa kamu yang melekat pada diri kamu”.Hadis Qudsi, riwayat Tarmizi.
Ketika mengemas-ngemas buku-buku di Pondok kami semalam, antara lain kami menemui dua helai kertas yang mengandungi dua kandungan doa daripada dua orang ulama yang terkenal di masa lalu dan sekarang.
Sehelai kertas mengandungi doa daripada ulama terkenal, iaitu Tok Kenali dan sebuah lagi ialah doa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar, negeri Kelantan sekarang.
Kami sertakan kedua-dua doa itu untuk dikongsi bersama, semoga memberi faedah.
Amin!
Doa Tok Kenali
Doa Tok Kenali di atas untuk dibaca selepas solat dan tidak dinyatakan makna doa tersebut dan bertarikh pada tahun 1978.
Doa Tok Guru Nik Aziz
Doa Tok Guru Nik Aziz ini bertujuan untuk menangkis balik segala serangan musuh-musuh.
Doa ini diberikan maknanya sebagaimana di bawah doa itu, bertarikh pada tahun 1983.
Sekian.
xxxxxxxxxxxxxx
End.pr.pr.pr.pr.Prx
0 comments:
Post a Comment