Menjaga Keindahan Rambut

>> Thursday, May 17, 2012


KEJELITAAN KEMBALI KE BUMI HIJAU



MENJAGA KEINDAHAN RAMBUT



Seperti anggota-anggota badan yang lain juga, rambut perlu dijaga, dan dijaga dengan sebaik-baiknya untuk mengelak daripada diserang oleh berbagai-bagai problam dan juga untuk menyelesaikan problam rambut yang sedia ada,



Tanpa dijaga, rambut akan menerima padah dengan berbagai-bagai masalahnya yang tersendiri. Sedangkan rambut itu merupakan tajuk mahkota kepada kaum wanita.



Sehingga timbul sindiran pada lelaki yang berjauhan dengan isteri, terutama para musafir selalu teringat-ingatkan rumah dan ingin segera kembali ke pangkuan keluarga, salah satu daripada sebabnya ialah kerana teringatkan lambaian ekor rambut isterinya yang selalu terbayang di matanya.



Untuk pasti benar atau tidak, tanyalah suami anda ketika dia balik dari musafir atau ketika dia dalam pemusafiran.



Sebenarnya rambut juga menghadapi berbagai-bagai masalah dan perlu diberi perhatian, antaranya, seperti rambut gugur atau rontok, rambut kering, rambut pecah dan sebagai. Justeru kecantikan rambut perlu dijaga.



Di sini ada beberapa petua orang-orang tua untuk mengatasi peroblam-problam rambut tersebut yang amat baik diberi perhatian.



Menghilangkan Rambut Pecah-pecah



Bila anda dapati ekor rambut anda pecah-pecah, anda hendaklah segera mengguntingkan ekor rambut anda yang pecah itu, supaya tidak pecah berterusan.



Di samping itu ketika anda hendak mencuci rambut pula gunakanlah minyak zaitun untuk melembabkan rambut anda.



Mencegah Rambut Kering



Kadang-kadang rambut di kepala boleh menjadi kering dan rambut yang kering sudah tentu akan menghilangkan keindahan rambut.



Minyak zaitun dari seberang,-

Dibawa peniaga ke negara ini;-

Rambut cantik sedap dipandang,-

Jadikan pembelit hati suami.



Untuk mengatasi rambut kering, ambil daun durian belanda [durian selat kata orang Kelantan] masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang telah diisikan dengan air sejuk. Ramas-ramaskan daun durian itu hingga keluar getahnya.



Gunakan air itu untuk membasuh kepala dan rambut anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian cuci kepala dan rambut anda dengan air yang bersih.



Jika anda rajin mengamalkan petua ini, ia bukan sahaja dapat mencegah rambut daripada kering, tapi juga menjadikan rambut anda kelihatan lembut dan berkilat yang menawan.

Tapi awaslah kerana daun durian belanda ini mengeluarkan semacam bau “mau” yang agak keras.

Satu lagi petua untuk mencegah rambut kering ialah dengan menggunakan daun rambutan.

Ambil daun rambutan yang segar dan lembut secukupnya. Tumbuk daun rambutan itu, hingga keluar airnya yang berldendir.

Sapukan lendir daun rambuan itu ke kulit kepala dan rambut anda, dan biarkan kira-kira selama 15 minit, kemudian bersihkanlah.

Petua ini bukan sahaja dapat menghilangkan rambut kering, tapi juga dapat menghitamkan rambut, dan menolong merawat sakit kepala yang mungkin dihidapi oleh seseorang.



Mewangikan Rambut



Rambut anda cantik dipandang. Panjang, lebat, dan hitam mengkilat. Tapi masih lagi kurang sempurna, kalau baunya tidak dijaga. Rambut yang berbau hapak, akan menghilangkan keindahan rambut, kepada orang yang berdekatan dengan anda, khususnya orang yang disayangi dalam saat yang intim.



Tapi jangan bimbang, orang-orang tua kita ada meninggalkan petua untuk mewangikan rambut.



Bahan yang diperlukan ialah limau nipis. Hiris-hiriskan limau nipis itu, kemudian gosok-gosokkan kepada kulit kepala dan rambut anda. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dibersihkan.



Petua ini selain daripada mewangikan rambut, ia juga dapat menolong merawat pening-pening kepala mungkin dihidapi oleh seseornag.



Ingatlah walaupun kepala anda sebagai seorang Muslimah perlu ditutup ketika berada di luar rumah, tapi keindahan dan kesihatannya perlu dijaga, demi diri anda dan demi orang yang anda kasihi, suami yang tercinta.



Jadikan rambut anda sebagai salah satu faktor kasih dan ingatan suami anda kepada anda.


Sentiasalah jaga keindahan rambut anda.



EndPr.pr.pr.pr.Pr

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP