Berita-berita Gembira Untuk Wanita
>> Sunday, May 13, 2012
BERITA-BERITA GEMBIRA UNTUK WANITA!!
Dalam Islam kaum wanita mempunyai kedudukan yang sungguh istimewa, diletakkan di tempat mulia, disanjung dan dipuja. Tapi malangnya kebanyakan kaum wanita menurunkan darjah mereka yang mulia itu dengan perbuatan-perbuatan mereka yang hina dan keji, hingga terjatuh ke lembah yang paling hina-dina. Sedangkan setiap wanita sepatutnya menjaga kedudukan mereka yang mulia itu supaya terus berkekalan bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat nanti.
Kedudukan wanita yang mulia dalam Islam itu memang sudah terang dan nyata, tidak ada keratuan mengenainya, dan ianya merupakan berita-berita gembira untuk setiap wanita, andainya mereka sentiasa beriman dan bertakwa, mematuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya.
Di sini kita petikkan sebahagian daripada berita-berita gembira itu untuk menjadi bahan menungan kita bersama, khusunya kaum wanita yang dimuliai dan dihormati.
Seumpama Pakaian
“Mereka [wanita] itu pakaian bagi kamu [lelaki] dan kamu pakaian bagi mereka”. Al-Baqarah: 187.
Tidak Disiasiakan
“Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beramal di antara kamu baik lelaki mahupun perempuan, [kerana] sebahagian kamu adalah [keturunan] dari sebahagian yang lain”. Al-Imran: 195
Masuk Syurga
-“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki atau perempuan, sedangkan ia orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam Syurga dan tidaklah mereka dianiaya sedikit pun”. An-Nisa’: 124
-“Barangsiapa yang beramal salih baik lelaki atau perempuan sedang ia beriman pula, maka mereka akan masuk Syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga”. Mu’min:40.
Mendapat Pahala
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, niscaya Kami hidupkan ia dengan penghidupan yang baik, dan Kami balasi dia dengan pahala yang terlebih baik dari usaha yang telah mereka perbuat”. An-Nahl: 97.
Saudara Kandung
“Sesungguhnya wanita itu saudara kandung lelaki”.HR:Imam Ahmad, Abu Daud & Tirmizi.
Lebih Baik Dari Lelaki
“Wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh””.HR:Ahmad, Ibnu Hibban, Thbrani & Anas bin Malik.
Sebaik Perhiasan
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah [wanita yang baik tentang agama, rumah tangga dan pergaulannya]”. HR:Muslim.
Keberkatan
“Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya [mas kahwinnya]”.
Beristighfar Untuknya
“Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat kepada suaminya dan diredainya, serta menjaga sembahayang dan puasanya”.
Syurga Untuknya
“Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya ke dalam Syurga lebih dahulu dari suaminya [sepuluh ribu tahun] kerana dia memuliakan suaminya di dunia, dia mendapat pakaian dan bau-bauan Syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapinya”.HR:Ibnu Mas’ud.
-“Wanita yang mati dalam keadaan suaminya reda [tidak marah] padanya, niscaya dia masuk Syurga”.HR:Tarmizi
Bersama Rasulullah SAW.
“Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku di dalam Syurga”.
Wanita Yang Diberkati
“Wahai Fatimah, barangmana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka Allah akan beri dia minum dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratulmaut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman-taman Syurga, dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat”.
Wanita Di Syurga
“Empat golongan wanita yang berada di Syurga iaitu:
1.Wanita yang menjaga dirinya dari berbuat haram serta berbakti kepada Allah dan suaminya.
2.Wanita yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang [dalam kehidupannya] bersama suaminya.
3.Wanita yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang kepadanya, maka ia mengekang mulutnya dari berkata perkataan yang tidak layak kepada suaminya.
4.Wanita yang ditinggalkan mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya semata-mata untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta melayan mereka dengan baik dan tidak bersedia untuk berkahwin kerana khuatir putera-puterinya itu akan tersia-sia. [Kalau ada jaminan mereka tidak disia-siakan bolehlah dia berkahwin”.
Pintu Neraka Tertutup
“Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertututp tujuh pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga, masuklah dari mana-mana pintu yagn disukainya dengan tidak dihisab”
Ganjaran
-“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
-Sebaik-baik wanita ialah wanita [isteri] yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engaku, jika engkau memerintah diturutnya perintah engkau [taat] dan jika engkau berperigian dijaganya harta engkau dan dirinya”.
TIdak Dibakar Api Neraka
-“Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya itu dari bakaran api neraka”.
Di bawah Tapak Kaki Wanita
“Syurga itu terletak di bawah tapak kaki kaum wanita”.HR: Imam Ahmad.
Istighfar Para Malaikat
“Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigharlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan”.
Pahala Jihad
“Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah [perang sabil]”.
Hapus Dosa
“Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya malahirkannya”.
Kebajikan Untuk Wanita
“Wahai Fatimah, sekiranya begitu kehendak Allah, pengisar ini akan bekerja setiap hari, tapi Allah ingin mencatatkan perbuatan baik dan meninggikan darjatmu kerana tanggungjwabmu yang berat itu.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka, jarak antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati”. HR:Abu Hurairah.
Lelaki Yang Baik
-“Orang yang paling sempurna imanya di antara kamu, ialah orang yang paling baik perangainya. Dan orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling baik kepada kaum wnita”. HR:Tirmizi.
-Sebaik-baik orang antara kamu ialah yang berbuat baik kepada isteri-isterinya dan anak-anak perempuannya”. HR:Imam Al-Baihaqi dan sashabat Hurairah r.a.
Orang Yang Mulia
“Sebaik-baik orag antara kamu ialah yang berbuat baik kepada isterinya, dan aku adalah sebaik-baik orang dari antara kamu yang berlaku baik kepada isteriku. Tidaklah memuliakan wanita, kecuali orang yang mulia, dan tidaklah menghina wanita kecuali orang yang hina”.HR: Imam ‘Asaakir.
Hormati Ibu
“St.Asma bin Abi Bakr r.a. berkata, “Telah datang kepada saya ibu saya, padahal ia masih musyrik, maka saya datang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. lalu saya berkata, “Ya Rasulullah, ibu telah datang pada saya , dan dia meminta petolongan, bolehkah saya meniolong ibu?”.Sabda Rasulullah S.A.W., “Ya tolonglah ibumu”. HR: Imam Bukhari, Muslim & Abu Daud.
Sekian untuk dijadikan bahan menungan kita bersama, semoga Allah memberkati kita semua dan memuliakan kaum wanita.
Amin
End.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.End
0 comments:
Post a Comment